Recent Post

the authors


Name : Amirah binti Abdul Rashid


Origin Hometown : Ipoh

Field: Computer Engineering


Full-time : IT Assistant


Part-time : Tutor, Web Designer & Writer


Expertise : Web Development, Graphic and Multimedia Designer

Went through

Daisypath Anniversary tickers

I HEART YOU

Word world

Being deeply loved by someone gives u strength, while loving someone deeply gives u courage. yes..i mean u...

Galleries

MY QUOTES

People think that the most painful thing in life is losing the one value, the truth is, the most painful thing is losing yourself in the process of valuing someone too much and forgetting that you are special too...

Labels

SHOUT OUT

>>Chat<<


by Amyra Javaroses

Contact Me

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.

Cinta padaNya

Sekiranya kita cinta kepada manusia, tidak semestinya manusia akan cintakan kita. Tetapi sekiranya kita cintakan Allah nescaya cinta Allah tiada penghujungnya. Sekiranya kita cinta kepada manusia, kita akan cemburu kepada orang yang mencintai orang yang kita cintai. Tetapi sekiranya kita cinta kepada Allah, kita akan turut mencintai orang yang melabuhkan cintanya kepada Allah juga.

Find Me

Compatible with


Contact me at

    amyramia87@gmail.com


  +6019XXXXXX

Follow me at



Showing posts with label Temuduga. Show all posts
Showing posts with label Temuduga. Show all posts
16 October 2014

EXAM PEGAWAI TADBIR DIPLOMATIK


Alamak!!!!!!!!!!!!! Exam lagik ke???? Adoyai, aku baru je habis exam undang-undang untuk perkhidmatan awam ni plak nak exam Pegawai Tabir Diplomatik (PTD) lagi... Pheeewwww.... Debaran bermula...

Alkisahnya bermula bila mana aku tengah tolong team multimedia untuk rakaman Persada Transformasi.Tetibe dapat satu meseg.. Argh... eja mesej pun salah kan...

Toinkkkk... Ada dua mesej... Satu mesej suruh bayar kredit celcom.. Tak habis-habis mintak duit si celcom ni, tunggu hujung bulan dapat gaji laa dey...

Dan satu lagi, ANDA DIJEMPUT MENDUDUKI PEPERIKSAAN ONLINE PEGAWAI TADBIR & DIPLOMATIK M41 PADA 1.11.2014.

Nak je aku balas padanya, TAKMAU.. SAYA TAK NAK G EXAM SEBAB PENAT BACE.. Hahaha...

Petang tu masuk opis, kasi screenshot sket...


Entah laa... rasanya nak give try, tapi... kalau try, mana tau tetibe lulus kan, mesti rasa gatal kaki nak g interview.. Dah laa sebelum ni dapat interview Penolong Pegawai Latihan Vokasional (Teknologi Maklumat), tu pun aku tak pegi sebab aku malas..

Ni pengalaman exam online untuk PTD aku tak pernah alami laa, tapi mengikut kawan cakap, kalau online konpom internet slow sebab traffic tinggi, ramai client nak akses server exam SPA ni.

Yang pakai network dalaman pun tak lepas untuk exam, ni kan network luar.. Adoyai, macam mana ni... Takpa, minta pendapat encik suami laa nanti..

Borink punya borink, scroll laa email.. Tetibe dapat tawaran ni plak...


Haaaa... Aku apply dua tahun lepas, baru nak offer untuk SL1M bagi flight apprentice program kan.. Takpa laa... Takda rezeki..

Dah memang rezeki aku berkhidmat di Jabatan Perkhidmatan Awan ni.. Berkhidmat sebagai penjawat awam untuk agama dan negara. Transformasi sana sini... Weeeekkkkkk... Banyak keje nak buat...

Ntah pe laaa aku membebel ni.. Entry punya laaa gempak tapi contentnye merapu bagai...

Hint nak exam aku pun tak tau.. Aku de simpan buku exam PTD tu.. Tak tau laa sama ke tidak...

Takpa, nanti aku dapat hint, korang cekedout laaa kat blogger aku yang rojak ni...

Nite peeps... As salam... =)

04 August 2014

PEGAWAI TADBIR DIPLOMATIK M41


Check laman web SPA tadi, tengok punya tengok status jawatan, alhamdulillah. Untuk jawatan Pegawai Tadbor Diplomatik PTD M41, statusnya "Melepasi syarat-syarat yang ditetapkan."

Hopefully, lepas ni terus temuduga takde laa exam. Aku dah tak larat study ni. Dengan exam sahkan perkhidmatan lagi bulan 10 ni. Aku nak kawin lagi. Mak aiii, banyaknye keje.

Pape pun, aku nak share pasal post keje PTD M41 tu.


by Amyra javaroses
05 July 2014

TIPS PENOLONG PEGAWAI LATIHAN VOKASIONAL (PPLV) J29


1. PENGALAMAN KERJA

Bahagian ini anda mesti menerangkan tanggungjawab dan tugas kerja yang anda lakukan sebelum ini. Fikir positif. Walaupun kerja sebelum ini tiada kene mengene dengan jawatan yang dipohon tapi anda cuba jelaskan supaya penemuduga dapat memahami akan tugas anda. Di sini, penemuduga boleh menila anda dari segi tanggungjawab serta kesungguhan dalam memikul tugas tersebut. Soalan mengenai pengalaman kerja. 

