Recent Post

the authors


Name : Amirah binti Abdul Rashid


Origin Hometown : Ipoh

Field: Computer Engineering


Full-time : IT Assistant


Part-time : Tutor, Web Designer & Writer


Expertise : Web Development, Graphic and Multimedia Designer

Went through

Daisypath Anniversary tickers

I HEART YOU

Word world

Being deeply loved by someone gives u strength, while loving someone deeply gives u courage. yes..i mean u...

Galleries

MY QUOTES

People think that the most painful thing in life is losing the one value, the truth is, the most painful thing is losing yourself in the process of valuing someone too much and forgetting that you are special too...

SHOUT OUT

>>Chat<<


by Amyra Javaroses

Contact Me

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.

Cinta padaNya

Sekiranya kita cinta kepada manusia, tidak semestinya manusia akan cintakan kita. Tetapi sekiranya kita cintakan Allah nescaya cinta Allah tiada penghujungnya. Sekiranya kita cinta kepada manusia, kita akan cemburu kepada orang yang mencintai orang yang kita cintai. Tetapi sekiranya kita cinta kepada Allah, kita akan turut mencintai orang yang melabuhkan cintanya kepada Allah juga.

Find Me

Compatible with


Contact me at

    amyramia87@gmail.com


  +6019XXXXXX

Follow me at



27 August 2013

TERIMA KASIH WAHAI SEORANG MUJAHID



Terima kasih wahai seorang mujahid.

Dengan luka yang dikau torehkan itu, membuatku tersedar dari lamunan panjang.
Dengan luka yang dikau torehkan itu, membuatku tersentak dengan hakikat kehidupan ini.
Aku berlapang dada menerima apa yang terjadi.
Kutahu, redha itu ikhlas dan pasrah itu menyerah.
Dengan diam yang dikau ucapkan, membawa makna tersembunyi dari sebuah perjalanan.

Jika keranaNya dikau mengecewakanku, aku ikhlas.
Jika keranaNya kau menjauhiku, aku redha.
Semoga dikau istiqamah dan selalu berada di jalan Nya.


Aku hidup melata di atas bumi Allah, bahkan aku berjalan di atas bumi Allah dengan keredhaanNya.
Aku juga akan habisi sisa kehidupan ini dengan mencari ilmu serta rahmatNya
hatta taufik dan hidayahNya sekalipun akanku tagihi.

Adapun hebat itu perlu menempuhi pelbagai percaturan kehidupan,
aku bukanlah orang yang hebat tapi ku mau belajar dari orang yang hebat.
Apalagi ada pada gadis biasa namun aku hanya mau menjadi luar biasa hanya pada Nya.
Dan aku bukanlah gadis yang biasa hatta istimewa sekalipun
namun akan ku ingin membuat seseorang itu menjadi teristimewa
apabila seseorang itu sah menjadi halal untukku..

Sesungguhnya, aku sedang belajar menjadi wanita yang terbaik untukmu.
Meski ragamu tidak mampu menyetuhku, aku merayu…
Tolonglah sentuh aku dengan keimananmu
agar aku lebih kuat ketika lemah,
agar aku tangguh ketika jatuh dan
agar aku selalu mengingatiNya ketika kesulitan yang aku hadapi.

Wahai sang mujahid, aku hanyalah gadis biasa yang tidak punya apa.
Masih bertatih mencari redha, masih mentafsir erti bahagia.
Aku tidak bergaya dan tidak mesra bahkan kadangkala tidak peduli apa kata orang padaku.
Hidupku bukan untuk membuat orang suka padaku kerana bukan pada redhanya manusia yang aku mahukan tetapi keredhaan Allah yang aku dambakan.

Atas kasih sayangNya, kita bertemu dan atas limpahan kasihNya jua kita dipisahkan
bersama kerana HIKMAH yang tersembunyi.
Semoga dikau tidak pernah menyesal mengenaliku.
Terima kasih dengan waktu yang dikau manfaatkan bersamaku.

Tetaplah menjadi seseorang yang aku banggakan..

Aku pergi bukan untuk meninggalkanmu, tapi aku akan ikut bersama kebenaran yang kau kasihkan dengan janji yang telah sekian lama aku perlu tunaikan bersama dengan mujahidin yang lain….


by Amyra javaroses
14 August 2013

DRAWING FOR MICROSOFT PAINT PROGRAM PART 1




TEA TIME

CUPCAKES

TEAPOT & THE GENG



by Amyra javaroses
12 August 2013

RAYA 2013



Raya tahun ni takde laaa happening sgt... Sebab baju raya aku tak siap... Then, my sibling hanya dapat balik raya minggu ke-2.. Aku pulak sibuk keje.. Persiapan pulak hanya tertumpu pada makanan dan cookies raya...

Open house, yup... Itu yang paling best... Gather dengan babes... Then, jumpa laa kawan-kawan balik dari cinta monyet, cinta lama, skandal-skandal... Hahaha.. Bila kami dalam mode flash back, sume rase nak penampar diri sendiri sebab rasa kelakar dan bodoh buat benda yang tak masuk akal, lagipun sudah ada anak-bini kan.....

