Recent Post

the authors


Name : Amirah binti Abdul Rashid


Origin Hometown : Ipoh

Field: Computer Engineering


Full-time : IT Assistant


Part-time : Tutor, Web Designer & Writer


Expertise : Web Development, Graphic and Multimedia Designer

Went through

Daisypath Anniversary tickers

I HEART YOU

Word world

Being deeply loved by someone gives u strength, while loving someone deeply gives u courage. yes..i mean u...

Galleries

MY QUOTES

People think that the most painful thing in life is losing the one value, the truth is, the most painful thing is losing yourself in the process of valuing someone too much and forgetting that you are special too...

SHOUT OUT

>>Chat<<


by Amyra Javaroses

Contact Me

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.

Cinta padaNya

Sekiranya kita cinta kepada manusia, tidak semestinya manusia akan cintakan kita. Tetapi sekiranya kita cintakan Allah nescaya cinta Allah tiada penghujungnya. Sekiranya kita cinta kepada manusia, kita akan cemburu kepada orang yang mencintai orang yang kita cintai. Tetapi sekiranya kita cinta kepada Allah, kita akan turut mencintai orang yang melabuhkan cintanya kepada Allah juga.

Find Me

Compatible with


Contact me at

    amyramia87@gmail.com


  +6019XXXXXX

Follow me at



Showing posts with label Life. Show all posts
Showing posts with label Life. Show all posts
30 March 2016

2016

Assalammualaikum. Hai semua. Lama aku tak update entry kali ni. Alhamdulillah, saya sudah selesai cuti tanpa gaji serta cuti bersalin. 
 
Anak pun dah 8 bulan +. Kejap je masa berlalu. Merangkak pun dah lima langkah. Ngesot kedepan kebelakang pun dah pandai. Seronok rasanya membesarkan anak dengan tangan sendiri. Walaupun rasa letih, aku tetap ingin membesarkan anak aku sendiri. Biarlah aku seorang ibu bekerja membesarkan anak. Takdenya hina sangat jadi ibu bekerja ni membesarkan anak sendiri. Kekeke..
 
Rindu rasa nak berblogger ni. Banyak benda nak tulih entry ni. Nanti aku share ye. Yang semestinya nak share pasal baby.. Hihihi..


by Amyra javaroses





23 June 2015

PENANTIAN SUATU PENYEKSAAN


Tengok entri aku tuh.. Rasa macam tension je kan... Hahaha.. Hari ni dah 36 minggu aku mengandung, tinggal lagi 4 minggu aku nak bersalin. Penat tak terkata usung mok-mok sana sini.
Dah laa sado, kuat menendang plak. Nasib baik laa ibu dan abi sayang mok-mok sangat-sangat.

Suami aku la orang yang paling tak sabar nak tunggu mok-mok kuar. Nama sudahku cari tapi apa pun keputusan bergantung pada Encik Suami. -__- Sabar je laaa, nasib baik laa dah jadi suami.. ekekeke..

Alhamdulillah, segala kelengkapan mok-mok sudah kami persiapkan. Murah rezeki anak aku ini, adik-beradik serta kakak saudara aku ada bagi hadiah baby. Gila geram tengok baju baby kat kedai especially baby girl tapi Encik Suami jadi tukang pantau. -__- Sabar je laaa, nasib baik laaa Encik Suami tegur elok-elok. hahahaa..

Ni tinggal nak beli set berpantang je. Pastu breast pump tak beli lagik... Adoi, pening kepala nak fikir.

Lagi satu benda nak fikirkan adalah pasal proses pertukaran aku. Gila aku tak fikir siang dan malam proses pertukaran aku. Suami dan mak aku selalu berpesan, hidup ni jangan meminta-minta pada manusia kelak kita jadi hamba manusia. Yang sepatutnya kita minta adalah pada Allah. Biarlah tamak kita minta pada Allah. Maksud aku tamak dari segi sudut ibadah sebab kita ni sememangnya hamba Allah.

Tapi entahlaa.. Sesetengah manusia ni bila aku lihat bercakap dengan orang lain takda satu kasih sayang dalam hati tu. Bercakap seolah-olah merendahkan diri tapi tutur kata tu sungguh angkuh dan riak. Minta dijauhkan laa dari berperangai macam ni. Aku doakan semoga manusia tu berubah.

Hurm, tak tau nak tulis ape.. Sebab baru lepas review pampers ni. Next topik nanti aku tulis pasal pampers ok. Bye!

by Amyra javaroses





18 June 2015

RAMADHAN DATANG LAGIK


Masih tidak terlambat lagi untuk post-kan poster untuk bulan Ramadhan ni. Poster ini serba ringkas dan dinamakan poster ekspress..

Apapun, aku tidak tahu motif poster ini. Design pun main buat je.


 Aku tidak include watermark kat tengah. Sapa nak share silakan. Enjoy...

Nota: Ni post entri tahun lepas. Aku kehabisan idea nak tulis.. Hahaha..

by Amyra javaroses
12 January 2015

ALHAMDULILLAH


Alhamdulillah.. Nilah first entry aku untuk tahun 2015..Takda apa yang menarik untuk dikongsikan bersama. Pejam celik, pejam celik dah 5 bulan aku bernikah.. Dan alhamdulillah, baby bump makin nampak besarnya.. Wheeeyy...

Mana mungkin tak happy bila aku dengan encik suami g scan perut. Saje je nak tengok mok mok ni buat ape dalam perut kan..

Aku : "Doktor, apa yang berkelip-kelip tu??"

Doktor: "Tu jantung die.."

Gila rasa nak meleleh air mata aku ni, namun aku gagahkan jugak sebab malu kat encik suami.. Mana tao kene troll sampai balik umah nanti. Tak ke haru kan.. Dah laa sepanjang preggy ni, semua benda aku nak sentap. Haaaa, tapi sentap dengan encik suami sendiri.. Dengan orang lain aku rileks je..

Alahan pulak, aiseh man.. makin mengganas.. Bau nasi muntah, bau orang tumis makanan muntah, bau rokok @ asap muntah, bau deodorant muntah, bau minyak rambut muntah, bau perfume muntah, tengok makanan berlauk muntah, tengok ayam muntah, semua laa muntah..

