Recent Post

the authors


Name : Amirah binti Abdul Rashid


Origin Hometown : Ipoh

Field: Computer Engineering


Full-time : IT Assistant


Part-time : Tutor, Web Designer & Writer


Expertise : Web Development, Graphic and Multimedia Designer

Went through

Daisypath Anniversary tickers

I HEART YOU

Word world

Being deeply loved by someone gives u strength, while loving someone deeply gives u courage. yes..i mean u...

Galleries

MY QUOTES

People think that the most painful thing in life is losing the one value, the truth is, the most painful thing is losing yourself in the process of valuing someone too much and forgetting that you are special too...

SHOUT OUT

>>Chat<<


by Amyra Javaroses

Contact Me

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.

Cinta padaNya

Sekiranya kita cinta kepada manusia, tidak semestinya manusia akan cintakan kita. Tetapi sekiranya kita cintakan Allah nescaya cinta Allah tiada penghujungnya. Sekiranya kita cinta kepada manusia, kita akan cemburu kepada orang yang mencintai orang yang kita cintai. Tetapi sekiranya kita cinta kepada Allah, kita akan turut mencintai orang yang melabuhkan cintanya kepada Allah juga.

Find Me

Compatible with


Contact me at

    amyramia87@gmail.com


  +6019XXXXXX

Follow me at



Showing posts with label Kehidupan. Show all posts
Showing posts with label Kehidupan. Show all posts
18 April 2014

BANGUNAN-BANGUNAN UNIK DI DUNIA


Tengah dok busy siapkan projek Transformasi, so kenalah cari mengenai topik ni. Haaaaa, bila buat kajian pasal bangunan ini semua, rasa teramat canggih laaa sistem pembinaan serta idea-idea dieorang amatlah bernas. Namun, kita tidak boleh mengagumkan penciptaan manusia kerna penciptaan Dialah yang paling indah.

Jom tengok gambar-gambar bangunan ini.


48 NORTH CANAL ROAD, SINGAPORE
ALCÁCER DO SAL RESIDENCES, PORTUGAL
ANTINORY WINERY, ITALY
ARCHERY HALL & BOXING CLUB, JAPAN
BRAAMCAMP FREIRE, PORTUGAL
BURJ KHALIFA, DUBAI UAE
DANISH NATIONAL MARITIME MUSEUM, DENMARK
DESERT LOTUS HOTEL, MONGOLIA
FUEL STATION & MC DONALDS, GEORGIA
GARDENS BY THE BAY, MARINA BAY SINGAPORE
HARPA CONCERT HALL - ORCHESTRA, ICELAND
TETE IN L'AIR, FRANCE
TREE SNAKE HOUSE, PORTUGAL
WALMART SAO PAULO, BRAZIL

by Amyra javaroses
15 April 2014

AKU STREE GILAK!


Al-kisahnya, semakin hari bulan yang ditunggu akan kunjung tiba. Aku semakin resah dan gelisah dek kerana tarikh keramat tersebut. Rasa bahagian kian menjelma namun apa yang aku dapat rasai sekarang adalah STRESS!

Hahaha.. Percaya atau tak, bakal pengantin stress gilak. 

Mana tidaknya, banyak hal-hal perkahwinan aku tak siap. Nasib baik baju perkahwinan, dulang hantaran, hantaran dan bunga pahar dah siap. Cuma yang tak siap adalah tempahan katering, jurugambar, jurumekap, decoration meja makan beradab lagi dan cenderahati untuk tetamu. Tetibe teringat pulak, kad kawin tak siap... Fuyyyooooo, bulan 5 dah, kad kawin boleh tak design habis lagi. 

Dah laa tu, button badge dengan segala candies table aku tak buat lagi. Photo booth dan photo props tak siap lagi. Uwaaaaa, tension woih. Jadi, start minggu ni aku dah kene balik tiap-tiap minggu.
Mini pelamin kat rumah pun kakak aku yang hias sebab tema english-wedding garden. Barang semua dah beli kat SSF Decoration. Tu pun dapat harga member. So, ada laa diskaun sikit.

Nak ulang alik bukannya dekat tapi jauh. Penat keje tak terkira. Kejap aku jadi jurugambar, kejap jadi jururakaman video. Takpe laa aku volunteer untuk buat benda tu sebab event kat Jabatan pun dari pegi luar Jabatan memang aku “keras” sikit la. 

Pastu tak pasal-pasal kene buat montaj. Mula-mula kene kumpulkan gambar Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam (KPPA). Yalah, aktiviti beliau setiap bulan aku kenelah update kat iBoard. Bulan Mac sudah setel. Tetiba dapat reminder, kene buat bulan April. Termenung jap, sebab keje nak buat montaj barisan Menteri Kabinet 2013 pun aku tengah terkontang-kanting siapkan. Maakkk aiii, banyak gila keje. 

Ni pun, sambil blogwalking aku mencari gambar-gambar Menteri Kabinet. Siap kene check lagi nama gelaran-gelaran Menteri terlibat supaya tak salah key-in nama nanti.

Yang beshnya, dua minggu lepas jadi fasilitator (penyibok terhormat sebab aku takdak keje) untuk bengkel editing video. Dari situ aku dapat banyak belajar. 

Ya Allah, tabahkanlah aku.

Walauapapun, aku bersyukur kerana dikurniakan kakak-kakak dan abang-abang di sektor Jabatan sini yang tidak lokek berkongsi ilmu untuk aku belajar. Ya, muka tak malu ni laa bertanya sana sini takpun tengok kawan-kawan punya hasil kerja dan aku mula la bertanyakan itu dan ini.

Semestinya, housemate dan sahabat yang bagi full support.. Huhuhu...

Berbalik pada hal keje, minggu ni banyak laa keje. Aku pun tak tau macam mana tetiba banyak keje ni. Dah laa tu, minggu depan kene g Taiping, kene record event kat SUK Taiping. Apa nak buat, pegi je laa bawak diri sorang-sorang.

Ya Allah, permudahkanlah segalanya.


by Amyra javaroses
11 April 2014

KARMA ISSUE


Bismillahhirrahmannirrahim..

Assalamualaikum w.b.t.

As usual, everyday, we face a new problem in our daily life. Regarding on karma issue, there is just a minor correction; no such thing as karma in Islam. We will find karma in Hinduism. Karma in Hinduism means God. Whenever they do sinful act to the others, the Karma or God will punish them on Earth. If you do GOOD things, Karma will do good to you on Earth. If you do bad things, you’ll get your punishment on Earth.

Whenever in Islam, we believe in the existence of heaven and hell. We may get punish for our sinful act(s) on Earth and for sure after we die, Allah will punish us. That is the promises from Allah.

