Recent Post
the authors
I HEART YOU
Word world
Being deeply loved by someone gives u strength, while loving someone deeply gives u courage. yes..i mean u...
MY QUOTES
People think that the most painful thing in life is losing the one value, the truth is, the most painful thing is losing yourself in the process of valuing someone too much and forgetting that you are special too...
Amyra Top Posts
Archives
-
▼
2016
(1)
- ▼ March 2016 (1)
-
►
2015
(5)
- ► March 2015 (1)
- ► January 2015 (1)
-
►
2014
(67)
- ► October 2014 (11)
- ► September 2014 (2)
- ► August 2014 (5)
- ► April 2014 (7)
- ► March 2014 (2)
- ► February 2014 (6)
- ► January 2014 (7)
-
►
2013
(82)
- ► December 2013 (5)
- ► November 2013 (13)
- ► October 2013 (8)
- ► September 2013 (3)
- ► August 2013 (6)
- ► April 2013 (3)
- ► March 2013 (5)
- ► February 2013 (6)
- ► January 2013 (5)
-
►
2012
(7)
- ► December 2012 (2)
- ► November 2012 (2)
- ► October 2012 (2)
- ► September 2012 (1)
Labels
SHOUT OUT
>>Chat<<
by Amyra Javaroses
Contact Me
Cinta padaNya
Sekiranya kita cinta kepada manusia, tidak semestinya manusia akan cintakan kita. Tetapi sekiranya kita cintakan Allah nescaya cinta Allah tiada penghujungnya. Sekiranya kita cinta kepada manusia, kita akan cemburu kepada orang yang mencintai orang yang kita cintai. Tetapi sekiranya kita cinta kepada Allah, kita akan turut mencintai orang yang melabuhkan cintanya kepada Allah juga.
BOIKOT - ISRAEL - YAHUDI - ZIONIST
Manusia menjadi musuh dengan apa-apa yang tidak diketahuinya. " - ini adalah pepatah orang-orang Arab. Bukan hadis nabi. Namun demikian, kata-kata ini banyak kebenarannya. Saya sedikit agak kecewa, bahkan mungkin merungut sedikit. Saya memohon maaf jika tulisan saya kali ini agak pedas dan keras (syadid) sikit daripada biasa. Hal ini adalah kerana saya sememangnya tidak gemar apabila seseorang begitu mudah memberi hukum tanpa usul periksa. Isu memboikot barang-barang tertentu yang jelas bersekongkol dengan Israel, saya tegaskan bahawa saya sangat bersetuju dilaksanakan, tetapi lakukan boikot tersebut dengan bijaksana dan berhikmah. Bukan dengan membuta-tuli atau berlandaskan kejahilan serta kebodohan yang kita miliki.
Berdasarkan dari web Wikipedia, istilah boikot adalah tindakan untuk tidak menggunakan, membeli, atau berurusan dengan seseorang atau suatu organisasi sebagai wujud protes atau sebagai suatu bentuk pemaksaan. Kata ini berasal dari serapan bahasa Inggris boycott yang mulai digunakan sejak "Perang Tanah" di Irlandia pada sekitar 1880.
Ada juga mengatakan macam mana nak boikot? Bak kata Aflin Shauki – “Kalau kat dapur dah ada 10 tin milo, tak payahlah pergi buang pasal makanan tu sendiri tak haram. Guna sampai habis tapi jgn beli lagi. Itu boycott. Masa saya di Gaza, saya sendiri hidang coke, tapi itu minuman orang Palestin dapat beli dari Israel. Kalau orang bagi, kita boleh cakap kita tak minum coke kerana boycott, tapi tak salah kalau kita minum pasal kita tak membelinya, untuk menjaga hati tuan rumah. Ada sedikit perkongsian dari sahabat usrah saya helmee yusof, Pemboikotan ikut KEMAMPUAN. Jika ia KEPERLUAN, try cari ALTERNATIF. Allah takkan beban sesuatu melainkan dalam kemampuan hambaNya. Boikot kerana FAHAM dan TAHU, bukan kerana EMOSI. InsyaAllah pemboikotan jadi IBADAH bukan tempat luahan marah.”
Umat Islam menjadi lemah adalah disebabkan sifat ingin tahu mereka terlalu rendah. Malah, untuk mencari ilmu pengetahuan pun kita begitu malas. Umat Islam, khususnya di Malaysia - lebih gemar mendengar khabar angin daripada menyelidik untuk mencari kebenaran. Lantaran itu, apabila kejahilan yang kita ikuti pasti akan mendekatkan diri kita ke gaung kehancuran.