2. PROJEK UNIVERSITI

Jikalau anda adalah freshie - fresh grad serta tidak pernah bekerja, maka soalan yang diajukan adalah mengenai projek sem akhir ketika belajar. Pastikan anda memahami secara mendalam akan projek tersebut. Tetapi, terangkan kepada panel penemuduga secara ringkas dan padat. Review balik mengenai objektif projek, metodologi projek serta outcome projek tersebut. Senang cerita baca balik proposal anda.

3. TEKNIKAL

Soalan mengenai teknikal jika jawatan anda melibatkan bahagian teknikal. Sebagai contohnya soalah dalm bidang Kejuruteraan Komputer, berkemungkinan panel penemudga akan menanyakan kos untuk membaik pulih sebuat set server komputer. Mungkin panel akan membuat perbandingan samada organisasi tersebut perlu membeli sebuat set server yang baru atau membaikinya.. Jika anda pilih membaikinya, dengan cara apa??? Hardware apa yang perlu ditukar??? Contoh kalau hardisk, berapa RPM diperlukan bagi set ini?? 

^Sori beb, aku main bedal je. Ni pengalaman aku interview sebelum ini.

4. PENYELESAIAN MASALAH

Soalan critical thingking. Mungkin panel penemudga akan bertanyakan mengenai fetch and execute cycle bagi proses menghantar dan menerima data. Semua ini berkemungkinan..

5. SOALAN PENGETAHUAN AM

Melibatkan soalan isu semasa, luar negara, dasar-dasar negara, pekeliling am, dasar pentadbiran kerajaan serta sistem pemerintahan Malaysia. Juga melibatkan parlimen, ahli dewan negara/negeri, Majlis raja-raja dan lain-lain.


by Amyra javaroses
15 May 2014

TIPS INTERVIEW PPTM F29


1. Soalan Umum & Pengetahuan Am

(a) Kenapa anda ingin berkhidmat di sektor awam?
(b) Nyatakan kelebihan anda?
(c) Sumbangan anda di dalam sesuatu organisasi?
(d) Apa itu KPI?
(e) Apa itu NKRA?
(f) Menteri manakah yang terlibat untuk NKRA?
(g) Apakah kekurangan diri awak?
(h) Isu semasa berkaitan ICT – Transformasi dari MAMPU, GCERT, Malaysian Computer Emergency Response Team (MyCert)
(i) Dasar-dasar ICT dlm perkhidmatan Awam
(j) Sistem pentadbiran negara – badan eksekutif, legislative, undang2, dewan negara, negeri, siapa speaker, senator, brp orang dewan negara, berapa orang senator, siapa KSN, siapa KPPA, Agong, Majlis Raja2, parlimen, kabinet 2013
(k) Keterangan mengenai pekerjaan anda sekarang (jika bekerja), tentang majikan dan tugas-tugas yang perlu anda lakukan. Anda juga perlu nyatakan sebab-sebab anda memohon jawatan sebagai PPTM.
(l) Nyatakan mengenai institusi Yang Dipertuan Agong, tarikh lantikan, pertabalan, sistem giliran dan tarikh kelahiran Agong.

2. Soalan Khusus & Teknikal

(a) Apa itu pangkalan data?
(b) Sila senaraikan pangkalan data yang awak tahu?
(c) Apa itu SQL? Bahasa perintah untuk SQL?
(d) Contoh arahan untuk display data?
(e) Apa itu OSI?
(f) Senaraikan OSI layer mengikut turutan?
(g) Apa yang anda faham dengan UPS?
(h) Nyatakan voltan input dan voltan output untuk komputer?
(i) Keselamatan ICT, Terminologi (Malware, Phishing, Hack, Virus, Trojan, Worm dll)
(j) SQL – Apa itu SQL, arahan perintah SQL, macam mana nk display, delete, edit data
(k) Network – kabel2 network, OSI layer, topologi network
(l) Jenis rangkaian – PAN, LAN, MAN, WAN
(m) Apa itu search engine(jenis2 – metacrawler ke?? dan kegunaannya), browser
(n) Open Source – kebaikan dan keburukan, jenis2
(o) Firewall, daripada segi kegunaan, jenis dan jenama yang digunakan.

by Amyra javaroses
12 May 2014

MENGINGATI SETAHUN YANG LEPAS


Kalau diingatkan balik setahun yang lepas, aku sibok prepare untuk interview PPTM ni. Bila skang ni aku tengok, ramai rakan seperjuangan aku menerima jemputan temuduga tersebut. Tak lupa juga, ada rakan blogger bernasik baik seperti mereka. Alhamdulillah korang. Ada rezeki, adalah dapat kerja korang...

Nak jadi cerita, aku teringat laa macam mana preparation temuduga aku. Jenuh aku baca. Aku ada cerita pasal sesi temuduga aku kat blog ni jugak.. Kalau korang nak baca, ada kat bawah ni...

TEMUDUGA PPTM PART 1

TEMUDUGA PPTM PART 2

TEMUDUGA PPTM PART 3
OK.. Setakat tu citer aku pasal temuduga aku. Skang ni tips ketika temuduga. Cara jawab tu penting. Cara korang jawab tu kene berhikmah, maksudnya fikir dulu sebelum nak cakap. Jangan main terjah je.

