Recent Post

the authors


Name : Amirah binti Abdul Rashid


Origin Hometown : Ipoh

Field: Computer Engineering


Full-time : IT Assistant


Part-time : Tutor, Web Designer & Writer


Expertise : Web Development, Graphic and Multimedia Designer

Went through

Daisypath Anniversary tickers

I HEART YOU

Word world

Being deeply loved by someone gives u strength, while loving someone deeply gives u courage. yes..i mean u...

Galleries

MY QUOTES

People think that the most painful thing in life is losing the one value, the truth is, the most painful thing is losing yourself in the process of valuing someone too much and forgetting that you are special too...

Labels

SHOUT OUT

>>Chat<<


by Amyra Javaroses

Contact Me

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.

Cinta padaNya

Sekiranya kita cinta kepada manusia, tidak semestinya manusia akan cintakan kita. Tetapi sekiranya kita cintakan Allah nescaya cinta Allah tiada penghujungnya. Sekiranya kita cinta kepada manusia, kita akan cemburu kepada orang yang mencintai orang yang kita cintai. Tetapi sekiranya kita cinta kepada Allah, kita akan turut mencintai orang yang melabuhkan cintanya kepada Allah juga.

Find Me

Compatible with


Contact me at

    amyramia87@gmail.com


  +6019XXXXXX

Follow me at



Showing posts with label Agama. Show all posts
Showing posts with label Agama. Show all posts
03 March 2015

PERTEMUAN IBLIS DENGAN RASULULLAH


Part 1 - Iblis kunjungi Rasulullah

DARIPADA Muadz bin Jabal dari Ibn Abbas r.a.
“Ketika kami bersama Rasulullah SAW di kediaman seorang sahabat Ansar, tiba-tiba terdengar panggilan seseorang dari luar rumah,

Wahai penghuni rumah, bolehkah aku masuk? Sebab kalian akan memerlukanku’ .”

Rasulullah SAW bersabda, “Tahukah kalian siapa yang memanggil?”

Kami menjawab: “Allah SWT dan Rasul-Nya yang lebih tahu.”

Baginda melanjutkan, “Itu Iblis, laknat Allah SWT bersamanya.”

Umar bin Khattab berkata, “Izinkan aku membunuhnya, wahai Rasulullah.”

Nabi menahannya,
“Sabar wahai Umar, bukankah kamu tahu bahawa Allah SWT memberinya kesempatan sehingga hari kiamat? Lebih baik bukakan pintu untuknya sebab dia sudah diperintahkan untuk ini. Fahamilah apa yang hendak ia katakan dan dengarkan dengan baik.”

Ibnu Abbas r.a. kemudian memaklumkan: “Pintu lalu dibuka, ternyata dia seperti seorang orang tua yang cacat satu matanya. Di janggutnya ada tujuh helai rambut seperti rambut kuda, taringnya kelihatan seperti taring babi, bibirnya seperti bibir sapi.”

Iblis berkata, “Salam untukmu Muhammad. Salam untukmu hadirin.”

Nabi menjawab, “Salam hanya milik Allah SWT. Sebagai mahluk terlaknat, apa keperluanmu?”


Iblis menjawab, “Wahai Muhammad, aku datang ke sini bukan atas kemahuanku, namun kerana terpaksa.”

Siapa yang memaksamu?” tanya Nabi.

Iblis menjawab, “Seorang malaikat utusan Allah SWT mendatangiku dan berkata, “Allah SWT memerintahmu mendatangi Muhammad sambil menundukkan diri. Beritahu Muhammad mengenai caramu dalam menggoda manusia. Jawablah dengan jujur semua pertanyaannya. Demi kebesaran Allah SWT, andai kau berdusta satu kali saja, Allah SWT akan jadikan dirimu debu yang ditiup angin.”

Part 2 Iblis gentar

IBLIS gentar dengan soalan Nabi Muhammad ketika diarah bertemu baginda oleh Allah dan di bawah ini adalah sebahagian lagi daripada keseluruhan soalan perlu dijawab makhluk dilaknat itu:

Nabi Muhammad menyoal iblis berkaitan amalan yang dapat menyakiti makhluk dilaknat Allah itu.
“Apa yang kau rasakan jika melihat seseorang daripada umatku yang hendak solat?” Iblis menjawab panas dan gementar lantas baginda bertanyakan mengapa.

Iblis menjawab, “Sebab setiap seorang hamba bersujud sekali kepada Allah dan Tuhan mengangkatnya satu darjat.”

Baginda bertanya lagi, “Jika seorang umatku berpuasa, jika ia berhaji dan jika iamembaca al-Quran.”
Iblis menjawab, “Tubuhku terasa terikat hingga ia berbuka, aku seperti orang gila dan aku berasa meleleh laksana timah di atas api.”

Apabila ditanya jika seseorang umat Muhammad bersedekah, iblis menjawab ia sama seperti individu berkenaan membelah tubuhnya dengan gergaji.

Baginda kemudian bertanya mengapa iblis terasa seperti itu, lantas makhluk dilaknat Allah itu menjawab, “Sebab dalam sedekah ada empat keuntungan baginya iaitu keberkatan dalam hartanya, hidupnya disukai, sedekah itu kelak akan menjadi hijab antara dirinya dengan api neraka dan segala macam musibah akan terhalau dari dirinya.”

Baginda meneruskan soalan: “Apa yang dapat mematahkan pinggangmu?”

Iblis menjawab, “Suara kuda perang di jalan Allah.”

Soal baginda seterusnya, “Apa yang dapat melelehkan tubuhmu?”

Iblis menjawab, “Taubat orang yang bertaubat.”

Nabi Muhammad meneruskan soalan: “Di manakah kau menaungi anak-anakmu di musim panas?”

Dan dijawab iblis, “Di bawah kuku manusia.”

Part 3 - 70,000 anak bantu iblis

IBLIS yang dilaknat Allah SWT akan melakukan pelbagai cara untuk menggoda umat Nabi Muhammad SAW ke arah kelalaian dan pelbagai perkara maksiat lain.

Makhluk laknat terbabit pernah bertamu kepada Rasulullah SAW selepas diarah berbuat demikian oleh Allah SWT bagi menjawab setiap persoalan ditanyakan baginda.

Berikut adalah sambungan pertanyaan dan jawapan diberikan Iblis:

Rasulullah SAW lalu bersabda, “Segala puji bagi Allah SWT yang membahagiakan umatku dan menyengsarakanmu.”

Iblis segera menyampuk: “Tidak, tidak. Tidak akan ada kebahagiaan selama aku hidup sehingga hari akhir. Bagaimana kau boleh berbahagia dengan umatmu sementara aku boleh masuk ke dalam aliran darah mereka dan mereka tidak boleh melihatku. Demi yang menciptakan diriku dan memberiku kesempatan sehingga hari akhir, aku akan menyesatkan mereka semua. Baik yang bodoh atau yang pintar, yang boleh membaca dan tidak boleh membaca, yang durjana dan yang soleh kecuali hamba Allah SWT yang ikhlas.”

Rasulullah terus bertanya Iblis siapa yang ikhlas menurut makhluk laknat terbabit dan dijawab: “Tidakkah kau tahu, wahai Muhammad, bahawa barang siapa yang menyukai emas dan perak, ia bukan orang yang ikhlas.”

“Jika kau lihat seseorang yang tidak menyukai dinar dan dirham, tidak suka pujian dan sanjungan, aku boleh pastikan bahawa ia orang yang ikhlas, maka aku meninggalkannya.”

“Selama seorang hamba masih menyukai harta dan sanjungan dan hatinya selalu terikat dengan kesenangan dunia, ia sangat patuh padaku.”

“Tahukah kamu Muhammad, aku mempunyai 70,000 anak dan setiap anak memiliki 70,000 syaitan?”

“Sebahagian ada yang aku tugaskan untuk mengganggu ulama. Sebahagian untuk mengganggu anak muda, sebahagian untuk mengganggu orang tua, sebahagian untuk mengganggu wanita tua, sebahagian anakku juga aku tugaskan kepada para Zahid.”

“Aku punya anak yang suka kencing di telinga manusia sehingga ia tidur pada solat berjemaah. Tanpanya, manusia tidak akan mengantuk pada waktu solat berjemaah.”

“Aku punya anak yang suka menaburkan sesuatu di mata orang yang mendengarkan ceramah ulama hingga mereka tertidur dan pahalanya terhapus.”

“Aku punya anak yang senang ada di lidah manusia. Jika seseorang melakukan kebajikan lalu ia hebohkan kepada manusia, maka 99% pahalanya akan terhapus.”