We also believe in the concept of "dugaan" or "cabaran". We’re able to see what happen previously in Rasullullah’s history. We can study about sirah Rasulullah. 

In the concept of "dugaan" or "cabaran", I give you one good example that can relate with this concept. We live at a place where 50% of our neighbours are bad Muslim, while the other 50% neirghbours are good Muslim. Then, something bad happen to the neighbourhood. People will say it is a musibah or so called punishment to the bad Muslim. But the musibah affects the other 50% good Muslim. So, why must Allah punish the good Muslim for the bad Muslim’s wrong doing??? 

This is we call “dugaan”.

 

The concept of karma does not fit ISLAMIC TEACHING. We have mistaken and misunderstood this concept and have long accepted, use and spread this karma concept as part of Islam. Well, it’s not and for sure it is wrong. Thus, we should stop believe in karma because we are not Hindu, we are Muslim and we are united.

by Amyra javaroses
07 April 2014

ZIKIR PENENANG HATI


Bismillahhirrahmannirrahim..

Assalamualaikum w.b.t.

Entry kali ini aku akan post mengenai zikir yang seiring diamalkan para Anbiya. Zikir ini juga memberi ketenangan di dalam jiwa seseorang di kala hati dilanda resah serta jiwa tidak tenteram. Tidak juga setakat berzikir akan tetapi perlu yakin di dalam hati. Selain itu, jika kita berasa rindu akan seseorang, lafazkan zikir ini supaya hati berasa tenang dan rindu kita kepada makhluk akan digantikan  dengan rindu kepada Sang Pencipta.

Jika kita dapat mengerti setiap ayat dalam zikir itu adalah lebih baik kerana setiap maksud di dalam zikir ini, sangat baik dan kita hanya berserah pada Allah. Sama-samalah kita mendengar dan sentiasa menjadikan zikir harian kita.

Satu dakwah yang mudah untuk mendapatkan pahala iaitu SHARE post ini. Jika ada orang baca, kita dapat pahala, ada orang berubah kerana baca post yang kita share kita dapat pahala. Jika ada org masuk islam kerana post yang kita share kita dapat pahala.

Pahala mudah di dapati tapi hati selalu berat untuk memilikinya.

Hasbi Rabbi Jallallah
Cukuplah Tuhan bagi ku Allah Maha Agung
 
Mafi Qalbi Ghairullah
Tiada di dalam hati ku kecuali Allah
 

Nur Muhammad Sallallah
Cahaya Muhammad selamat atas NYA
 
Haqqul Laillahhaillallah
Benarlah tiada Tuhan selain Allah..
 
by Amyra javaroses
13 March 2014

SUARA HATI TUN DR. MAHATHIR


Apa yang aku baca semalam menarik hati aku untuk update di blog aku. Sekadar berfikir dan terus berfikir mengenai Melayu.. Ya, aku tahu, kebanyakan kita semua sudah berkahwin campur. Dan aku juga berdarah campuran tapi masih juga ada keMelayuan. Ada juga yang semamgnya bukan Melayu, tapi dikelilingi oleh orang Melayu dan mengamalkan adat dan cara hidup Melayu. Sama-sama kita membaca luahan Tun Dr. Mahathir.

SAYA sedih. Bukanlah saya berharap kerana kesedihan saya akan menarik simpati sesiapa. Hanya saya ingin menyatakan perasaan saya- perasaan apabila melihat kaum bangsa saya, orang Melayu, begitu sekali tidak tahu bersyukur, begitu sekali mudah lupa, begitu sekali mudah dipengaruhi dan diperalat oleh orang lain sehingga sanggup memburukkan bangsa sendiri.

Bagi generasi yang dilahirkan selepas merdeka tentulah mereka tidak merasai sendiri kehinaan yang dialami oleh orang Melayu semasa mereka dijajah dahulu. Tetapi takkanlah mereka tidak baca sejarah bangsa mereka.

Jika mereka sudah lupa, jika mereka tidak dapat memahami pahit maung, pedih perit bangsa yang dijajah, izinkan saya yang biasa dengan tiga penjajahan bercerita sedikit berkenaan orang Melayu semasa dijajah.

Rata-rata mereka miskin, tidak berilmu pengetahuan, tidak memiliki apa-apa kecekapan, tidak terdaya mempertahan negeri-negeri mereka. Mereka terpaksa bertuankan orang putih Inggeris yang mereka terima sebagai Tuan mereka di negeri mereka sendiri. Mereka bukan tuan rumah. Mereka sebenarnya hamba rumah yang diduduki orang lain.

Orang putih, secara terbuka menyatakan orang Melayu adalah bodoh dan malas, tidak mampu menyumbang apa-apa kepada pembangunan negeri-negeri mereka. Mereka hanya layak jadi pemandu kereta dan orderly atau budak pejabat atau kerani. Mereka dianggap tidak berkebolehan melaksanakan apa-apa kerja yang dipertanggungjawab kepada mereka. Orang asing dari India dan Cina perlu dibawa masuk untuk mengatasi masalah Melayu malas dan tidak cekap.

Datang Jepun. Orang Melayu hilang jawatan perkeranian dan jawatan-jawatan rendah yang lain. Mereka terpaksa jadi penjual pisang di tepi jalan - kais pagi makan pagi, kais petang makan petang.

Jika tidak tunduk serendah mungkin apabila lalu di hadapan askar Jepun, mereka dipaksa tatang ketulan batu yang besar sehingga mereka pening dan jatuh. Mereka diarah panjat pohon kelapa untuk dapat buah kelapa bagi askar Jepun. Jika gagal mereka ditempeleng dan terbongkok-bongkok meminta maaf daripada askar Jepun.

Tanpa bertanya sedikitpun akan pandangan orang Melayu sebagai pemilik negeri-negeri Melayu, Jepun menghadiahkan empat buah negeri Melayu, iaitu Kedah, Perlis, Kelantan dan Terengganu kepada Siam, kerana membalas budi Siam.

Di bawah pemerintahan Siam, orang Melayu diarah supaya menghormati lagu kebangsaan Siam dan bendera Siam. Saya lihat sendiri seorang orang tua Melayu yang tidak turun basikalnya semasa lagu kebangsaan Siam dimainkan, ditendang di kepala oleh askar Siam apabila lagu berhenti dan ia jatuh terlentang di atas jalan. Saya dan beberapa Melayu lain tidak berani menolong orang tua yang telah jatuh. Kami bangsa yang dijajah dan boleh ditendang oleh sesiapa yang menjajah bangsa kami. Jangan siapa tolong.