Sebagai contohnya, kalau penemuduga tanya, "Apakah hobi awak???". Lalu dijawabnya oleh korang, "Owh, hobi ek encik... Erm, saya ni suka baca novel. Novel cerita cinta tu encik. Lagi, saya suka tolong mak saya memasak. Tapi hobi yang saya paling suka adalah blogger encik. Banyak ilmu saya boleh dapat".

Korang rasa kalau jawab macam tu kan, apa pandangan penemuduga tersebut???? Apa penilaian korang pulak jadi penemuduga, sesi temuduga tu adalah rasmi tapi calon yang datang jawab bahasa pasar (tak rasmi), lepas tu cara cakap tak nampak profesional.

Kesalahan lain adalah, korang cakap suka baca novel. Semestinya penemuduga tanya novel apa yang korang baca. Tak payah citer pasal novel cinta. Kalau korang berani share pasal buku-buku ilmiah yang ditulis ahli politik. Ada bran?? Aku pun kaki novel untuk karya Ramlee Awang Murshid, tapi aku tak berani ngaku weh yang hobi aku baca novel. Aku cakap hobi yang lain seperti menulis puisi dll.

Cara penyelesaian untuk cara cakap korang sepatutnya macam ni...

"Terima kasih di atas kesudian Tuan/Puan kerana sudi bertanyakan mengenai hobi saya. Apa yang saya lihat pada diri saya ini, saya menjurus kepada pembacaan dari bahan-bahan ilmiah contohnya... (make sure bila sebut nama buku tu korang tahu isi kandungan buku tersebut). Selain itu, saya gemar menolong ibu saya memasak memandangkan saya ni wanita yang perlu terlibat dalam urusan rumahtangga walaupun saya sibok berkerjaya...

Pergh, korang nampak ada hipokrit kat situ.. Rasa nak tampar muka sampai bisu kot. Hahaha...

Btw, ak nak repost skit pasal Tips menghadiri temuduga.

Link kat sini.

by Amyra javaroses
21 November 2013

INTERVIEW IT PROGRAMMER


Alhamdulillah… Berkat rezeki dariNya, aku dapat job interview untuk bidang aku juga. Akhirnya… Yaa.. Sudah setahun bidang aku tersasar dari landasan.. Tapi, tidak mengapa… Sesungguhnya menjadi pendidik ini membuka mataku luas, mengerti jiwa pendidik serta menambahkan ilmu kehidupan di dada ini.

Tambahan pula, aku tidak sejiwa dengan tempat kerjaku sekarang.. Alahai, kalau nak cerita sampai esok tak habis.. Biarlah terbuku didada.. Hanya menjadi ketahuan kami semua.

Pun begitu, aku teramatlah gugup dengan jawatan ini.. Owh, aku kene baca balik coding.. Tambah lagi dapat sektor swasta.. Aduh, menggila aku macam ni… Nak kene study balik sistem sana sini pulak.. Eceh, nak seribu daya, tak nak seribu dalih..

Haa..Nilah tempatnya..


Walau bagaimanapun, aku tetap menunggu panggilan kerja untuk sektor kerajaan.. Yelah, aku sekarang telah menjadi calon simpanan lantikan. Punyalah teruja sehingga aku menelefon pihak SPA, lalu dijawab oleh mereka “tak lama tu… nanti awak dipanggil. tunggu je laa…”

Aku harap ini rezeki perkahwinanku… Semoga Allah permudahkan segalanya.. Amin...

by Amyra javaroses
09 July 2013

INTERNATIONAL ICT SCHOOL


Aku mengeluh… Kontrak dah pun abis.. Macam bese ibarat pepatah “Bagaikan pungguk rindukan bulan”… Memang jahanam laaa kalau tunggu PPD panggil ni… Dok fikir, perlu ke aku pergi PJ nak keje kat Western Digital atau perlu ke aku pergi Kedah untuk First Solar??? Hakikatnya, aku sudah tolak offer tu… Rugi, memang rugi.. Semua orang kata aku bodoh… Tapi, bagi aku… Berada bersama bondaku, itu sudah cukup buatku rasa tenang di samping beliau... Walaupun hari-hari kene berleter, kene marah, ade je tak kene..Tapi, aku merindui leteran beliau..

Berbalik kepada keluhan aku ni… Sebenarnya aku menghadapi masalah jobless.. Again and again… Tak boleh jadik ni.. Sekolah international tu dah panggil aku interview dua kali, tapi saje je buat bodo pasainya aku still kerja di sekolah.. Then, bila dah abis kontrak, baru ler terkinja-kinja datang buat muke tak tau malu minta kerja… Hahaaaa~~~ Peduli ape aku…