At last, pegi cafe, makan bihun sup laa, mee kari laa, mee rebus laa.. Sebab mok mok punya pasal, ibu gagahkan diri tutup idong telan makanan tu, kalau tak makan, mok mok berguling dalam perut ibu kan.. =)

Ramai tanya, laki ke perempuan. Ade yang buat ramalan tengok perut ni laa.. Tengok pe benda aku makan.. Entah laa, semenjak mengandung ni, aku suka makan buah.. Buah anggur, jambu air dan apple.. Deme kata anak lelaki..Ade yang cakap sebab perut aku nampak melebar, tu yang cakap anak perempuan.. Tapi aku tengok perut aku meruncing je.. Nampak macam anak lelaki je kan??

Dah laa makin galak, budak laki yang kecik dan comei-comei aku jumpa, semua takot ngan aku.. Waaa, aku dah laa suka budak laki kan tapi sume lintang pukang xmo main ngan aku.. Yang datangnya budak perempuan.. Bak kate kakak aku, "nampak sangat kamu ngandung anak lelaki ni mira".

Aku tak kisah lelaki ke perempuan asalkan cukup rupa dan sifatnya serta sempurna akal dan akhlaknya. Pernah encik suami bertanya, "Sayang, kalau ALlah kurniakan anak pada kita, apa niat sayang??" Aku terkedu.. Diam seribu bahasa.. Jawab encik suami, "Dengan kurniaan anak yang Allah bagi, niatkan yang anak ini adalah pembela ibubapanya, pembela saudara-maranya, pembela guru-gurunya, pembela umat Islam dan yang penting pembela agama Islam".

So kawan-kawan, kalau dah kahwin, bila nak anak, niatkan benda ni.. Mak aku pun cakap benda yang sama.

Tak lupa juga, dengan rezeki mok mok ni, pengarah ibu dah approve surat tukar ibu dari Putrajaya ke Perak. Alhamdulillah, rezeki anak ibu kan.. Ibu tau mok mok ni anak abah. Dapat makan kambing, dari petang sampai malam dok diam dalam perut takda buat ibu muntah. Anak bapok betoi. Sama ngan abahnya, suka makan daging kambing..

Ok, nak g lunch dengan BFF.. Hopefully, aku tak muntah lagi kat cafe tu.

#Asalnya nak update pasal KPOP cium budak Melayu tu, tapi aku simpan entry tu dulu.. Just nak cakap, "Alhamdulillah, saya tak minat KPOP, begitu juga suami, tak minat KPOP. Hopefully, mok mok ibu tak minat KPOP tao sebab ibu nak mok mok jadi macam Ustaz Don." ^__^

by Amyra javaroses

24 October 2014

SALAM MAAL HIJRAH 1436H




DOA AWAL & AKHIR TAHUN

Doa Akhir Tahun dibaca 3 kali pada akhir waktu Asar atau sebelum masuk waktu maghrib pada akhir bulan Zulhijah. Sesiapa yang membaca doa ini, Syaitan akan berkata:

"Kesusahan bagiku dan sia-sialah pekerjaanku menggoda anak Adam pada setahun ini dan Allah binasakan aku satu saat jua. Dengan sebab membaca doa ini, Allah ampunkan dosanya setahun."
Doa Awal Tahun dibaca 3 kali selepas maghrib pada malam satu Muharram. Sesiapa yang membaca doa ini, Syaitan akan berkata:

"Telah amanlah anak adam ini daripada godaan pada tahun ini kerana Allah telah mewakilkan dua Malaikat memeliharanya daripada fitnah Syaitan."

HIKMAH MEMBACA DOA AKHIR TAHUN DAN AWAL TAHUN HIJRAH

Hikmah membaca doa akhir tahun Hijrah adalah kita memperingati amalan-amalan pada tahun lalu; sama ada amalan yang membawa kebaikan mahupun amalan yang membawa kepada dosa dan lalu meminta ampun atas kesalahan-kesalahan serta meminta perlindungan Allah SWT daripada kejahatan syaitan dan manusia.

Manakala hikmah membaca doa awal tahun Hijrah pula adalah kita memperbaharui azam untuk melakukan kebaikan dan meminta kekuatan dan hidayah untuk melaksanakan doa akhir tahun. 
by Amyra javaroses

P E R F E C T


She’s not perfect. You aren't either, and the two of you will never be perfect. But if she can make you laugh at least once, causes you to think twice, and if she admits to being human and making mistakes, hold onto her and give her the most you can.

She isn't going to quote poetry, she’s not thinking about you every moment, but she will give you a part of herself that she knows you could break.

Don’t hurt her, don’t change her, and don’t expect more than she can give. Don’t analyze. Smile when she makes you happy, yell when she makes you mad, and miss her when she’s not there.

Love hard when there is love to be had. Because perfect girls don’t exists, but there’s always one girl that is perfect for you.

Our flaws are what makes us human. If we can accept them as part of who we are, they really don’t even have to be an issue.

While you were busy judging others, you left you closet open and your skeletons fell out. 
by Amyra javaroses


16 October 2014

EXAM PEGAWAI TADBIR DIPLOMATIK


Alamak!!!!!!!!!!!!! Exam lagik ke???? Adoyai, aku baru je habis exam undang-undang untuk perkhidmatan awam ni plak nak exam Pegawai Tabir Diplomatik (PTD) lagi... Pheeewwww.... Debaran bermula...

Alkisahnya bermula bila mana aku tengah tolong team multimedia untuk rakaman Persada Transformasi.Tetibe dapat satu meseg.. Argh... eja mesej pun salah kan...

Toinkkkk... Ada dua mesej... Satu mesej suruh bayar kredit celcom.. Tak habis-habis mintak duit si celcom ni, tunggu hujung bulan dapat gaji laa dey...

Dan satu lagi, ANDA DIJEMPUT MENDUDUKI PEPERIKSAAN ONLINE PEGAWAI TADBIR & DIPLOMATIK M41 PADA 1.11.2014.

Nak je aku balas padanya, TAKMAU.. SAYA TAK NAK G EXAM SEBAB PENAT BACE.. Hahaha...

Petang tu masuk opis, kasi screenshot sket...