Kemudian, British kembali dan raja-raja Melayu diugut akan diturunkan dari takhta mereka jika tidak tandatangan perjanjian Mac Michael supaya negeri-negeri Melayu diserah secara langsung kepada British. Dan raja Melayu pun tandatangan dan diturunkan pangkat kepada kadi besar negeri mereka.

Cadangan Malayan Union British bertujuan menamatkan negeri-negeri Melayu sebagai Tanah Melayu, milik orang Melayu. Ia akan jadi milik siapa sahaja yang mendapat taraf rakyat Malayan Union milik British.

Dalam keadaan orang Melayu begitu miskin, daif dan tidak berilmu pengetahuan, tidak memiliki apa-apa kecekapan, tidak mempunyai senjata, tidak tahu berniaga, sudah tentu mereka akan menjadi kuli dan hamba kepada orang lain yang lebih pintar, lebih cekap dan lebih kaya daripada mereka. Sudah tentu tidak akan ada Tanah Melayu, tanah tumpah darahnya orang Melayu. Mereka akan jadi bangsa yang tidak bernegara, tidak bertanahair. Tidak ada masa depan bagi mereka.

Alhamdulillah. Di saat itu mereka tiba-tiba sedar. Berkat beberapa kerat di antara mereka yang terpelajar yang tahu akan malapetaka yang menanti bangsa mereka, mereka ketepikan sikap kenegerian mereka dan kesetiaan kepada raja masing-masing atau kepada keturunan mereka. Mereka bersatu dan bangun menentang rancangan Malayan Union British. Perpaduan Melayu yang tumpat ini, pendirian mereka yang tidak berbelah-bahagi berkenaan penolakan Malayan Union memaksa British gugurkan rancangan mereka dan kembalikan negeri-negeri Melayu bersama Pulau Pinang dan Melaka yang dimiliki British kepada orang Melayu. Maka terselamatlah orang Melayu dan negeri mereka.

Malangnya sekembalinya sahaja Semenanjung Tanah Melayu ke tangan orang Melayu, maka bermulalah rebutan untuk nikmat yang datang dengan pemerintahan sendiri, khususnya untuk menjadi ahli dalam dewan-dewan negeri dan dewan undangan Persekutuan. Keahlian ini menjanjikan pangkat, elaun dan lain-lain kemudahan.

Untuk bekerja sebagai budak pejabat memerlukan kelulusan tertentu. Tetapi untuk menjadi Yang Berhormat, menteri, bahkan Perdana Menteri tidak memerlukan apa-apa sijil atau kelulusan.

Yang kecewa, yang tidak dapat nikmat yang dikejar lupa akan nikmat perpaduan dan mereka tinggalkan UMNO untuk tubuh kesatuan mereka sendiri. Dengan ini mereka akan dapat dicalon oleh parti mereka untuk bertanding dalam pilihan raya yang akan datang.

Kumpulan pertama yang menubuh parti serpihan terdiri daripada ulama dalam UMNO yang kecewa kerana permintaan mereka supaya 10 daripada mereka dicalonkan oleh Tunku Abdul Rahman ditolak olehnya dan hanya satu sahaja yang diberi kepada kumpulan ini.

Tetapi Tuhan Maha Kaya. Rata-rata orang Melayu terus menyokong UMNO yang mana ini memberi kemenangan kepada UMNO dan rakan-rakannya. Demikianlah besarnya sokongan ini sehingga British terpaksa serah kuasa kepada Perikatan ciptaan UMNO. Jika Parti Islam mendapat lebih daripada satu kerusi, nescaya kemerdekaan tidak tercapai pada 1957.

Tanpa merampas hak orang lain, pemerintahan yang bertunggak kepada Melayu berjaya membangunkan negara dan memberi kepada bangsa Melayu dan bumiputera lain pelajaran, latihan dan peluang yang tidak pernah dinikmati oleh mereka semasa dijajah.

Berkat semua ini maka terpulihlah maruah bangsa Melayu. Alhamdulillah.

Ramalan bahawa pemerintahan yang dipimpin Melayu ini akan merampas hak dan harta kaum lain tidak menjadi kenyataan. Sebaliknya pimpinan yang diterajui Melayu berjaya memajukan negara sehingga dikagumi dunia.

Semua ini terang dan nyata. Dunia akui kebolehan orang Melayu yang memimpin Malaysia. Tetapi mereka belum sampai ke tahap bersaing dengan kaum lain terutama dalam bidang perniagaan dan perusahaan.

Malangnya kejayaan yang sedikit ini telah menjadikan mereka bongkak dan tamak. Rebutan kuasa antara mereka terus berlaku dan rebutan yang berpunca kepada ketamakan individu tertentu menyebabkan perpecahan dan serpihan daripada parti utama mereka.

Mereka yang kecewa kerana gagal merebut tempat menghasut ahli-ahli dan pemimpin kerdil untuk menyertai mereka, untuk menjayakan hasrat sempit mereka merebut kuasa, terutama untuk menjadi Perdana Menteri. Untuk ini mereka membohong, menyalahtafsir agama, menyokong orang lain yang tidak suka melihat orang Melayu meraih walaupun sedikit kekayaan, kedudukan dan nikmat yang terdapat di negara ini.

Hasilnya ialah perpaduan Melayu diganti dengan perpecahan. Orang Melayu yang dahulu digeruni oleh British kerana kukuhnya perpaduan mereka, sekarang berpecah kepada tiga kumpulan kecil yang terpaksa mengemis untuk mendapat sokongan orang lain termasuk mereka yang menentang segala usaha untuk mengimbangkan kedudukan orang Melayu dengan kaum-kaum lain.

Sokongan orang lain ini tidak diberi secara percuma. Jika mana-mana daripada parti Melayu ini memenangi pilihan raya dan mendirikan Kerajaan, tak dapat tidak Kerajaan ini akan terpaksa mengikuti telunjuk orang lain. Melayu tidak lagi akan menjadi tunggak kepada pemerintahan negara yang mereka rela berkongsi dengan orang lain. Mereka akan jadi puak minoriti dalam pakatan yang mereka sertai. Inilah yang akan terjadi hasil perpecahan orang Melayu.

Siapakah yang membawa malapetaka ini. Tak lain tak bukan malapetaka ini dibawa oleh orang Melayu sendiri - orang Melayu yang tamak, orang Melayu yang kurang pintar, orang Melayu yang mudah dipengaruhi nafsu, yang mudah dikuasai oleh perasaan benci apabila dihasut.

