Recent Post
the authors
I HEART YOU
Word world
Being deeply loved by someone gives u strength, while loving someone deeply gives u courage. yes..i mean u...
MY QUOTES
People think that the most painful thing in life is losing the one value, the truth is, the most painful thing is losing yourself in the process of valuing someone too much and forgetting that you are special too...
Amyra Top Posts
Archives
-
►
2016
(1)
- ► March 2016 (1)
-
►
2015
(5)
- ► March 2015 (1)
- ► January 2015 (1)
-
▼
2014
(67)
- ► October 2014 (11)
- ► September 2014 (2)
- ► August 2014 (5)
- ► April 2014 (7)
- ► March 2014 (2)
- ► February 2014 (6)
- ► January 2014 (7)
-
►
2013
(82)
- ► December 2013 (5)
- ► November 2013 (13)
- ► October 2013 (8)
- ► September 2013 (3)
- ► August 2013 (6)
- ► April 2013 (3)
- ► March 2013 (5)
- ► February 2013 (6)
- ► January 2013 (5)
-
►
2012
(7)
- ► December 2012 (2)
- ► November 2012 (2)
- ► October 2012 (2)
- ► September 2012 (1)
Labels
SHOUT OUT
>>Chat<<
by Amyra Javaroses
Contact Me
Cinta padaNya
Sekiranya kita cinta kepada manusia, tidak semestinya manusia akan cintakan kita. Tetapi sekiranya kita cintakan Allah nescaya cinta Allah tiada penghujungnya. Sekiranya kita cinta kepada manusia, kita akan cemburu kepada orang yang mencintai orang yang kita cintai. Tetapi sekiranya kita cinta kepada Allah, kita akan turut mencintai orang yang melabuhkan cintanya kepada Allah juga.
PENGACARA MAJLIS
Jammed otak bila kene jadi MC. Hahaha. Pengalaman tu ade, tapi takut cakap lidah terbelit ni. Aiseh, malu den.
Nasib baik laaa ada rujukan dari senior-senior. Boleh laa edit-edit sket.
Untuk buat teks ni, apa yang aku kaji, teks MC ini dimulakan dengan Pengumuman pertama (untuk memberi peringatan kepada tetamu), Pengumuman ketibaan Yang Berusaha, Nyanyian Lagu, Kata-kata aluan, Bacaan doa, Berita Semasa, Sesi perkongsian ilmu dll lagi.
Kalau nak best, selitkan lah pantun.
Macam pantun untuk kata-kata aluan;
Sirih berlipat sirih pinang / Sirih dari Pulau Mutiara, Pemanis kata selamat datang / Awal bismillah pembuka bicara
Untuk pantun penutup majlis;
Bunga seroja di atas para / Jatuh ditimpa buah berangan / Andai kata tersilap bicara / Kemaafan jua kami pohonkan
Ada banyak lagi pantun sebenarnya. Antaranya adalah pantun bacaan doa;
Tetak buluh kajang sepuluh / Laksana dititing kias ibarat / Angkat tangan jemari sepuluh / Doa di pohon biar selamat
Pantun jemput makan
Terbang sekawan si burung merbuk / Batang selasih di Tanjung Dara / Padamu tuan kami persembah / Santapan kasih juadah mesra.
So, ni adalah teks aku.
Pada sesiapa yang terlibat untuk menjadi Pengerusi Majlis ni, jika nak softcopy teks boleh hantar email di Shout Out box k.. Tq...
TUGASAN POSTER
TIPS INTERVIEW PPTM F29
MENGINGATI SETAHUN YANG LEPAS
Nak jadi cerita, aku teringat laa macam mana preparation temuduga aku. Jenuh aku baca. Aku ada cerita pasal sesi temuduga aku kat blog ni jugak.. Kalau korang nak baca, ada kat bawah ni...
TEMUDUGA PPTM PART 1OK.. Setakat tu citer aku pasal temuduga aku. Skang ni tips ketika temuduga. Cara jawab tu penting. Cara korang jawab tu kene berhikmah, maksudnya fikir dulu sebelum nak cakap. Jangan main terjah je.
TEMUDUGA PPTM PART 2
TEMUDUGA PPTM PART 3
Sebagai contohnya, kalau penemuduga tanya, "Apakah hobi awak???". Lalu dijawabnya oleh korang, "Owh, hobi ek encik... Erm, saya ni suka baca novel. Novel cerita cinta tu encik. Lagi, saya suka tolong mak saya memasak. Tapi hobi yang saya paling suka adalah blogger encik. Banyak ilmu saya boleh dapat".
Korang rasa kalau jawab macam tu kan, apa pandangan penemuduga tersebut???? Apa penilaian korang pulak jadi penemuduga, sesi temuduga tu adalah rasmi tapi calon yang datang jawab bahasa pasar (tak rasmi), lepas tu cara cakap tak nampak profesional.