Entah laa... rasanya nak give try, tapi... kalau try, mana tau tetibe lulus kan, mesti rasa gatal kaki nak g interview.. Dah laa sebelum ni dapat interview Penolong Pegawai Latihan Vokasional (Teknologi Maklumat), tu pun aku tak pegi sebab aku malas..

Ni pengalaman exam online untuk PTD aku tak pernah alami laa, tapi mengikut kawan cakap, kalau online konpom internet slow sebab traffic tinggi, ramai client nak akses server exam SPA ni.

Yang pakai network dalaman pun tak lepas untuk exam, ni kan network luar.. Adoyai, macam mana ni... Takpa, minta pendapat encik suami laa nanti..

Borink punya borink, scroll laa email.. Tetibe dapat tawaran ni plak...


Haaaa... Aku apply dua tahun lepas, baru nak offer untuk SL1M bagi flight apprentice program kan.. Takpa laa... Takda rezeki..

Dah memang rezeki aku berkhidmat di Jabatan Perkhidmatan Awan ni.. Berkhidmat sebagai penjawat awam untuk agama dan negara. Transformasi sana sini... Weeeekkkkkk... Banyak keje nak buat...

Ntah pe laaa aku membebel ni.. Entry punya laaa gempak tapi contentnye merapu bagai...

Hint nak exam aku pun tak tau.. Aku de simpan buku exam PTD tu.. Tak tau laa sama ke tidak...

Takpa, nanti aku dapat hint, korang cekedout laaa kat blogger aku yang rojak ni...

Nite peeps... As salam... =)

07 October 2014

WHAT GOES AROUND COMES AROUND


What goes around, comes around. Keep your circle positive, say good words. Think good thoughts, do good deeds.

This kind of wound, it cannot be healed. Caused from a verbal war, without a shield. I pick at the scab, knowing I am too at fault of this war, of this assault. The words you spits are venom, and I wonder what you achieve from seeing me in pain, from seeing me in grieve.

What goes around comes around; I learned that the hard way, but after inflicting such pain, it is the price I must pay. So now I am putting down the gloves, hand me the red flags because this is no longer an option, it's my future I must snag. Take back your words of venom, because nobody cares what you say.

No need for revenge, just sit back and wait. Those who hurting me will eventually screw up themselves and if you are lucky, Allah will let us watch.

What goes around comes around. When it catches you, I plan on making popcorn pouring some honey and doing a toast while I laugh.
19 September 2014

"AKU TERIMA NIKAHNYA"

I always knew that love would come find me someday. But never did I know that it would be you who was headed my way. You caught me off guard and took me by surprise but you simply captivated me, the same way you do when I look into your eyes.

It's true that every good and perfect gift is from above. You were presented to me as a beautifully packaged gift full of humor, talent, intelligence, charming and love. 

"It isn't finding the perfect person but learning to see an imperfect person perfectly"
We all have our flaws but when I view you through my eyes, perfection is all I see.

From when you laugh to when you're upset, I still love the little things you do. Especially hearing you laugh and seeing your nose wrinkle the same way mine does too. Coming into this relationship has been hard at times but we've made it through. I know as long as we're on this journey together, there's nothing that we can't do.

Sometimes I wonder if what we have is too good to be true. I'm too scared to get my heart broken and scared of the thought of losing you but in the end, I trust in the Creator of what I believe because what we ask for Allah, we in return shall receive.

"Where your treasure is, your heart will be also" is how the saying goes.
I may not know what tomorrow may bring, for Allah is the only one who knows. The one thing I do know is that YOU ARE MY ONE AND ONLY. A treasure in my heart that I want to devote my whole life to  you completely.

I know I don't need to prove my feelings to know they're true. Because what I've known in my past, doesn't come close to the experience I've shared with you. I've had the experience of being in relationships before. However, this is the first time I've been truly happy... 

I couldn't ask for anything more, it's an honor to know that I am yours, as you are mine and I trust Allah that He'll bring us together in His jannah.

Until that day, I have been waiting patiently for the day when we'll be together that precious moment in time when you said, "Aku terima nikahnya Amirah binti Abdul Rashid...."and that time I realize, "it's true, it's you that I want to be with forever".

God made everything beautiful, precious and new just as beautiful and precious when the first day we met > I look into your eyes and I see myself in your eyes.

01.03.2007 - 29.08.2014


by Amyra javaroses
09 September 2014

LAUTAN HATI


Cinta ini tanda hati
aku kau yang punya
siapa sangka kita berdua
bersama akhirnya

oh biarkan ribut dan hujan
datang menduga aku engkau ada
oh biarkan seluas lautan
ku renangi jika aku kau perlukan

oh biarkan kerna aku kau ada

tiada cela engkau sempurna
yang teristimewa
seandainya tiada istana
ku mencintaimu seadanya

oh siapa sangka cinta yang kita bina
akhirnya bersemi jua
oh biarkan kerna kini kau ku ada

by Amyra javaroses
14 August 2014

HOPE, FRIENDSHIP AND LOVE


Hope keeps men alive. This is the absolute truth. But I am tired of living only with hopes. Only if i had more will. I am weak. I am very weak, and tired. Tired is the right word. I often use the expression “I am sick of this”, but that is not true. It just sounds louder, it sounds like whiplash.

But the truth is that I am infinitely tired. I am tired of lies, of cheating, of bluffing, of jokes, even of friendship.

But love made me weakest. It is as if sucks my blood, melts my anger.

Maybe love is something sent to me from Allah, because it really makes me a better person.

But I cannot be without love. And what is really love???

Love is...

to listen to the birds song, but the music in your head is much better;
to feel the sun burning your skin, but to know that your heart is warmer;
to understand how big the sea is, but to know that your heart can hold two thousand seas like that;
to breath in the clear mountain air and again to know that your heart is purer.

Because you love. The object of your desires doesn’t even suspect how much he has given you, even when he doesn’t care about you at all. So that is the reason people who say that unshared love kills, are not right but wright.

It is beautiful to love. Not someone but to only love. Your heart overflows, fills you up. It is as if yo are ready to fly away with the lightest breeze and to run on the grass, not bending or harming even one stem.

I was once sad and lonely, having nobody to comfort me. So I wore a mask that always smiled; to hide my feelings behind a lie. Before long, I had many friends with my mask, I was one of them.