“Pada setiap seorang wanita yang berjalan, anakku dan syaitan duduk di pinggul dan pahanya lalu menghiasinya supaya setiap orang memandangnya. Syaitan juga berkata, ‘Keluarkan tanganmu’, lalu ia mengeluarkan tangannya lalu syaitan menghiasi kukunya.”

“Mereka (anak-anakku) selalu menyusuri dan berubah dari satu keadaan ke keadaan lain serta daripada satu pintu ke pintu lain untuk menggoda manusia hingga mereka terhempas daripada keikhlasan mereka.

“Akhirnya mereka menyembah Allah tanpa ikhlas, namun mereka tidak merasa.”

“Tahukah kamu Muhammad bahawa ada rahib yang beribadat kepada Allah selama 70 tahun. Setiap orang sakit yang didoakan olehnya, sembuh seketika. Aku terus menggodanya hingga dia berzina, membunuh dan kufur,” terang Iblis kepada Rasulullah SAW.

Part 4 - Pendusta sahabat iblis

IBLIS laknat menganggap dirinya lebih mulia daripada manusia dan enggan tunduk kepada Nabi Adam tetapi akhirnya terpaksa bertamu kepada Nabi Muhammad SAW atas perintah Allah SWT untuk memberikan jawapan setiap persoalan dilontarkan junjungan mulia.

Berikut adalah sambungan jawapan diberikan Iblis dengan pengakuan bagaimana dia menggoda manusia.

“Tahukah kau Muhammad, dusta berasal dari diriku? Akulah makhluk pertama yang berdusta. Pendusta adalah sahabatku. Barang siapa bersumpah dengan berdusta, ia kekasihku.”

“Tahukah kau Muhammad, aku bersumpah kepada Adam dan Hawa dengan nama Allah bahawa aku benar-benar menasihatiNya. Sumpah dusta adalah kegemaranku. Ghibah (gosip) dan Namimah (adu domba) kesenanganku. Kesaksian palsu kegembiraanku.”

“Orang yang bersumpah untuk menceraikan isterinya maka ia berada di pinggir dosa walau hanya sekali dan walaupun ia benar.”

“Sebab, barang siapa membiasakan dengan kata-kata cerai, isterinya menjadi haram baginya. Kemudian ia akan beranak cucu sehingga hari kiamat. Jadi semua anak-anak zina dan ia masuk neraka hanya kerana satu kalimat, cerai.”

“Wahai Muhammad, umatmu ada yang suka melewatkan solat. Setiap kali ia hendak berdiri untuk solat, aku bisikkan padanya waktu masih lama, kamu masih sibuk lalu ia menundanya hingga ia melaksanakan solat di luar waktu. Maka solat itu dipukulkan ke mukanya.”

“Jika ia berhasil mengalahkanku, aku biarkan ia solat. Namun aku bisikkan ke telinganya ‘Lihat kiri dan kananmu,’ ia pun menoleh. Pada saat itu aku usapnya dengan tanganku dan ku cium keningnya serta aku katakan ‘solatmu tidak sah.’ Bukankah kamu tahu Muhammad, orang yang banyak menoleh dalam solatnya akan dipukul.”

“Jika ia solat sendirian, aku suruh dia untuk bergegas. Ia pun solat seperti ayam yang mematuk beras. Jika ia berhasil mengalahkanku dan ia solat berjemaah, aku ikat lehernya dengan tali sehingga ia mengangkat kepalanya sebelum imam atau meletakkannya sebelum imam.”

“Kamu tahu bahawa melakukan itu membatalkan solatnya dan wajahnya akan diubah menjadi wajah keldai. Jika ia berhasil mengalahkanku, aku tiup hidungnya sehingga ia menguap dalam solat.”

“Jika ia tidak menutup mulutnya ketika menguap, syaitan akan masuk ke dalam dirinya dan membuatnya menjadi bertambah serakah dan gila dunia. Dan ia pun semakin taat padaku.”

“Kebahagiaan apa untukmu sedang aku memerintahkan orang miskin supaya meninggalkan solat. Aku katakan padanya, ‘Kamu tidak wajib solat, solat hanya wajib untuk orang yang berkemampuan dan sihat.’ ‘Orang sakit dan miskin tidak wajib dan jika kehidupanmu telah berubah baru kau solat.’ Ia pun mati dalam kekafiran. Jika ia mati sambil meninggalkan solat maka Allah akan menemuinya dalam kemurkaan.”

“Wahai Muhammad, jika aku berdusta Allah akan menjadikanku debu. Wahai Muhammad, apakah kau akan bergembira dengan umatmu padahal aku mengeluarkan seperenam mereka daripada Islam?” kata iblis.

Itu semua cara digunakan iblis untuk menggoda manusia menjadi kuda tunggangannya di akhirat kelak. Umat Islam digalakkan bermuhasabah diri dan memikirkan kembali apa yang perlu dilakukan supaya setiap ibadat dapat dijalankan dengan khusyuk, tawaduk dan hanya mengharapkan ganjaran daripada Allah SWT bukannya sesama manusia. 

by Amyra javaroses

30 June 2014

KESILAPAN KERAP DALAM BULAN RAMADHAN


Sepanjang bulan puasa ini, alhamdulillah, banyak aktiviti keagamaan di tempat kerja aku. Sangat tenang dan syahdu.. =) 

Namun, aku ada terbaca artikel di blog Zaharuddin.net mengenai puasa.
Jom kita baca bersama. 
KESILAPAN KERAP DALAM BULAN RAMADHAN
Pada hemat saya, kita bolehlah mengatakan bahawa objektif atau sasaran yang perlu dicapai oleh Muslim di bulan Ramadhan ini kepada dua yang terutama. Iaitu taqwa dan keampunan. Perihal objektif taqwa telah disebut dengan jelas di dalam ayat 183 dari surah al-Baqarah. Manakala objektif ‘mendapatkan keampunan' ternyata dari hadith sohih tentang Sayyidatina Aisyah r.a yang bertanya kepada nabi doa yang perlu dibaca tatkala sedar sedang mendapat lailatul qadar. Maka doa ringkas yang diajar oleh Nabi SAW adalah doa meminta keampunan Allah SWT.

Bagaimanapun, kemampuan untuk mendapatkan kesempurnaan pahala ramadhan kerap kali tergugat akibat kekurangan ilmu dan kekurang perihatinan umat Islam kini. Antara yang saya maksudkan adalah :-
1) Makan dan minum dengan bebas setelah batal puasa dengan sengaja (bukan kerana uzur yang diterima Islam). Perlu diketahui bahawa sesiapa yang batal puasanya dengan sengaja tanpa uzur seperti mengeluarkan mani secara sengaja, merokok, makan dan minum. Ia dilarang untuk makan dan minum lagi atau melakukan apa jua perkara yang membatalkan puasa yang lain sepanjang hari itu. (Fiqh as-Siyam, Al-Qaradawi, hlm 112). 

Ia dikira denda yang pertama baginya selain kewajiban menggantikannya kemudiannya. Keadaan ini disebut di dalam sebuah hadith, Ertinya : "sesungguhnya sesiapa yang telah makan (batal puasa) hendaklah ia berpuasa baki waktu harinya itu" (Riwayat al-Bukhari) 

2) Makan sahur di waktu tengah malam kerana malas bangun di akhir malam. Jelasnya, individu yang melakukan amalan ini terhalang dari mendapat keberkatan dan kelebihan yang ditawarkan oleh Nabi SAW malah bercanggah dengan sunnah baginda. "Sahur" itu sendiri dari sudut bahasanya adalah waktu terakhir di hujung malam. Para Ulama pula menyebut waktunya adalah 1/6 terakhir malam. (Awnul Ma'bud, 6/469). Imam Ibn Hajar menegaskan melewatkan sahur adalah lebih mampu mencapai objektif yang diletakkan oleh Nabi SAW. (Fath al-Bari, 4/138) 

3) Bersahur dengan hanya makan & minum sahaja tanpa ibadah lain. Ini satu lagi kesilapan umat Islam kini, waktu tersebut pada hakikatnya adalah antara waktu terbaik untuk beristigfar dan menunaikan solat malam.