So, dah set interview ari Selase petang.. Pagi tu boleh laaa kak long ni melawat kawasan.. Pergi ziarah geng-geng di sekolah.. Hoi~~Hoi.. Rindu giler kat anak murid aku.. Jumpe ler jap.. Then, pekene mee kari kat kantin sambil bergossip hal aku… Pergh, tak boleh blah… Tak abis-abis tanya aku bila nak kawin.. Sakit otak aku nak jawab.. “Ye, saya nak kawin.. Tunggu Adi Putra pinang saya..” 

~~~Mak, kalau Adi Putra pinang Mira..Sumpah tak cari lain…Hahahaaaa~~~


Dok meronda masuk bilik guru, jumpe kengkawan maka terubatlah rindu ni sket… Iyolah, kat situ paling besh kot.. Tapi, kalau nak kate pengalaman paling besh di SMK Menglembu laaa… Even kat sana totally aku yang gangster n ganazz dengan budak-budak, hakikatnya mereka itulah dalam hati aku sepenuhnya. Tidak pilih jantina dan bangsa.. Aku masih ingat geng kantoi merokok, geng kantoi buat keje tak senonoh, geng kutip duit perlindungan, itu sume dalam ingatan. Yang aku dok paling ingat, kete kene calar dan baju aku kene cekak… Pergh, nasib baik diselamatkan oleh abang guru disiplin tersayang.. Thanks Cikgu Mail… Akanku kenang jasamu melindungi aku setiap masa… Memerhatikan tingkah laku budak-budak tu melayan aku.. Thanks bro…

Ok, stop laaa citer pasai sekolah tu.. Bikin gue sedih aje… Ok, so kuar dari sekolah tu kul 1.30 pm.. Eh, interview kul 2.00 pm.. Camne ni??? So, bawak ler kete cam orang gilak nak pergi Ipoh Garden South.. Sekali tepon berbunyi…

Re2 admin : Hello, may I speak to Miss Amira please?

Aku : Yup, speaking..

Re2 admin : Regarding for your interview session, we need to delay at 5 pm because our CEO and Executive are attending meeting..

Aku : (#^%&^*U)(IJKLNKJNJGHFG), Owh… Okay.. I will see you at 5 pm. But before that, which building of  re2 Human Resource Department?

Re2 admin : Nearby Pizza Hut.

Aku : Ok..Tqvm.

Letak je tepon, kete pun pusing menuju ke Taman Meru.. Riang tak terkata hati ini.. Ingat, balik umah nak prepare interview, tido jawabnya… Arghhhh, lantak laaa… Maleh aku nak fikir.. Bedal aje laaa.. Aku bukannya nak keje kat situ pun.. Tapi itu laaahhhh… Hurm… Tido, mimpi, bangun, mandi, solat, makan dan piii interview.. Sesampainya disitu, sume nengok aku. Pasai paaa deme ni nengok aku.. Tak pernah tengok ke orang pakai baju kurung??? Isi form dan ada test.. Huuu.. Layan..

Tunggu punya tunggu.. Boss masuk… Pehtu panggil interview..


Boss : Ok, btw what is your name?

Aku : Mira, erm… My full name is Amirah binti Abdul Rashid.

Boss : So, what should I call you? Mira, Amira or Mia?

Aku : I prefer Amirah… #smile

Boss : So, please introduce about yourself…

^Mata-mata berkedip nengok aku… Adoyai… Hahahaa~~~

Aku : #smile.. As I mentioned before, my name is Amirah binti Abdul Rashid. My origin hometown is in Ipoh. Now, I live nearby Taman Meru.

Boss : Owh.. Which part Taman Meru? Is it Meru Valley or Meru Height?

Aku :
(Hokaloh… Abah engkau laaa aku nak dok Meru Valley or Meru Height). Nope, none of these were true bcus I live at Taman Meru 2B; nearby SK Jelapang. (gua orang bese-bese jew..)

Boss : Ok.. So continue..

Aku : As noted from my enclosed resume, I have an experience with a wide range of technical through internship, full / part-time employment and technical projects. I am fresh graduate from Technical University of Malaysia Melaka (UTeM), Bachelor in Electronics Engineering with a major in Computer Engineering at Faculty of Electronic and Computer Engineering with overall cumulative grade point average (CGPA) is 3.20. I have been studying at Ungku Omar Polytechnic, Diploma in Electronic Engineering with a major in Computer with overall CGPA is 3.56. Previously, I worked as a teacher at SK Dato’ Ahmad Said Tambahan, SMK Anderson and SMK Menglembu… Bla..bla..Bla..

Boss : State your strength and what can you contribute if you join this organization?

Aku :
(Haaaaaaaaaa…..Sudah… Jahanam…. Jawab je laaaa….)

Boss : Our working hours is bla..bla..bla… Then, bla..bla..bla…

#Terkebil-kebil aku dengar…

Boss : Ok, you may start on 15h July… From next Monday onwards, you will be our new staff; Junior ICT Teacher…

Aku : Waaaaaa…. I didn’t expect to get this news. I’m so terharu maaa…. Tenkiu.. Tenkiu…

#Menyengih boss aku…

