Recent Post

the authors


Name : Amirah binti Abdul Rashid


Origin Hometown : Ipoh

Field: Computer Engineering


Full-time : IT Assistant


Part-time : Tutor, Web Designer & Writer


Expertise : Web Development, Graphic and Multimedia Designer

Went through

Daisypath Anniversary tickers

I HEART YOU

Word world

Being deeply loved by someone gives u strength, while loving someone deeply gives u courage. yes..i mean u...

Galleries

MY QUOTES

People think that the most painful thing in life is losing the one value, the truth is, the most painful thing is losing yourself in the process of valuing someone too much and forgetting that you are special too...

Labels

Kehidupan (69) Life (37) Grafik Editing (21) ICT (17) Web Development (16) Agama (14) Temuduga (13) Sekolah (7) Pengetahuan Am (6) Peperiksaan (6) Montaj (5) Perkahwinan (5) Contest (4) Questions & Answers (2) Semasa (2) Song (2) After Effects (1) Cerita lawak (1) Coding (1) Pujangga Cinta (1) Teks (1) Tunang (1) Wordless (1)

SHOUT OUT

>>Chat<<


by Amyra Javaroses

Contact Me

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.

Cinta padaNya

Sekiranya kita cinta kepada manusia, tidak semestinya manusia akan cintakan kita. Tetapi sekiranya kita cintakan Allah nescaya cinta Allah tiada penghujungnya. Sekiranya kita cinta kepada manusia, kita akan cemburu kepada orang yang mencintai orang yang kita cintai. Tetapi sekiranya kita cinta kepada Allah, kita akan turut mencintai orang yang melabuhkan cintanya kepada Allah juga.

Find Me

Compatible with


Contact me at

    amyramia87@gmail.com


  +6019XXXXXX

Follow me at



Showing posts with label Peperiksaan. Show all posts
Showing posts with label Peperiksaan. Show all posts
04 August 2014

PEGAWAI TADBIR DIPLOMATIK M41


Check laman web SPA tadi, tengok punya tengok status jawatan, alhamdulillah. Untuk jawatan Pegawai Tadbor Diplomatik PTD M41, statusnya "Melepasi syarat-syarat yang ditetapkan."

Hopefully, lepas ni terus temuduga takde laa exam. Aku dah tak larat study ni. Dengan exam sahkan perkhidmatan lagi bulan 10 ni. Aku nak kawin lagi. Mak aiii, banyaknye keje.

Pape pun, aku nak share pasal post keje PTD M41 tu.


by Amyra javaroses
04 July 2013

SURUHANJAYA PERKHIDMATAN AWAM


Ya Allah, sekiranya ada rezekiku di langit... Engkau turunkanlah... Ya Allah, sekiranya ada rezekiku di dalam Bumi, Engkau keluarkanlah... Ya Allah, sekiranya ada rezekiku jauh, Engkau dekatkanlah... Ya Allah, sekiranya aada rezekiku berdekatan, Engkau permudahkanlah dengan kekuasaanMu... Aku adalah hambaMu yang tidak berdaya... Bantulah hambaMu ini dalam mengharungi kehidupanku kelak...


F29... Menjadi calon simpanan... Haiiiihhhh...

Study laaaasssttt minute... Macam gini laaa jadinye....

Kan besh kalau dapat yang ini...

Alhamdulillah... Akan ku kejar kamu...

Ini lagi laaaa.... Berapa kali kene reject...

by Amyra javaroses
14 June 2013

TIPS MENGHADAPI TEMUDUGA


HELPFUL TIPS

NOT



HELPFOOL TIPS

Ok... Masalah jadi burung hantu... Orang nak tido, aku baru bangun tido.. Now, 12.30 am in the morning.. Kawan g nengok "man of steel"... hekleh...dah nengok man of steel diam-diam sudah laaa... ni dok posting kt stats fb... hahahaha... (jeles kunun =p).. Sakit ati gua... Tak tahu buat apa, tiba-tiba ada idea.. Why not if aku tulis mengenai tatacara temuduga disebabkan skang ni dah ramai nak g temuduga kan? Pengalaman aku interview kerajaan ada laaa dalam 5 kali.. Kalau swasta, ada juga laaa 5 kali... So, ade sikit tips.. Here I am... Bacalah....