Orang Melayu sudah lupa akan betapa hinanya mereka semasa dijajah dahulu. Mereka tidak pun mengakui akan nikmat yang banyak yang dinikmati oleh mereka setelah merdeka dan mereka menerajui Kerajaan - Kerajaan Malaysia merdeka.

Oleh kerana lupa dan tidak bersyukur, mereka rela supaya perpaduan yang memberi kekuatan kepada mereka dimusnahkan. Mereka sanggup dipecah dan dipisah daripada kuasa yang sedikit yang ada pada mereka.

Sebab inilah yang saya sedih. Bangsa saya jelas tidak dapat menangani kejayaan. Bangsa saya mudah lupa. Bangsa saya tidak tahu bersyukur. Bangsa saya tidak tahu mengambil iktibar daripada nasib yang menimpa kaum sebangsa yang hari ini tinggal di wilayah yang dikuasai orang lain.

Jangan bersedih dan bersimpati dengan saya. Bersimpatilah dan bersedihlah dengan diri sendiri, dengan anak cucu yang akan alami masa depan yang gelap kerana kita tamak dan begitu benci kepada bangsa dan pemerintahan oleh kita sendiri.


Kredit to Utusan Malaysia

by Amyra javaroses
24 February 2014

MEJA BARU


Tetibe rasenya nak nages... Waaaa... Kene buat animation... Waaaaa, kene buat flash... Kene join event sana sini.. Dah laa dapat HQ, takde mase rehat.. Job on time pulak...

Keje nak dekat sama macam swasta.. Actually, aku enjoy laa gak.. Sebab sini semuanya mencabar. Pergh, sekali tengok senior buat animation rasa macam hidung berdarah je. Canggih betui dieorg punya idea..

Cap jari tak kering lagi. Nak main game ke, kuar awal ke, balik awal ke, suma tak berani. 

*Eceh, dah pasang niat ke Mira???

Hahahah...

Aku dah tanam azam, tahun ni gak aku nak confirmed dalam masa setahun, amik exam then nak aktif bola jaring... Hoooraaayy. 

Semoga Allah permudahkan semuanya.

by Amyra javaroses
05 February 2014

BENDA TAK PERLU DI BLOG



Blogwalking sana sini, ada yang suka letakkan video dan lagu bagai... Aduh, berat tau nak loading ni! Ada pulak letak widget macam-macam. Ala, tak kisah laaa.. Itu hak masing-masing. Ada yang suka share gambar, nak tunjuk moment dengan rakan blog yang lain. Itu hak masing-masing.


TAPI...


Yang aku kisahkan... Kenapa laaa layout ataupun background wallpaper tu aku kene drag dari UTARA ke SELATAN serta dari TIMUR ke BARAT. Cirit cenggini. Punya laaa laptop aku jammed kat Highway Tol Jelapang.. Ko tak tau, laptop aku ni meroyan bila bukak page berat-berat. Kalaulah laptop ni bercakap, mau die kutuk sebakul.

Dah laaa aku kene scroll sana sini. Nak buat tawaf selamat datang pulak. Dah tu bubuh widget jam dan calendar. Kihkihkih, macam setiap komputer takde pulak jam dengan calendar kan... Nak tergelak aku tengok. Bagi yang share waktu solat tu, alhamdulillah.. Aku berterima kasih kerna ada insan yang mengingatkan aku mengenai solat tatkala jari-jemari ni sibuk merangka penulisan.

OK! Berbalik pada hal ni, ada yang letak animated picture. Pekehainye yong oi.. Atenye, kome ade letak arnab atau segala tikus bagai kat tepi tu tengah gedik menggedik dan berjoget tu pasal?? Motif??? Apa motifnya??? Buat apa.. Nak cantik pun, cukuplah sekadar background wallpaper dan gaya penulisan tu.

Then, snowflakes laa pulak. Tak cukup dengan tu, ada adegan hujan dengan ribut petir. Mak aiiii, dahsyat sungguh blog ni. Hahaha.. Maaf laaa kalau ada sapa yang terasa. Aku stress bila g meronda page rakan blogger ni. Bukan main page die ade adegan winter sonata, pehtu lagu pulak boleh bikin hidung berdarah. Terus aku off laptop sebab dah jammed. Kahkahkah...

Iklan??? Ni yang aku tak suka. Dok aku syok nak bace penulisan rakan blogger ni, tetibe ade iklan popup datang kaco.. Memang nasib laa, terus ak tekan butang pangkah. Yang besh pulak, bila aku blogwalking, iklan tu tutup post blog... Haaa, jeng..jeng..jeng... Korang teka apa aku buat lepas tu??? Aku tekan butang pangkah pada iklan tu dan malangnya divert ke page lain.. Memang takla untuk aku nak balik ke page tu. 

Korang nak tahu kenapa page korang jadi besar??? Sebab picture korang letak kat dalam blog korang tu besar. Sila kecikkan saiz gambar dulu sebelum nak import dalam blog. Tak kisah laa nak letak social network macam Facebook, Twitter dan lain-lain tapi masalahnya, cari laa icon.. Import masuk dalam blog guna HTML/Javascript then add URL link bagi setiap picture tu... Kalau nak letak chatbox ke atau GFC (Google Friend Connect) tu terpulang. Tak de masalah dengan hal tu.

Macam biasa, benda yang perlu tu seperti archive, recent post dan latar belakang penulis. Kalau google, for sure melambak-lambak tutorial ataupun bebelan dari rakan blogger yang lain. 
Akhir kata, aku minta maaf kalau artikel ini ada mengguris pihak yang sedang membaca. 
by Amyra javaroses
06 January 2014

SURAT SPA & JPA


Dalam banyak-banyak benda aku nak share, first thing aku nak share benda ni... Seperti yang diketahui, aku dah dapat offer letter dari SPA... Nak g kursus induksi a.k.a Program Transformasi Minda ni pulak... Jap, nak capture surat-surat ni semua.. Hahaha....

So, ni surat dari SPA...


Ni plak dari JPA...


Btw, penempatan aku dirahsiakan terlebih dahulu.. G daftar kat sana, kursus dulu baru surprise bagi penempatan untuk lapor diri...

Tapi, tempat kursus aku tu di Utara Semenanjung Malaysia dan mengikut info yang aku dapat, selalunya yang pegi kursus di sana adalah Pegawai yang berkhidmat di Utara Semenanjung Malaysia..