Haaaahaaa… begitulah cerita aku.. Start hari Isnin, aku kene training session.. Dapat pulak Manager yang kacak, Korean style dan meteroseksual.. Sume lengkap, tapi sayang bukan taste aku… Takdak feel laaa… Huahuahua…

by Amyra javarose
04 July 2013

SURUHANJAYA PERKHIDMATAN AWAM


Ya Allah, sekiranya ada rezekiku di langit... Engkau turunkanlah... Ya Allah, sekiranya ada rezekiku di dalam Bumi, Engkau keluarkanlah... Ya Allah, sekiranya ada rezekiku jauh, Engkau dekatkanlah... Ya Allah, sekiranya aada rezekiku berdekatan, Engkau permudahkanlah dengan kekuasaanMu... Aku adalah hambaMu yang tidak berdaya... Bantulah hambaMu ini dalam mengharungi kehidupanku kelak...


F29... Menjadi calon simpanan... Haiiiihhhh...

Study laaaasssttt minute... Macam gini laaa jadinye....

Kan besh kalau dapat yang ini...

Alhamdulillah... Akan ku kejar kamu...

Ini lagi laaaa.... Berapa kali kene reject...

by Amyra javaroses
14 June 2013

TIPS MENGHADAPI TEMUDUGA


HELPFUL TIPS

NOT



HELPFOOL TIPS

Ok... Masalah jadi burung hantu... Orang nak tido, aku baru bangun tido.. Now, 12.30 am in the morning.. Kawan g nengok "man of steel"... hekleh...dah nengok man of steel diam-diam sudah laaa... ni dok posting kt stats fb... hahahaha... (jeles kunun =p).. Sakit ati gua... Tak tahu buat apa, tiba-tiba ada idea.. Why not if aku tulis mengenai tatacara temuduga disebabkan skang ni dah ramai nak g temuduga kan? Pengalaman aku interview kerajaan ada laaa dalam 5 kali.. Kalau swasta, ada juga laaa 5 kali... So, ade sikit tips.. Here I am... Bacalah....

PERKARA YANG PENEMUDUGA MENYAMPAH DENGAN KORANG
Ada benda boleh cakap, ada benda tak boleh cakap... Kalau nak gebang, nak masuk bakul lepas tu angkat bakul tu (meaning to say macam nak show off laa) make sure korang cakap tu ada point dan berasas.. Jangan nanti bakul tu tercampak masuk dalam tong sampah sudah laaa ye...

1. Bercakap benda yang takde kaitan dengan soalan secara keterlaluan. Kalau ditanya pasal "ceritakan latar belakang diri anda", cukuplah sekadar nama, asal dari mana, belajar apa, dulu latihan industri kat mana, apa yang belajar kat sana. Maksudnya skang ni, cerita pasal latar belakang yang kene mengene dengan jawatan yang mohon tu. Tak payah laaa cakap benda-benda tak relevan macam status, hobi dan sort of that sebab penemuduga ada resume korang. Die dah tahu status korang.. Lain laaa dia tanye, maka jawablah...
       
2. Eye-contact sangat laa penting. Dari situ, penemuduga nampak keyakinan diri korang. Kalau penemudga lebih dari seorang, berilah tumpuan kepada semua. Kalau penemuduga tu kacak macam Adi Putra pun, layan je laaa... Rezeki Allah bagi, tengok je puas-puas...

3. Pantang penemuduga kalau bagi soalan tapi tak nak jawab. Boleh pulak divert soalan tu kepada topic lain tak pun suh penemuduga jawab pulak... Mengelak dari menjawab soalan penemuduga menyebabkan penemuduga mempersoalkan kredibiliti korang sebagai  bakal penjawat awam. Haaa... Sapa yang susah????

4. Aku tahu yang mana datang temuduga ni hebat-hebat belaka. Tapi, perlu diingat, kalau kita lagi pandai... Ada orang 1000x lagi pandai dari kita. Jadilah hamba Allah yang merendah diri, tak payah laaa nak perlekehkan orang lain termasuklah penemuduga. Jikalau korang memandang rendah akan pengetahuan penemuduga, habislah... Samada penemuduga tu bagi soalan yang korang tak boleh jawab atau dia tolak markah dari sikap. Jawapan korang tu kene laaa beradab.. Tahu adab??? Ok, contohnya macam gini kalau nak jawab.. "Mengikut dari hasil kajian dan pemahaman saya, saya merasakan jawapan saya itu adalah benar disebabkan bla..bla...bla.." Kadang-kadang penemuduga saje je nak test.. Die nak tengok kritikal thinking dan emotional adjustment..

5. Lagi satu ni yang pantang sangat. Dah laaa dok kekwat dalam bilik temuduga, pehtu tanya soalan yang macam nak cabar je penemuduga mengenai soalan terlalu teknikal. Toksah laaa nak tunjuk baguih, dulu dok blaja kat uni idak laa tanye kat pensyarah... Laa ni nak tanya penemuduga.. Ish, jangan poyorkan diri sendiri.. Tak ke mana.. Be cool dan think wisely.