Firman Allah ketika memuji orang mukmin ertinya : " dan ketika waktu-waktu bersahur itu mereka meminta ampun dan beristighfar" (Az-Zariyyat : 18) 

يا رسول الله , أي الدعاء أسمع ؟ : قال : جوف الليل الأخير ودبر الصلوات المكتوبة

Ertinya : "Ditanya kepada Nabi (oleh seorang sahabat) : Wahai Rasulullah :" Waktu bilakah doa paling didengari (oleh Allah s.w.t) ; jawab Nabi : Pada hujung malam (waktu sahur) dan selepas solat fardhu" ( Riwayat At-Tirmidzi, no 3494 , Tirmidzi & Al-Qaradhawi : Hadis Hasan ; Lihat Al-Muntaqa , 1/477)

4) Tidak menunaikan solat ketika berpuasa. Ia adalah satu kesilapan yang maha besar. Memang benar, solat bukanlah syarat sah puasa. Tetapi ia adalah rukun Islam yang menjadi tonggak kepada keislaman sesorang. Justeru, ‘ponteng' solat dengan sengaja akan menyebabkan pahala puasa seseorang itu menjadi ‘kurus kering' pastinya. 

5) Tidak mengutamakan solat Subuh berjemaah sebagaimana Terawih. Ini jelas suatu kelompongan yang ada dalam masyarakat tatakala berpuasa. Ramai yang lupa dan tidak mengetahui kelebihan besar semua solat fardhu berbanding solat sunat, teruatamnya solat subuh berjemaah yang disebutkan oleh Nabi SAW bagi orang yang mendirikannya secara berjemaah, maka beroleh pahala menghidupkan seluruh malam. 

6) Menunaikan solat terawih di masjid dengan niat inginkan meriah. Malanglah mereka kerana setiap amalan di kira dengan niat, jika niat utama seseorang itu ( samada lelaki atau wanita) hadir ke masjid adalah untuk meriah dan bukannya atas dasar keimanan dan mengharap ganjaran redha Allah sebagaimana yang ditetapkan oleh Nabi SAW di dalam hadith riwayat al-Bukhari. Maka, "Sesungguhnya sesuatu amalan itu dikira dengan niat". (Riwayat al-Bukhari) 

7) Bermalasan dan tidak produktif dalam kerja-kerja di siang hari dengan alasan berpuasa. Sedangkan, kerja yang kita lakukan di pejabat dengan niat ibadat pastinya menambahkan lagi pahala. Justeru, umat Islam sewajarnya memperaktifkan produktiviti mereka dan bukan mengurangkannya di Ramadhan ini. 
8) Memperbanyakkan tidur di siang hari dengan alasan ia adalah ibadat. Sedangkan Imam As-Sayuti menegaskan bahawa hadith yang menyebut berkenaan tidur orang berpuasa itu ibadat adalah amat lemah. (al-Jami' as-Soghir ; Faidhul Qadir, Al-Munawi, 6/291)

9) Menganggap waktu imsak sebagai ‘lampu merah' bagi sahur. Ini adalah kerana waktu imsak sebenarnya tidak lain hanyalah ‘lampu amaran oren' yang di cadangkan oleh beberapa ulama demi mengingatkan bahawa waktu sahur sudah hampir tamat. Ia bukanlah waktu tamat untuk makan sahur, tetapi waktu amaran sahaja. Lalu, janganlah ada yang memberi alasan lewat bangun dan sudah masuk imsak lalu tidak dapat berpuasa pada hari itu. Waktu yang disepakti ulama merupakan waktu penamat sahur adalah sejurus masuk fajar sadiq (subuh). (As-Siyam, Dr Md ‘Uqlah, hlm 278)

10) Wanita berterawih beramai-ramai di masjid tanpa menjaga aurat. Ini nyata apabila ramai antara wanita walaupun siap bertelekung ke masjid, malangnya kaki dan aurat mereka kerap terdedah da didedahkan berjalan dan naik tangga masjid di hadapan jemaah lelaki. Tatkala itu, fadhilat mereka solat di rumah adalah lebih tinggi dari mendatangkan fitnah buat lelaki ketika di masjid.

11) Memasuki Ramadhan dalam keadaan harta masih dipenuhi dengan harta haram, samada terlibat dengan pinjaman rumah, kad kredit, insuran, pelaburan dan kereta secara riba. Ini sudah tentu akan memberi kesan yang amat nyata kepada kualiti ibadah di bulan Ramadhan, kerana status orang terlibat dengan riba adalah sama dengan berperang dengan Allah dan RasulNya, tanpa azam dan usaha untuk mengubahnya dengan segera di bulan 'tanpa Syaitan' ini, bakal menyaksikan potensi besar untuk gagal terus untuk kembali ke pangkal jalan di bulan lain.
 Nabi Muhammad menceritakan :-
ذَكَرَ الرَّجُلَ يُطِيلُ السَّفَرَ أَشْعَثَ أَغْبَرَ يَمُدُّ يَدَيْهِ إلى السَّمَاءِ يا رَبِّ يا رَبِّ وَمَطْعَمُهُ حَرَامٌ وَمَشْرَبُهُ حَرَامٌ وَمَلْبَسُهُ حَرَامٌ وَغُذِيَ بِالْحَرَامِ فَأَنَّى يُسْتَجَابُ لِذَلِكَ 
Etinya :  menyebut tentang seorang pemuda yang bermusafir dalam perjalanan yang jauh, hal rambutnya kusut masai, mukanya berdebu di mana dia mengangkat tangan ke langit : Wahai Tuhanku...wahai Tuhanku... sedangkan makanannya haram, minumannya haram dan pakaiannya haram..Dan dia dibesarkan dengan memakan makanan haram maka bagaimana Kami mahu mengabulkan doanya. ( Riwayat Muslim, no 1015, 2/703 ; hadis sohih)

Justeru, bagaimana Allah mahu memakbulkan doa orang yang berpuasa sedangkan keretanya haram, rumahnya haram, kad kreditnya haram, insurannya haram, simpanan banknya haram, pendapatannya haram?. Benar, kita perlu bersangka baik dengan Allah, tetapi sangka baik tanpa meloloskan diri dari riba yang haram adalah penipuan kata Imam Hasan Al-Basri.

12) Tidak memperbanyakkan doa tatkala berpuasa dan berbuka. Ini satu lagi jenis kerugian yang kerap dilakukan oleh umat Islam. Nabi SAW telah menyebut :-
ثلاثة لا ترد دعوتهم , الإمام العادل , والصائم حتى يفطر ودعوة المظلوم 

Ertinya : "Tiga golongan yang tidak di tolak doa mereka, pemimpin yang adil, individu berpuasa sehingga berbuka dan doa orang yang di zalimi" ( Riwayat At-Tirmizi, 3595, Hasan menurut Tirmizi. Ahmad Syakir : Sohih )

Selain itu, doa menjadi bertambah maqbul tatkala ingin berbuka berdasarkan hadith. 
إن للصائم عند فطره دعوة لا ترد

Ertinya : "Sesungguhnya bagi orang berpuasa itu ketika berbuka (atau hampir berbuka) doa yang tidak akan ditolak" ( Riwayat Ibn Majah, no 1753, Al-Busairi : Sanadnya sohih)

Sekian


Zaharuddin Abd Rahman

 
by Amyra javaroses
28 June 2014

RAMADHAN DATANG LAGI


Alhamdulillah. Selangkah kita sudah memasuki bulan yang penuh mulia iaitu bulan Ramadhan. Aku masih terkenang 20 tahun lepas….

“Mira, bangun..Sahur ni.”

Aku berjalan menuju ke dapur untuk bersahur…

Waaahhh.. Aku dah besar rupanya. Tak lama lagi aku mendirikan rumah tangga. Alhamdulillah, semuanya berjalan lancar.

Tatkala aku mengimbau masa lampau serta merancang masa hadapan, aku terdengar sebuah lagu yang menyentuh kalbuku… Cheeewaaahh…

^^Ku mengharapkan Ramadhan kali ini penuh makna | Agar dapat kulalui dengan sempurna
^^Selangkah demi selangkah | Setahun sudah pun berlalu Masa yang pantas berlalu
^^Hingga tak terasa ku berada di bulan Ramadhan semula
^^Ku memohon pada Tuhan diberikan kekuatan |Ku merayu pada Tuhan diterima amalan
^^Selangkah demi selangkah dengan rahmatMu oh Tuhanku |Ku tempuh jua

Bila tiba Ramadhan, ramai sudah fikir esok juadah berbuka apa. Hehehehe… Sama laaa kita semua. Tapi, adakah kita berfikir, sempena Ramadhan ini kita nak kurangkan kontroversi dan nak tambahkan pahala ibadah kita.

