Recent Post
the authors
I HEART YOU
Word world
Being deeply loved by someone gives u strength, while loving someone deeply gives u courage. yes..i mean u...
MY QUOTES
People think that the most painful thing in life is losing the one value, the truth is, the most painful thing is losing yourself in the process of valuing someone too much and forgetting that you are special too...
Amyra Top Posts
Archives
-
►
2016
(1)
- ► March 2016 (1)
-
►
2015
(5)
- ► March 2015 (1)
- ► January 2015 (1)
-
▼
2014
(67)
- ► October 2014 (11)
- ► September 2014 (2)
- ▼ August 2014 (5)
- ► April 2014 (7)
- ► March 2014 (2)
- ► February 2014 (6)
- ► January 2014 (7)
-
►
2013
(82)
- ► December 2013 (5)
- ► November 2013 (13)
- ► October 2013 (8)
- ► September 2013 (3)
- ► August 2013 (6)
- ► April 2013 (3)
- ► March 2013 (5)
- ► February 2013 (6)
- ► January 2013 (5)
-
►
2012
(7)
- ► December 2012 (2)
- ► November 2012 (2)
- ► October 2012 (2)
- ► September 2012 (1)
Labels
SHOUT OUT
>>Chat<<
by Amyra Javaroses
Contact Me
Cinta padaNya
Sekiranya kita cinta kepada manusia, tidak semestinya manusia akan cintakan kita. Tetapi sekiranya kita cintakan Allah nescaya cinta Allah tiada penghujungnya. Sekiranya kita cinta kepada manusia, kita akan cemburu kepada orang yang mencintai orang yang kita cintai. Tetapi sekiranya kita cinta kepada Allah, kita akan turut mencintai orang yang melabuhkan cintanya kepada Allah juga.
KURSUS DI SPRM
Last minit nama naik untuk ke SPRM. Bukan untuk dibicara apa-apa kes tapi aku kene pergi kursus. Adoyai, ni den lomah ni. Kursus ape lagik….
Tu laaa, aku kene attend Bengkel Pembangunan Individu dan Organisasi Berintegriti yang dianjurkan oleh Jabatan Perkhidmatan Awam dari 12 hingga 14 Ogos di SPRM.
Modul yang terlibat adalah seperti berikut:
- Pengurusan Integriti dalam Sektor Awam dari Institut Integriti Malaysia (IIM)
- Pengenalan Rasuah, penyelewengan dan salah guna kuasa dalam perkhidmatan awam dari Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM)
- Langkah-langkah pencegahan rasuah, penyelewengan dan salah guna kuasa dalam perkhidmatan awam dari Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM)
- Tatatertib dari Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA)
- Integriti dalam perspektif Islam dari Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM)
- Kesalahan jenayah di kalangan penjawat awam dari Polis diRaja Malaysia (PDRM)
- Integriti Pengurusan Kewangan dari Institut Integriti Malaysia (IIM)
Selain itu, aku telah diberi penjelasan apa itu INTEGRITI. Selama ini apa kita tahu mengenai INTEGRITI???
Begitu banyak pendapat dan idea mengenai istilah integriti, tapi kalau nak faham senang je konsepnya.
INTEGRITI ADALAH BUAT SESUATU PERKARA DENGAN BETUL. HASIL KEPUTUSANNYA MESTILAH MEMBERI MANFAAT KEPADA PELANGGAN.
Dalam konteks integriti ini, tidak semestinya benda yang baik itu berintegriti. Maksudnya, kalau kita buat sesuatu benda itu baik tetapi tidak berintegriti maka tidak boleh.
Sebagai contohnya, menggunakan masa waktu pejabat untuk keluar menguruskan hal peribadi tanpa memberitahu kepada penyelia atau pegawai atasan terlebih dahulu. Kita sedia maklum, semua penjawat awam mempunyai masa 4 jam setiap hari bekerja kecuali hari Jumaat di mana kita diperuntukkan 3 jam pada hari tersebut untuk menguruskan hal peribadi SEKIRANYA hal tersebut tidak dapat diselesaikan di luar waktu kerja.
Akan tetapi, sekiranya kita tidak memberitahu kepada penyelia, mensia-siakan waktu diperuntukkan itu kepada hal-hal yang tidak sepatutmya atau menggunakan masa yang lebih dari sepatutnya maka ia tidaklah BERINTEGRITI.
Selain istilah integriti, terdapat juga integriti untuk individu, integriti bagi organisasi dan juga integriti dalam penjawat awam. Kita sedia maklum bahawa Mantan PM kita, Tun Abdullah bin Haji Ahmad Badawi telah menlancarkan Pelan Integriti Nasional (PIN) pada 23 April 2004 dimana di dalam agenda ke-2 beliau adalah untuk melahirkan masyarakat berintegriti.
Bagi menuju Wawasan 2020 iaitu "ultimate goal Malaysia", mantan PM kita telah menyatakan bahawa untuk mencapai ke tahap sebegitu, Malaysia seharusnya perlu menjadi negara berpendapatan tinggi yakni negara maju sejajar dengan pembangunan modal insan untuk rakyat Malaysia. Selain itu juga, 9 cabaran perlu ditangani iaitu nilai ke-4 yang menekankan moral, integriti dan nilai etika di dalam kehidupan seharian.
Umum mengetahui bahawa nilai teras dalam penjawat awam adalah benar, amanah, telus, bijaksana, bersyukur dan adil. Yaa ini semua sepatutnya. Jika kita tahu membezakan yang mana halal dan haram, maka isu rasuah dapat dibendung.
Bab rasuah pulak, ni kalau aku menulis tak balik laa aku ke Ipoh minggu ni. Sambung minggu depan ok.. Sebelum aku tamat tulis, jom cekedaut teka-teki ini.
Teka-teki Imam al-Ghazali
- Apa yang paling DEKAT dengan kita - MATI
- Apa yang paling JAUH dari kita - MASA LEPAS
- Apa yang paling BESAR pada kita - NAFSU
- Apa yang paling BERAT untuk kita - MEMEGANG AMANAH
Sabda
Rasulullah S.A.W juga pernah bersabda maksudnya “Didiklah anak-anakmu dengan 3 perkara iaitu mencintai nabinya, mencintai ahli bait (keluarga)nya dan bacaan al-Quran, kerana ahli al-Quran itu mendapat naungan Allah pada hari yang tiada naungan melainkan naunganNya bersama-sama para Nabi”.
Berperang untuk melawan sikap malas, bersemangat untuk belajar, pasti akan dialami. Ini bukan saat untuk terlelap, terbuai dalam mimpi tak berujung. Tiada istilah lelah dan penat, untuk menjadi sang pejuang.
MORE ABOUT AUTHORS
Hi! This is Amyra, admin of concretejavaroses.blogspot.com and many more. A small blogger and started blogging as a hobby. Previously, I worked as a tutor and teacher, and of course currently, I worked as Kuli at Government Sector. I am running a number of Blog/Sites from my living room. Do contact me if u olls have any problems with ur sites. gtg. Catch ya later. =)