6. Aku ada kabel, ko ado??? Ada apa dengan kabel? Menggunakan nama orang berpangkat dengan harapan penemuduga rasa "Wow, bagus nye calon ni." Hello, jangan mimpi laaa... Ingat, korang diterima bekerja sebab kelayakan korang dan macam mana korang perform dalam interview session bukan sebab KABEL! Bab kabel ni, kalau penemuduga tanya aku ada kabel ke tidak, aku jawab selamba tak de je. Kalau ditanya pasai paaa takde.. Aku jawab, "Kabel saya tuuu diaaa... wireless.. jauh nak dapat.. kat atas langit. DIA selalu tengok saya buat koje.. Laaa ni, KABEL saya ni tengah tengok encik temuduga saya... ^__^"

SIKIT-SIKIT NAK MENGAMUK, COOL LAA BEB.. KAWAL EMOSI


Temuduga ni ada macam-macam jenis. Ada yang temuduga santai-santai je.. Ada yang stress.. Jadi, bila soalan ditanya agak mencabar.. Jawablah dengan beradab dan bijaksana. Ingat, muka korang tu jelas terpancar tak puas hati bila korang dah start gelabah... Jadi, bila dah gelabah atau dah start nak bengang, lakukan ini...

1. Senyum dan terus senyum. Istighfar banyak-banyak dalam hati...

2. Dah biasa cakap up je kan???? Maka, untuk temuduga ni, kikiskan sifat ego.

3. Ingatkan diri bahawa penemuduga sedang menguji korang. Ingat... dan sentiasa ingat!!!!!

4. Jangan gelojoh bila jawab soalan. Fikir dulu sebelum jawab, susun jawapan dalam kotak fikiran. Tarik nafas dan jawab secara tenang, jelas dan lantang.

5. Bila penemuduga tanya soalan macam kita ni dah kene reject kan, jangan laaa putus asa... Think positive. Jangan tunjuk yang korang ni dah hilang minat nak jawatan tu. Biasa laaa, kadang-kadang penemuduga ni saja je nak tengok lagak korang. Di situ, penemudga nak lihat macam mana korang memotivasikan diri korang... =)
 GOOLUCK

Di sini link temuduga aku.. Kalau nak tengok, tengok laa..


by Amyra javaroses
25 January 2013

TEMUDUGA PPTM PART 3


Bila aku teringat balik pasal hal temuduga, begitu terkesan dalam hati aku... Hurm, rasa terharu pun ada... Allah Maha Mendengar. Dia tunaikan apa yang aku hajatkan... Alhamdulillah...

Berbalik kepada temuduga tu, banyak kekurangan yang telah aku lakukan.. Biasa laaa... Reaksi spontan yakni responsi tanpa sedar yang dilakukan oleh kita sendiri... Bila aku ditanya soalan bertubi-tubi, hujah bela diri akanku ucapkan...

Masih teringat lagi....

Encik Z: "Puan Amirah, awak sedar tak yang kelayakan awak tidak relevan? Maksudnya, awak terlebih layak..."

Puan A memerhatikan reaksi aku..

Kedua-dua penemuduga sedang merenung aku...

Ni mulalah nak physco aku ni... Ish...malas laaa nak debat... Kang cakap aku ni over react laak... Macam mana ni... 

Ade laaaa dalam 15 saat aku mendiamkan diri... Lalu, aku pun mula membuka mulut...

"Wahai Encik Z, berkaitan dengan soalan encik sebentar tadi... Saya rasa saya memang layak dengan jawatan ini. Walaupun saya memiliki Sarjana Muda, tapi saya juga mempunyai Diploma.. Tambahan lagi, saya mempunyai Diploma yang pada  tanggapan saya amatlah layak dan sejajar dengan pihak SPA mahukan.. Kalau tidak, tiadalah saya menduduki peperiksaan tempoh hari."

"Walaupun saya mempunyai Sarjana Muda, saya rasa tidak salah untuk memohon jawatan ini. Ini kerana, apa yang saya fahami, calon hanya boleh memohon dengan tidak melebihi satu perbezaan tangga dari akademik tertinggi calon tersebut. Misalnya, saya tidak boleh memohon jawatan yang menggunakan SPM"

(Ini kes dulu...Kini, tak kisah kelayakan tertinggi mana pun boleh memohon jawatan yang menggunakan SPM)

"Mengikut kajian saya, statistik menunjukkan 18ribu orang calon memohon jawatan PPTM dan menduduki peperiksaan... Yang lulus peperiksaan adalah seramai seribu orang calon. Tak sampai 10% yang lulus. Calon yang berjaya untuk ditempatkan di Jabatan Kerajaan adalah sangat sedikit. Ternyatalah, persaingan amat sengit.. Dan.... Masalah untuk mendapatkan pekerjaan adalah satu isu PANAS bagi fresh graduates seperti saya."

"Saya rasa saya tak salah.... Dan saya sememangnya sangat layak dengan jawatan ini. Bukan terlebih layak. Namun, saya redha sekiranya saya tidak dipilih. Sebab, mungkin ada calon yang lebih memerlukan."

"Apa yang penting, sewaktu saya melangkah keluar dari bilik temuduga ini... Saya tak nak timbul di hati suatu perasaan bersalah sebab tidak memberikan 200% untuk temuduga ini."

Mereka berdua senyum... =)

Dan... off record... Perbualan tidak rasmi...

Puan A: "Awak cikgu ke?"

Aku: "Kenapa puan?"

Encik Z: "Awak banyak bercakap. Profesion PPTM tak sesuai untuk awak.. Mungkin awak ni cikgu ataupun sesuai dengan PTD.."