But deep inside, I still felt empty, like I was missing a part of me. Nobody could hear my cries at night. For I designed my mask to hide the lies. Nobody could see the pain I was feeling. For I designed my mask to be laughing.

Behind all the smiles were the tears and behind all the comfort were the fears. Everything you think you see, wasn't everything there was to me.

Day by day, I was slowly dying. I couldn't go on because there was something missing..

Until now I'm still searching for the thing that'll stop my crying. For someone who'll erase my fears, for the person who'll wipe my tears.

But till then I'll keep on smiling. Hiding behind this mask I'm wearing. Hoping one day I can smile, till then, I'll be here.. waiting....

by Amyra javaroses
08 August 2014

BOIKOT - ISRAEL - YAHUDI - ZIONIST




Manusia menjadi musuh dengan apa-apa yang tidak diketahuinya. " - ini adalah pepatah orang-orang Arab. Bukan hadis nabi. Namun demikian, kata-kata ini banyak kebenarannya. Saya sedikit agak kecewa, bahkan mungkin merungut sedikit. Saya memohon maaf jika tulisan saya kali ini agak pedas dan keras (syadid) sikit daripada biasa. Hal ini adalah kerana saya sememangnya tidak gemar apabila seseorang begitu mudah memberi hukum tanpa usul periksa. Isu memboikot barang-barang tertentu yang jelas bersekongkol dengan Israel, saya tegaskan bahawa saya sangat bersetuju dilaksanakan, tetapi lakukan boikot tersebut dengan bijaksana dan berhikmah. Bukan dengan membuta-tuli atau berlandaskan kejahilan serta kebodohan yang kita miliki.

Berdasarkan dari web Wikipedia, istilah boikot adalah tindakan untuk tidak menggunakan, membeli, atau berurusan dengan seseorang atau suatu organisasi sebagai wujud protes atau sebagai suatu bentuk pemaksaan. Kata ini berasal dari serapan bahasa Inggris boycott yang mulai digunakan sejak "Perang Tanah" di Irlandia pada sekitar 1880.

Ada juga mengatakan macam mana nak boikot? Bak kata Aflin Shauki – “Kalau kat dapur dah ada 10 tin milo, tak payahlah pergi buang pasal makanan tu sendiri tak haram. Guna sampai habis tapi jgn beli lagi. Itu boycott. Masa saya di Gaza, saya sendiri hidang coke, tapi itu minuman orang Palestin dapat beli dari Israel. Kalau orang bagi, kita boleh cakap kita tak minum coke kerana boycott, tapi tak salah kalau kita minum pasal kita tak membelinya, untuk menjaga hati tuan rumah. Ada sedikit perkongsian dari sahabat usrah saya helmee yusof, Pemboikotan ikut KEMAMPUAN. Jika ia KEPERLUAN, try cari ALTERNATIF. Allah takkan beban sesuatu melainkan dalam kemampuan hambaNya. Boikot kerana FAHAM dan TAHU, bukan kerana EMOSI. InsyaAllah pemboikotan jadi IBADAH bukan tempat luahan marah.”

Umat Islam menjadi lemah adalah disebabkan sifat ingin tahu mereka terlalu rendah. Malah, untuk mencari ilmu pengetahuan pun kita begitu malas. Umat Islam, khususnya di Malaysia - lebih gemar mendengar khabar angin daripada menyelidik untuk mencari kebenaran. Lantaran itu, apabila kejahilan yang kita ikuti pasti akan mendekatkan diri kita ke gaung kehancuran.

Apa perlunya boikot membuat demosntrasi depan restoran segera sehingga sanggup merosakkan kedai tersebut??? Ada yang saya lihat membawa makanan masuk ke dalam MCD, makan secara beramai-ramai sehingga berselerak dan ada juga yang teruk, sanggup meludah kepada pekerja MCD tersebut. Apa perlunya??? Saya malu dengan tindakan tersebut. Islam tidak mengajar kita biadap sesama saudara kita. Apa hak kita untuk menuduh pekerja MCD membantu negara Israel? Eh..Israel ada negara ke? Apa hak kita untuk menyatakan pekerja MCD ni membunuh rakyat Palestin? Bukan tugas kita untuk me”neraka”kan orang mahupun men”syurga”kan orang lain.

Saya diam sejak dua menjak ini. Memerhatikan umum di Facebook meroyan sana sini. Saya memerhatikan kalangan manusia yang memperjuangkan bantahan - boikot ni. Untuk pengetahuan kalian, nak boikot bukan sahaja MCD, tapi Starbucks, Coke dan macam-macam lagi. Yang peliknya, ada juga yang menyertai kempen boikot beramai-ramai, tapi di tangan ada yang hisap rokok pelbagai jenama??? Itu macam mana?? Nak cakap rokok ni lain konsep laa kan?? Tolong laa.. Kalau nak boikot, boikotlah semua. Bukan sahaja MCD.

Boikot berkait rapat dengan jihad kita untuk menolong saudara Islam kita di Palestin. Tapi tahukah kalian, sebaik-baik jihad adalah memerangi hawa nafsu sendiri. Kalau kita boikot sana sini, tapi nafsu kita tak perangi macam mana??? Buat kene gelak je oleh Zionist.


Kenapa Israel memilih Gaza??

Dalam hati rakyat Palestin penuh iman dan takwa. Allah telah memilih mereka untuk berjuang. Hati mereka tidak gentar dengan peperangan kerna yang dicari oleh mereka adalah syahid.

Kita pun tahu sejarahnya. Mereka cuba untuk merampas Masjid al-Aqsa. Sebenarnya Yahudi Zionis sudah lama mengidam untuk merampas Al-Aqsa dan Baitul Muqaddis. Bagi Yahudi Zionis, ini bukan isu penempatan, atau geografi, atau isu ekonomi. Ini adalah isu agama. Mereka mempercayai dan berkeyakinan bahawa ada 'utusan', 'penyelamat', 'messiah', 'saviour' yang akan turun untuk menyelamatkan mereka.
Berhati-hatilah di kala menyebut Yahudi atau Israel.

Apa itu Israel?