Apa perlunya boikot membuat demosntrasi depan restoran segera sehingga sanggup merosakkan kedai tersebut??? Ada yang saya lihat membawa makanan masuk ke dalam MCD, makan secara beramai-ramai sehingga berselerak dan ada juga yang teruk, sanggup meludah kepada pekerja MCD tersebut. Apa perlunya??? Saya malu dengan tindakan tersebut. Islam tidak mengajar kita biadap sesama saudara kita. Apa hak kita untuk menuduh pekerja MCD membantu negara Israel? Eh..Israel ada negara ke? Apa hak kita untuk menyatakan pekerja MCD ni membunuh rakyat Palestin? Bukan tugas kita untuk me”neraka”kan orang mahupun men”syurga”kan orang lain.
Saya diam sejak dua menjak ini. Memerhatikan umum di Facebook meroyan sana sini. Saya memerhatikan kalangan manusia yang memperjuangkan bantahan - boikot ni. Untuk pengetahuan kalian, nak boikot bukan sahaja MCD, tapi Starbucks, Coke dan macam-macam lagi. Yang peliknya, ada juga yang menyertai kempen boikot beramai-ramai, tapi di tangan ada yang hisap rokok pelbagai jenama??? Itu macam mana?? Nak cakap rokok ni lain konsep laa kan?? Tolong laa.. Kalau nak boikot, boikotlah semua. Bukan sahaja MCD.
Boikot berkait rapat dengan jihad kita untuk menolong saudara Islam kita di Palestin. Tapi tahukah kalian, sebaik-baik jihad adalah memerangi hawa nafsu sendiri. Kalau kita boikot sana sini, tapi nafsu kita tak perangi macam mana??? Buat kene gelak je oleh Zionist.
Kenapa Israel memilih Gaza??
Dalam hati rakyat Palestin penuh iman dan takwa. Allah telah memilih mereka untuk berjuang. Hati mereka tidak gentar dengan peperangan kerna yang dicari oleh mereka adalah syahid.Kita pun tahu sejarahnya. Mereka cuba untuk merampas Masjid al-Aqsa. Sebenarnya Yahudi Zionis sudah lama mengidam untuk merampas Al-Aqsa dan Baitul Muqaddis. Bagi Yahudi Zionis, ini bukan isu penempatan, atau geografi, atau isu ekonomi. Ini adalah isu agama. Mereka mempercayai dan berkeyakinan bahawa ada 'utusan', 'penyelamat', 'messiah', 'saviour' yang akan turun untuk menyelamatkan mereka.
Berhati-hatilah di kala menyebut Yahudi atau Israel.
Apa itu Israel?
Israel adalah nama gelaran kepada nabi Allah Ya’qub A.S. Ada yang menyatakan maksud Israel itu sebenarnya ialah kekasih Tuhan. Perkataan Israel juga banyak kali digunakan di dalam al-Quran dengan istilah Bani Israel, dengan merujuk kepada bangsa Israel atau anak-anak dan pengikut Ya’qub yang beriman dan juga yang kufur dengan ajaran Allah. Justeru, ramai berpendapat yang perkataan Israel itu lebih merujuk kepada bangsa mereka secara umum tanpa kaitan dengan agama yang mereka anuti.Ada juga yang berpendapat bangsa Yahudi sekarang di Palestin tidak layak menggunakan perkataan Israel sebagai nama negara haram mereka, kerana Israel itu adalah nama nabi, pemimpin orang yang beriman. Ada juga pendapat lain yang menyatakan perkataan Israel itu bermaksud ‘kamu mengalahkan Tuhan’, dengan merujuk kepada kisah mengarut mereka apabila Ya’qub mengalahkan Tuhan bernama Yahwu di dalam satu sengketa.
Apa itu Yahudi?
Ada beberapa pendapat mengenai istilah Yahudi ini. Ada yang menyatakan ianya merujuk kepada anak keempat nabi Ya’qub yang bernama Yahuza. Raja Nebuchadnezzar II adalah pemimpin kerajaan Babylon yang mengalahkan kuasa bangsa Yahudi ini yang ketika itu dikenali dengan nama Kerajaan Yahuza.Ada yang berpendapat Yahudi itu merujuk kepada pengikut nabi Allah Musa. Bagi yang percaya dengan kitab Taurat dan Zabur, serta Kitab Talmud yang dikarang-karut oleh Hakham (pendita) mereka, mereka dipanggil Yahudi. Semua yang lahir daripada ibu atau bapa berbangsa Yahudi, dianggap Yahudi oleh mereka.