Perak pun utara kan... Huuu.. Nak dalam Ipoh.. Kalau boleh di Manjung... Dekat sket dengan incik tunang a.k.a Mr. Hubby t... Huhuhu.. Btw, nanti aku update yang lain... Daaa....

by Amyra javaroses
23 December 2013

LUAHAN HATI AKU


Aku tidak membenci apatah lagi ingin berdendam. Aku tidak mengerti apa yang tersirat di hati kalian jua aku tidak mengerti apa yang tersurat di sebalik perbuatan kalian semua. Pun begitu, aku sedikit canggung malahan aku terkedu dengan segala tuduhan yang dilemparkan kepadaku.

Alhamdulillah.. Terima kasih Ya Allah.. Satu persatu Kau datangkan musibah padaku. Dan satu persatu jua segala perbuatan hambaMu telah Kau tonjolkan kepadaku.

Sedih… Lara hati…

Apa yang kurasa di lubuk hati ini adalah satu kesedihan yang sangat nestapa. Mungkin ini adalah kifarah di atas perbuatanku pada masa-masa lampau..

Oh, Mira.. Jangan guna istilah “mungkin” kerna ini adalah percaturan kehidupan. Jangan dikau mengatakan hidup ini tidak adil kerna dikau menafikan keadilan Allah.

Ya… Cinta hatiku masih setia bersamaku. Susah senang aku, dia masih ada untukku. Buruk baikku, dia masih setia bersamaku. Aku bersyukur di atas kurniaanMu Ya Allah…

Apa yang terjadi, mesti ada hikmah. Aku ingin lupakan segala permasalahan ini semua.

Terima kasih kerana menuduh aku. Terima kasih kerana mengeji aku. Terima kasih semuanya. Pun begitu, aku tidak pernah menyesal mengenalimu walaupun aku dituduh sebegitu rupa.

Terima kasih sekali lagi..

Manusia tidak sempurna; kekurangannya akan menyempurnakan kita. Dambakanlah penilaian dan pandangan Allah bukannya manusia. Aku boleh MEMAAFKAN, namun tidak sama sekali aku akan LUPAKAN.

Semoga kamu bahagia di dunia dan akhirat. Tetaplah menjadi seorang yang aku banggakan. Amin.

by Amyra javaroses

02 December 2013

CERPEN: TAK SUDAH-SUDAH


Bisik hatiku lagi, "Aduh... Pening laaa cenggini... Tak habis lagi ke citer ni?????"

~Pennaaaaattt.... Aku semakin penaaaaaatttt....

Ceritera lama usah diungkit lagi.. Tidak sama sekali aku akan menoleh serta menilai pada hal itu lagi. Hati aku telah mati bila teringatkan akan hal itu. Sesak di dada dan sedih tiada siapa yang tahu.

Barangkali... "Mereka" ingin tahu apa yang terjadi. Cukuplah... Cukup sudah...

Kalian semua tidak mampu mengerti akan apa yang terjadi... Sakit hati aku ini, semakin hari semakin sembuh tetapi meninggalkan parut di hati.

Namun, aku tidak akan berdendam cuma aku akan kenang setiap titisan air mata aku yang menitis dengan tindakan manusia di sekeliling aku.

Berkali-kali aku menegaskan bahawasanya, MATLAMAT TIDAK MENGHALALKAN CARA!!!!

Betapa murninya niat kalian untuk aku tetapi cara kalian semua TETAP SALAH!!!!

Walaupun lagakku persis srikandi yang tegar di jiwanya, namun hatiku ini seperti awan salju, mudah terhiris perasaanya.

Arrrrggghhhh, persetankan ini semua....

Setiap tindakan manusia mesti ada sebab dan musababnya.

Berjuta kali kalian pertikaikan tindakan manusia itu, kalian perlulah hormati keputusan manusia tersebut...

Owh, tapi mengapa yaaa?? Perlu ke aku mengambil tahu ini semua????

Owh, rupa-rupanya kasihankan aku. Begitulah ceritanya sang penyibuk...

"Baru nak kesiankan aku??? Baru nak simpati padaku walhal ketika situasi memuncak, kalian semua melarikan diri termasuk manusia itu."

Aku sedar, siapa cinta, siapa kawan, siapa kawan karib, siapa musuh dan siapa sahabat..

Usah gundah gulana.. Kalian semua tetap sahabat aku. Aku menyayangi kalian semua. Tidak akanku pendam untuk menyimpan dendam.. Cuma aku akan kenang sehingga aku menutup mata.

Selagi aku mampu membendung perasaan sedih ini, aku akan lindungi ia. Yaaa, fitrahnya manusia melihat aku gembira.. Memamg aku gembira berada disamping cinta hati serta keluarga aku.

Dan kalian semua tetap sahabat dan rakan karib.. Tidak sama sekali aku akan memutuskan silaturahim kerana permasalahan ini.

Alahai, biarkanlah manusia itu. Tanganku tetap terbuka untuk menerima mereka berdua.

Setiap perbuatan aku ada pembalasannya. Kini aku menerima dan merasainya.. Aku redha...

Duhai sahabat dan kawan karib...

Kalian semua tetap di hati aku. Aku lihat, sepanjang kesedihan aku, kalian semua tetap disisi aku memberikan sokongan, menggembirakan hati aku di ruangan laman sosial serta di waktu lapang.

Terima kasih wahai sahabat dan rakan karib...

Aku menghargainya...

Cuma, cukuplah... Janganlah bertanyakan pada aku hal itu lagi.. Aku semakin lupa mereka semua.. Dan aku ingin lupakan sehingga tiada satu pun ingatan kesedihan aku ke atas mereka...

Saban waktu aku berdoa dan berpegang teguh pada kata-kata hikmah ini...

Saya meminta kekuatan dan Allah memberikan saya kesulitan untuk membuatkan saya kuat ~ Salahuddin al-Ayyubi.

by Amyra javaroses
25 November 2013

NANA'S ENGAGEMENT


Ok.. Punya pasal nak pergi kawan bertunang, kami sanggup ambil cuti.. Tapi lain jadi pada aku sebab aku memang dah cuti pun.. Kihkihkih... Mula-mula g ambil Si Suko ni sebab kereta beliau tinggal di KL, balik Ipoh pun naik ERL je.. Kawan punya hal, aku tak kisah ambil di umah.. Suko, ohh Suko.. Nasib baik aku kenal ko dah lama, kalau orang lain mampuuuuiiihhh aku tak layan... Hahaha...

Kami berkumpul di Mydin Meru Raya pada 11.30 pagi tu. Bertolak naik kereta cik Intan..Tapi Suko yang drive dan aku??? Seperti biasa, aku duduk belakang jadi Puan Sri.. Selebihnya, aku bercakap tak henti-henti sebab aku tak nak bagi kengkawan aku tido..