Aku pun menyegih jeee laaa... Yang selebihnya perbualan biasa sahaja.. Gelak ketawa seperti majikan dan pekerja..

Aku amat menyenangi mereka berdua.. Sangat cool dan baik hati...

Terima kasih Encik Z dan Puan A..
Namun.....Aku sedih dan menangis ketika memandu kenderaan pulang ke rumah.. Sesungguhnya, janji Allah itu benar.. Tidak putus-putus aku berdoa supaya Allah permudahkan segalanya.. Apa yang aku hajatkan, Dia tunaikan... Walaupun aku banyak buat dosa, Dia tetap makbulkan apa yang aku nak... Ya Allah, sesungguhnya, aku hambamu yang lemah... Aku yang berdosa, hina dan lemah tanpa petunjukmu...

by Amyra javarose
12 January 2013

TEMUDUGA PPTM PART 2


Ni laaaaa kertas yang aku study... =p


Amacam??? Nak giii temuduga ke nak jawab exam ni?

Sambung dengan temuduga....

Tunggu punya tunggu… Nombor giliran aku dipanggil… Apa lagi, melompat laaaa aku… Hahaha

Dup...dap..dup..dap...

Ikut prosedur… Ketuk pintu, bagi salam dan langkah kanan…

Ok, ada dua orang penemuduga..

Yang aku menyengih tadi dan ada satu awek ni… Elok laaa tu, sepasang…

Yang aku dok menyengih tu dari Kementerian Pertahanan dan yang lagi satu ni Jabatan Perkhidmatan Awam…

Penemuduga 1: Encik Z.
Penemuduga 2: Puan A. (Tak tahu nama sebab beliau tak pakai tag)
Ok..time tu grill….

Belum lagi dijemput duduk,  Puan A tanya….

“Ada Sarjana Muda?”

Aku pun merenung muka die… Terus menjawab tanpa ragu….......

“Ya…ada…” (T____T)

Puan A menyuruh aku duduk dan Encik Z tersenyum tengok gelagat aku…

Hanya Allah je tahu dalam hatiku ni…

Abis laaaa…Takda peluang laaaa… Kenapa aku ngaku tadi… Ish… Bodo…Bodo…

Lamunan aku tersentak oleh pertanyaan Puan A,

“Ok Amirah… Sila perkenalkan diri awak…”

Aku pun dok gebang bagai laaa…

Pong pang, Pong ping…

Dua-dua tak tengok muka aku…Tapi aku tahu, mereka tengah menilai communication skills aku..

Perggghhh… Penat mengayat…

Lalu Encik Z tanya…

“Ni nak panggil Cik ke Puan?”

“Errr…. Cik… Cik Amirah..”

Jawab beliau,

"Takpe, saya panggil Puan.."

Kah....kah....kah....kan dah kene....

Ok.. sesi temuduga pun bermula…

Soalan Umum & Pengetahuan Am… Ditanya oleh Puan A..

       (a)  Kenapa anda ingin berkhidmat di sektor awam?
       (b)  Nyatakan kelebihan anda?
       (c)  Sumbangan anda di dalam sesuatu organisasi?
       (d)  Apa itu KPI?
       (e)  Apa itu NKRA?
       (f)   Menteri manakah yang terlibat untuk NKRA?
       (g)  Apakah kekurangan diri awak?

Soalan Khusus & Teknikal… Ditanya oleh Encik Z…

       (a)  Apa itu pangkalan data?
       (b)  Sila senaraikan pangkalan data yang awak tahu?
       (c)  Apa itu SQL? Bahasa perintah untuk SQL?
       (d)  Contoh arahan untuk display data?
       (e)  Apa itu OSI?
       (f)  Senaraikan OSI layer mengikut turutan?
       (g)  Apa yang anda faham dengan UPS?
       (h)  Nyatakan voltan input dan voltan output untuk komputer?

Berpeluh juga nak jawab ye... Penat... Ok...

Nanti sambung ye lagi....

by Amyra javaroses
09 January 2013

TEMUDUGA PPTM PART 1


Al kisahnya, aku dapat temuduga SPA bagi jawatan Penolong Pegawai Teknologi Maklumat setelah LULUS peperiksaan untuk jawatan ini. Alhamdulillah dan rasa seronok tak terkata. Inilah hasilnya doa bonda ketika beliau menunaikan haji di Mekah tahun lalu. Apa pun aku bersyukur dengan apa yang Dia kurniakan.


Nak jadi citer, persiapan yang aku lakukan adalah dalam masa sebulan. Sampai mak, abang dan kakak aku cakap yang aku ni macam nak jawab exam untuk Degree je. Ni bukan sebab pe, aku mengharap sangat untuk jawatan ni. Memang aku nak jawatan PPTM ni. So, aku berpegang pada satu prinsip iaitu “Apa yang kita usaha, itu yang Allah akan bagi.”

Dari soalan pengetahuan am, soalan bab komputer meliputi soalan teknikal aku study… pening weeeiii… Dah ler tu, soalan perangkap dan macam-macam soalan lagi aku kaji. Pendek kata, apa yang penemuduga nak pun aku kaji…

Tapi, ada satu masalah… Adakah aku nak berterus-terang yang aku ada Sarjana Muda atau tak? Disebabkan jawatan ni menggunakan Diploma. Aku pun buatlah kajian. Tanya laaa orang terpenting dalam carta organisasi PPTM di seluruh Malaysia ni, sembang dengan geng-geng kerajaan ni dan baca kat forum. Rata-rata sume jawab,

“JANGAN BAGI TAHU KAMU NI ADA DEGREE (SARJANA MUDA)…NANTI CONFIRM PENEMUDUGA REJECT.” 

Alahaaaaiiiii… macam mana ni…

