Recent Post

the authors


Name : Amirah binti Abdul Rashid


Origin Hometown : Ipoh

Field: Computer Engineering


Full-time : IT Assistant


Part-time : Tutor, Web Designer & Writer


Expertise : Web Development, Graphic and Multimedia Designer

Went through

Daisypath Anniversary tickers

I HEART YOU

Word world

Being deeply loved by someone gives u strength, while loving someone deeply gives u courage. yes..i mean u...

Galleries

MY QUOTES

People think that the most painful thing in life is losing the one value, the truth is, the most painful thing is losing yourself in the process of valuing someone too much and forgetting that you are special too...

SHOUT OUT

>>Chat<<


by Amyra Javaroses

Contact Me

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.

Cinta padaNya

Sekiranya kita cinta kepada manusia, tidak semestinya manusia akan cintakan kita. Tetapi sekiranya kita cintakan Allah nescaya cinta Allah tiada penghujungnya. Sekiranya kita cinta kepada manusia, kita akan cemburu kepada orang yang mencintai orang yang kita cintai. Tetapi sekiranya kita cinta kepada Allah, kita akan turut mencintai orang yang melabuhkan cintanya kepada Allah juga.

Find Me

Compatible with


Contact me at

    amyramia87@gmail.com


  +6019XXXXXX

Follow me at



Showing posts with label ICT. Show all posts
Showing posts with label ICT. Show all posts
21 October 2014

TAKLIMAT KESEDARAN ICT


Hari Isnin 20 Oktober, bermulalah Taklimat Kesedaran ICT. Aku pulak ditugaskan jadi jurukamera pada hari tu.. Adoyai, malasnya nak tangkap gambar... kuikuikui...

Itu laaa, sambil menangkap gambar, pelbagai ilmu aku dapat.. Nak cakap lebih tak boleh sebab apa yang dikongsikan dalam taklimat tu adalah sulit..

Cuma, apa yang aku boleh kongsikan adalah definisi keselamatan ICT.. Mengikut fahaman aku, keselamatan ICT ini adalah merujuk kepada perlindungan sistem komputer serta data daripada di akses oleh orang luar samada bertujuan untuk mengubah data tersebut, merosakkkan mahupun memusnahkan.. Seperti yang kita maklum, terdapat pelbagai rahsia data atau sistem dari setiap Jabatan atau Kementerian, maka dengan itu setiap penjawat awam yang terlibat di dalam memegang data atau sistem tersebut wajib melindunginya.

Keselamatan komputer tidak sahaja tertakluk pada sistem atau data sahaja, akan tetapi ia juga meliputi perisian serta perkakasan. Selain itu, keselamatan rangkaian perlu diambil kira jua..

Udah macam esei laa plak.. Ni laa padahnya menulis secara formal kan.. =p

So, terdapat pelbagai ancaman keselamatan komputer ataupun SECURITY THREATS.

Antaranya, malicious code. Ia berupaya menganggu sistem komputer dengan mengubah kod program yang terdapat di dalam komputer dan kesannya menyebabkan komputer menjadi lambat. Jenis-jenis malicious code ni adalah trojan horse, worm, backdoor, trapdoor dan apa lagi entah laa...

Berbeza pula dengan penggodaman atau pun dikenali sebagai HACKING. Perbuatan hacking ni sebenarnya boleh merujuk kepada mengakses sistem komputer tanpa kebenaran dari pihak adminstrator dan orang yang suka hack ni dikenali sebagai HACKER.

Kalau nak lihat lagi bab keselamatan ICT ni, bolehla review balik kat ENTRI ini.

Dalam mendengar taklimat tersebut, ada satu benda yang aku nak kongsi. Baru-baru ni kita dikejutkan dengan Zeus Malware. Dah boleh masuk smartphone woi.. Hati-hati laa.. Zeus ni dari Trojan Horse. Cara Zeus ni senang je.. Korang masuk laa mana-mana web-browser, then korang tak tahu main install je pada laptop or smartphone. Melalui laptop serta smartphone, Zeus ni akan install CryptoLocker ransomware dimana apabila Zeus dah masuk pada device tersebut, ia akan encrypt semua data korang.. Hahaha.. Jadi format .zip file rasanya. So, dalam masa sejam, ia berupaya encrypt semua data korang dan Zeus akan minta wang tebusan untuk decrypt balik data korang. Jadi, berhati-hatilah ye.

Masuk hari kedua plak, aku ditugaskan sebagai juruvideo. Taklimat pula meliputi cara macam mana nak melindungi sistem komputer.. Macam biasa, pakai antivirus, data kene backup sebulan sekali, perlu scan portable device dan yang pasti, jangan download sesuatu sumber yang kita curigai..

Yang selebihnya, sulit.. Tak berani nak share kat blog ni.. Hahaha...

by Amyra javaroses

16 October 2014

EXAM PEGAWAI TADBIR DIPLOMATIK


Alamak!!!!!!!!!!!!! Exam lagik ke???? Adoyai, aku baru je habis exam undang-undang untuk perkhidmatan awam ni plak nak exam Pegawai Tabir Diplomatik (PTD) lagi... Pheeewwww.... Debaran bermula...