Oppss.. Ibadah tu tidak semestinya solat sahaja. Ibadah tu  menyeluruh. Sebagai contohnya, kesederhanaan dalam kehidupan seharian adalah suatu ibadah. Malu pun suatu ibadah.

Huhuhu… Aku pun tidak berapa pandai bab agama. Belajar pun tak habis lagi..

Point sekarang ni, apa significant-nya bila tiba bulan Ramadhan ni nak minta maaf??? Kenapa mesti bulan Ramadhan baru nak minta maaf sedangkan banyak bulan yang lain. Aku pun tak faham dengan reality masyarakat sekarang.

Tahukah anda, kita digalakkan sebelum tidur untuk memaafkan kesalahan orang sekeliling. Baru hidup rasa tenang dan aman.

Tak nak memaafkan orang? Pergh… Besarnya kita tak nak maafkan orang lain. Takut aku kalau ada yang ego tak nak maafkan orang. Tapi, sapalah aku untuk bersangkal kerna Allah Maha Mengetahui apa yang terpendam di dalam lubuk hati hambaNya.

Kepada blogger yang singgah di blog aku, andainya jika kalian baca mana-mana artikel aku, kalian ada terasa hati, aku memohon ampun dan maaf.

Selamat berpuasa. Dah terawih? Kalau belum moh kita terawih… =)

by Amyra javaroses
11 April 2014

KARMA ISSUE


Bismillahhirrahmannirrahim..

Assalamualaikum w.b.t.

As usual, everyday, we face a new problem in our daily life. Regarding on karma issue, there is just a minor correction; no such thing as karma in Islam. We will find karma in Hinduism. Karma in Hinduism means God. Whenever they do sinful act to the others, the Karma or God will punish them on Earth. If you do GOOD things, Karma will do good to you on Earth. If you do bad things, you’ll get your punishment on Earth.

Whenever in Islam, we believe in the existence of heaven and hell. We may get punish for our sinful act(s) on Earth and for sure after we die, Allah will punish us. That is the promises from Allah.

We also believe in the concept of "dugaan" or "cabaran". We’re able to see what happen previously in Rasullullah’s history. We can study about sirah Rasulullah. 

In the concept of "dugaan" or "cabaran", I give you one good example that can relate with this concept. We live at a place where 50% of our neighbours are bad Muslim, while the other 50% neirghbours are good Muslim. Then, something bad happen to the neighbourhood. People will say it is a musibah or so called punishment to the bad Muslim. But the musibah affects the other 50% good Muslim. So, why must Allah punish the good Muslim for the bad Muslim’s wrong doing??? 

This is we call “dugaan”.

 

The concept of karma does not fit ISLAMIC TEACHING. We have mistaken and misunderstood this concept and have long accepted, use and spread this karma concept as part of Islam. Well, it’s not and for sure it is wrong. Thus, we should stop believe in karma because we are not Hindu, we are Muslim and we are united.

by Amyra javaroses
07 April 2014

ZIKIR PENENANG HATI


Bismillahhirrahmannirrahim..

Assalamualaikum w.b.t.

Entry kali ini aku akan post mengenai zikir yang seiring diamalkan para Anbiya. Zikir ini juga memberi ketenangan di dalam jiwa seseorang di kala hati dilanda resah serta jiwa tidak tenteram. Tidak juga setakat berzikir akan tetapi perlu yakin di dalam hati. Selain itu, jika kita berasa rindu akan seseorang, lafazkan zikir ini supaya hati berasa tenang dan rindu kita kepada makhluk akan digantikan  dengan rindu kepada Sang Pencipta.

Jika kita dapat mengerti setiap ayat dalam zikir itu adalah lebih baik kerana setiap maksud di dalam zikir ini, sangat baik dan kita hanya berserah pada Allah. Sama-samalah kita mendengar dan sentiasa menjadikan zikir harian kita.

Satu dakwah yang mudah untuk mendapatkan pahala iaitu SHARE post ini. Jika ada orang baca, kita dapat pahala, ada orang berubah kerana baca post yang kita share kita dapat pahala. Jika ada org masuk islam kerana post yang kita share kita dapat pahala.

Pahala mudah di dapati tapi hati selalu berat untuk memilikinya.

Hasbi Rabbi Jallallah
Cukuplah Tuhan bagi ku Allah Maha Agung
 
Mafi Qalbi Ghairullah
Tiada di dalam hati ku kecuali Allah
 

Nur Muhammad Sallallah
Cahaya Muhammad selamat atas NYA
 
Haqqul Laillahhaillallah
Benarlah tiada Tuhan selain Allah..
 
by Amyra javaroses
23 March 2014

DOSA YANG LEBIH BESAR DARI PENZINA


Pada suatu senja yang lengang, terlihat seorang wanita berjalan terhuyung-hayung. Pakaianya yang serba hitam menandakan bahwa ia berada dalam dukacita yang mencekam.

Kerudungnya menutup hampir seluruh wajahnya tanpa hias muka atau perhiasan menempel di tubuhnya. Kulit yang bersih, badan yang ramping dan roman mukanya yang ayu, tidak dapat menghapus kesan kepedihan yang telah meroyak hidupnya.

Ia melangkah terseret-seret mendekati kediaman Nabi Musa a.s. Diketuknya pintu perlahan-lahan sambil memberi salam.

Maka terdengarlah ucapan dari dalam,  

"Silakan masuk"

Perempuan cantik itu lalu berjalan masuk sambil kepalanya terus merunduk. Air matanya berderai tatkala ia berkata,   

"Wahai Nabi Allah. Tolonglah saya. Doakan saya agar Tuhan berkenan mengampuni dosa keji saya."

"Apakah dosamu wahai wanita ayu?" tanya Nabi Musa a.s. terkejut.

"Saya takut mengatakannya." jawab wanita cantik..

"Katakanlah jangan ragu-ragu!" desak Nabi Musa.

Maka perempuan itupun terpatah bercerita, "Saya... telah berzina".

Kepala Nabi Musa terangkat,hatinya tersentak.

Perempuan itu meneruskan,
"Dari perzinaan itu saya pun... hamil. Setelah anak itu lahir,langsung saya... cekik lehernya sampai... mati," ucap wanita itu seraya menangis sejadi-jadinya.

Nabi Musa berapi-api matanya. Dengan muka berang ia mengherdik,
"Perempuan bejad, pergi kamu dari sini! Agar siksa Allah tidak jatuh ke dalam rumahku kerana perbuatanmu. Pergi!" teriak Nabi Musa sambil memalingkan mata kerana jijik.

Perempuan berwajah ayu dengan hati bagaikan kaca membentur batu hancur luluh segera bangkit dan melangkah surut. Dia terantuk-antuk keluar dari dalam rumah Nabi Musa..

Ratap tangisnya amat memilukan. Ia tak tahu harus kemana lagi hendak mengadu.. Bahkan ia tak tahu mahu dibawa kemana lagi kaki-kakinya. Bila seorang Nabi saja sudah menolaknya, bagaimana pula manusia lain bakal menerimanya? Terbayang olehnya betapa besar dosanya, betapa jahat perbuatannya.

Ia tidak tahu bahwa sepeninggalnya, Malaikat Jibril turun mendatangi Nabi Musa. Sang Ruhul Amin Jibril lalu bertanya,
"Mengapa engkau menolak seorang wanita yang hendak bertaubat dari dosanya? Tidakkah engkau tahu dosa yang lebih besar daripadanya?"

Nabi Musa terperanjat.
"Dosa apakah yang lebih besar dari kekejian wanita pezina dan pembunuh itu?"
Maka Nabi Musa dengan penuh rasa ingin tahu bertanya kepada Jibril.
"Betulkah ada dosa yang lebih besar daripada perempuan yang nista itu?"

"Ada!" jawab Jibril dengan tegas.

"Dosa apakah itu?" tanya Nabi Musa.

"Orang yang meninggalkan solat dengan sengaja dan tanpa menyesal. Orang itu dosanya lebih besar dari pada seribu kali berzina".

Mendengar penjelasan ini Nabi Musa kemudian memanggil wanita tadi untuk menghadap kembali kepadanya. Ia mengangkat tangan dengan khusuk untuk memohonkan ampunan kepada Allah untuk perempuan tersebut. Nabi Musa menyedari, orang yang meninggalkan sembahyang dengan sengaja dan tanpa penyesalan adalah sama saja seperti berpendapat bahwa sembahyang itu tidak wajib dan tidak perlu atas dirinya. Bererti ia seakan-akan menganggap remeh perintah Tuhan, bahkan seolah-olah menganggap Tuhan tidak punya hak untuk mengatur dan memerintah hamba-Nya. 