Just me, only me yang lone ranger... Nevermind, jodoh itu rahsia Allah... Soon or later, aku akan kahwin jugak... =)

by Amyra javaroses
08 August 2013

DRAWING FOR MICROSOFT PAINT PROGRAM



HOME SWEET HOME



MUSHROOMS FAMILY



COFFEE WITH KARAN


by Amyra javaroses
06 August 2013

REMINDER




Dear, Selamat Hari Raya Aidilfitri...

Sepatutnya aku kene replace kelas ni tapi aku kene replace kelas robotik... Aduh, skali present dengan bos bukan main "senang".. Dah laaa nak kene jelaskan guna whiteboard, then nak kene demo pulak... Last sekali nak tunjuk procedure dan outcome.. Udah macam present Final Year Project dah...





Btw, all of my Muslim friends are on vacation.. Only me, left alone at office... Sick... Kenapa laaa aku tak amik cuti raya... Sebab gila keje punye hal laaa sampai rasa macam "patot ke aku amik cuti raya???"... Hahaha...

Ni ada laaa kawan bagi reminder... Serius sweet gilew...

#Geng bagi reminder... tenkiu darl..ya..ya...selamat hari raya..tinggal aku sorang yg tak raya lagik... gosh... i love my job..

by Amyra javaroses
02 August 2013

AKU ADALAH AKU


Aku adalah aku, kamu adalah kamu, dan sama sekali aku tidak akan pernah menjadi kamu.. Untuk apa aku di sini, hanya SATU, untuk pulang kembali ke JannahMu...

Bukanlah pada redha manusia yang kupinta, tetapi keredhaanMu yang kudambakan...

Duduk di sini tiada siapa yang ketahui sakitnya hati terseksa tapi aku bisa bedakan antara kasih sayang Allah dan kasih sayang yang aku rasai terhadap insan yang lain...

Tiada siapa yang peduli apabila sakit menanggung kesan hati yang terguris walhal hidup mesti akan diteruskan...

Bangkitlah duhai hati, tiupkan semangat di dalam qalbumu walaupun kasih tidak kesampaian hilang ditelan waktu...

Aku berfikir rasional, aku berfikir international...

Jatuh bangunnya aku, hanya Engkau disisi bersamaku.
Bijaknya aku, comelnya aku, hodohnya aku, gemuknya aku hanya untuk ditonton serta diuji dan dipuji oleh insan yang lain tetapi bukan itulah yang Engkau mahukan kerna aku tahu hanya SATU yang Engkau mahukan iaitu menjadi hambaMu yang taat pada perintahMu...

Kisah semalam usah aku ragui malahan usah aku curigai hatta usah menujah lagi di dalam benakku ini... Peritnya sembilu menusuk sanubariku, mencengkam cakra mematikan roh dan raga...

Jangan dikau berasa sepi, usah dikau menyisih pergi, kerna aku akan sentiasa mengingatimu...

Bahkan aku, dan hanyalah aku yang akan keseorangan terkurung dalam ilusi tiada siapa endah peduli...

Tetapi duhai hati, silapnya aku tidak ketahui, huluran kasih ABADI tidak akan pernah menyepi...

Aku malu, alangkah ruginya aku di sini. Terkadang sendiri yang rugi tidak menyedari akan janjiNya yang pasti. Persoalan dalam benakku ini, tergadah baru mengingati ke mana iman yang dijunjung atas jemala sakti...

Duhai hati, bangkitlah… Usah kecewa dengan apa yang terjadi...

TERSURAT SELALUNYA DILIHAT WALHAL TERSIRATLAH YANG MEREKA TIDAK AKAN KETAHUI... 
Di mana silapnya, aku sendiri tidak ketahuinya…

Duhai hati, aku berperang dengan perasaan hatiku sendiri...

Di mana aku perlu ubati hati yg lara ini...

Di mana entahnya, tidak ku tak pasti...

Sekian lama dia menunggu dan terus menungguku... Aku masih enggan pulang ke sana kerna aku selalu merindui kamu di sini...

Ya Allah, apa yang aku harus lakukan???

Tidakku ketahui apa rancanganMu tetapi kutahu, jodoh itu adalah rahsiaMu…

Dan aku serahkan segalanya terhadapMu…

by Amyra javaroses

Sabda

Rasulullah S.A.W juga pernah bersabda maksudnya “Didiklah anak-anakmu dengan 3 perkara iaitu mencintai nabinya, mencintai ahli bait (keluarga)nya dan bacaan al-Quran, kerana ahli al-Quran itu mendapat naungan Allah pada hari yang tiada naungan melainkan naunganNya bersama-sama para Nabi”.

Berperang untuk melawan sikap malas, bersemangat untuk belajar, pasti akan dialami. Ini bukan saat untuk terlelap, terbuai dalam mimpi tak berujung. Tiada istilah lelah dan penat, untuk menjadi sang pejuang.

MORE ABOUT AUTHORS


Hi! This is Amyra, admin of concretejavaroses.blogspot.com and many more. A small blogger and started blogging as a hobby. Previously, I worked as a tutor and teacher, and of course currently, I worked as Kuli at Government Sector. I am running a number of Blog/Sites from my living room. Do contact me if u olls have any problems with ur sites. gtg. Catch ya later. =)