Alkisahnya bermula bila mana aku tengah tolong team multimedia untuk rakaman Persada Transformasi.Tetibe dapat satu meseg.. Argh... eja mesej pun salah kan...

Toinkkkk... Ada dua mesej... Satu mesej suruh bayar kredit celcom.. Tak habis-habis mintak duit si celcom ni, tunggu hujung bulan dapat gaji laa dey...

Dan satu lagi, ANDA DIJEMPUT MENDUDUKI PEPERIKSAAN ONLINE PEGAWAI TADBIR & DIPLOMATIK M41 PADA 1.11.2014.

Nak je aku balas padanya, TAKMAU.. SAYA TAK NAK G EXAM SEBAB PENAT BACE.. Hahaha...

Petang tu masuk opis, kasi screenshot sket...


Entah laa... rasanya nak give try, tapi... kalau try, mana tau tetibe lulus kan, mesti rasa gatal kaki nak g interview.. Dah laa sebelum ni dapat interview Penolong Pegawai Latihan Vokasional (Teknologi Maklumat), tu pun aku tak pegi sebab aku malas..

Ni pengalaman exam online untuk PTD aku tak pernah alami laa, tapi mengikut kawan cakap, kalau online konpom internet slow sebab traffic tinggi, ramai client nak akses server exam SPA ni.

Yang pakai network dalaman pun tak lepas untuk exam, ni kan network luar.. Adoyai, macam mana ni... Takpa, minta pendapat encik suami laa nanti..

Borink punya borink, scroll laa email.. Tetibe dapat tawaran ni plak...


Haaaa... Aku apply dua tahun lepas, baru nak offer untuk SL1M bagi flight apprentice program kan.. Takpa laa... Takda rezeki..

Dah memang rezeki aku berkhidmat di Jabatan Perkhidmatan Awan ni.. Berkhidmat sebagai penjawat awam untuk agama dan negara. Transformasi sana sini... Weeeekkkkkk... Banyak keje nak buat...

Ntah pe laaa aku membebel ni.. Entry punya laaa gempak tapi contentnye merapu bagai...

Hint nak exam aku pun tak tau.. Aku de simpan buku exam PTD tu.. Tak tau laa sama ke tidak...

Takpa, nanti aku dapat hint, korang cekedout laaa kat blogger aku yang rojak ni...

Nite peeps... As salam... =)

27 July 2014

SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI


As salam bloggers. Alhamdulillah, kita akan menyambut hari raya. Amacam puasa, cukup tak? Macam mana dengan terawih cukup tak? Semoga Ramadhan yang lalu bukan yang terakhir untuk kita.

Apapun, setiap niat untuk melakukan ibadat sunat itu sesuatu yang baik. Tapi perlu diingatkan, ibadat fardhu wajib ditunaikan, jangan dikejar yang sunat sahaja.

Dengan ini, saya Amirah binti Abdul Rashid ingin memohon ampun dan maaf kepada warga bloggers. Maaf Zahir dan Batin. =)


by Amyra javaroses
02 July 2014

PRE-WEDDING PART 1 (Mira & Saufi)


As salam semua... Syukur kita sudah melangkah hari seterusnya di dalam bulan Ramadhan. Huuu... Poster pun tak siap lagi. So, untuk bulan Ramadhan ni aku nak share entry mengenai fadilat solat terawih. Tapi itu untuk entry seterusnya.

Ok, aku dengan senang hati sudah menyiaopkan Montaj Pre-Wedding Part 2. Lega rasanya.. Sebelum ni sibok sikit dengan photoshoot..


Now, aku dah berjaya siapkan video ni semua.




by Amyra javaroses
25 June 2014

POSTER MAJLIS BACAAN YASIN & TAHLIL BULANAN BPM


Satu lagi poster dihasilkan.. Ini namanya kerja last minit jadi poster pun last minit yang tak seberapa..

Huhuhu...

Elemen yang digunakan berdasarkan ciri-ciri Islamik.  Aku amik warna biru, biar nampak tenang sikit. Kalau amik hijau, kontroversi pulak... Ekekeke...


Haaaa... Siap dah... Senang hati den...

by Amyra javaroses
12 June 2014

MONTAJ PART 1


Try and error... Buat benda ni... Jadi laa pulak pakai After Effect..


Part paling mencabar nak edit gambar satu persatu ni... Nak nangis rasanya...

By the way, edit gambar dengan menggunakan software Photoshop. Masukkan setiap gambar tersebut dalam setiap frame dengan menggunakan software After Effect. Mesti menggunakan tempate yang sesuai. Last sekali, perincian menggunakan software Edius..


by Amyra javaroses
03 June 2014

MONTAJ HARI TERBUKA PSIKOLOGI 2014


Tersebutlah kisah, aku diberikan tugas untuk siapkan montaj Hari Terbuka Psikologi 2014...  Mak aiiihhh, temph dalam seminggu kene siap. Draf pertama kene siap dua hari dari hari yang pertama.

Ingat melawak, rupenye betul.. Sengih laa jawabnye. Aku meroyan pulak nak buat.

Alhamdulillah, berkat sabar dan bantuan dari rakan-rakan maka aku dapat siapkan montaj ini dengan jayanya.. Ada dua versi skali.. Huhuhu...