Israel adalah nama gelaran kepada nabi Allah Ya’qub A.S. Ada yang menyatakan maksud Israel itu sebenarnya ialah kekasih Tuhan. Perkataan Israel juga banyak kali digunakan di dalam al-Quran dengan istilah Bani Israel, dengan merujuk kepada bangsa Israel atau anak-anak dan pengikut Ya’qub yang beriman dan juga yang kufur dengan ajaran Allah. Justeru, ramai berpendapat yang perkataan Israel itu lebih merujuk kepada bangsa mereka secara umum tanpa kaitan dengan agama yang mereka anuti.

Ada juga yang berpendapat bangsa Yahudi sekarang di Palestin tidak layak menggunakan perkataan Israel sebagai nama negara haram mereka, kerana Israel itu adalah nama nabi, pemimpin orang yang beriman. Ada juga pendapat lain yang menyatakan perkataan Israel itu bermaksud ‘kamu mengalahkan Tuhan’, dengan merujuk kepada kisah mengarut mereka apabila Ya’qub mengalahkan Tuhan bernama Yahwu di dalam satu sengketa.

Apa itu Yahudi?

Ada beberapa pendapat mengenai istilah Yahudi ini. Ada yang menyatakan ianya merujuk kepada anak keempat nabi Ya’qub yang bernama Yahuza. Raja Nebuchadnezzar II adalah pemimpin kerajaan Babylon yang mengalahkan kuasa bangsa Yahudi ini yang ketika itu dikenali dengan nama Kerajaan Yahuza.

Ada yang berpendapat Yahudi itu merujuk kepada pengikut nabi Allah Musa. Bagi yang percaya dengan kitab Taurat dan Zabur, serta Kitab Talmud yang dikarang-karut oleh Hakham (pendita) mereka, mereka dipanggil Yahudi. Semua yang lahir daripada ibu atau bapa berbangsa Yahudi, dianggap Yahudi oleh mereka.

Pendapat lain menyatakan yang Yahudi itu merujuk kepada keluarga Hud, yang merupakan pecahan daripada keturunan Ibrahim. Sebahagian keturunan Ibrahim percaya dengan seruan Musa yang akhirnya mereka ini menganggap ianya sebagai agama baru. Ibrahim mempunyai keturunan yang ramai, daripada anaknya Ismail lahirnya keturunan Arab dan nabi Muhammad, sementara daripada anaknya Ishaq lahirnya bangsa Yahudi ini.

Banyak kajian mendapati yang perkataan Yahudi ini banyak merujuk kepada bangsa mereka yang percaya dengan agama mereka yang telah diseleweng. Ini bermakna, Yahudi lebih merujuk kepada pengikut agama, dan bukannya sinonim dengan bangsa.

Sebahagian ulamak menyatakan yang di dalam al-Quran, apabila Allah ingin menceritakan kisah jahat bangsa Yahudi ini, Allah banyak menggelar mereka dengan perkataan Yahudi. Dan apabila Allah ingin menceritakan mengenai kisah bangsa ini yang beriman dengan Tuhan mereka, maka Allah akan gunakan perkataan Bani Israel.

Jangalah nak mencela serta memaki yang Israel mahupun Yahudi. Yang jahat adalah Zionist.

Zionisme adalah berasal daripada perkataan Bukit Zion, merujuk kepada tapak paling suci di dalam agama Yahudi. Mereka percaya di Bukit Zion itulah tapak sebenarnya Temple of Solomon (Haikal/Kuil Sulaiman). Tapak itu sekarang ialah betul-betul di Dome of The Rock (Qubbah al-Sakhrah) yang merupakan sebahagian daripada Masjid al-Aqsa.

Zionisme adalah sebuah pergerakan kebangsaan yang ditubuhkan oleh orang berbangsa Yahudi. Ianya merupakan sebuah ideologi politik sempit berasaskan perkauman yang meletakkan sasaran merampas serta menubuhkan sebuah negara bangsa Yahudi di atas tanah milik rakyat Palestin. Ditubuhkan pada tahun 1897 di Basel, Switzerland.

Dalam persidangan pertama mereka pada tahun penubuhannya, Theodor Herzl telah dilantik sebagai pemimpin pertama pergerakan tersebut. Modus operandi utama pergerakan ini ialah membawa masuk bangsa-bangsa Yahudi dari seluruh dunia terutamanya dari Amerika dan Eropah Timur, masuk ke dalam negara Palestin. Mereka akan menggunakan apa sahaja cara, seperti merampas tanah dan juga perjanjian politik dengan kuasa penjajah, bagi membolehkan mereka menguasai seinci demi seinci tanah Palestin. Mereka berusaha untuk menzioniskan atau mengyahudikan identiti kawasan berkenaan, lalu mengubah demografi tanah suci tersebut.

Nampaknya, kejahilan dan kebodohan kita selama ini, telah menyebabkan kita tidak mahu menyelidik dan mencari kebenaran, malah lebih gemar mendengar khabar angin daripada realiti. Namun demikian, apabila kita malas untuk mencari kebenaran, maka yang kita peroleh adalah kejahilan. Dan apabila kejahilan yang kita sebarkan ia bukan sekadar membuka pintu fitnah, bahkan menunjukkan pemikiran umat Islam yang lebih mudah dipengaruhi oleh khabar angin daripada menyelidik terlebih dahulu sesuatu maklumat yang diterima.

Yahudi Mana Musuh Kita???

• Yang menjadi musuh kita, ialah bangsa Yahudi yang memusuhi kemanusiaan.
• Yang menjadi musuh kita, ialah bangsa Yahudi yang memandang hina bangsa selain Yahudi yang dipanggil Goyem oleh mereka.
• Yang menjadi musuh kita, ialah bangsa Yahudi yang merampas tanah milik orang Palestin termasuklah tanah waqaf seinci demi seinci demi cita-cita politik mereka.
• Yang menjadi musuh kita, ialah bangsa Yahudi yang menghalalkan pertumpahan darah orang awam, kanak-kanak, wanita dan orang tua yang tidak berdosa demi haloba perjuangan mereka.

Fikir sejenak dan fahamilah apa yang hendak disampaikan. Ingat, syurga atau neraka bukan tugas kita, itu tugas Allah. Tugas kita adalah menegur dan jikalau teguran itu membawa padah, maka perlulah berdoa kerana doa adalah senjata umat Islam. Jika ingin boikot, boikotlah dengan cara berilmiah bukan dengan cara beremosi.