Pendapat lain menyatakan yang Yahudi itu merujuk kepada keluarga Hud, yang merupakan pecahan daripada keturunan Ibrahim. Sebahagian keturunan Ibrahim percaya dengan seruan Musa yang akhirnya mereka ini menganggap ianya sebagai agama baru. Ibrahim mempunyai keturunan yang ramai, daripada anaknya Ismail lahirnya keturunan Arab dan nabi Muhammad, sementara daripada anaknya Ishaq lahirnya bangsa Yahudi ini.
Banyak kajian mendapati yang perkataan Yahudi ini banyak merujuk kepada bangsa mereka yang percaya dengan agama mereka yang telah diseleweng. Ini bermakna, Yahudi lebih merujuk kepada pengikut agama, dan bukannya sinonim dengan bangsa.
Sebahagian ulamak menyatakan yang di dalam al-Quran, apabila Allah ingin menceritakan kisah jahat bangsa Yahudi ini, Allah banyak menggelar mereka dengan perkataan Yahudi. Dan apabila Allah ingin menceritakan mengenai kisah bangsa ini yang beriman dengan Tuhan mereka, maka Allah akan gunakan perkataan Bani Israel.
Jangalah nak mencela serta memaki yang Israel mahupun Yahudi. Yang jahat adalah Zionist.
Zionisme adalah berasal daripada perkataan Bukit Zion, merujuk kepada tapak paling suci di dalam agama Yahudi. Mereka percaya di Bukit Zion itulah tapak sebenarnya Temple of Solomon (Haikal/Kuil Sulaiman). Tapak itu sekarang ialah betul-betul di Dome of The Rock (Qubbah al-Sakhrah) yang merupakan sebahagian daripada Masjid al-Aqsa.
Zionisme adalah sebuah pergerakan kebangsaan yang ditubuhkan oleh orang berbangsa Yahudi. Ianya merupakan sebuah ideologi politik sempit berasaskan perkauman yang meletakkan sasaran merampas serta menubuhkan sebuah negara bangsa Yahudi di atas tanah milik rakyat Palestin. Ditubuhkan pada tahun 1897 di Basel, Switzerland.
Dalam persidangan pertama mereka pada tahun penubuhannya, Theodor Herzl telah dilantik sebagai pemimpin pertama pergerakan tersebut. Modus operandi utama pergerakan ini ialah membawa masuk bangsa-bangsa Yahudi dari seluruh dunia terutamanya dari Amerika dan Eropah Timur, masuk ke dalam negara Palestin. Mereka akan menggunakan apa sahaja cara, seperti merampas tanah dan juga perjanjian politik dengan kuasa penjajah, bagi membolehkan mereka menguasai seinci demi seinci tanah Palestin. Mereka berusaha untuk menzioniskan atau mengyahudikan identiti kawasan berkenaan, lalu mengubah demografi tanah suci tersebut.
Nampaknya, kejahilan dan kebodohan kita selama ini, telah menyebabkan kita tidak mahu menyelidik dan mencari kebenaran, malah lebih gemar mendengar khabar angin daripada realiti. Namun demikian, apabila kita malas untuk mencari kebenaran, maka yang kita peroleh adalah kejahilan. Dan apabila kejahilan yang kita sebarkan ia bukan sekadar membuka pintu fitnah, bahkan menunjukkan pemikiran umat Islam yang lebih mudah dipengaruhi oleh khabar angin daripada menyelidik terlebih dahulu sesuatu maklumat yang diterima.
Yahudi Mana Musuh Kita???
• Yang menjadi musuh kita, ialah bangsa Yahudi yang memusuhi kemanusiaan.
• Yang menjadi musuh kita, ialah bangsa Yahudi yang memandang hina bangsa selain Yahudi yang dipanggil Goyem oleh mereka.
• Yang menjadi musuh kita, ialah bangsa Yahudi yang merampas tanah milik orang Palestin termasuklah tanah waqaf seinci demi seinci demi cita-cita politik mereka.