Versi 1:

Versi 2:

by Amyra javaroses
21 May 2014

TUGASAN POSTER


Untuk pengetahuan korang, aku sibok dengan kerja. Tak dapat laaa nak update blog ini. Sibuk dengan kerja rakaman dan pergi kursus Microsoft Office 2013 di PestaRiang, Cyber.

Ni pulak, kene buat poster untuk Perhimpunan Bulanan Bahagian Pengurusan Maklumat bagi Sektor Portal dan Multimedia. Temanya Wanita. Untuk pengetahuan korang, wanita kan suka warna pink. Tapi bukanlah aku. Tak boleh blah warna pinknye. Huhuhu. Sempena Hari Ibu dan juga Hari Guru, bos aku telah memilih tema wanita. Jadi, den follow ajelah..

Ni posternya. Sorry ye, kene including watermark. Kene protect skit hasil karya aku. 


Pastu ada ralat, kene edit pulak.

Pastu ada lagi kene edit.

Yang ini pulak poster dah lama dah. Lupa nak update. Ni untuk Majlis Bacaan Yasin dan Tahlil Bulanan.


OK, setakat tulah hasil karya aku... Kbai! Hahaha... As salam. =)

by Amyra javaroses
08 May 2014

KURSUS ASAS PHOTOSHOP



Seperti hari-hari biasa, aku lalui dengan penuh keceriaan bersama geng-geng gila-gila.. Tapi, sepanjang 3 hari yang lalu, diri ini terasa taksub dengan kursus ini.

Mana taknya, baruku tahu banyak ilmu mengenai Photoshop ni. Makan pun sodap. Tak payan turun cafe di bawah, jimat duit.. bhahaha...

So, dalam mengikuti kursus ini, pelbagai benda yang aku tahu. Kebiasaannya, bila buka program Adobe Photoshop ni, kita main bedal je tools nak guna. Tapi skang ni, aku dah tahu motif kenapa aku perlu guna tools terbabit.

Antara tools yang kita akan nampak bila lihat interface Photoshop ni adalah Selection Tools serta Retouch & Painting Tools. Bab nak crop picture memang besh. Samada nak guna Magic Wand Tools, Quick Selection Tools, Lasso Tools, Magnetic Tools atau Crop. Suma ada, tapi diri kita je yang menentukan tools mana nak guna.

Yang penting, kreativiti dalam menghasilkan poster, banner atau grafik yang menarik untuk tatapan sendiri atau umum.

Mula-mula, kerja menconteng.



Dapat kerja ringan. Diberi tugas untukhilangkan jerawat dengan menggunakan Spot Healing Brush Tool dan Healing Brush Tool.

 
 Sebelum                                               Selepas

Yang ni pulak kene letak Clone Eiffel Tower jadi tiga bijik. Guna Clone Stamp Tool.

 Sebelum                                                  Selepas

Dengan menggunakan  Pen Tool dan Clone Stamp Tool. Kene Crop gambar budak tu guna Pen Tool untuk masukkan ke layer baru. Clone Stamp Tool tu digunakan untuk copy pokok-pokok tersebut.

 Gambar budak ni kene crop guna Pen Tool.

 
                          Sebelum                                                 Selepas

Lepas tu, kerja bertambah berat. Kene buat background guna Gradient Tool bagi layer pertama, ambil gambar yang ada texture. Contohnya gambar yang ada batu bata. Drag masuk gambar batu-bata jadi layer kedua. Then, kene blending kan layer pertama dan kedua supaya nampak effect yang menarik.

 


Hahaha, iklan jap.. Dah borng sangat kene buat gambar berukuran passport. So, kene amik satu gambar, crop guna Pen Tool. Cam Gigandet menjadi tatapan aku untuk gambar passport. =). Yang background belakang tu pakai Filter > Render > Clouds.



Selepas semuanya habis diajar, kami diberi satu tugasan. Untuk buat poster Hari Integriti JPA 2014. Jadi, inilah hasil aku. Tak tahu laaa menang ke kalah ni.. Hahaha...



by Amyra javaroses
21 April 2014

TEASER PRE-WEDDING (Mira & Saufi)




Hahaha... Akhirnya, aku berjaya menyiapkan teaser pre-wedding aku... Yeeehaaa...


by Amyra javaroses

07 February 2014

KESELAMATAN ICT


1. Apakah itu keselamatan komputer?

Amalan melindung sistem komputer dari kegagalan, ancaman, risiko dan kelemahan dari pelbagai sudut seperti kesalahan manusia atau operasi, serangan dan bencana alam yang boleh menyebabkan maklumat menjadi terdedah atau maklumat dipinda secara tidak sah, kemusnahan atau denial-of-service.

2. Apakah keselamatan sistem komputer?

Ini adalah merupakan langkah-langkah pelindungan keselamatan yang berasaskan teknologi termasuk prosedur pengurusan yang dibentuk untuk melindung aset ICT.

3. Apakah keterdedahan maklumat?

Maklumat yang di lindung atau dikawal edarannya didedahkan secara tidak sah atau hilang kawalan terhadap maklumat sensitif.