Sedang orang yang bertaubat dan menyesali dosanya dengan sungguh-sungguh bererti masih mempunyai iman di dadanya dan yakin bahwa Allah itu ada, di jalan ketaatan kepada-Nya. Itulah sebabnya Tuhan pasti mahu menerima kedatangannya.

Demikianlah kisah Nabi Musa dan wanita pezina dan dua hadis Nabi, mudah-mudahan menjadi pelajaran bagi kita dan timbul niat untuk melaksanakan kewajiban solat dengan istiqomah.


Credit to: Laksamana Sunan

p/s: Apa yang aku ingin kongsikan ini tiada kene mengena dengan rakan di blogger. Cuma ini adalah sebahagian dari penceritaan yang sahih dari hadis. Solat itu tiang agama. Jagalah solat, utamakanlah Allah dalam segala hal, jagalah hubungan sesama manusia, in-sha-Allah hidup akan diberkati di dunia & akhirat. Semakin hari, akhlak umat Islam semakin parah. Terdapat pelbagai nikmat dunia yang disalurkan melalui jalan yang mungkar di sisi Allah. Tidak semestinya bertudung itu baik akhlaknya kerna telah termaktub di dalam agama Islam bahawasanya kaum Hawa perlu menutup aurat. Bertudung tidak semestinya menutup aurat. Selain itu, solat. Ada juga yang masuk neraka walaupun solat. Pucuk pangkalnya, yang tidak bersolat dan tidak bertudung mahupun menutup aurat bagaimana? Allah Maha Mengetahui apa yang terpendam di dasar lubuk hati kita semua. Semoga kita bertaubat sebelum tiba masanya dan semoga umat Islam dijauhi dari fitnah Dajjal. Amin Ya Rabb.. 
 
by Amyra javaroses
24 October 2013

RAHMAT


Topik kali ini aku nak menulis mengenai rahmat Allah... Rahmat dalam memilih jodoh yang Allah tentukan.. Perasan atau tidak, kita sering mengeluh mengenai jodoh dan jodoh. Pelik tak kalau terfikir???? Sebab apa??? Jodoh tu Allah dah tentukan sejak dari Luh Mahfuz lagi. Sebenarnya, jodoh itu Allah dah tetapkan bezanya lambat atau cepat... Kenapa kita perlu mencari jodoh sedangkan yang sebenarnya kita perlu mencari adalah hidayah Allah..

Ya, itulah hakikat sebenarnya... Kita perlu mencari hidayah Allah yang sebenarnya berbanding dengan jodoh. Tapi, dalam benak fikiran mesti terfikir "Aku kawin bukan sehari dua, aku kawin sampai aku mati.. Jadi kene laa cari elok-elok".

Kan... Macam tu kan.. Tapi....

*Eh, tapi lagik.. Tak abis-abis tapi nye pun Cik Mira oi... Hahahaha...


Kadang-kadang, aku kasihan bila melihat jodoh ditentukan oleh ahli keluarga... Ya, diri sendiri tidak boleh menyuarakan untuk menentukan pasangan mereka.. Kasihan.. Memamg kasihan... Alasan mungkin tiada cinta...

Tapi...

*Ko tengok, berapa banyak tapi aku ni.. =p


Kalau kita bercinta bagai pun, terjamin ke sampai akhir hayat???

Sebenarnya, kita kene tukar persepsi kita...

Jodoh yang paling terbaik adalah ditentukan oleh Allah.. Bagiku, aku redha dengan apa yang Allah tetapkan dalam konteks calon suami aku sebab aku tahu Dia akan bagi yang terbaik untukku..

Suamiku adalah pelengkap bagi semua kekurangan diriku. Suamiku jua yang akan menanggung segala dosa aku.. Akanku patuh pada setiap yang dia turutkan.. Ya, aku akan mencintai seorang lelaki yang mencintakan Allah, Rasul, Nabi, ibu bapa serta mereka semua...

Redha-lah apa yang Allah tentukan... Aku tidak akan mencitai lelaki lain selain kekasih halal-ku sahaja yakni suamiku.. Itu janjiku... Janji aku untuk mencintai suami aku sepenuh hati.. Tapi, kita manusia biasa, perasaan cinta itu Allah kurniakan untuk Dia bagi hambaNya merasakan nikmatnya perasaan cinta tersebut tetapi harus diingatkan, ia mestilah berlandaskan syariat Islam....

Sedikit coretan untuk yang lalu......

Ya Allah, andai benar rindu ini yang telah kau pahatkan dalam hatiku.. Cukuplah perasaan ini dikirimkan melaui doa.. Biar rasa yang berlagu di hati ini, aku cuma coretkan dalam warkah sepi yang isinya cuma Engkau sahaja yang tahu.. Jangan kerana aku, dia gugur dari perjuangan untuk mencari keredhaanMu.

Ya Allah, jangan kerana aku, dia terus lena dalam kealpaan.

Atas kasih sayang Engkau, kami bertemu dan atas limpahan kasih Engkau jua kami dipisahkan bersama dengan HIKMAH yang tersembunyi. Semoga dia tidak pernah menyesal mengenaliku. Aku bersyukur dengan waktu yang dia manfaatkan bersamaku.

Ya Allah, semoga dia tetap menjadi seseorang yang aku banggakan.. Amin... =

Bagiku...


Besar rahmat mendapat suami yang cintakan Allah terlebih dahulu sebelum mencintai isterinya kerna itulah sebaik-baiknya... Tidak mengapalah jikalau suamiku tidak selalu bagi bunga. Asalkan suamiku selalu berdoa siang malam dalam solatnya untuk aku sebagai isterinya..

Tidak mengapalah jikalau suamiku tidak dukung aku ketika kakiku sakit digigit semut. Asalkan suamiku memimpin aku hingga ke syurga.

Tidak mengapalah jikalau suamiku tidak membacakan buku pregnancy kuat-kuat sebelum tidur. Asalkan suamiku tahu membaca Al-Quran....

Aku redha kerna redha itu ikhlas dan pasrah itu menyerah...

by Amyra javaroses
24 July 2013

KERJAYA CIKGU




#Al-kisahnya aku teringat kata-kata seorang sahabat apabila niat beliau untuk menyambungkan pelajaran beliau ke tahap yg ketiga tertinggi iaitu MASTER. Penjelasan beliau untuk menyambung pelajaran adalah disebabkan kata-kata insan sekeliling, "Cikgu je???” “Cikgu sekolah rendah ke???” Begitu cetek pemikiran manusia zaman sekarang ni... Mereka tidak ketahui bahawasanya cikgu adalah jambatan mereka ke universiti. 

Bagi aku, kenapa aku ingin menjadi cikgu? Dalam diri ini membuak-buak sukakan mengajar... Dalam diri ini terzahir perasaan kasih sayang aku sebagai seorang ibu terhadap kanak-kanak.. Selain dari sebab sedemikian, aku ingin mengumpul pahala di dunia ini kerna dahuluya aku mempunyai kisah silam serta kisah hitam yang amat dahsyat. Pendek kata jahat laknatullah laa… Jadi, dengan menjadi cikgu, sedikit sebanyak aku boleh tebuskan dosa dan noda aku serta aku ingin mendidik anak muridku supaya tidak menjadi seperti aku. Ok, abaikan kisah tu.. 

Dengan menjadi seorang cikgu, pendidik, pengajar, pensyarah hatta nama yang seangkatan dengan mana-mana istilah ini sekalipun, kita akan memperoleh pahala yang banyak.. Dengan cikgu laaa terlahirlah satu pemimpin cemerlang  serta terbentuknya masyarakat rabbani yang mementingkan agama, adab dan adat..

Kita cuba bayangkan... Bayangkan apabila kita diberi tanggungjawab untuk mengajar satu kelas sebanyak 30 orang murid.. Contohnya, kelas Satu Anggun, kita diberi tugas untuk mengajar seperti memotong kertas.
“Ok..murid2..hari ni cigu nak ajar mcm mana potong kertas” atau “Ok..murid2..cigu nak ajar awak mcm mana nak kawad” ~~Baris..baris sedia… (^__^)Y..hahaha.. 