Kredit: DilaDellila & Shafiqolbu

by Amyra javaroses
02 August 2014

SURAT PANAS


As salam bloggers. Kali ni aku nak share mengenai suatu surat.. Bagus isinya, banyak pengajaran yang boleh belajar.

Mantan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad pernah berutus surat bernada berang dengan eorang kanak-kanak bernama, Darrell Abercrombie dari Surrey, England. Menggunakan kemampuan mengarangnya yang terbaik, anak itu menulis:
Saya yang berumur 10 tahun, dewasa nanti saya mahu belajar mengenai haiwan di hutan hujan tropika. Tetapi, jika anda membenarkan syarikat balak terus beroperasi, akan tiada lagi haiwan di sana. Berjuta haiwan akan mati. Adakah anda fikir ini sesuatu yang betul untuk dibuat hanya untuk seorang yang kaya menambah kekayaannya sejuta lagi atau lebih? Saya fiir ini mengaibkan.
Dr. Mahathir membalas surat ini pada 15 Ogos 1987.

Darrell yang baik. Sesuatu yang mengaibkan kamu dipergunakan oleh orang dewasa dengan tujuan mengecam kami atas tindakan mengeluarkan balak dari hutan kami. Untuk makluman orang dewasa yang mempergunakan anda, saya ingin menyatakan bahawan persoalannya bukan tentang orang kaya meraih sejuta pound... Industri balak telah membantu beratus ribu orang miskin di Malaysia. Adakah mereka harus terus miskin kerana anda mahu belajar tentang haiwan tropika?...

Semasa British memerintah Malaysia, mereka membakar berjuta-juta ekar hutan Malaysia untuk menanam getah... Berjuta-juta haiwan mati kerana pembakaran ini. Rakyat Malaysia tidak mendapat apa-apa daripada balak yang ditebang itu. Selain itu, apabila getah dijual hampir semua, keuntungannya diangkut ke England. Perbuatan nenek moyang anda amat mengaibkan.

Jika anda tidak mahu kami menebang hutan kami, beritahu ayah anda supaya menyuruh negara-negara kaya seperti Britain membayar harga lebih tinggi bagi balak yang dibeli dari kami... Jika anda benar-benar berminat tentang haiwan tropika, kami mempunyai Taman Negara yang luas di mana di sana tiada sesiapa dibenarkan menebang pokok dan membunuh haiwan.

Saya harap anda memberitahu orang dewasa yang mempergunakan anda untuk mempelajari semua fakta. Mereka tidak seharusnya terlalu angkuh dan merasa tahu cara terbaik mentadbir sebuah negara. Mereka sepatutnya menghalau semua warga British di kawasan desa untuk membenarkan hutan tumbuh di sana dan mengisi hutan ini dengan serigala, beruang dll. supaya anda dapat mengkajinya sebelum anda mengkaji tentang haiwan tropika.

Saya percaya semua kanak-kanak patut belajar mengenai haiwan dan menyayanginya. Tetapi orang dewasa tidak patut mengajar anak-anak bersikap biadap terhadap orang tua.

Sumber: The Sultan and the Mermaid Queen, Paul Sochazewski, 2009 

Rasa macam nak tergelak je bila Mantan PM kita, Tun Dr. Mahathir membalas surat tersebut. Ini namanya perli secara terhormat..=)

by Amyra javaroses
07 July 2014

MY "SOMETIMES" BEST FRIEND


Alone i break, alone in my head. I'm feeling so low. You wont understand cause no one can know. My eyes are so tired and I can't sleep at night. Your face haunts my dreams when I turn out the lights.  It happened so suddenly, it happened so fast. I knew all at once that none of this would last.

Was I just a game? Was this all just for fun? Did my feelings matter to anyone? Years have passed, keeping secrets, telling lies. I don't have the strength to go away from you. What the matters is, you such a selfish person to understand us.

My heart has been broken, not once but twice. Once by my best friends. and again.. my best friends. Deep down inside, I know it's your fault. So I'm just going to lock it away in my vault.

How can you know me when I barely know myself. How can you laugh with me when inside I am crying. I told you once, how I felt. Your ice cold heart didn't even melt. You didn't believe any word I said. You'd be surprised when I end up dead.

How can you talk about me when you don't know the real me. How can you see me when this image is a fake, a lie. You never like anything I do. So do I. Even though most of it is for you. My "SOMETIMES" best friend who is supposed to be with me until the end. But you leave me all the time and never seem to see me behind.

STRUGGLING TO STOP YOU, HURRYING TO PLEASE YOU.


You never see my feelings. Only your own. This makes me feel unhappy. But this, you've already known.

You think that I don't know what you're saying behind my back. You think you're so perfect but there's still so much that you lack. You pretend that I don't know why we are so much in pain.

Secretly hating you, betrayed by you yet again. You think that you can just butt into my life but if you really want to make us happy, you must pay the price. And now that I've broken free from your deadly curse.

I realize your the one who ruined my life and continued to make it worse. Now you're angry with me because I'm trying to forget you.

So, I won't have to fall. Now, just remember. When I turn my back on you, it's because you did the same to me. Something horrible to live through.

Never again will I trust you. Never again will I call you a friend. Never again will you ruin my life. How dare you say that you care, how dare you even try. How dare you be so heartless!! And try to make me believe your lies.

I've learned from my mistakes. I've learned from what I've done. I've learned not to trust you. I've been betrayed by a friend.

by Amyra javaroses
04 July 2014

PANGGILAN TEMUDUGA PENOLONG PEGAWAI LATIHAN VOKASIONAL (PPLV) J29


Alhamdulillah... Rezeki yang Allah limpahkan padaku.

Bila difikirkan balik, nak menjadi tenaga pengajar ni banyak cabarannya. Masihku ingat menjadi guru sebelum ni. Penat tak terkata. Jangan korang kata pekerjaan guru ni senang. Susah tahu tak. Aku sendiri alaminya.

Tugas untuk temuduga aku ni bukanlah mudah juga. Menjadi tenaga pengajar untuk pelajar ILP, ADTEC atau CIAST bukannya senang. Sewaktu kursus induksi, kami PPTM - (bahagian komputer) berkursus bersama bahagian Penolong Pegawai Latihan Vokasional (PPLV) mendengar macam-macam cerita. Yolah, nak didik yang kecik pun susah, yang lagi besar punyalah payah. Hahaha...