4. Apakah penyulitan maklumat?

Ianya penukaran data atau mesej kepada bentuk kod sulit yang hanya boleh dibaca atau difahami oleh penerima maklumat / mesej tersebut.

5. Apakah itu nyah sulit maklumat?

Pemulihan data yang telah dikodkan kepada bentuk asal.

6. Apakah itu hacker?

Seorang yang cuba memecah masuk ke dalam sistem komputer (sama ada berjaya atau gagal) yang ianya tidak diberi kuasa untuk mengakses sistem tersebut.

7. Apakah insiden keselamatan ICT?

Ini bermaksud musibah yang berlaku ke atas sistem ICT atau ancaman kemungkinan berlaku kejadian tersebut. Ia juga boleh merupakan sesuatu perbuatan yang melanggar dasar keselamatan ICT sama ada yang ditetapkan secara tersurat atau tersirat.

8. Apakah itu Masquerade?

Sejenis ancaman keselamatan yang berpunca bila seorang pengguna atau entiti menyamar sebagai seorang pengguna atau entiti yang sah.

9. Apakah itu kata laluan?

Serangkai perkataan atau ayat yang digunakan untuk mengesahkan pengguna atau sumber ICT.

10. Apakah itu audit keselamatan ICT?

Merupakan pemeriksaan ke atas prosedur serta langkah keselamatan ICT untuk menilai kepatuhan dan kesempurnaan terhadap dasar keselamatan ICT.

11. Apakah itu kawalan keselamatan ICT?

Merupakan teknik dan kaedah bagi memastikan hanya pengguna yang sah dan telah diberi kuasa dapat mengakses sistem maklumat dan aset ICT.

12. Apakah itu maklumat sensitif?

Ini adalah maklumat yang telah ditakrif sebagai perlu diberi pelindungan atau maklumat yang dikawal edarannya.

13. Apakah itu malicious code?

Malicious Code adalah kod program yang dicipta khusus untuk mengakibatkan kerosakan, kemusnahan atau kesukaran kepada perjalanan lancar sistem ICT. Tafsiran malicious code termasuk virus, worm, trojan horse dan logic bomb.

14. Apakah itu virus?

Virus adalah perisian yang boleh memusnahkan kandungan cakra serta memadamkan fail dan program dalam memori. Ciri utama virus adalah ia boleh mewujudkan replika baru dan ?menjangkiti? program-program lain dengan menyangkutkan dirinya kepada program-program tersebut. Virus disebarkan melalui perkongsian program, e-mel, dokumen dan media yang ?tercemar?.

15. Apakah itu Trojan Horse?

Merupakan sebahagian daripada program komputer yang mempunyai fungsi yang biasanya boleh digunakan, tetapi kod Trojan Horse mempunyai fungsi yang tersorok. Apabila aktif, fungsi tersebut melakukan aktiviti terlarang. Trojan Horse biasanya disebarkan melalui lampiran kepada e-mel dan muat turun melalui internet.

by Amyra javaroses
05 February 2014

BENDA TAK PERLU DI BLOG



Blogwalking sana sini, ada yang suka letakkan video dan lagu bagai... Aduh, berat tau nak loading ni! Ada pulak letak widget macam-macam. Ala, tak kisah laaa.. Itu hak masing-masing. Ada yang suka share gambar, nak tunjuk moment dengan rakan blog yang lain. Itu hak masing-masing.


TAPI...


Yang aku kisahkan... Kenapa laaa layout ataupun background wallpaper tu aku kene drag dari UTARA ke SELATAN serta dari TIMUR ke BARAT. Cirit cenggini. Punya laaa laptop aku jammed kat Highway Tol Jelapang.. Ko tak tau, laptop aku ni meroyan bila bukak page berat-berat. Kalaulah laptop ni bercakap, mau die kutuk sebakul.

Dah laaa aku kene scroll sana sini. Nak buat tawaf selamat datang pulak. Dah tu bubuh widget jam dan calendar. Kihkihkih, macam setiap komputer takde pulak jam dengan calendar kan... Nak tergelak aku tengok. Bagi yang share waktu solat tu, alhamdulillah.. Aku berterima kasih kerna ada insan yang mengingatkan aku mengenai solat tatkala jari-jemari ni sibuk merangka penulisan.

OK! Berbalik pada hal ni, ada yang letak animated picture. Pekehainye yong oi.. Atenye, kome ade letak arnab atau segala tikus bagai kat tepi tu tengah gedik menggedik dan berjoget tu pasal?? Motif??? Apa motifnya??? Buat apa.. Nak cantik pun, cukuplah sekadar background wallpaper dan gaya penulisan tu.

Then, snowflakes laa pulak. Tak cukup dengan tu, ada adegan hujan dengan ribut petir. Mak aiiii, dahsyat sungguh blog ni. Hahaha.. Maaf laaa kalau ada sapa yang terasa. Aku stress bila g meronda page rakan blogger ni. Bukan main page die ade adegan winter sonata, pehtu lagu pulak boleh bikin hidung berdarah. Terus aku off laptop sebab dah jammed. Kahkahkah...