Owh, perjalanan kami takde laaa lama.. Ada laa sejam lebih.. Sebab dekat je, area Semanggol.. Sesampainya kat sana, mak aiii.. Flat.. Acane ni?? Aku pakai wedges.. So, padan muka diri sendiri.. Layan je laaa naik tinggi.. Kalau jatuh, sumpah.. Aku tak nak datang kat situ dah.. Wakakaa...

Masuk dalam, kiteorang bergambar sakan.. Seronok tengok kawan aku bertunang sebab aku turut merasakan kegembiraan itu.. Macam majlis aku dulu, tertutup.. Tanpa ada kawan-kawan disisi, hanya sanak saudara... Aku hormati permintaan tunang aku supaya tidak menghebahkan majlis kami.

Ok, sampai disitu je laa citer pertunangan aku.. Ramai gak yang tersinggung sebab dapat tahu last minit.. Huhuhu..

So, nak share gambar kawan aku bertunang.. Huhuhu...





So, dah penat bergambar, pegi makan laa pulop.. Alhamdulillah, semuanya sedap belaka.. Aku ni jenis tak kesah makan apa pun asalkan jangan IKAN KELI atau REBUNG.. Tambah lagi ikan keli, kalau letak depan mata aku, nescaya aku akan menjauhkan diri.. huhuhu..

Nak jadi cerita, kami nak laaa pusing-pusing Kamunting dan Taiping.. Dahaga punya pasal, singgah laa ada satu kedai ni... Nama kedai tu Restoran Nasi Kandar M. M. Ibrahim. Gambar kedai ni macam ni...


Nak jadi cerita, kiteorang ni main singgah je.. Aku ni suka makan roti bakar sebab itu peberet aku.. Lepak kedai memana pun nak ngeteh ngan roti bakar.. Yang aku musykil, sangat laa musykil... Macam pernah jumpa tapi di mana yaaa... Mula-mula yang amik order umurnya dalam linkungan macam baru lepas habis SPM.. Lepas tu, nampak tokei kedai pulak bawak kete tu.. Nak pergi bayar makan kat kaunter, pusing belakang, ohhh, kakak ipar dia.. 

Apa lagi, tengok keliling... Tak da.. Phieeeewwww.... So, aku pun berlalu pergi tanpa perlu menoleh.. Nasib baik, kalau tak memang terkedu.. 

Dunia, dunia.. Kadang-kadang aku sangat laa pelik.. =)

by Amyra javaroses
20 November 2013

SINGLE OR I'M NOT SINGLE???


Picture takda keje kat Mydin Mall.. Dalam kedai First Lady... Tengah dok sibuk upload picture di instagram, suddenly, teeeettt... Ada kawan tag status ni...


When you are single, you don’t seem to have luck with the ladies or guys. But when you are in a relatioship or interested in someone, somehow all the beautiful girls or handsome guys in the world are interested in you...#true story#
Tertarik dengan kata-kata kawanku di FB…

Yaaa… Ada betulnya… Geli hati aku baca post update kawanku di FB. Bila difikirkan balik, rasa macam logic jugak. Iyelah.. Aku cuba bandingkan kawan-kawanku yang single dan sudah berpunya, seakan-akan apabila single tu dah macam jadi lone ranger.

Cer tetibe tak single, aduhai… Penangan kene ganggu ni datang dari pelbagai sudut.. Aku sendiri mengalaminya.. Menjadi tunangan orang, sungguh.. Nak jaga hubungan hingga ke jinjang pelamin dan nak maintain sepanjang usia perkahwinan tu bukan senang beb.. Dengar, dengar orang yang dah kawin lama sampai beranak pinak dan bercucu ni, rata-rata semua berpendapat…

“Nak kahwin ni, kene banyakkan bersabar. Kita kahwin bukan dengan pasangan kita sahaja tapi ahli keluarga pasangan kita.. Diri kene pandai bawak, merendahkan diri itu suatu kemestian.. Jangan mementingkan diri sendiri dan sentiasa mendahulukan orang lain dari diri sendiri..”

Lalu aku menjawab…OK bah.. bereh… =)

Tapi... apapun setiap hari kita akan belajar dari kesilapan kita...


by Amyra javaroses
19 November 2013

LAWATAN KERJA ENCIK TUNANG KE FRANCE



Sebelum bertolak, ni yang saya dapat... 


Ok..Ini saya cemburu sesangat.. Sesampainya encik tunang di France, beliau terus tangkap gambar kt airport.. Eiii, saya cemburu.. cemburu sesangat... Tapi nak buat macam mana, kene terima gak.. Baru sehari, tapi saya dah mula rindu.. Dan ini status update kawan encik tunang di Facebook.. Ok.. saya faham... Tapi whatapps kena buka sbb nak check encik tunang... =)

So, nak jadi cerita.. Saya membantu encik tunang menyiapkan schedule lawatan beliau.. Cemburu terus menebal.. Tapi..tapi... Saya buat juga sbb sayang punya pasal.. ^__^


Hotel Splendid Tour Eiffel.. Nampak ni, nampak ni...Tak ke kejam namanya.. =(.. Serba ringkas pasal hotel ini adalah ia terletak di jantung kota Paris, Hotel Splendid Tour Eiffel berdekatan dengan Museum Tentara dan Les Invalides. Di dekat tempat ini juga terdapat Menara Eiffel dan Museum Rodin.

So, tentatif lawatan mereka semua ini nanti saya sharekan ok.. Luv u Mr. Buncet..
 
by  Amyra javaroses
13 November 2013

ART


JUST FOR HIM


by Amyra javaroses
10 November 2013

PILIHLAH ORANG YANG PEDULI PADAMU


Pilihlah seseorang.....
Yang mampu merasakan kesedihanmu.
Yang mampu mengerti fikiranmu disaat engkau terdiam.
Yang mampu merasakan kasih sayangmu disaat kemarahanmu.
Kerana dialah yg akan sentiasa mengerti tentang dirimu.

Terkadang engkau harus berlari jauh.
Agar engkau tahu siapa yg akan datang kepadamu.

Terkadang engkau harus berbicara perlahan.
Agar engkau tahu siapa yg masih mahu mendengarkanmu.

Terkadang engkau harus melibatkan diri dalam sebuah perbezaan.
Agar engkau tahu siapa yg masih akan membelamu.

Terkadang engkau harus mencuba mengambil keputusan yg kurang tepat.
Agar engkau tahu siapa yg akan menunjukkanmu keputusan yg benar.

Terkadang engkau harus melepaskan orang yg sangat engkau cintai.
Agar engkau tahu apakah dia akan kembali setia disisimu.
Tidak kisah sbg apa walaupun sbg sahabat.

Sesungguhnya.......