• Yang menjadi musuh kita, ialah bangsa Yahudi yang menghalalkan pertumpahan darah orang awam, kanak-kanak, wanita dan orang tua yang tidak berdosa demi haloba perjuangan mereka.
Fikir sejenak dan fahamilah apa yang hendak disampaikan. Ingat, syurga atau neraka bukan tugas kita, itu tugas Allah. Tugas kita adalah menegur dan jikalau teguran itu membawa padah, maka perlulah berdoa kerana doa adalah senjata umat Islam. Jika ingin boikot, boikotlah dengan cara berilmiah bukan dengan cara beremosi.
Kredit: DilaDellila & Shafiqolbu
by Amyra javaroses
PEGAWAI TADBIR DIPLOMATIK M41
Check laman web SPA tadi, tengok punya tengok status jawatan, alhamdulillah. Untuk jawatan Pegawai Tadbor Diplomatik PTD M41, statusnya "Melepasi syarat-syarat yang ditetapkan."
Hopefully, lepas ni terus temuduga takde laa exam. Aku dah tak larat study ni. Dengan exam sahkan perkhidmatan lagi bulan 10 ni. Aku nak kawin lagi. Mak aiii, banyaknye keje.
Pape pun, aku nak share pasal post keje PTD M41 tu.
by Amyra javaroses
KESELAMATAN ICT
Amalan melindung sistem komputer dari kegagalan, ancaman, risiko dan kelemahan dari pelbagai sudut seperti kesalahan manusia atau operasi, serangan dan bencana alam yang boleh menyebabkan maklumat menjadi terdedah atau maklumat dipinda secara tidak sah, kemusnahan atau denial-of-service.
2. Apakah keselamatan sistem komputer?
Ini adalah merupakan langkah-langkah pelindungan keselamatan yang berasaskan teknologi termasuk prosedur pengurusan yang dibentuk untuk melindung aset ICT.
3. Apakah keterdedahan maklumat?
Maklumat yang di lindung atau dikawal edarannya didedahkan secara tidak sah atau hilang kawalan terhadap maklumat sensitif.
4. Apakah penyulitan maklumat?
Ianya penukaran data atau mesej kepada bentuk kod sulit yang hanya boleh dibaca atau difahami oleh penerima maklumat / mesej tersebut.
5. Apakah itu nyah sulit maklumat?
Pemulihan data yang telah dikodkan kepada bentuk asal.
6. Apakah itu hacker?
Seorang yang cuba memecah masuk ke dalam sistem komputer (sama ada berjaya atau gagal) yang ianya tidak diberi kuasa untuk mengakses sistem tersebut.
7. Apakah insiden keselamatan ICT?
Ini bermaksud musibah yang berlaku ke atas sistem ICT atau ancaman kemungkinan berlaku kejadian tersebut. Ia juga boleh merupakan sesuatu perbuatan yang melanggar dasar keselamatan ICT sama ada yang ditetapkan secara tersurat atau tersirat.
8. Apakah itu Masquerade?
Sejenis ancaman keselamatan yang berpunca bila seorang pengguna atau entiti menyamar sebagai seorang pengguna atau entiti yang sah.
9. Apakah itu kata laluan?
Serangkai perkataan atau ayat yang digunakan untuk mengesahkan pengguna atau sumber ICT.
10. Apakah itu audit keselamatan ICT?
Merupakan pemeriksaan ke atas prosedur serta langkah keselamatan ICT untuk menilai kepatuhan dan kesempurnaan terhadap dasar keselamatan ICT.
11. Apakah itu kawalan keselamatan ICT?
Merupakan teknik dan kaedah bagi memastikan hanya pengguna yang sah dan telah diberi kuasa dapat mengakses sistem maklumat dan aset ICT.
12. Apakah itu maklumat sensitif?
Ini adalah maklumat yang telah ditakrif sebagai perlu diberi pelindungan atau maklumat yang dikawal edarannya.
13. Apakah itu malicious code?
Malicious Code adalah kod program yang dicipta khusus untuk mengakibatkan kerosakan, kemusnahan atau kesukaran kepada perjalanan lancar sistem ICT. Tafsiran malicious code termasuk virus, worm, trojan horse dan logic bomb.
14. Apakah itu virus?
Virus adalah perisian yang boleh memusnahkan kandungan cakra serta memadamkan fail dan program dalam memori. Ciri utama virus adalah ia boleh mewujudkan replika baru dan ?menjangkiti? program-program lain dengan menyangkutkan dirinya kepada program-program tersebut. Virus disebarkan melalui perkongsian program, e-mel, dokumen dan media yang ?tercemar?.