Iklan??? Ni yang aku tak suka. Dok aku syok nak bace penulisan rakan blogger ni, tetibe ade iklan popup datang kaco.. Memang nasib laa, terus ak tekan butang pangkah. Yang besh pulak, bila aku blogwalking, iklan tu tutup post blog... Haaa, jeng..jeng..jeng... Korang teka apa aku buat lepas tu??? Aku tekan butang pangkah pada iklan tu dan malangnya divert ke page lain.. Memang takla untuk aku nak balik ke page tu. 

Korang nak tahu kenapa page korang jadi besar??? Sebab picture korang letak kat dalam blog korang tu besar. Sila kecikkan saiz gambar dulu sebelum nak import dalam blog. Tak kisah laa nak letak social network macam Facebook, Twitter dan lain-lain tapi masalahnya, cari laa icon.. Import masuk dalam blog guna HTML/Javascript then add URL link bagi setiap picture tu... Kalau nak letak chatbox ke atau GFC (Google Friend Connect) tu terpulang. Tak de masalah dengan hal tu.

Macam biasa, benda yang perlu tu seperti archive, recent post dan latar belakang penulis. Kalau google, for sure melambak-lambak tutorial ataupun bebelan dari rakan blogger yang lain. 
Akhir kata, aku minta maaf kalau artikel ini ada mengguris pihak yang sedang membaca. 
by Amyra javaroses
03 February 2014

CARA NAK SETUP GOOGLE FRIENDS CONNECT (GFC) SECARA MANUAL


Masa yang aku ada bila laptop di meja adalah ber "Google" macam-macam. Sebab sibuk nak kawin, jadi idea untuk dekorasi pelamin dan meja pengantin tu bermain di fikiran. Tetibe laaa nak buat photo booth dan candies booth. Nasib baik buat kat rumah untuk resepsi saudara dan kenalan terdekat. Selebihnya, untuk kawan kerja dan kenalan luar sumenya di dewan.

Ok, tujuan aku tulis pasal hal ni, korang baca entry aku tu. Semestinya korang dah muak baca benda sama sebab tiap page blogger yang lain pun mesti ada yang sama kan. Ada yang aku tengok copy dan paste je kat site dia. Kalaulah tuan tanah tahu mahu kene marah, dah laa credit kat laman web pun takde. Be gentle, tak payah plagiat dan copy penulisan orang lain.

Aku blogwalking ke laman web dan aku dapati page sangat berat bila nak load. Bila display je page... Maaaaakkkkkk aaaaiiii, penuhnya page dengan widget siap ada iklan dan snowflakes sana sini.

Aduh, tolong laaa. Berat, Facebook lagi laju.

Korang tahu tak apa yang wajib kat page korang?

Ada yang cadangkan GFC (Google Friend Connect) Follow. Alahai, nak follow bagai. Nak kumpul kawan boleh buat secara manual dekat dashboard tu. Copy URL sites yang korang nak, pegi kat setting. Tengok gambar bawah ni.

STEP 1



STEP 2


So, itu tutorial hari ini. Kehkehkeh. Next tutorial nak tulis pasal apa yang perlu ada kat dalam blog. 

by Amyra javaroses
01 February 2014

HOW TO TEST YOUR WEBSITE PERFORMANCE?


Korang pernah test tak berapa kelajuan website korang bila open page korang?? Ada terfikir tak kenapa lama sangat?? OK. Aku test kelajuan page aku. Mari lihat result.

So, page website aku di "test" dari Amsterdam, Netherlands secara online. Korang lihat load time selama 3.39s. Dan grade website aku adalah 86/100. Korang tahu kenapa??? Sebab saiz page aku 3.1MB. Besar ke kecik data website aku???

Eh, pelik laaa... Nampak macam banyak info je kat page ni.. Kenapa saiz kecik??? Ye... Sebab aku guna jquery coding. Itu pasal aku cakap kalau korang belajar website development ni, korang kene ada software dulu dalam laptop. Create template dan jquery coding korang dalam software tersebut. Contohnya Adobe Dreamweaver. Pilih wallpaper yang bertepatan; maksudnya color satu je dan corak mestilah cantik. Harus diingatkan jangan pilih color-block pulak. Dah tu, korang create layout yang korang mahukan dan sidebar serta navigation-bar. Dah siap, korang import sume coding tu ke dalam blog.


Memang, banyak kerja tapi hasilnya memuaskan hati. Aku seorang yang sangat cerewet. Dari saiz ukuran layout, warna wallpaper, corak, sidebar sume aku amik kira. Kadang-kadang penulisan aku ini pun aku karang dalam masa seminggu dan baru aku post ke blog.

Sebelum ni aku ada post macam mana nak test website. Korang sume boleh rujuk disini.

Kalau dilihat page yang lama punya result ni ada penambahbaikan yang aku lakukan. Kene pakai jquery supaya website jadi ringan.

Untuk test website, sila rujuk Pingdom Website Speed Test.

by Amyra javaroses
26 January 2014

SISTEM KOMPUTER


PERKEMBANGAN KOMPUTER

Komputer berasal daripada perkataan lain ‘Computare’ bermaksud mengira seperti mesin kira, slide rule dan lain-lain.  Komputer adalah media elektronik yang berupaya menterjemahkan dan melaksanakan arahan-arahan input, output dan operasi logik.

