Recent Post

the authors


Name : Amirah binti Abdul Rashid


Origin Hometown : Ipoh

Field: Computer Engineering


Full-time : IT Assistant


Part-time : Tutor, Web Designer & Writer


Expertise : Web Development, Graphic and Multimedia Designer

Went through

Daisypath Anniversary tickers

I HEART YOU

Word world

Being deeply loved by someone gives u strength, while loving someone deeply gives u courage. yes..i mean u...

Galleries

MY QUOTES

People think that the most painful thing in life is losing the one value, the truth is, the most painful thing is losing yourself in the process of valuing someone too much and forgetting that you are special too...

Labels

SHOUT OUT

>>Chat<<


by Amyra Javaroses

Contact Me

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.

Cinta padaNya

Sekiranya kita cinta kepada manusia, tidak semestinya manusia akan cintakan kita. Tetapi sekiranya kita cintakan Allah nescaya cinta Allah tiada penghujungnya. Sekiranya kita cinta kepada manusia, kita akan cemburu kepada orang yang mencintai orang yang kita cintai. Tetapi sekiranya kita cinta kepada Allah, kita akan turut mencintai orang yang melabuhkan cintanya kepada Allah juga.

Find Me

Compatible with


Contact me at

    amyramia87@gmail.com


  +6019XXXXXX

Follow me at



Showing posts with label Semasa. Show all posts
Showing posts with label Semasa. Show all posts
14 August 2014

KURSUS DI SPRM


Last minit nama naik untuk ke SPRM. Bukan untuk dibicara apa-apa kes tapi aku kene pergi kursus. Adoyai, ni den lomah ni. Kursus ape lagik….

Tu laaa, aku kene attend Bengkel Pembangunan Individu dan Organisasi Berintegriti yang dianjurkan oleh Jabatan Perkhidmatan Awam dari 12 hingga 14 Ogos di SPRM.

Modul yang terlibat adalah seperti berikut:

  1. Pengurusan Integriti dalam Sektor Awam dari Institut Integriti Malaysia (IIM)
  2. Pengenalan Rasuah, penyelewengan dan salah guna kuasa dalam perkhidmatan awam dari Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM)
  3. Langkah-langkah pencegahan rasuah, penyelewengan dan salah guna kuasa dalam perkhidmatan awam dari Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM)
  4. Tatatertib dari Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA)
  5. Integriti dalam perspektif Islam dari Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM)
  6. Kesalahan jenayah di kalangan penjawat awam dari Polis diRaja Malaysia (PDRM)
  7. Integriti Pengurusan Kewangan dari Institut Integriti Malaysia (IIM)

Selain itu, aku telah diberi penjelasan apa itu INTEGRITI. Selama ini apa kita tahu mengenai INTEGRITI???

Begitu banyak pendapat dan idea mengenai istilah integriti, tapi kalau nak faham senang je konsepnya.

INTEGRITI ADALAH BUAT SESUATU PERKARA DENGAN BETUL. HASIL KEPUTUSANNYA MESTILAH MEMBERI MANFAAT KEPADA PELANGGAN.

Dalam konteks integriti ini, tidak semestinya benda yang baik itu berintegriti. Maksudnya, kalau kita buat sesuatu benda itu baik tetapi tidak berintegriti maka tidak boleh.

Sebagai contohnya, menggunakan masa waktu pejabat untuk keluar menguruskan hal peribadi tanpa memberitahu kepada penyelia atau pegawai atasan terlebih dahulu. Kita sedia maklum, semua penjawat awam mempunyai masa 4 jam setiap hari bekerja kecuali hari Jumaat di mana kita diperuntukkan 3 jam pada hari tersebut untuk menguruskan hal peribadi SEKIRANYA hal tersebut tidak dapat diselesaikan di luar waktu kerja.

Akan tetapi, sekiranya kita tidak memberitahu kepada penyelia, mensia-siakan waktu diperuntukkan itu kepada hal-hal yang tidak sepatutmya atau menggunakan masa yang lebih dari sepatutnya maka ia tidaklah BERINTEGRITI.