15. Apakah itu Trojan Horse?
Merupakan sebahagian daripada program komputer yang mempunyai fungsi yang biasanya boleh digunakan, tetapi kod Trojan Horse mempunyai fungsi yang tersorok. Apabila aktif, fungsi tersebut melakukan aktiviti terlarang. Trojan Horse biasanya disebarkan melalui lampiran kepada e-mel dan muat turun melalui internet.
by Amyra javaroses
AN IDEAL TEACHERS
TIPS MENGHADAPI TEMUDUGA
NOT
HELPFOOL TIPS
1. Bercakap benda yang takde kaitan dengan soalan secara keterlaluan. Kalau ditanya pasal "ceritakan latar belakang diri anda", cukuplah sekadar nama, asal dari mana, belajar apa, dulu latihan industri kat mana, apa yang belajar kat sana. Maksudnya skang ni, cerita pasal latar belakang yang kene mengene dengan jawatan yang mohon tu. Tak payah laaa cakap benda-benda tak relevan macam status, hobi dan sort of that sebab penemuduga ada resume korang. Die dah tahu status korang.. Lain laaa dia tanye, maka jawablah...
2. Eye-contact sangat laa penting. Dari situ, penemuduga nampak keyakinan diri korang. Kalau penemudga lebih dari seorang, berilah tumpuan kepada semua. Kalau penemuduga tu kacak macam Adi Putra pun, layan je laaa... Rezeki Allah bagi, tengok je puas-puas...
3. Pantang penemuduga kalau bagi soalan tapi tak nak jawab. Boleh pulak divert soalan tu kepada topic lain tak pun suh penemuduga jawab pulak... Mengelak dari menjawab soalan penemuduga menyebabkan penemuduga mempersoalkan kredibiliti korang sebagai bakal penjawat awam. Haaa... Sapa yang susah????
4. Aku tahu yang mana datang temuduga ni hebat-hebat belaka. Tapi, perlu diingat, kalau kita lagi pandai... Ada orang 1000x lagi pandai dari kita. Jadilah hamba Allah yang merendah diri, tak payah laaa nak perlekehkan orang lain termasuklah penemuduga. Jikalau korang memandang rendah akan pengetahuan penemuduga, habislah... Samada penemuduga tu bagi soalan yang korang tak boleh jawab atau dia tolak markah dari sikap. Jawapan korang tu kene laaa beradab.. Tahu adab??? Ok, contohnya macam gini kalau nak jawab.. "Mengikut dari hasil kajian dan pemahaman saya, saya merasakan jawapan saya itu adalah benar disebabkan bla..bla...bla.." Kadang-kadang penemuduga saje je nak test.. Die nak tengok kritikal thinking dan emotional adjustment..
5. Lagi satu ni yang pantang sangat. Dah laaa dok kekwat dalam bilik temuduga, pehtu tanya soalan yang macam nak cabar je penemuduga mengenai soalan terlalu teknikal. Toksah laaa nak tunjuk baguih, dulu dok blaja kat uni idak laa tanye kat pensyarah... Laa ni nak tanya penemuduga.. Ish, jangan poyorkan diri sendiri.. Tak ke mana.. Be cool dan think wisely.
6. Aku ada kabel, ko ado??? Ada apa dengan kabel? Menggunakan nama orang berpangkat dengan harapan penemuduga rasa "Wow, bagus nye calon ni." Hello, jangan mimpi laaa... Ingat, korang diterima bekerja sebab kelayakan korang dan macam mana korang perform dalam interview session bukan sebab KABEL! Bab kabel ni, kalau penemuduga tanya aku ada kabel ke tidak, aku jawab selamba tak de je. Kalau ditanya pasai paaa takde.. Aku jawab, "Kabel saya tuuu diaaa... wireless.. jauh nak dapat.. kat atas langit. DIA selalu tengok saya buat koje.. Laaa ni, KABEL saya ni tengah tengok encik temuduga saya... ^__^"
SIKIT-SIKIT NAK MENGAMUK, COOL LAA BEB.. KAWAL EMOSI
Temuduga ni ada macam-macam jenis. Ada yang temuduga santai-santai je.. Ada yang stress.. Jadi, bila soalan ditanya agak mencabar.. Jawablah dengan beradab dan bijaksana. Ingat, muka korang tu jelas terpancar tak puas hati bila korang dah start gelabah... Jadi, bila dah gelabah atau dah start nak bengang, lakukan ini...