Komputer membaca daripada media input atau media storan dan menulis pada media output atau media storan. Biasanya data input dimasukkan oleh operator data ke dalam media storan melalui papan kunci dan dapat dilihat pada monitor. Apabila  data dan maklumat  telah diproses maka outputnya boleh ditulis pada media output seperti alat cetak atau cakera.

CPU  (Central Processing Unit)

CPU merupakan perkakasan yang berfungsi untuk menterjemah dan melaksanakan arahan aturcara dan berkomunikasi dengan input,output dan pranti storan kawalan. Komputer boleh menghantar pada kelajuan 654,000 kaki sesaat.  Kelajuan pemprosesan komputer adalah penting dalam melancarkan perjalanan urusan seharian seperti pengeluaran wang, penempahan tiket kapall terbang, penempahan bilik hotel dan sebagainya.

CPU MENGANDUNGI TIGA KOMPENAN UTAMA:-


  • Unit Kawalan 

Unit kawalan mengandungi litar yang akan mengarahkan keseluruhan sistem untuk melaksanakan arahan aturcara yang mengkoordinasikan bahagian-bahagian lain.  Ia juga memberitahu peranti input apabila input tambahan diperlukan dan memberi arahan kepada peranti output di mana maklumat disediakan untuk output.
Unit kawalan tidak menyimpan data atau aturcara.  Ia dilakukan oleh unit storan utama di mana data dan aturcara disimpan setiap kenyataan dalam aturcara.  Komputer merupakan input, unit kawalan akan menterjemahkan setiap pernyataan dan mengarahkannya kepada kompenan CPU.

  • Unit Arithmatik dan Logik (ALU)

Unit arithmatik dan logik merupakan bahagian CPU yang membuat pengiraan dan perbandingan data berdasarkan arahan yang di terima dari unit kawalan.  Unit arithmatik dan logik mengawal kelajuan pengiraan.  Operasi arithmatik adalah operasi matematik  + , - , * dan / .  Operasi logikal mengandungi operasi perbandingan seperti = , < , > , <>, <= dan >= .

  • Storan Utama

Storan Utama dipanggil sebagai ingatan utama.  Ingatan utama adalah sebahagian daripada komputer yang menyimpan:-

i.  Data yang di proses; ii.  Arahan untuk pemprosesan aturcara; iii. Memproses data yang sedang menunggu untuk dijadikan output.  

  • Storan Sekunder

Storan Sekunder di panggil storan auxiliary dan secara fizikal terletak di luar pemprosesan. Storan Sekunder boleh didapati dalam pelbagai bentuk seperti pita bermagnet, cekera keras dan disket.

Kelebihan Storan Sekunder adalah seperti berikut:-

i.  Ekonomi ; Lebih jimat untuk menyimpan data pada media bermagnet daripada kabinet atau di dalam storan utama.

ii.   Muatan ;Terdapat lebih muatan dalam storan sekunder berbanding dengan storan utama.

iii.  Keselamatan; Data selalunya disimpan dalam storan sekunder supaya ia lebih selamat daripada gangguan pengguna yang tidak sah atau daripada pencerobohan data maklumat.

by Amyra javaroses

15 January 2014

DOMAIN VS HOSTING?


Domain merujuk kepada alamat untuk laman web anda. Contohnya, domain bagi blog ini adalah http://concretejavaroses.blogspot.com. User perlulah / mestilah / hendaklah pilih domain yang pendek dan mudah diingat disebabkan domain ini akan ditaip pada search bar untuk ke web. Nama domain yang bertepatan dengan niche juga penting kerana dapat membantu menaikkan traffik melalui enjin carian..

APA ITU HOSTING?

Hosting adalah tempat untuk menyimpan segala data-data yang terkandung di dalam web seperti, gambar, content, themes, plugin dan sebagainya yang akan disimpan dalam hosting untuk dipaparkan pada web. Konsep seperti peti sejuk. Dalam peti sejuk ada makanan. Hahaha.. Melalut pulak… =p. Blogger perlu memilih syarikat yang menguruskan hosting ini dengan teliti bagi memastikan data yang terkandung di dalam web adalah selamat.

MANA NAK BELI DOMAIN DAN HOSTING???

Google di Search Engine. Banyak senarai syarikat yang menguruskan domain dan hosting. Cari yang betul-betul bertepatan dengan kriteria yang anda mahukan.
Kesimpulannya, aku mempunyai rumah yang dikenali LAMAN WEB ataupun BLOG. LAMAN WEB atau BLOG aku ada alamat iaitu http://concretejavaroses.blogspot.com dan ia juga dipanggil DOMAIN. Untuk menyimpan barang-barang di dalam rumah, aku perlu mempunyai tapak rumah yang kukuh. Jadi, aku perlukan tapak yang kuat, terjamin dan kukuh. Tapak ini dikenali HOSTING yang menyimpan semua data-data yang terkandung di dalam LAMAN WEB ataupun BLOG.
Sekian, terima kasih.

by Amyra javaroses
12 January 2014

KENALI TEKNOLOGI WI-FI


Kalau tengok bola kat kedai mamak, sambil tu mesti tanya kat mamak… “Chaaa, password Wi-Fi apa dei???”… Hahahaa… Takpun sanggup pegi lepak kat OTK (OldTown) kononnya tunjuk nak lepak laaa tapi tumpang Wi-Fi laa… Macam mana aku tahu??? Sebab aku pun macam tu kekadang.. Tapi, semenjak dah subscribe Internet Postpaid ni, so takde hal la… =)

APA ITU WI-FI?