Setiap kata-kata kita, keringat, tenaga semuanya diambil kira.. Betapa mulianya tugas seorang cikgu.. Ingat senang ke? Setiap anak murid akan mengikuti arahan cikgunya, seterusnya mereka akan guna sehingga tahun 2, 3, 4 dan tahun-tahun berikutnya.. Itu yang mereka gunakan pada diri sendiri. Bagaimana jikalau mereka amalkan ilmu itu dengan mengajar ibu, ayah, adik, abang, kakak serta kawan??? Secara tidak langsung, kita akan peroleh pahala yang berlipat kali ganda… Mulut orang kita tidak mampu nak tutup… Itulah hakikatnya… 

Hati siapa yang perlu kita jaga selain ibu bapa kita? Hati siapa nak dijaga? Kita lebih risaukan kata-kata manusia sekeliling, mulut manusia yang mengomen hal hidup kita hatta mak cik juai nasik lemak pun kita nak dok pikiaq apa die ckp… Dgn Allah ada kita fikir tak????

Istilah belajar itu merujuk kepada menuntut ilmu dan keperluan untuk belajar seringkali dikaitkan dengan kehidupan masa hadapan dengan penganugerahan skrol ijazah, diploma atau sijil. Namun, apa yang perlu kita ketahui adalah bukanlah kepentingan untuk memiliki ijazah atau diploma mahupun sijil tetapi ilmu yang kita akan perolehi.

Berdasarkan ayat pertama yang diturunkan oleh Allah SWT kepada Rasulullah SAW iaitu: 
Firman Allah SWT: Bacalah (wahai Muhammad) dengan nama Tuhanmu yang menciptakan (sekalian makhluk). Lalu, datang perintah menyuruh Rasulullah SAW agar dapat membaca, walaupun tidak dapat menulis. Justeru, baginda segera diberi sebuah kitab yang akan dibacanya sekalipun baginda pada asalnya tidak tahu menulis.

Jadi di sini, kita perlu lihat perkataan yang pertama iaitu BACALAH. Perkataan BACALAH terlalu subjektif bagi mana-mana perspektif untuk setiap insan di muka bumi ini.. Namun apa yang kita perlu ketahui adalah tuntutan untuk memperolehi ilmu pengetahuan. Dengan apa cara kita perlu menuntut ilmu? Semestinya dengan belajar dan belajar itu tidak semestinya perlu berada di sekolah pada setiap masa. Setiap hari kita sebagai hamba Allah di muka bumi ini mempelajari sesuatu yang baharu yakni pembelajaran berterusan yang tidak ada perbezaan umur dalam menuntut ilmu.

Menuntut ilmu yang sebenarnya hendaklah ikhlas kerana Allah dan ia adalah wajib bagi setiap muslimin dan muslimat. Bukan untuk ditunjuk mahupun angkuh. Tanamkan niat dan azam di dalam sanubari supaya kita sentiasa ikhlas menuntut ilmu serta kemahuan untuk maju ke hadapan dengan tuntutan tersebut berdasarkan Al-Quran, Al-Sunnah dan Al-Hadis. Ibarat melihat dunia dari pandangan akhirat.

Dengan memiliki ilmu, in-sya-Allah hidup kita akan beroleh kesenangan hidup di dunia mahupun di akhirat. Sekiranya tidak mempunyai ilmu, kehidupan akan terumbang-ambing dan seringkali menghadapi masalah untuk meneruskan kehidupan.

Kesimpulannya,

Tidak bermakna mempunyai SIJIL, DIPLOMA, IJAZAH atau MASTER kita akan memperolehi rezeki yang banyak.
Tidak bermakna mempunyai SIJIL, DIPLOMA, IJAZAH atau MASTER kita akan memperolehi pahala yg banyak.
Tidak bermakna mempunyai SIJIL, DIPLOMA, IJAZAH atau MASTER kita akan memperolehi keberkatan di dunia.
Tidak bermakna mempunyai SIJIL, DIPLOMA, IJAZAH atau MASTER kita akan dapat menutup mulut orang yg bercakap tidak meyambungkan LIDAH ke OTAK.


Apa yang perlu ada dalam setiap muslimin dam muslimat adalah ilmu. Tidak kisahlah akademik ataupun kemahiran. Jadi, kita perlu kuat apabila dikritik.. Ingat, kita tidak mampu untuk menutup mulut orang ramai mahupun puaskan hati orang..

Dan mereka yg berkata kerjaya cikgu senang, kerjaya cikgu itu dan ini hakikatnya mereka tidak tahu apa itu istilah dan pengorbanan CIKGU sebenarnya...

Semoga sahabatku itu tenang menghadapi delima niat beliau...Dan aku doakan semoga di berjaya di dunia mahupun di akhirat.. Amin..


by Amyra javaroses
13 June 2013

RILEKS... APA KES MENGAMUK...


Rasanya... Bagus sangat ke kalau nak serang menyerang orang di depan khalayak ramai? 

dan.... Rasa hebat sangat ke kalau memalukan seseorang itu di depan khalayak ramai?

Aku sangat tak faham. Kita ni dikurniakan akal fikiran... Mana letaknya maruah diri dan adab bila bercakap... Perlu ke nak menyelesaikan masalah dengan cara macam ini?

Ye, aku tahu... Aku bukan laaaa baik sangat...

Mengenangkan kes anak murid aku pagi tadi... Ada laaa seorang ibu menyerang anak murid aku sewaktu aku sedang mengajar.

Puncanya... anak murid aku (Si A) meminjam buku kosong anak murid aku (Si B) dan tak ganti... Kenapa, kenapa mesti jadi macam gini? Sekolah sudah bagi senarai buku rampaian untuk dibeli... Mana buku awak sampai awak pinjam buku kosong Si B????

Yang Si ibu B pulak nak main serang pulak... Langsung takde rasa hormat pada aku.

Ye, aku tahu mak die bengang kat Si A tu...

Tapi... Kalau bengang sekalipun... Tak payah laaa kecoh bagai...

Aduhai.... Ikutkan, kalau aku tak berdiri di situ, tak pakai tag nama dan bukan depan anak murid aku... Aku akan cakap sepatah dua kata...

Tapi, apakan daya... Malas nak cakap.. Buat bodo sebab sedih tengok orang tengah meroyan ni... Langsung takde sifat malu pada diri sendiri...

At last... Bila nak habis kelas, aku pun bercakap kat satu kelas...

Ingat pesan cikgu ni....

Allah bagi kita mata untuk melihat, maka lihatlah dengan keredhaan Allah...

Allah bagi telinga untuk mendengar, maka dengarlah dengan keredhaan Allah...

Allah bagi mulut untuk bercakap, maka bercakaplah dengan keredhaan Allah...

Bukanlah gunakan mata dan telinga untuk melakukan kemungkaran... dan bukanlah menggunakan mulut untuk mengumpat atau mengadu domba di antara kamu semua...

Apabila Allah murka, Dia akan tarik satu persatu yakni mata, telinga dan juga mulut... Jadi, berhati-hatilah menggunakan kurniaan Allah itu. Tambahan lagi, mulut....

Ingat, kerna mulut badan binasa... Dan, kalau awak nak tahu... Penghuni neraka terdiri dari wanita di mana mereka dihumban ke dalam neraka sebab mulut je ye.... Jadi, jangan nak pandai-pandai nak mengapi-apikan orang lain...

Sabda Rasulullah:

“Apabila ada dua orang yang saling mencaci-maki, maka cacian yang diucapkan oleh keduanya itu, dosanya akan ditanggung oleh orang yang memulai cacian selama orang yang di zhalimi itu tidak melampaui batas.” 

by Amyra javaroses
12 June 2013

SEBAGAI MANUSIA AKU SAYANG KEPADAMU


Aku bukanlah pujangga yang sering menulis bait-bait kata cinta. Namun, aku bukanlah pencinta yang sering mendambakan cinta kerna sesungguhnya, aku mendambakan cinta hanya pada yang SATU.

Ya.... Aku ada kerana engkau ada...

Begitulah kata-kata cinta yang selalu dilafazkan oleh Sang Arjuna.

Rintihan yang aku dengar dari sahabat baik aku.

Ya Allah, berilah sahabatku ketabahan untuk berjalan di atas Bumi-Mu dengan keredhaan-Mu. 

Terimbau kenangan silam....

Diri ini dibuang, dihina dan diherdik oleh Sang Mantan. Begitulah sikap Sang Arjuna apabila tiada lagi "cinta" di dalam hati.

Ya, aku tahu... Aku tidak sehebat seperti dia.

Saban hari menangisi nasib... Menyalahkan diri kerana kehilangannya. Kononnya sayang laaa sangat kan...

Tetapi, aku tidak sedar... Sebenarnya Dia menyayangi aku lebih dari aku menyayangi Dia. Setiap detik, setiap nafas malahan saban waktu, Dia sentiasa memerhatikan aku mengharungi pahit getir kehidupan.