Ketika kita pergi bersembunyi, itu hanyalah sekadar untuk dipertemukan.
Ketika kita berjalan jauh hanyalah untuk melihat siapa yg masih setia mengikuti serta berada disamping kita.
Ketika kita menangis,agar kita tahu siapa yg ikhlas dapat menghapus air mata kita.

Dan dialah sebenarnya yg masih mempedulikan kita.
Yang akan membuat hidupmu berbalut bahagia penuh senyuman.

Dan kamu...Semoga.......

Tetaplah menjadi seorang yg aku banggakan... Amin Ya Rabb...

by Amyra javaroses
05 November 2013

STATUS FYNN JAMAL MEMBUATKAN SAYA TERFIKIR UNTUK MENAIP INI...


Insaf apabila aku baca luahan hati Fynn Jamal. Kejap laa insafnye pun, esok hari kita semua buat balik.. Sedar atau tidak, Facebook ataupun nama singkatannya FB ini bukanlah menjalinkan silaturahim.. Akan tetapi kebanyakan hal boleh menyebabkan terputusnya silaturahim.

Dapat kawan yang menenangkan tidak mengapalah, lagi besh.. Tapi dapat pulak yang kaki mengadu itu dan ini, kaki hasut serta fitnah, jahanamlah hubungan persaudaraan.

Aku belajar dari kesilapan aku yang lalu.

Bagiku, Facebook ni mudah untuk kumpul dosa bahkan mudah untuk kumpul pahala.. Terpulanglah bagaimana kita mahu uruskan akaun FB..

Dapat yang hari-hari update status..

Orang meluat baca dan mulalah sesi mengutuk....
“mcm xde life langsung, mcm bagus je or blablabla”.

Dapat yang update gambar sana sini dedah aurat, mulalah ada yang buat spekulasi...
“eeiii, teruknya dia”.

Dapat pulak update status pergi makan ke, pergi bercuti ke, ada yang komen...
“hekleh, nak show off byk duit laa tu”.

Dapat pulak update status bab agama, maksudnya niat si polan ni nak berdakwah ada yang ckp...
“nak berlagak suci laa tu”.

Korang tahu tak, secara tidak langsung, kita buat orang mengeji, menghina serta mencaci kita.

Kita buat orang mengutuk diri kita sendiri.

Dah laaa buat dosa kerana mengaibkan orang, tambah lagi dengan sebab status kita membuatkan orang mengeji kita…

Sapa nak jawab??? Sapa nak jawab??? Buatnya lepas update status, pehtu mati tetibe?? Perrgghhh… gila azab wei.. aku takut…

Hubungnya kait isu ni...Baiknye hati, baiknya daging tu, baiklah lisan, perbuatan serta luarannya.. 


Aku letih.. Penat sesangat dengan perangai orang.. Asbab menjaga hati orang sekeliling, hati sendiri tak terjaga..Alasan manusia tidak diterima akal langsung, nak lindung kawan-kawan memang bagus tapi sebenarnya, MATLAMAT TIDAK MENGHALALKAN CARA..

Mengaibkan seseorang serta memutuskan silaturahim bukan laa cara yg betul.

Sesetengah orang nak setel masalah, baik berdiam diri dan jauhkan diri.. Persepsi diam serta jauhkan diri??? Dalam Islam memang perlu berdiam diri dari berkata-kata.. Tapi dalam konteks isu persaudaraan, nak selesaikan masalah perlulah duduk berbincang..

Kita masuk syurga sebab rahmat Allah tapi sebab sikap kita pada manusia, sebab hubungan manusia/saudara tak dijaga, kita tertarik masuk ke neraka.

Ada yang plastic, munafik serta hipokrit depan-depan, itu dikire baik.. 

Namun, yang bercakap telus serta berterus terang, itu dikire JAHAT..  

Itulah penilaian orang apabila menilai dengan MATA tapi bukannya dengan MATA HATI..Hak manusia untuk membuat keputusan.

Haaaa…  Itulah dunia. Sampai kadang-kadang aku tak boleh bezakan SIAPA YANG BENAR, SIAPA YANG SALAH. Sebab  pandai bermain dengan kata-kata.

Manis bicara, jual air mata, jual agama, jual persahabatan, dan persoalkan AKU TIDAK BERSALAH dan KENAPA AKU DIPERLAKUKAN SEBEGINI RUPA…

NAK CKP TAK BERSALAH, NAK PERSOALKAN KNP ORG BUAT MCM ITU DAN INI???

Diri sendiri takkan mengaku silap dan salah.. 


Yaaa… Aku bersyukur kerana Allah menunjukkan siapa “mereka” semua. Aku baru sedar siapa lawan, siapa kawan, siapa sahabat dan siapa cinta. Ini adalah kifarah terhadap apa yang aku buat pada masa lampau…

Bagi aku, walau aku diperlakukan sebegini rupa, AKU REDHA.. Benda seperti ni buat aku lagi kuat.. Aku tetap mendoakan yang terbaik untuk sahabat-sahabat aku walaupun zahirnya aku nampak gembira di mata orang lain tapi hati aku terseksa, sakit, terkilan dan lara tidak terperi.

SEPI BUKAN BERERTI HILANG, DIAM BUKAN BERERTI LUPA, JAUH BUKAN BERERTI PUTUS KERNA DI ANTARA KITA ADA I IKATAN YANG TIDAK MUDAH DILUPAKAN IAITU PERSAHABATAN..

by Amyra javaroses
02 November 2013

STATUS FYNN JAMAL


Terkedu bilaku baca status Fynn Jamal.. Begitu bermakna sekali.. Jom lihat...