Nama pendek bagi Wi-Fi adalah Wireless Fidelity. Istilah ini telah diisyhtiharkan secara rasmi oleh WECA ( Wireless Ethernet Compatibility Alliance ). Pada penghujung tahun 1998, Wi-Fi mula diperkenalkan menerusi produk tanpa wayar.

Penggunaan Wi-Fi adalah merujuk kepada SISTEM RANGKAIAN PAUTAN TANPA WAYAR yang menggunakan HUBUNGAN JALURLEBAR (broadband), titik capaian ( access point ) dan KAD WI-FI yang diinstal di dalam komputer bagi membolehkan pengguna berkongsi fail dan pencetak serta melayari Internet sama seperti rangkaian LAN (local area network) biasa.

APAKAH YANG DI MAKSUDKAN DENGAN TITIK CAPAIAN 

( ACCESS POINT ) ?

Titik capaian merujuk kepada suatu peranti elektronik kecil yang bertindak sebagai penghubung dengan kad Wi-Fi yang diinstal di dalam komputer pengguna bagi membolehkan perpindahan data berlaku menerusi spesifikasi 802.11 di antara sumber jalurlebar seperti DSL atau kabel dengan komputer tersebut.
APAKAH YANG DI MAKSUDKAN DENGAN SPESIFIKASI 802.11 ?
802.11 adalah merujuk kepda spesifikasi teknikal keluarga pautan tanpa wayar LAN yang diberikan oleh IEEE ( Institute of Electrical and Electronic Engineers ). Teknologi Wi-Fi dikatakan tergolong dalam spesifikasi 802.11b yang membolehkan perpindahan data berlaku dalam kelajuan sehingga 11 Mbps di dalam , jalur 2.4 GHz. Sementara itu, teknologi 802.11a pula adalah lanjutan kepada teknologi 802.11b dimana kelajuannya lebih pantas.Teknologi 802.11a membenarkan perpidahan data berlaku dalam kelajuan sehingga 54 Mbps di dalam jalur 5 GHz. Teknologi ini juga di kenali sebagai Wi-Fi5 oleh WECA.

APAKAH PERBEZAAN DIANTARA WI-FI DENGAN ETHERNET ?

Ethernet merupakan senibina LAN yang telah dibangunkan oleh Xerox Corp clan ianya merupakan kad antaramuka rangkaian yang digunakan dalam rangkaian LAN biasa. Sedangkan Wi-Fi pula adalah merupakan senibina LAN yang digunakan dalam persekitaran tanpa wayar. Ringkasnya, Ethernet digunakan dalam rangkaian LAN yang berwayar ( menggunakan kabel sepeti CAT5 untuk dihubungkan kejalurlebar ) manakala Wi¬Fi pula digunakan dalam rangkaian LAN tanpa wayar ( menggunakan kad Wi-Fi dan dihubungkan ke titik capaian yang seterusnya akan menghubungkan ke jalur lebar ).

APAKAH PERBEZAAN LAN DENGAN WLAN ?

LAN adalah merujuk kepada rangkaian komputer bagi kawasan setempat di mana setiap komputer dihubungkan antara satu sama lain dengan menggunakan wayar. MAN pula adalah merujuk kepada rangkaian komputer bagi kawasan setempat di mana setiap komputer dihubungkan antara satu sama lain tanpa menggunakan wayar. Konsep MAN adalah sama dengan LAN, misalnya dari segi penggunaan pelayan dan sistem pentadbiran. Bezanya, cuma dari segi medium iaitu MAN menggunakan gelombang radio manakala LAN menggunakan kabel untuk mentransmisikan data.

APAKAH YANG DIMAKSUDKAN DENGAN WI-FI HOTSPOT ?

Wi-Fi Hotspot adalah merujuk kepada satu kawasan khas dimana titik capaian di sediakan bagi membolehkan pengguna dihubungkan ke Internet menerusi isyarat gelombang Wi-Fi. Biasanya, pengguna-pengguna ini menggunakan komputer jenis mudah alih seperti notebook. Pada masa ini, Wi-Fi Hotspot boleh di dapati di lapangan terbang, hotel, kafe-kafe utama seperti StarBucks Coffee dan tempat-¬tempat tumpuan umum seperti kompleks membeli-belah dan pusat rekreasi. Hubungan Wi-Fi ini boleh dilakukan dalam jarak sehingga 300 kaki dari lokasi Hotspot tersebut.

ADAKAH BLUETOOTH PESAING WI¬Fl ?

Tidak sama sekali. Sebenarnya kedua¬duanya adalah saling melengkapi antara satu sama lain dan mempunyai sasarannya tersendiri. Teknologi Wi-Fi digunakan untuk menggantikan sistem rangkaian wayar iaitu LAN yang sedia ada, biasanya pada komputer desktop clan notebook manakala Bluetooth pula digunakan dalam lingkungan PAN iaitu Personal Area Network di mana peranti-peranti khusus digunakan misalnya telefon mudah alih, pengimbas barkod dan PDA bagi menggantikan peranti yang menggunakan wayar. Walaupun secara logiknya kedua-dua teknologiini mungkin akan terganggu antara satu sama lain disebabkan jalur frekuensinya sama iaitu 2.4 GHz tetapi pada hakikatnya tidak.