Korang tengok statistik ni.. Perggh... Sedih aku tengok.. Betapa banyaknya pemohon.

So, untuk kes aku ni, rasanya aku takkan pergi temuduga ni. Aku tahu ada ramai calon yang memerlukan jawatan ini. Akanku lepaskan kepada mereka yang memerlukan. Aku tak nak tamak, dan aku tahu rezeki aku adalah pada jawatan aku sekarang.

Alhamdulillah, kerja disini semuanya seronok. Boleh buat montaj, rakaman, jadi jurukamera tak bertauliah dan yang penting aku berjumpa secara live dengan KPPA dan KSN. Menteri MITI pun aku dah jumpa face-to-face. Ko ado??? kihkihkih...

Ok... untuk tips temuduga aku bagi untuk next entry ek..

Hihihi..

by Amyra javaroses
28 June 2014

RAMADHAN DATANG LAGI


Alhamdulillah. Selangkah kita sudah memasuki bulan yang penuh mulia iaitu bulan Ramadhan. Aku masih terkenang 20 tahun lepas….

“Mira, bangun..Sahur ni.”

Aku berjalan menuju ke dapur untuk bersahur…

Waaahhh.. Aku dah besar rupanya. Tak lama lagi aku mendirikan rumah tangga. Alhamdulillah, semuanya berjalan lancar.

Tatkala aku mengimbau masa lampau serta merancang masa hadapan, aku terdengar sebuah lagu yang menyentuh kalbuku… Cheeewaaahh…

^^Ku mengharapkan Ramadhan kali ini penuh makna | Agar dapat kulalui dengan sempurna
^^Selangkah demi selangkah | Setahun sudah pun berlalu Masa yang pantas berlalu
^^Hingga tak terasa ku berada di bulan Ramadhan semula
^^Ku memohon pada Tuhan diberikan kekuatan |Ku merayu pada Tuhan diterima amalan
^^Selangkah demi selangkah dengan rahmatMu oh Tuhanku |Ku tempuh jua

Bila tiba Ramadhan, ramai sudah fikir esok juadah berbuka apa. Hehehehe… Sama laaa kita semua. Tapi, adakah kita berfikir, sempena Ramadhan ini kita nak kurangkan kontroversi dan nak tambahkan pahala ibadah kita.

Oppss.. Ibadah tu tidak semestinya solat sahaja. Ibadah tu  menyeluruh. Sebagai contohnya, kesederhanaan dalam kehidupan seharian adalah suatu ibadah. Malu pun suatu ibadah.

Huhuhu… Aku pun tidak berapa pandai bab agama. Belajar pun tak habis lagi..

Point sekarang ni, apa significant-nya bila tiba bulan Ramadhan ni nak minta maaf??? Kenapa mesti bulan Ramadhan baru nak minta maaf sedangkan banyak bulan yang lain. Aku pun tak faham dengan reality masyarakat sekarang.

Tahukah anda, kita digalakkan sebelum tidur untuk memaafkan kesalahan orang sekeliling. Baru hidup rasa tenang dan aman.

Tak nak memaafkan orang? Pergh… Besarnya kita tak nak maafkan orang lain. Takut aku kalau ada yang ego tak nak maafkan orang. Tapi, sapalah aku untuk bersangkal kerna Allah Maha Mengetahui apa yang terpendam di dalam lubuk hati hambaNya.

Kepada blogger yang singgah di blog aku, andainya jika kalian baca mana-mana artikel aku, kalian ada terasa hati, aku memohon ampun dan maaf.

Selamat berpuasa. Dah terawih? Kalau belum moh kita terawih… =)

by Amyra javaroses

ADA APA DENGAN BLOG


Kadang-kadang, ada kawan tanya pada aku.

"Eh mira, apesal ko suka update blog? Ada orang nak baca ke?"

atau

"Aku tak faham laa blogger. Dieorang update blog tulis sana sini takde life ke?"

Haaa... Meh cini aku sekolahkan ko dik... Ko tak faham feel menulis ni. Ko nak share pengalaman hidup ko, ko nak tunjuk outcome dari kerja ko atau memang habit ko macam tu.

Blog aku ni dikategorikan blog rojak. Aku menulis ikut mood. Kadang-kadang aku nak luahkan apa yang terpendam ni melalui penulisan. Of course, yang hakikinya kita patut luahkan pada Ilahi, tapi tujuan utama aku menulis adalah untuk berkongsi kesilapan yang telah aku lakukan serta  memberi pengajaran pada orang sekeliling.

Aku tak harap orang baca atau orang komen. Malahan aku tak kisah sesiapa di luar sana nak jadi follower aku ke tak. Kalau nak cakap statistik berapa orang view tu beratus ribu kot.. (hahaha... blagak siot)

Aku tutup komen bukan tak nak berkomen balik, aku takda masa nak respon komen orang. Nanti tak komen ada yang pedih hati. Semua social network aku berhabuk. Contohnya FB.. Aku tak update pape dah. Dah takde spesel pun FB untuk aku. Even Twitter, Instag or sort of that. Aku nak settle down, so bila dah jadi isteri kene stop everything mengenai social networking. Maybe after married pun aku akan stop berblogging kalau keadaan menuntut supaya aku berhenti.

Ada setengah mengatakan penulisan yang menarik tu bergantung dengan cara kita tulis. Untuk mendapat penulisan yang menarik, kene dapat idea / ilham dari situasi yang pelik. Yup, itu betoi. Tengah berak pun aku bole dapat ilham nak tulis ape. Yang penting jangan cilok idea orang.

Kadang-kadang entry-nya...perrrghhhh power dengan gambar yang hot. Haaa, itu bukan aku nak adakan entry power. Aku takda masa nak bubuh gambar macam ala-ala hot gitu. Kihkihkih...

Mengenai stetement takde life kan, aku ada life sebenarnya. Hangout dengan kawan kerja, kawan rumah serta BFF kat hometown. Aku bukan macam segelintir masyarakat yang dah g lepak, sikit-sikit nak update kat FB. Tunjuk lepak kat mana dan buat muka duck face.