Selain istilah integriti, terdapat juga integriti untuk individu, integriti bagi organisasi dan juga integriti dalam penjawat awam. Kita sedia maklum bahawa Mantan PM kita, Tun Abdullah bin Haji Ahmad Badawi telah menlancarkan Pelan Integriti Nasional (PIN) pada 23 April 2004 dimana di dalam agenda ke-2 beliau adalah untuk melahirkan masyarakat berintegriti.

Bagi menuju Wawasan 2020 iaitu "ultimate goal Malaysia", mantan PM kita telah menyatakan bahawa untuk mencapai ke tahap sebegitu, Malaysia seharusnya perlu menjadi negara berpendapatan tinggi yakni negara maju sejajar dengan pembangunan modal insan untuk rakyat Malaysia. Selain itu juga, 9 cabaran perlu ditangani iaitu nilai ke-4 yang menekankan moral, integriti dan nilai etika di dalam kehidupan seharian.

Umum mengetahui bahawa nilai teras dalam penjawat awam adalah benar, amanah, telus, bijaksana, bersyukur dan adil. Yaa ini semua sepatutnya. Jika kita tahu membezakan yang mana halal dan haram, maka isu rasuah dapat dibendung.

Bab rasuah pulak, ni kalau aku menulis tak balik laa aku ke Ipoh minggu ni. Sambung minggu depan ok.. Sebelum aku tamat tulis, jom cekedaut teka-teki ini.

Teka-teki Imam al-Ghazali
  1. Apa yang paling DEKAT dengan kita - MATI
  2. Apa yang paling JAUH dari kita - MASA LEPAS
  3. Apa yang paling BESAR pada kita - NAFSU
  4. Apa yang paling BERAT untuk kita - MEMEGANG AMANAH
by Amyra javaroses
03 July 2014

BONUS RAYA 2014 UNTUK KAKITANGAN AWAM


Alhamdulillah, dapat jugak kami ni merasa bonus sebagai kakitangan awam. Dari mula puasa lagi, kawan serumah sibuk bertanyakan hal mengenai bonus. Tak lupa juga ade laa SMS gurauan mengenai bonus. Hari yang ditunggu pun tiba. Semalam PM sudah mengumumkan bonus untuk raya 2014.

Datuk Seri Najib Tun Razak telah mengumumkan Bayaran Bantuan Khas Kewangan sebanyak RM500 sebagai persiapan Aidilfitri kepada penjawat awam bagi Gred 1 hingga Gred 54 demikian laporan media bertarikh 2 Julai 2014

Dalam laporan berkenaan, Perdana Menteri turut mengumumkan Bayaran Bantuan Khas Kewangan RM250 kepada 684,000 pesara kerajaan bagi menghargai jasa, bakti dan perkhidmatan mereka
Pembayaran bagi bantuan khas itu akan dibuat pada 15 Julai ini
Tak lupa juga diucapkan tahniah kepada kakitangan kerajaan Negeri Selangor kerana dapat menikmati bonus sebulan gaji. Ada pelbagai pendapat dari pihak tertentu terutamanya dari kakitangan swasta.

Apapun, positif atau negatif, semua telah ditentukan oleh Allah. Rezeki masing-masing. Tak payah nak membanding atau merungut tentang siapa yang lebih atau sipa yang kurang mahupun siapa yang lebih layak mendapat bonus.

by Amyra javaroses

Sabda

Rasulullah S.A.W juga pernah bersabda maksudnya “Didiklah anak-anakmu dengan 3 perkara iaitu mencintai nabinya, mencintai ahli bait (keluarga)nya dan bacaan al-Quran, kerana ahli al-Quran itu mendapat naungan Allah pada hari yang tiada naungan melainkan naunganNya bersama-sama para Nabi”.

Berperang untuk melawan sikap malas, bersemangat untuk belajar, pasti akan dialami. Ini bukan saat untuk terlelap, terbuai dalam mimpi tak berujung. Tiada istilah lelah dan penat, untuk menjadi sang pejuang.

MORE ABOUT AUTHORS


Hi! This is Amyra, admin of concretejavaroses.blogspot.com and many more. A small blogger and started blogging as a hobby. Previously, I worked as a tutor and teacher, and of course currently, I worked as Kuli at Government Sector. I am running a number of Blog/Sites from my living room. Do contact me if u olls have any problems with ur sites. gtg. Catch ya later. =)