Ini berdasarkan penyelidikan yang telah dilakukan oleh Bluetooth SIG dan IEEE menerusi teknik AFH (Adaptive Frequency Hopping) yang mendapati bahawa kedua¬duanya adalah bebas dari gangguan. Selain daripada itu, terdapat pembuat cip iaitu Cambridge Silicon Radio yang telah membangunkan satu cip yang menggabungkan kedua-dua teknologi ini.

Selain daripada itu, keupayaan audio juga berbeza di antara kedua-dua teknologi ini. Sebagai contoh, Ericsson telah membangunkan telefon mudah alih yang boleh memindahkan audio menerusi teknologi Bluetooth dari telefon ke headset tanpa menggunakan wayar. Sebaliknya dalam teknologi Wi-Fi, keupayaan audio adalah menerusi VOIP ( Voice Over IP ) di mana spesifikasi dan keperluannya adalah sama.seklai berbeza. Ini jelas menunjukkan kedua-dua teknologi ini mempunyai kelebihan masing-masing, mempunyai sasaran tersendiri dan yang lebih penting ialah bukannya bersaing antara satu sama lain. Penggunaan kedua-dua teknologi ini menunjukkan akan kepentingan sistem pautan tanpa wayar dalam dunia digital pada masa kini.

Penggunaan kedua-dua teknologi ini juga boleh dilihat dalam syarikat UPS (United Parcel Service) di mana pengimbas barkod mengimbas kod dengan menggunakan teknologi Bluetooth lalu data-data tersebut dihantar ke titik capaian MAN yang menggunakan teknologi W-Fl untuk dihubungkan ke cawangan-cawangan lain di seluruh dunia.

Kesimpulannya, teknologi pautan tanpa wayar ini (merujuk kepada Bluetooth dan Wi-Fi) memberikan banyak kelebihan atau kebaikan dalam aktiviti seharian. Antaranya:

• Kita sebagai pengguna boleh membuat kerja dengan melayari Internet di mana¬mana sahaja seperti di kafe-kafe atau tempat-tempat umum yang digelar sebagai hotspot. Ini adalah kerana adanya titik capaian untuk teknologi Wi-Fi disediakan. Teknologi Bluetooth pula memudahkan kita memindahkan atau berkongsi data antara notebook dan PDA. Ini sangat berguna ketika melakukan persembahan sesuatu projek atau laporan perancangan ketika mesyuarat di mana data-data perlu di kongsi dengan staf-staf yang lain.

• Dengan adanya kedua-dua teknologi ini, ia telah memudahkan mereka yang bekerja secara outstation dan di luar kawasan pejabat misalnya, di hospital dan di gudang.

• Penggunaan teknologi ini secara tidak langsung dapat mengurangkan tekanan kerja. Ini adalah kerana sesuatu perbincangan atau mesyuarat boleh dilakukan di tempat-tempat santai yang menyediakan sambungan tanpa wayar ini seperti Starbucks Coffee dan Schlotszky Deli.

• Teknologi Wi-Fi misalnya, menyediakan lebar jalur yang besar, oleh itu perpindahan data dapat di lakukan dengan pantas.

• Penyelenggaraan perkakasan juga mudah kerana tiada wayar atau kabel yang digunakan.

• Selain daripada itu, ia juga boleh mengurangkan TCO ( Total Cost of Ownership ) bagi syarikat-syarikat yang kecil yang tidak dapat menyediakan sistem rangkaian LAN di pejabatnya di mana mereka boleh menggunakan kemudahan sedia ada di kawasan hotspot.

• Dengan adanya teknologi ini, ia telah men masyarakat menggunakan peranti tanpa wayar misalnya, PDA dan telefon mudah alih.

Note: Nota inilah yang telah aku gunakan semasa aku menjalani temuduga tahun lepas. Credit kepada web tersebut.

by Amyra javaroses

Sabda

Rasulullah S.A.W juga pernah bersabda maksudnya “Didiklah anak-anakmu dengan 3 perkara iaitu mencintai nabinya, mencintai ahli bait (keluarga)nya dan bacaan al-Quran, kerana ahli al-Quran itu mendapat naungan Allah pada hari yang tiada naungan melainkan naunganNya bersama-sama para Nabi”.

Berperang untuk melawan sikap malas, bersemangat untuk belajar, pasti akan dialami. Ini bukan saat untuk terlelap, terbuai dalam mimpi tak berujung. Tiada istilah lelah dan penat, untuk menjadi sang pejuang.

MORE ABOUT AUTHORS


Hi! This is Amyra, admin of concretejavaroses.blogspot.com and many more. A small blogger and started blogging as a hobby. Previously, I worked as a tutor and teacher, and of course currently, I worked as Kuli at Government Sector. I am running a number of Blog/Sites from my living room. Do contact me if u olls have any problems with ur sites. gtg. Catch ya later. =)