Kesalahan lain adalah, korang cakap suka baca novel. Semestinya penemuduga tanya novel apa yang korang baca. Tak payah citer pasal novel cinta. Kalau korang berani share pasal buku-buku ilmiah yang ditulis ahli politik. Ada bran?? Aku pun kaki novel untuk karya Ramlee Awang Murshid, tapi aku tak berani ngaku weh yang hobi aku baca novel. Aku cakap hobi yang lain seperti menulis puisi dll.
Cara penyelesaian untuk cara cakap korang sepatutnya macam ni...
"Terima kasih di atas kesudian Tuan/Puan kerana sudi bertanyakan mengenai hobi saya. Apa yang saya lihat pada diri saya ini, saya menjurus kepada pembacaan dari bahan-bahan ilmiah contohnya... (make sure bila sebut nama buku tu korang tahu isi kandungan buku tersebut). Selain itu, saya gemar menolong ibu saya memasak memandangkan saya ni wanita yang perlu terlibat dalam urusan rumahtangga walaupun saya sibok berkerjaya...
Pergh, korang nampak ada hipokrit kat situ.. Rasa nak tampar muka sampai bisu kot. Hahaha...
Btw, ak nak repost skit pasal Tips menghadiri temuduga.
Link kat sini.
KURSUS ASAS PHOTOSHOP
Seperti hari-hari biasa, aku lalui dengan penuh keceriaan bersama geng-geng gila-gila.. Tapi, sepanjang 3 hari yang lalu, diri ini terasa taksub dengan kursus ini.
Mana taknya, baruku tahu banyak ilmu mengenai Photoshop ni. Makan pun sodap. Tak payan turun cafe di bawah, jimat duit.. bhahaha...
So, dalam mengikuti kursus ini, pelbagai benda yang aku tahu. Kebiasaannya, bila buka program Adobe Photoshop ni, kita main bedal je tools nak guna. Tapi skang ni, aku dah tahu motif kenapa aku perlu guna tools terbabit.
Antara tools yang kita akan nampak bila lihat interface Photoshop ni adalah Selection Tools serta Retouch & Painting Tools. Bab nak crop picture memang besh. Samada nak guna Magic Wand Tools, Quick Selection Tools, Lasso Tools, Magnetic Tools atau Crop. Suma ada, tapi diri kita je yang menentukan tools mana nak guna.
Yang penting, kreativiti dalam menghasilkan poster, banner atau grafik yang menarik untuk tatapan sendiri atau umum.
Mula-mula, kerja menconteng.
Yang ni pulak kene letak Clone Eiffel Tower jadi tiga bijik. Guna Clone Stamp Tool.
Lepas tu, kerja bertambah berat. Kene buat background guna Gradient Tool bagi layer pertama, ambil gambar yang ada texture. Contohnya gambar yang ada batu bata. Drag masuk gambar batu-bata jadi layer kedua. Then, kene blending kan layer pertama dan kedua supaya nampak effect yang menarik.
Hahaha, iklan jap.. Dah borng sangat kene buat gambar berukuran passport. So, kene amik satu gambar, crop guna Pen Tool. Cam Gigandet menjadi tatapan aku untuk gambar passport. =). Yang background belakang tu pakai Filter > Render > Clouds.
Selepas semuanya habis diajar, kami diberi satu tugasan. Untuk buat poster Hari Integriti JPA 2014. Jadi, inilah hasil aku. Tak tahu laaa menang ke kalah ni.. Hahaha...
by Amyra javaroses
AFTER EFFECTS PART 1
Jom, tengok...
by Amyra javaroses
HANGOUT DENGAN BFF
Ok, so bila aku dapat pindah ke sini. Berjumpalah dengan ragam macam-macam orang. So, nak dikatakan dieorang nilah housemate aku dan kawan sekerja aku...
Nilah bebudak yang selalu support aku.. Kawan hangout aku g jejalan.. Huhuhu...
Time ni kat cafe ofis.. Date dengan bella...
Entah ape motif aku citer benda ni... Hahaha...
by Amyra javaroses
Sabda
Rasulullah S.A.W juga pernah bersabda maksudnya “Didiklah anak-anakmu dengan 3 perkara iaitu mencintai nabinya, mencintai ahli bait (keluarga)nya dan bacaan al-Quran, kerana ahli al-Quran itu mendapat naungan Allah pada hari yang tiada naungan melainkan naunganNya bersama-sama para Nabi”.
Berperang untuk melawan sikap malas, bersemangat untuk belajar, pasti akan dialami. Ini bukan saat untuk terlelap, terbuai dalam mimpi tak berujung. Tiada istilah lelah dan penat, untuk menjadi sang pejuang.
MORE ABOUT AUTHORS
Hi! This is Amyra, admin of concretejavaroses.blogspot.com and many more. A small blogger and started blogging as a hobby. Previously, I worked as a tutor and teacher, and of course currently, I worked as Kuli at Government Sector. I am running a number of Blog/Sites from my living room. Do contact me if u olls have any problems with ur sites. gtg. Catch ya later. =)