Haaaa, lantak korang laaa... Aku takda masa nak kutuk duck face korang dan lifestyle korang hangout sana sini cuma aku nak tanya, apa motifnya ko update sana sini??? Ko nak tunjuk ko kaya ke so ko bole lepak situ? Ko buat muka duck face apedehal? Sebab ko boleh buat muke duck face orang lain tak bole itu pasal ko tunjuk tu? Kang ak tunjuk muke orang utan aku ko pengsan pulak. Bajet hot mintak berapa ratus like kan... Haaa, ape pun tak boleh.

Aku dulu macam tu. Tapi, aku nak bagi tahu korang satu benda. Kalau aku dapat patah balik masa, aku takkan update pape pun. Kalau boleh aku rasa tak perlu bukak akaun FB, twitter atau Instag. Rasa macam budak-budak update macam tu. Style aku, life aku adalah privacy aku.

Blog ini diwujudkan pun atas dasar aku nak kongsi ilmu. Kalau aku kongsi life aku berkemungkinan tak sampai 1%. Itupun aku kongsikan melalui penulisan secara berhikmah. Maksudnya, cerita dalam cerita laa... Huhuhu..

Ape pun, sesiapa yang baca entry ni takde heart feeling ok.. Kalau terguris atau terasa atau sakit hati, aku minta maaf. Aku tegur ni pun bukan sebut nama sapa pun. Kalau baca, terasa pun maksudnya ko memang buat keje macam ni laa kan. So, sekali lagi... Aku minta maaf di atas apa yang aku tulis artikel ni.

Selamat berpuasa yok.. x)

by Amyra javaroses
07 June 2014

BETRAYED FRIEND


We said it was forever - said we'd never be a part. I knew it was a line, but i still gave both of you my heart.

Said you would stay, promised you could. You choose to walk away and I knew you would.

You're not there anymore, my dearest friends. I hate to say this but it is our end. By day you're one person, by night another. Neither of you have anything to do with each other.

I sit here and cry for both of you - not for me. What you've become, I wish  you could see. In your life you make friends that you're sure are true. Nothing else matters, except what's between them and you.

You don't know if anyone has ever before felt this way. For them you took breaths, you wanted to be alive everyday.

It hurts to loose a friend, it gives you the saddest frown.... and when a second one bails, it's like getting kicked while you're down.

And it hurts to be accused of something you didn't do. You guys should known better than anyone that I would never ever think to.

You planted a knife in my back. You were my friend, but now my memories of you are COMPLETELY BLACK.

I am afraid to have friend another, but I know I shouldn't be, because the people in my life are perfect for me.

There is this game I play where I CLOSE MY EYES and FADE AWAY.

by Amyra javaroses
01 May 2014

HANGOUT DENGAN BFF


Ok, so bila aku dapat pindah ke sini. Berjumpalah dengan ragam macam-macam orang. So, nak dikatakan dieorang nilah housemate aku dan kawan sekerja aku...

 Nilah bebudak yang selalu support aku.. Kawan hangout aku g jejalan.. Huhuhu...




Time ni kat cafe ofis.. Date dengan bella...

Entah ape motif aku citer benda ni... Hahaha...


by Amyra javaroses
23 April 2014

SAYA MINTA MAAF




Aku tidak hairan jika ada orang yang bersalah tidak mahu mengakui kesalahannya apatah lagi hendak meminta maaf.

Aku juga tidak hairan jika ada orang yang bersalah kemudian mengakui kesalahannya dan meminta maaf.

Apa yang menghairankan aku adalah jika ada orang yang tidak bersalah namun meminta maaf kepada orang yang berbuat salah kepadanya. Hanya orang berjiwa besar dan berhati mulia sahaja yang sanggup melakukannya.

Wallahu al-Musta'an.
Kata-kata itu sering bermain di minda aku. Entah la, hati ini masih berbaki rasa bersalah pada mereka berdua. Aku sering berdoa semoga mereka memaafkan diri aku. Dek kerana percaya dengan mulut orang, aku bersangka buruk dengan mereka yang menganggap aku kakak pada mereka berdua. Sesungguhnya aku telah mengkhianati persahabatan kami bertiga.

Untuk itu, hukuman pertama yang aku terima adalah rasa bersalah. Hingga kini, aku masih terkenang kisah setahun yang lepas. Kadang-kadang terfikir, "alangkah bagusnya kalau aku tidak mengenali mereka semua."

Dek kerana percaya mulut orang dan dek kerana tersalah hukum orang, aku percaya 100% maklumat tersebut tanpa membuat kajian. Yang paling best, aku telah dikhianti dan terlibat dengan kancah fitnah manusia.

Ya Allah, peritnya aku tanggung ini semua. Pernah juga, aku mengetahui bahawasanya aku telah dibuang dari ingatan mereka. Terima kasih kerana membuang aku. Aku tahu salah aku dan inilah balasan yang aku perlu terima.

Andainya kalian membaca ini, maafkan kakak. Kakak sangat merindukan kalian semua.

Ini bukan lakonan, ini bukan taktik balas dendam kerna ini adalah luahan hati aku yang ikhlas.

Sehingga kita berjumpa lagi.

by Amyra javaroses

Sabda

Rasulullah S.A.W juga pernah bersabda maksudnya “Didiklah anak-anakmu dengan 3 perkara iaitu mencintai nabinya, mencintai ahli bait (keluarga)nya dan bacaan al-Quran, kerana ahli al-Quran itu mendapat naungan Allah pada hari yang tiada naungan melainkan naunganNya bersama-sama para Nabi”.

Berperang untuk melawan sikap malas, bersemangat untuk belajar, pasti akan dialami. Ini bukan saat untuk terlelap, terbuai dalam mimpi tak berujung. Tiada istilah lelah dan penat, untuk menjadi sang pejuang.

MORE ABOUT AUTHORS


Hi! This is Amyra, admin of concretejavaroses.blogspot.com and many more. A small blogger and started blogging as a hobby. Previously, I worked as a tutor and teacher, and of course currently, I worked as Kuli at Government Sector. I am running a number of Blog/Sites from my living room. Do contact me if u olls have any problems with ur sites. gtg. Catch ya later. =)