Jadi, aku pun tanya laaa pada bonda… Jawab bonda, buat apa nak menipu…. Berterus-terang aje laaahhh… Rezeki tu Allah yang bagi, bukannya penemuduga… Kalau dah tak dapat, redha… Sebab Allah nak bagi yang terbaik lagi… T__T

Selain dari persiapan untuk temuduga, aku juga ada laaa buat persiapan dari segi kerohanian. Minta pada Allah permudahkan semuanya… Tapi, apa pun…. Aku tak nak letak sijil Degree aku… Letak Diploma je… Tunggu penemuduga tanya baru aku jawab… =)

Masuk hari nak temuduga, aku tak tido satu hari. Punya laaa berdebar rasanya…. Takut pun ade.. Persiapan terakhir jangan cakap laaa.. Suma udah aku buat…

Tiba je dekat bangunan SPA, aku pun masuk…

Eh, dah pukul 7.30 pagi ni.. Kata pukul 8.00 pagi, kenapa takda calon yang lain?… Aku silap bangunan ke??? Aku silap tarikh ke?

Hanya ada dua orang calon ketika itu termasuk aku…Waktu tu pukul 7.35 pagi..

Tiba-tiba, ada seorang lelaki masuk.

Hatiku berkata,

Kacaknya….

Aku pun senyum kat lelaki tu tapi nak kata die balas senyuman aku pun tak, nak kata blur-blur pun ye…

Lalu, pihak di kaunter SPA tu menegur lelaki yang aku senyum tadi…

“Encik Z, hari ni menemuduga lagi ke?”

“Yup… Hari ni hari terakhir… Bilik mana ye???”

“Bilik nombor 2.”

Dari aku tersenyum, terus jadi tersengih….

Mampuuuiiiihhh…. Belum lagi temuduga, dah buat hal laaa aku ni…

Takpe, takpe… Be positive…

>>>> Bersambung lagi...

by Amyra javaroses
19 December 2012

HIMPUNAN SOALAN PPTM


Jikalau kita kaji tugas PPTM F29 ni, tugas utama penjawat F29 ialah sebagai pengaturcara.... Oleh itu, kenungkinan besar soalan akan ditanya mengenai pangkalan data dan programming. Mungkin juga akan ditanya mengenai network security... Contohnya firewall...

Contoh Soalan Umum:
1. Keterangan mengenai pekerjaan anda sekarang (jika bekerja), tentang majikan dan tugas-tugas yang perlu anda lakukan. Anda juga perlu nyatakan sebab-sebab anda memohon jawatan sebagai PPTM.
2. Anda perlu berikan pendapat anda mengenai masalah gejala sosial di Malaysia.
3. Isu semasa lain seperti kejayaan Nur Amalina mendapat keputusan SPM 17A dan calon SPM lain yang mendapat 19A yang menjadi kontroversi.
4. Anda juga perlu ceritakan mengenai sejarah kemerdekaan, tarikh, kronologi-kronologi sebelum merdeka dan pejuang-pejuang kemerdekaan yang terlibat.
5. Anda perlu nyatakan maksud kemerdekaan, tema merdeka tahun ini, dan siapa wakil 3 kaum semasa perjanjian Suruhanjaya Reid di London.
6. Peranan komunis di Tanah Melayu dan siapakah nama ketua komunis pada ketika itu.
7. Nyatakan mengenai institusi Yang Dipertuan Agong, tarikh lantikan, pertabalan, sistem giliran dan tarikh kelahiran Agong.
8. Mengenai Parlimen, Dewan Rakyat, dan Pilihanraya.
9. Isu Parlimen & Institusi Yang Dipertuan Agong


Contoh Soalan Khusus:

1. Kaitan antara jawatan anda sekarang (jika bekerja) dengan teknologi maklumat, anda perlu nyatakan pengalaman-pengalaman anda ada.
2. Jelaskan mengenai rangkaian seperti jenis-jenis topologi dan perbezaannya.
3. Jelaskan mengenai firewall, daripada segi kegunaan, jenis dan jenama yang digunakan.
4. Jelaskan mengenai open-source seperti linux.
5. Jelaskan mengenai web browser, jenis-jenis dan perbezaan antaranya.
6. Jelaskan juga mengenai search engine, jenis dan kegunaannya.
7. Nyatakan pengalaman anda membangunkan sistem, kegunaannya dan pengguna sistem tersebut.
8. Jenis Rangkaian seperti LAN dan WAN.

by Amyra javaroses

Sabda

Rasulullah S.A.W juga pernah bersabda maksudnya “Didiklah anak-anakmu dengan 3 perkara iaitu mencintai nabinya, mencintai ahli bait (keluarga)nya dan bacaan al-Quran, kerana ahli al-Quran itu mendapat naungan Allah pada hari yang tiada naungan melainkan naunganNya bersama-sama para Nabi”.

Berperang untuk melawan sikap malas, bersemangat untuk belajar, pasti akan dialami. Ini bukan saat untuk terlelap, terbuai dalam mimpi tak berujung. Tiada istilah lelah dan penat, untuk menjadi sang pejuang.

MORE ABOUT AUTHORS


Hi! This is Amyra, admin of concretejavaroses.blogspot.com and many more. A small blogger and started blogging as a hobby. Previously, I worked as a tutor and teacher, and of course currently, I worked as Kuli at Government Sector. I am running a number of Blog/Sites from my living room. Do contact me if u olls have any problems with ur sites. gtg. Catch ya later. =)