1. Senyum dan terus senyum. Istighfar banyak-banyak dalam hati...
2. Dah biasa cakap up je kan???? Maka, untuk temuduga ni, kikiskan sifat ego.
3. Ingatkan diri bahawa penemuduga sedang menguji korang. Ingat... dan sentiasa ingat!!!!!
4. Jangan gelojoh bila jawab soalan. Fikir dulu sebelum jawab, susun jawapan dalam kotak fikiran. Tarik nafas dan jawab secara tenang, jelas dan lantang.
5. Bila penemuduga tanya soalan macam kita ni dah kene reject kan, jangan laaa putus asa... Think positive. Jangan tunjuk yang korang ni dah hilang minat nak jawatan tu. Biasa laaa, kadang-kadang penemuduga ni saja je nak tengok lagak korang. Di situ, penemudga nak lihat macam mana korang memotivasikan diri korang... =)
KEMENTERIAN PENDIDIKAN MANSUH JAMINAN JAWATAN GURU
Menteri Pendidikan II, Datuk Seri Idris Jusoh berkata, langkah itu bertujuan bagi memastikan hanya yang terbaik ditawarkan ke jawatan berkenaan.
"Amalan pada masa ini membolehkan guru pelatih IPG dan IPTA dijamin pelantikan sebagai guru tanpa mengambil kira prestasi mereka.
"Jaminan pelantikan ini akan digantikan secara berperingkat dan hanya guru pelatih yang memperolehi pencapaian terbaik dan berkelayakan akan ditawarkan jawatan sebagai guru," katanya ketika berucap dalam Konvokesyen Ijazah Sarjana Muda Perguruan IPG di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) di sini hari ini.
Yang turut hadir, Timbalan Rektor IPG, Dr. Lee Boon Hua.
Dalam sidang akhbar selepas majlis itu, Idris berkata, langkah pengambilan guru itu perlu dijalankan untuk memastikan hanya mereka yang lulus dengan baik ditawarkan kerja sekali gus meningkatkan martabat guru.
"Kita mahu pilih yang terbaik selain menjadikan jawatan guru sebagai kerjaya pilihan, bukan kerana ikut suami atau sebagai pilihan terakhir.
"Pelajar-pelajar terbaik di Finland umpamanya bercita-cita mahu menjadi guru, keadaan ini menjadikan taraf pendidikan negara itu tinggi," katanya.
Beliau bagaimanapun berkata, pihaknya masih perlu meneliti banyak perkara termasuk cara pelaksanaan sistem itu selain soal masa depan guru pelatih yang tidak ditawarkan jawatan.
Dalam pada itu, Idris berkata, Kementerian Pendidikan telah memulakan langkah untuk memastikan calon yang cemerlang memilih profesion perguruan sebagai kerjaya mereka.
"Dalam Gelombang Pertama Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia, kerajaan akan melancarkan kempen profil tinggi untuk meningkatkan kesedaran tentang perguruan sebagai kerjaya yang berprestij.
"Kerajaan akan melancar tawaran baharu yang menyeluruh kepada semua guru bagi menjadikan profesion perguruan lebih menarik dan meningkatkan profil dan profesionalisme kerjaya ini," katanya.
Sumber: UTUSAN (28/05/2013)
Sabda
Rasulullah S.A.W juga pernah bersabda maksudnya “Didiklah anak-anakmu dengan 3 perkara iaitu mencintai nabinya, mencintai ahli bait (keluarga)nya dan bacaan al-Quran, kerana ahli al-Quran itu mendapat naungan Allah pada hari yang tiada naungan melainkan naunganNya bersama-sama para Nabi”.
Berperang untuk melawan sikap malas, bersemangat untuk belajar, pasti akan dialami. Ini bukan saat untuk terlelap, terbuai dalam mimpi tak berujung. Tiada istilah lelah dan penat, untuk menjadi sang pejuang.
MORE ABOUT AUTHORS
Hi! This is Amyra, admin of concretejavaroses.blogspot.com and many more. A small blogger and started blogging as a hobby. Previously, I worked as a tutor and teacher, and of course currently, I worked as Kuli at Government Sector. I am running a number of Blog/Sites from my living room. Do contact me if u olls have any problems with ur sites. gtg. Catch ya later. =)