apa jenis dunialah kita duduk ni sekarang--
kalau segalanya cuma diuruskan melalui wall facebook.
kau bangsatkan orang,
kau kejikan orang,
kau hinakan orang,
kau aniaya orang,
kau tikam orang--
kemudian datang hari insaf--
kau fikir sudah cukup kalau kau lafazkan cuma di dinding status dengan seribu pesen maaf.
apa jenis dunialah kita duduk ni sekarang.
hendak dapat lagi kelakar?
cuma ada lafaz maaf--
tak tau ke siapa,
tak tau tentang apa,
tak tau apa cerita.
apa dia ingat orang yang dibangsat, dikeji, dihina, dianiaya, ditikam tu baca?
aku boleh terima lagi status doa pada pencipta.
doa, beb.
kita semua lebih kurang.
salah lebih kurang.
dosa lebih kurang.
impian lebih kurang.
mintak pun benda yang lebih kurang.
maka bagi aku, ada bagusnya baca doa kawan2 kat wall mereka. sebab kadang2 bila baca doa orang--
kita terperasan apa yang kita lupa waktu tadah tangan kita.
tapi jenis status minta maaf pakai facebook ni--
entahlah.
sebab apa yang aku nampak, dah mmg pesen kita kalau bergaduh / selisih terus remove, block bagai ni.
dah tu--
apa gaya orang yang PALING penting dalam drama kemaafan ini nak membaca kalau dia SENDIRI tak ada dalam cerita?
minta maaf macammana?
dah akhirnya yang buat salah ini pulak nampak mulia dengan kad elektronik berbau syurga--
meminta ampun dari kejauhan--
walau yang dianiaya rak tau cerita.
"e eh, baguslah awak. dia tak nak maafkan itu lantakkan dia"
"tidak mengapalah awak, yang penting awak dah cuba"
aik?
sebagai contoh:
tulis surat mintak derma,
tapi tak tulis alamat.
sampai mati la tak dapat apa.
pos la!
orang bagi derma atau tidak--
at least kau dah cuba.
itu baru betul.
ni tidak.
sudahlah tak pos,
nyaring pulak dia bercerita "dunia sekarang semua kedekut".
serius aku blur dengan common sense manusia hari ni, bang.
haih.
apa jenis dunia kita duduk ni sekarang?
seorang kawan aku ada cakap:
"kadang2--
sifat mengadu2 kita pada dinding facebook ini
dah macam konsep yahudi yang menangis menghadap dinding suci".
tertampar aku.
nama ruang status pun dipanggil 'wall'.
hahaha.
bapak aa kebetulan giler.
betul, kan?
kita lebih selesa menulis di status berbanding bersemuka.
lebih larat merapu-raban di status berbanding meluah rasa bila berdua.
kita penakut.
atau kalau dalam bahasa bersangkabaik--
kita jaga hati.
nak cakap depan2--
nak merapu meraban--
putus pulak saudara.
ada betulnya.
memang benar kata2 orang:
"baik diam dari bertekak sama2".
tapi aku hendak tanya:
"kenapa cuma didiamkan KETIKA di depan muka?"
kita diam di depan.
belakang cerita?
fuhh. menggempita.
depan belakang--
kita patut sama.
diamkan.
luahan. lafazan.
benda yang disebut.
benda yang ditaip.
sama.
tapi beza.
begini.
benda yang kita lancangkan--
kita boleh lagi elak dengan "apa bukti kau tuduh aku cakap sedemikian?".
(bab kau tipu itu lantak kau lah kan?)
benda yang kita tulis--
umpamanya adalah seperti resit yang terekod atas setiap apa yang lidah kita belanjakan.
transaksi oral kita, dalam bahasa lainnya--
yang berbintil2 tercatit melalui tulisan.
sekali orang dah baca--
kau nak padam macammana?
berbalik pada isu "meminta maaf pada dinding" tadi.
aku faham.
ngeri nak bersemuka dengan orang yang kita aniaya.
takut tidak dimaafkan.
seram kita kembali jadi celaka bila orang tak terima kita di waktu kita turunkan ego kita.
tapi itu adalah harganya.
kita yang bangsatkan orang,
kita yang kejikan orang,
kita yang hinakan orang,
kita yang aniaya orang,
kita yang tikam orang.
layaklah kita kita kena terima orang tak nak terima kita.
bak kata abah kalau aku mengadu pada ibu yang abah masih marah2 lepas aku minta maaf sebab dah buat benda tak betul--
"habis? nak kena timang?"
memang pedih dengar.
tapi itu hakikat hidup.
kenapa kita bongkak sangat melafaz maaf?
kenapa kita perlu merasakan "KALAU aku dah minta maaf, kau tak maafkan-- KAU lah bangsat".
mana boleh.
kata kerja kat sini adalah "mintak".
kalau mintak, belum tentu orang nak kasi, cik kak.
"aku nak mintak maaf";
bukan "aku nak mendapat maaf".
hidup jangan sukahati sangat.
sebab itu tuhan selalu pesan dalam quran bab habluminannaas--
hubungan kita dengan manusia.
jaga.
percayalah.
habluminallaah yakni menjaga hubugan dengan allah itu JAUH lagi senang dari habluminannaas.
sebab tuhan itu sesungguhnya MAHA ghafuur. MAHA rahiim.
manusia?
nak dapat kemaafan dari manusia?
ingat semudah 1, 2, 3?
lafaz, salam dan menang?
macam tu?
haih.
benda minta maaf ini jangan buat lekeh, bang.
sebab itu aku dari tadi menung.
apa jenis dunialah kita duduk ni sekarang.
kecil2 dulu--
kalau terkecilkan hati kawan kita--
gigih kita lukis kad "i'm sorry" pada dia,
bukan main lipat kemas2 kad manila warna jingga,
ditampal dengan segala kerawang dan lukisan pelangi pelbagai warna.
selit bawah meja.
jeling sekali-sekala tengok2 kalau dia sudah baca.
dan kalau sudah, apa rupanya respon dia.
senyum ke?
masam ke?
buat tak kenal ke?
hebat kita kecil2 dulu.
JAUH lebih berani dari hari ini.
buat salah -- hadap -- minta maaf.
apa jadi lepas itu--
tak kisah.
paling2 pun, dia cakap "kita tak nak lagi kawan dengan awak". ye la. nak buat macammana. kita terpatahkan pengkorek dia. mmg la layak dia marah kita.
sekarang?
aku mintak maaf.
kau tak maafkan?
mampos kau.
kau ingat kau siapa.
pergh.
apa jenis dunia kita tengah hidup ni sekarang?
by Amyra javaroses

Sabda

Rasulullah S.A.W juga pernah bersabda maksudnya “Didiklah anak-anakmu dengan 3 perkara iaitu mencintai nabinya, mencintai ahli bait (keluarga)nya dan bacaan al-Quran, kerana ahli al-Quran itu mendapat naungan Allah pada hari yang tiada naungan melainkan naunganNya bersama-sama para Nabi”.

Berperang untuk melawan sikap malas, bersemangat untuk belajar, pasti akan dialami. Ini bukan saat untuk terlelap, terbuai dalam mimpi tak berujung. Tiada istilah lelah dan penat, untuk menjadi sang pejuang.

MORE ABOUT AUTHORS


Hi! This is Amyra, admin of concretejavaroses.blogspot.com and many more. A small blogger and started blogging as a hobby. Previously, I worked as a tutor and teacher, and of course currently, I worked as Kuli at Government Sector. I am running a number of Blog/Sites from my living room. Do contact me if u olls have any problems with ur sites. gtg. Catch ya later. =)