PERKARA YANG PENEMUDUGA MENYAMPAH DENGAN KORANG
Ada benda boleh cakap, ada benda tak boleh cakap... Kalau nak gebang, nak masuk bakul lepas tu angkat bakul tu (meaning to say macam nak show off laa) make sure korang cakap tu ada point dan berasas.. Jangan nanti bakul tu tercampak masuk dalam tong sampah sudah laaa ye...

1. Bercakap benda yang takde kaitan dengan soalan secara keterlaluan. Kalau ditanya pasal "ceritakan latar belakang diri anda", cukuplah sekadar nama, asal dari mana, belajar apa, dulu latihan industri kat mana, apa yang belajar kat sana. Maksudnya skang ni, cerita pasal latar belakang yang kene mengene dengan jawatan yang mohon tu. Tak payah laaa cakap benda-benda tak relevan macam status, hobi dan sort of that sebab penemuduga ada resume korang. Die dah tahu status korang.. Lain laaa dia tanye, maka jawablah...
       
2. Eye-contact sangat laa penting. Dari situ, penemuduga nampak keyakinan diri korang. Kalau penemudga lebih dari seorang, berilah tumpuan kepada semua. Kalau penemuduga tu kacak macam Adi Putra pun, layan je laaa... Rezeki Allah bagi, tengok je puas-puas...

3. Pantang penemuduga kalau bagi soalan tapi tak nak jawab. Boleh pulak divert soalan tu kepada topic lain tak pun suh penemuduga jawab pulak... Mengelak dari menjawab soalan penemuduga menyebabkan penemuduga mempersoalkan kredibiliti korang sebagai  bakal penjawat awam. Haaa... Sapa yang susah????

4. Aku tahu yang mana datang temuduga ni hebat-hebat belaka. Tapi, perlu diingat, kalau kita lagi pandai... Ada orang 1000x lagi pandai dari kita. Jadilah hamba Allah yang merendah diri, tak payah laaa nak perlekehkan orang lain termasuklah penemuduga. Jikalau korang memandang rendah akan pengetahuan penemuduga, habislah... Samada penemuduga tu bagi soalan yang korang tak boleh jawab atau dia tolak markah dari sikap. Jawapan korang tu kene laaa beradab.. Tahu adab??? Ok, contohnya macam gini kalau nak jawab.. "Mengikut dari hasil kajian dan pemahaman saya, saya merasakan jawapan saya itu adalah benar disebabkan bla..bla...bla.." Kadang-kadang penemuduga saje je nak test.. Die nak tengok kritikal thinking dan emotional adjustment..

5. Lagi satu ni yang pantang sangat. Dah laaa dok kekwat dalam bilik temuduga, pehtu tanya soalan yang macam nak cabar je penemuduga mengenai soalan terlalu teknikal. Toksah laaa nak tunjuk baguih, dulu dok blaja kat uni idak laa tanye kat pensyarah... Laa ni nak tanya penemuduga.. Ish, jangan poyorkan diri sendiri.. Tak ke mana.. Be cool dan think wisely.

6. Aku ada kabel, ko ado??? Ada apa dengan kabel? Menggunakan nama orang berpangkat dengan harapan penemuduga rasa "Wow, bagus nye calon ni." Hello, jangan mimpi laaa... Ingat, korang diterima bekerja sebab kelayakan korang dan macam mana korang perform dalam interview session bukan sebab KABEL! Bab kabel ni, kalau penemuduga tanya aku ada kabel ke tidak, aku jawab selamba tak de je. Kalau ditanya pasai paaa takde.. Aku jawab, "Kabel saya tuuu diaaa... wireless.. jauh nak dapat.. kat atas langit. DIA selalu tengok saya buat koje.. Laaa ni, KABEL saya ni tengah tengok encik temuduga saya... ^__^"

SIKIT-SIKIT NAK MENGAMUK, COOL LAA BEB.. KAWAL EMOSI


Temuduga ni ada macam-macam jenis. Ada yang temuduga santai-santai je.. Ada yang stress.. Jadi, bila soalan ditanya agak mencabar.. Jawablah dengan beradab dan bijaksana. Ingat, muka korang tu jelas terpancar tak puas hati bila korang dah start gelabah... Jadi, bila dah gelabah atau dah start nak bengang, lakukan ini...

