Recent Post

the authors


Name : Amirah binti Abdul Rashid


Origin Hometown : Ipoh

Field: Computer Engineering


Full-time : IT Assistant


Part-time : Tutor, Web Designer & Writer


Expertise : Web Development, Graphic and Multimedia Designer

Went through

Daisypath Anniversary tickers

I HEART YOU

Word world

Being deeply loved by someone gives u strength, while loving someone deeply gives u courage. yes..i mean u...

Galleries

MY QUOTES

People think that the most painful thing in life is losing the one value, the truth is, the most painful thing is losing yourself in the process of valuing someone too much and forgetting that you are special too...

SHOUT OUT

>>Chat<<


by Amyra Javaroses

Contact Me

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.

Cinta padaNya

Sekiranya kita cinta kepada manusia, tidak semestinya manusia akan cintakan kita. Tetapi sekiranya kita cintakan Allah nescaya cinta Allah tiada penghujungnya. Sekiranya kita cinta kepada manusia, kita akan cemburu kepada orang yang mencintai orang yang kita cintai. Tetapi sekiranya kita cinta kepada Allah, kita akan turut mencintai orang yang melabuhkan cintanya kepada Allah juga.

Find Me

Compatible with


Contact me at

    amyramia87@gmail.com


  +6019XXXXXX

Follow me at



09 January 2013

TEMUDUGA PPTM PART 1


Al kisahnya, aku dapat temuduga SPA bagi jawatan Penolong Pegawai Teknologi Maklumat setelah LULUS peperiksaan untuk jawatan ini. Alhamdulillah dan rasa seronok tak terkata. Inilah hasilnya doa bonda ketika beliau menunaikan haji di Mekah tahun lalu. Apa pun aku bersyukur dengan apa yang Dia kurniakan.


Nak jadi citer, persiapan yang aku lakukan adalah dalam masa sebulan. Sampai mak, abang dan kakak aku cakap yang aku ni macam nak jawab exam untuk Degree je. Ni bukan sebab pe, aku mengharap sangat untuk jawatan ni. Memang aku nak jawatan PPTM ni. So, aku berpegang pada satu prinsip iaitu “Apa yang kita usaha, itu yang Allah akan bagi.”

Dari soalan pengetahuan am, soalan bab komputer meliputi soalan teknikal aku study… pening weeeiii… Dah ler tu, soalan perangkap dan macam-macam soalan lagi aku kaji. Pendek kata, apa yang penemuduga nak pun aku kaji…

Tapi, ada satu masalah… Adakah aku nak berterus-terang yang aku ada Sarjana Muda atau tak? Disebabkan jawatan ni menggunakan Diploma. Aku pun buatlah kajian. Tanya laaa orang terpenting dalam carta organisasi PPTM di seluruh Malaysia ni, sembang dengan geng-geng kerajaan ni dan baca kat forum. Rata-rata sume jawab,

“JANGAN BAGI TAHU KAMU NI ADA DEGREE (SARJANA MUDA)…NANTI CONFIRM PENEMUDUGA REJECT.” 

Alahaaaaiiiii… macam mana ni…

Jadi, aku pun tanya laaa pada bonda… Jawab bonda, buat apa nak menipu…. Berterus-terang aje laaahhh… Rezeki tu Allah yang bagi, bukannya penemuduga… Kalau dah tak dapat, redha… Sebab Allah nak bagi yang terbaik lagi… T__T

Selain dari persiapan untuk temuduga, aku juga ada laaa buat persiapan dari segi kerohanian. Minta pada Allah permudahkan semuanya… Tapi, apa pun…. Aku tak nak letak sijil Degree aku… Letak Diploma je… Tunggu penemuduga tanya baru aku jawab… =)

Masuk hari nak temuduga, aku tak tido satu hari. Punya laaa berdebar rasanya…. Takut pun ade.. Persiapan terakhir jangan cakap laaa.. Suma udah aku buat…

Tiba je dekat bangunan SPA, aku pun masuk…

Eh, dah pukul 7.30 pagi ni.. Kata pukul 8.00 pagi, kenapa takda calon yang lain?… Aku silap bangunan ke??? Aku silap tarikh ke?

Hanya ada dua orang calon ketika itu termasuk aku…Waktu tu pukul 7.35 pagi..

Tiba-tiba, ada seorang lelaki masuk.

Hatiku berkata,

Kacaknya….

Aku pun senyum kat lelaki tu tapi nak kata die balas senyuman aku pun tak, nak kata blur-blur pun ye…

Lalu, pihak di kaunter SPA tu menegur lelaki yang aku senyum tadi…

“Encik Z, hari ni menemuduga lagi ke?”

“Yup… Hari ni hari terakhir… Bilik mana ye???”

“Bilik nombor 2.”

Dari aku tersenyum, terus jadi tersengih….

Mampuuuiiiihhh…. Belum lagi temuduga, dah buat hal laaa aku ni…

Takpe, takpe… Be positive…

>>>> Bersambung lagi...

by Amyra javaroses

Sabda

Rasulullah S.A.W juga pernah bersabda maksudnya “Didiklah anak-anakmu dengan 3 perkara iaitu mencintai nabinya, mencintai ahli bait (keluarga)nya dan bacaan al-Quran, kerana ahli al-Quran itu mendapat naungan Allah pada hari yang tiada naungan melainkan naunganNya bersama-sama para Nabi”.

Berperang untuk melawan sikap malas, bersemangat untuk belajar, pasti akan dialami. Ini bukan saat untuk terlelap, terbuai dalam mimpi tak berujung. Tiada istilah lelah dan penat, untuk menjadi sang pejuang.

MORE ABOUT AUTHORS


Hi! This is Amyra, admin of concretejavaroses.blogspot.com and many more. A small blogger and started blogging as a hobby. Previously, I worked as a tutor and teacher, and of course currently, I worked as Kuli at Government Sector. I am running a number of Blog/Sites from my living room. Do contact me if u olls have any problems with ur sites. gtg. Catch ya later. =)