Aku menjadi hamba-Nya yang kufur... Tidak mensyukuri dengan apa yang telah Dia kurniakan. Begitu banyak dosa dan noda pada diri ini.

Masihkah ada peluang untukku bertaubat???

Ramadhan semakin hampir... Semoga aku dapat merasa kenikmatan bulan Ramadhan...

dan......

Terima kasih Ya Allah kerana Engkau telah campakkan jauh kasih sayang aku terhadap Sang Mantan. Malahan, Engkau kurniakan aku seorang hamba-Mu yang mendidik aku ke jannah-Mu. Seorang imam dan seorang walid kepada bakal zuriat kami. Terima kasih Ya Allah...

Cinta Sang Ratu laksana langit mencengkam purnama, ibarat mutiara di lautan biru...Saujana mata memandang, seluas langit terbentang...Tatkala cinta berbisik, suaranya memuji Tuhan...Pabila rindu terusik, Rasulnya jadi pilihan...Sampai masanya cinta jadi taruhan...Sang Ratu menjadi impian...

"Sebagai Manusia Aku Sayang Kepadamu"

by Amyra javaroses
25 April 2013

UJIAN ITU HANYA PADA YANG MAMPU



Menurut Ibn Manzur dalam Lisanu al-‘Arb, bala’ itu adalah ujian yang terdiri daripada yang baik juga yang buruk. Seperti mana yang diberitakan pada surah al-Anbiyaa’ iaitu;

ونبلوكم بالشر والخير فتنة وإلينا ترجعون

Dan Kami menguji kamu dengan kesusahan dan kesenangan sebagai dugaan; dan kepada Kami-lah kamu semua akan dikembalikan. [Al-Anbiyaa’: 35]


UJIAN ITU ALLAH TENTUKAN PADA YANG MAMPU SAHAJA..
setiap ibu bapa akan diuji dengan anaknya..
setiap anak diuji dengan ibubapanya..
seorang abang/kakak diuji dengan adik-adiknya. .
seorang adik diuji dengan abang/kakaknya. .
seorang mertua diuji dengan menantunya..
seorang menantu diuji dengan mertuanya..
seorang nenek/datuk diuji dengan cucunya..
seorang cucu diuji dengan datuk/neneknya. .

DAN BEGITU JUGALAH, SETIAP CIKGU DENGAN ANAK MURIDNYA.... 


Seorang yang sihat akan diuji dengan nikmat kesihatannya walhal kadangkala hamba Allah tersebut disapa oleh kesakitan..

Seorang yang kaya dengan harta akan diuji dengan nikmat kekayaannya walhal kadangkala hamba Allah tersebut ditegur dengan kemiskinan..


Seorang peniaga diuji dengan sikap pelanggannya walhal peniaga tersebut diuji dengan naik turun perniagaan serta hutangnya.. 
Begitu juga seorang penjawat awam akan diuji dengan RUNGUTAN, MOMOKAN DAN LETERAN majikannya.
Kehidupan sebagai manusia ini  takkan sunyi dari dugaan dan ujian yang Allah kurniakan... Selagi masih bernafas dan berjalan di atas bumi Allah, Dia pasti akan menguji hambaNya dari pelbagai aspek kehidupan..

Apa yang perlu kita ingatkan!!!!


ALLAH sekali-kali tidak akan menguji kita dengan sesuatu yang tidak mampu kita menanggungnya. ..
Nabi Muhammad S.A.W pernah menggambarkan sikap orang-orang yang beriman dan betapa beruntungnya golongan ini..

"Apabila diberi ujian kepayahan, hamba Allah ini sabar menghadapinya.. Apabila diberi nikmat kesenangan, hamba Allah bersyukur kepada Tuhannya.. Maka, tidak sia-sialah hidup orang yang beriman lagi bertakwa.."

Saya ada satu epal, anda ada satu epal. Kita tukar epal, anda ada satu dan saya tetap ada satu. Jika anda ada satu ilmu dan saya ada satu ilmu, kemudian kita tukar ilmu tersebut, anda ada dua ilmu dan saya ada dua ilmu...

by Amyra javaroses
27 March 2013

RENUNGAN BERSAMA


Sabda Rasulullah S.A.W yang maksudnya:

"Ada empat perkara, sesiapa yang MELAKUKANNYA maka dia adalah SEORANG MUNAFIK TULEN."

"Sesiapa yang MELAKUKAN SATU DARIPADA EMPAT PERKARA ITU, maka ia mempunyai salah satu daripada SIFAT MUNAFIK, hingga dia meninggalkannya."

(Empat sifat itu ialah)…


1)   apabila dipercayai ia khianat;
2)   apabila bercakap ia berdusta;
3)   apabila berjanji ia mungkir
4) apabila bertengkar ia mengenepikan kebenaran / menegakkan benang basah.

Riwayat Ahmad (Himpunan Hadis Harian JAKIM).


by Amyra javaroses
01 February 2013

KENAPA KITA PERLU BELAJAR?


Istilah belajar itu merujuk kepada menuntut ilmu dan keperluan untuk belajar seringkali dikaitkan dengan kehidupan masa hadapan dengan penganugerahan skrol ijazah, diploma atau sijil. Namun, apa yang perlu kita ketahui adalah bukanlah kepentingan untuk memiliki ijazah atau diploma tetapi ilmu yang kita perolehi.

Berdasarkan ayat pertama yang diturunkan oleh Allah SWT kepada Rasulullah SAW iaitu:

Firman Allah SWT: Bacalah (wahai Muhammad) dengan nama Tuhanmu yang menciptakan (sekelian makhluk).
Lalu, datang perintah menyuruh Rasulullah SAW agar dapat membaca, walaupun tidak dapat menulis. Justeru, baginda segera diberi sebuah kitab yang akan dibacanya sekalipun baginda pada asalnya tidak tahu menulis.

Jadi di sini, kita dapat melihat perkataan yang pertama iaitu BACALAH. Perkataan BACALAH terlalu subjektif bagi mana-mana perspektif setiap insan di muka bumi ini. Namun apa yang kita perlu ketahui adalah tanggunjawab kita sebagai hamba Allah untuk menuntut ilmu.

Dengan apa cara kita perlu menuntut ilmu? Semestinya dengan belajar dan belajar itu tidak semestinya perlu berada di sekolah setiap masa. Setiap hari kita sebagai hamba Allah di muka bumi ini mempelajari benda yang baharu yakni pembelajaran berterusan yang tidak ada perbezaan umur dalam menimba ilmu pengetahuan.

Menuntut ilmu yang sebenarnya hendaklah ikhlas kerana Allah dan ia adalah wajib bagi setiap muslim. Bukan untuk ditunjuk mahupun angkuh. Tanamkan niat dan azam di dalam sanubari supaya kita ikhlas menuntut ilmu serta kemahuan untuk maju ke hadapan dengan tuntutan tersebut berdasarkan Al-Quran, sunnah dan hadis. Ibarat melihat dunia dari pandangan akhirat.

Dengan memiliki ilmu, in-sya-Allah hidup kita akan beroleh kesenangan di dunia mahupun di akhirat. Sekiranya tidak mempunyai ilmu, kehidupan akan teruambing-ambing dan seringkali menghadapi masalah untuk meneruskan kehidupan.

Kesimpulannya, tidak bermakna mempunyai ijazah kita akan memperolehi rezeki yang banyak. Apa yang perlu ada dalam setiap muslim adalah ilmu. Tidak kisahlah akademik ataupun kemahiran.

by Amyra javaroses
23 January 2013

DARI BUKAN ISLAM UNTUK ORANG ISLAM, TENTANG AGAMA ISLAM


Pertanyaan mereka, jawapan kita.


Aku pernah terbaca artikel dari seorang hamba Allah.. Beliau menghantar kepadaku melalui email. Tetapi tiada "credit" dari sumber yang beliau ambil.

Kepada tuan empunya badan, saya mohon maaf andainya saya post hal ini. Tujuan saya hanyalah ingin berkongsi dengan rakan-rakan.


Sewaktu Rasulullah S.A.W wafat, telah disempurnakan agamamu (Islam). Semua persoalan akan ada jawapannya, hanya ilmu di dada penentu jawapan apa yang perlu diberi.

1) Nama Nabi Isa A.S disebut 25 kali dalam Al-Quran, tetapi berapa kali nama Nabi Muhammad saw disebut dalam Al-Quran?