1. Senyum dan terus senyum. Istighfar banyak-banyak dalam hati...

2. Dah biasa cakap up je kan???? Maka, untuk temuduga ni, kikiskan sifat ego.

3. Ingatkan diri bahawa penemuduga sedang menguji korang. Ingat... dan sentiasa ingat!!!!!

4. Jangan gelojoh bila jawab soalan. Fikir dulu sebelum jawab, susun jawapan dalam kotak fikiran. Tarik nafas dan jawab secara tenang, jelas dan lantang.

5. Bila penemuduga tanya soalan macam kita ni dah kene reject kan, jangan laaa putus asa... Think positive. Jangan tunjuk yang korang ni dah hilang minat nak jawatan tu. Biasa laaa, kadang-kadang penemuduga ni saja je nak tengok lagak korang. Di situ, penemudga nak lihat macam mana korang memotivasikan diri korang... =)
 GOOLUCK

Di sini link temuduga aku.. Kalau nak tengok, tengok laa..


by Amyra javaroses
24 May 2013

PEGAWAI TADBIR DIPLOMATIK GRED M41


Seperti yangku jangka.. Beginilah akhirnya.. Memang aku tak dapat pun sebab last minit study. Sibok dengan exam anak murid, cikgu pun skali kene panggil exam.. Haaa... Inilah hasilnya...



Btw, sesiapa yang ada minat untuk berkhidmat dalam perkhidmatan AWAM tambah lagi untuk PTD ni, rasanya bukan senang nak masuk. Tambahan lagi, penjawatan PTD di seluruh Malaysia ni bukan laaa banyak tapi sikit je pun. Yang memohonnya punye laaaaa berlambak nak mammmpuuiii...
.
Untuk menjadi Pegawai Tadbir Diplomatik (PTD) ni banyak kriterianya. Mengikut pengkajian aku, seorang calon perlu ada Sarjana Muda dari institusi awam yang diiktiraf. Itu adalah kelayakan asas walhal banyak lagi kriteria yang perlu diambil tahu. Antaranya, pengetahuan am kena laaa power. Contohnya, seoarang calon perlu tahun dari A to Z Sejarah Penubuhan Tanah Melayu, isu kemerdekaan, Perlembagaan Malaysia, Parlimen, Badan-badan pemerintah negara Malaysia dan banyak lagi. Pendek kata, kalau soalan macam gini keluar dalam peperiksaan ibarat minum kopi sambil bace surat kabo laaa jawabnye.

Yang kedua, bab pengiraan Matematik. Ish...udah ler tak boleh bawa kalkulator dalam dewan peperiksaan, kene laaa kire atas kertas conteng.. memang tak tengok orang kalau jawab paper Maths untuk PTD ni.

Yang lain tu, bab krtikal thinking yakni pemikiran logikal laaa... Entah laaa, yang aku tao time ak jawab tu menyengih je. Sebab soalan memang laaa menyampah aku nak jawab.

TENGOK SOALAN NI...
Yang manakah antara huraian kenyataan berikut adalah betul?
Kenyataan : "Kuda unta bukan kuda." Kerana ____________
I   "kuda" ialah sebutan umum
II  "kuda unta" ialah sebutan spesifik
III "kuda" boleh ada jenis yang lain
IV  saiz "kuda" beza dengan "kuda unta"
A    I, III sahaja        B      II. IV sahaja
C    I, II, III sahaja   D      Semua
Masa tu aku tak fikir pasal kuda, tapi aku fikir kenapa laaaa soalan ni bab binatang pulak ni... Sah-sah laa markah aku teruk kat paper ni.

Setakat ni apa yang aku dengar, ada sumber yang dipercayai mengatakan untuk memohon ke sektor AWAM melalui Portal Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA), seorang calon perlu mempunyai pointer sekurang-kurangnya 3.00 ke atas bagi Sarjana Muda manakala 3.50 ke atas bagi Diploma.

So, kalau untuk PTD ni entah laaa..Tak tahu laaa macam mana mereka set kan pointer. Kalau dah dinilai, calon akan dipanggil untuk Peperiksaan PTD. Kalau luluk peperiksaan, akan diuji dengan Ujian Fizikal. Then, baru pergi temuduga. Maksudnya disini, yang dapat temuduga tu bukan calang-calang orangnya laaa... Huhuhu....