Nama Nabi Muhammad S.A.W hanya disebut 5 kali sahaja di dalam Al-Quran. Manakala nama Nabi Isa A.S disebut 25 kali. 

Mengapa? Kerana Al-Quran diwahyukan pada Nabi Muhammad S.A.W, sebab itu nama Nabi Muhammad S.A.W jarang disebut. Al-Quran diturunkan bukan semata-mata untuk memaparkan kisah Nabi Muhammad S.A.W tapi adalah sebagai panduan perjalanan hidup umat Islam.

2) Nama Nabi Isa disebut lagi banyak dari nama Nabi Muhammad S.A.W dalam Al-Quran, tentu sahaja Nabi Isa lebih hebatkan?

Soalan sebaliknya.....

Di dalam Bible, nama syaitan lebih banyak dari nama Nabi Isa A.S.

Jadi siapa lagi hebat? Syaitan atau Nabi Isa? 
Sebenarnya Allah tidak bezakan tentang kehebatan Nabi dan RasulNya. Walaubagaimanapun, Allah Maha Mengetahui.

3) Dalam Islam percaya yang Nabi Isa A.S diangkat ke langit, sedangkan Nabi Muhammad S.A.W wafat. Jadi, bila Nabi Isa A.S dibawa ke langit, tentu sahaja Nabi Isa itu Tuhan kan?

Dalam banyak-banyak kaum, hanya kaum Nasrani sahaja yang telah salah anggap tentang Nabi yang diutuskan kepadanya sebagai Tuhan (Nabi Isa). 

Sedangkan, dalam Bible juga ada menyatakan bahawa Jesus (Nabi Isa) berkata....
“Siapa yang taat pada Allah akan masuk Syurga, siapa yang menganggap Jesus sebagai Tuhan akan masuk neraka."

4) Dalam Islam, Nabi Muhammad S.A.W adalah Nabi terakhir. Tapi, di akhir zaman nanti Nabi Isa A.S akan turun. Kenapa tidak dikatakan Nabi Isa A.S yang terakhir?

Nabi Muhammad S.A.W adalah Nabi terakhir berdasarkan tahun kelahirannya. 

Perumpamaan : Jika anak bongsu meninggal dunia, sedangkan anak sulong masih hidup, hakikat yang tidak akan berubah ialah anak sulong tetap sulong.

5) Nabi Isa A.S disembah sebagai anak Tuhan kerana dianggap mulia sebab lahir tanpa bapa.

Kita jawab seperti ini, antara ibu dan anak, mana yang lagi mulia? Tentu ibu kan? Jadi, kenapa orang Kristian tidak sembah Mariam je? Kan Mariam ibu, tentu lagi mulia. 

Nabi Adam juga lahir tanpa bapa, malah tanpa ibu. Nabi Adam juga merupakan manusia pertama, kenapa tidak disembah Adam sahaja? 
Jawapan lengkap ada dalam Surah Imran, ayat 59. 
6) Jika baca tafsir, Allah berfirman sekejap guna ‘Aku’, sekejap guna ‘Kami’. Kenapa? ‘Kami’ kan lambang ‘Tuhan + Mariam + Anak Tuhan (Isa)’ ????
Al-Quran diturunkan dalam bahasa Arab, ‘Aku’ kata jamaknya ‘Kami’ yang menggambarkan tentang ‘Allah dan keagunganNya’.
Tengok sahaja Queen Elizebeth ketika bertitah, beliau guna ‘We’ bukan ‘I’.

7) Orang Sikh Punjabi bertanya, kenapa Islam perlu potong rambut? Bukankah rambut itu anugerah tuhan yang perlu disimpan?

Kita jawab dengan soalan ini, kuku juga anugerah tuhan, kenapa orang Sikh Punjabi potong kuku?

8 ) Sami Buddha vegetarian bertanya, kenapa Islam suruh bunuh binatang untuk dimakan? Kan zalim kerana bunuh hidupan bernyawa?

Sains telah buktikan, sayur dan pokok turut ade nyawa. Malah, apabila kita basuh tangan pun, ade banyak nyawa kuman yang kita bunuh. Itu tidak kejam? Bila kita bunuh (sembelih sebenarnya) 1 ekor lembu, sebenarnya kita telah selamatkan bayak nyawa manusia.

9) Sami Buddha menjawab “ Bunuh sayur dosa kecil sebab sayur kurang deria, bunuh binatang dosa besar”.

Kita jawab seperti ini.... Habis tu, kita CUMA BERDOSA KECIL JELAH jika bunuh orang yang pekak, buta, bisu hanya kerana dia tidak ade deria????

10) Sami Buddha menjawab lagi “Jika kita bunuh sayur, sayur akan tumbuh balik”

Kita jawab lagi...
“ Habis tu, awak makan lah ekor cicak kerana ekor cicak akan tumbuh semula selepas putus”
 11) Sami Buddha berkata lagi “makan binatang akan dapat banyak penyakit”

Kita jawab “Penyakit datang kerana kita makan banyak., bukan kerana makan binatang."

Allah suruh makan secara sederhana. Lagipun, Allah dah beri gigi taring dan gigi kacip untuk manusia makan binatang dan sayuran.. Alah, tembakau dan dadah pun dari tumbuhan juga kan? Lagi besar penyakitnya kan? Lembu yang ragut rumput hari-hari pun boleh jadi lembu gila. Sebenarnya, tak kesah pun kalau kita tak nak makan daging, tapi jangan lah cakap haram apa yang telah Allah halalkan untuk kita.

12) Kan babi itu ciptaan Allah, kenapa Islam tak makan babi?
Sebab bukan semua ciptaan Allah adalah untuk dimakan.
 13) Islam cakap Hindu sembah berhala tetapi Islam hari-hari sembah Kaabah.
Islam bukan sembah Kaabah, tapi Kaabah itu adalah Kiblat untuk satukan umat. 
Dalam Islam dah sebut, siapa sembah Kaabah akan masuk neraka kerana agama Islam menyembah Allah, KAABAH CUMA KIBLAT. 

Perlu tahu bezakan. 

Bukti, orang yg sembah berhala tidak akan pijak berhala, tapi orang Islam pijak Kaabah untuk melaungkan azan. 

Orang Hindu tak akan pijak gambar berhala tapi orang Islam hari-hari pijak gambar Kaabah (sejadah). Jika ada gambar Kaabah diletak di KLCC, orang Islam tetap solat menghadap Kaabah di Mekah kerana itu kiblat kita untuk sembah Allah. Bukan sembah Kaabah!

14) Kenapa perlu ikut Nabi Muhammad S.A.W kerana Nabi dan Rasul sebelum baginda kan ada juga?
Nabi sebelum Nabi Muhammad S.A.W diutus untuk kaum dan zaman tertentu sahaja. Sedangkan Nabi Muhammad saw diutus untuk semua kaum dan sepanjang zaman.
Soalan-soalan yang dinyatakan di atas, sebenarnya memang benar-benar di tanya oleh orang bukan Islam secara spontan terhadap orang Islam... 
Mereka bertanya bukan kerana hendak tahu, tapi kerana hendak membuatkan orang Islam yangg ilmu hanya ala kadar berasa was-was dengan Islam dan akhirnya orang Islam akan berasa was-was dengan agama yang dianutinya. 
Jadi, jawapan yang disampaikan pun tak perlu panjang lebar dan memadailah sekadar ringkas dan padat. Aku hanya menyampaikan sahaja. Segala kekurang dan salah silap harap diperbetulkan dan dimaafkan...

Sumber: Tidak diketahui

by Amyra javaroses

Sabda

Rasulullah S.A.W juga pernah bersabda maksudnya “Didiklah anak-anakmu dengan 3 perkara iaitu mencintai nabinya, mencintai ahli bait (keluarga)nya dan bacaan al-Quran, kerana ahli al-Quran itu mendapat naungan Allah pada hari yang tiada naungan melainkan naunganNya bersama-sama para Nabi”.

Berperang untuk melawan sikap malas, bersemangat untuk belajar, pasti akan dialami. Ini bukan saat untuk terlelap, terbuai dalam mimpi tak berujung. Tiada istilah lelah dan penat, untuk menjadi sang pejuang.

MORE ABOUT AUTHORS


Hi! This is Amyra, admin of concretejavaroses.blogspot.com and many more. A small blogger and started blogging as a hobby. Previously, I worked as a tutor and teacher, and of course currently, I worked as Kuli at Government Sector. I am running a number of Blog/Sites from my living room. Do contact me if u olls have any problems with ur sites. gtg. Catch ya later. =)