Sedih, memang laaa sedih sebab tak lulus. Tapi, salah aku sebab study last minit. padan laaaa muka kat diri sendiri. Apa pun, aku bersyukur dengan apa yang telah ditentukan olehNya.. =). DIA tahu apa yang terbaik untuk diriku.

by Amyra javarose

Created with Artisteer
19 December 2012

HIMPUNAN SOALAN PPTM


Jikalau kita kaji tugas PPTM F29 ni, tugas utama penjawat F29 ialah sebagai pengaturcara.... Oleh itu, kenungkinan besar soalan akan ditanya mengenai pangkalan data dan programming. Mungkin juga akan ditanya mengenai network security... Contohnya firewall...

Contoh Soalan Umum:
1. Keterangan mengenai pekerjaan anda sekarang (jika bekerja), tentang majikan dan tugas-tugas yang perlu anda lakukan. Anda juga perlu nyatakan sebab-sebab anda memohon jawatan sebagai PPTM.
2. Anda perlu berikan pendapat anda mengenai masalah gejala sosial di Malaysia.
3. Isu semasa lain seperti kejayaan Nur Amalina mendapat keputusan SPM 17A dan calon SPM lain yang mendapat 19A yang menjadi kontroversi.
4. Anda juga perlu ceritakan mengenai sejarah kemerdekaan, tarikh, kronologi-kronologi sebelum merdeka dan pejuang-pejuang kemerdekaan yang terlibat.
5. Anda perlu nyatakan maksud kemerdekaan, tema merdeka tahun ini, dan siapa wakil 3 kaum semasa perjanjian Suruhanjaya Reid di London.
6. Peranan komunis di Tanah Melayu dan siapakah nama ketua komunis pada ketika itu.
7. Nyatakan mengenai institusi Yang Dipertuan Agong, tarikh lantikan, pertabalan, sistem giliran dan tarikh kelahiran Agong.
8. Mengenai Parlimen, Dewan Rakyat, dan Pilihanraya.
9. Isu Parlimen & Institusi Yang Dipertuan Agong


Contoh Soalan Khusus:

1. Kaitan antara jawatan anda sekarang (jika bekerja) dengan teknologi maklumat, anda perlu nyatakan pengalaman-pengalaman anda ada.
2. Jelaskan mengenai rangkaian seperti jenis-jenis topologi dan perbezaannya.
3. Jelaskan mengenai firewall, daripada segi kegunaan, jenis dan jenama yang digunakan.
4. Jelaskan mengenai open-source seperti linux.
5. Jelaskan mengenai web browser, jenis-jenis dan perbezaan antaranya.
6. Jelaskan juga mengenai search engine, jenis dan kegunaannya.
7. Nyatakan pengalaman anda membangunkan sistem, kegunaannya dan pengguna sistem tersebut.
8. Jenis Rangkaian seperti LAN dan WAN.

by Amyra javaroses
05 November 2012

ALHAMDULILLAH....


Tak tido malam, study soalan matematik sampai pecah otak... Bace pulak pasal sistem pemerintahan Malaysia laaaa...






Suma laaa dok study.. Tak tahu boleh jadi tahu... dan inilah hasilnya....

Berkat doa bonda.... dan itu adalah rezeki aku... Terima kasih Ya Allah....



by Amyra javarose

Sabda

Rasulullah S.A.W juga pernah bersabda maksudnya “Didiklah anak-anakmu dengan 3 perkara iaitu mencintai nabinya, mencintai ahli bait (keluarga)nya dan bacaan al-Quran, kerana ahli al-Quran itu mendapat naungan Allah pada hari yang tiada naungan melainkan naunganNya bersama-sama para Nabi”.

Berperang untuk melawan sikap malas, bersemangat untuk belajar, pasti akan dialami. Ini bukan saat untuk terlelap, terbuai dalam mimpi tak berujung. Tiada istilah lelah dan penat, untuk menjadi sang pejuang.

MORE ABOUT AUTHORS


Hi! This is Amyra, admin of concretejavaroses.blogspot.com and many more. A small blogger and started blogging as a hobby. Previously, I worked as a tutor and teacher, and of course currently, I worked as Kuli at Government Sector. I am running a number of Blog/Sites from my living room. Do contact me if u olls have any problems with ur sites. gtg. Catch ya later. =)