Recent Post

the authors


Name : Amirah binti Abdul Rashid


Origin Hometown : Ipoh

Field: Computer Engineering


Full-time : IT Assistant


Part-time : Tutor, Web Designer & Writer


Expertise : Web Development, Graphic and Multimedia Designer

Went through

Daisypath Anniversary tickers

I HEART YOU

Word world

Being deeply loved by someone gives u strength, while loving someone deeply gives u courage. yes..i mean u...

Galleries

MY QUOTES

People think that the most painful thing in life is losing the one value, the truth is, the most painful thing is losing yourself in the process of valuing someone too much and forgetting that you are special too...

SHOUT OUT

>>Chat<<


by Amyra Javaroses

Contact Me

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.

Cinta padaNya

Sekiranya kita cinta kepada manusia, tidak semestinya manusia akan cintakan kita. Tetapi sekiranya kita cintakan Allah nescaya cinta Allah tiada penghujungnya. Sekiranya kita cinta kepada manusia, kita akan cemburu kepada orang yang mencintai orang yang kita cintai. Tetapi sekiranya kita cinta kepada Allah, kita akan turut mencintai orang yang melabuhkan cintanya kepada Allah juga.

Find Me

Compatible with


Contact me at

    amyramia87@gmail.com


  +6019XXXXXX

Follow me at



26 February 2013

TEMPLATE BARU


TEMPLATE YANG BARU... SAPA NAK, PM SAYA...



Kalau nak tengok website template ni, sila klik di sini.


by Amyra javaroses
21 February 2013

HOI!!! PEGI MATI LAAA....


Menjadi seorang pendidik, tugasnya sangatlaaa mencabar.. Ada yang kataa...

Ala, jadi cikgu ni senang... Keje dah laaa setengah hari... Gaji kira macam biasa...
Hekleh, jadi cikgu pun nak merungut sangat.. Lain laaa macam kami ni... Keje pun susah... Banyak kene fikir...

Tapi, sedarkah anda... Dengan cikgu laaaa boleh melahirkan doktor, jurutera dan Perdana Menteri... Cikgu, bukan sekadar tanggungjawabnya mengajar tapi mendidik... Bukan sahaja mengajar subjek Matematik atau Sains, tapi mengajar erti kehidupan, akhlak, nilai-nilai murni dan menjaga kebajikan pelajar..

Sedarlah wahai manusia sekalian... Jangan jadi katak di bawah tempurung. Tolong buka minda sikit. Hakikatnya, tidak semua pekerjaan itu senang... Semua pekerjaaan ada beban tugas masing-masing.

Tapi....

Jika diukur beban tugas menjadi cikgu... Nescaya, tidak tertanggung rasanya...

Hari ni aku sangat sedih sebab ada seorang anak murid cakap kat aku....

HOI PEGI MATI LAAAA LUUUU...


Sangat biadap...biadap... kurang ajar... memang kalau ikukan nafsu marah aku ni.. mau aje aku penampo.. bior mampuuuiiiihhhhh tergolek laaa kau kat situ...

Nakal dan buas aku dulu kat sekolah, tak pernah aku ucapkan kat cikgu aku macam tu...

Kenapa pelajar ni cakap sebegini?????

SEBAB DIA MARAH AKU SURUH DIA BACA SATU ARTIKEL DALAM BUKU... DIA TAK NAK BACA, DIA NAK BORAK DENGAN KAWAN-KAWAN...

Eh, Mat Piah... Aku ni tunggul ke kat depan ko.. Yang ko dok bising-bising ni tak nampak aku ke? Aku ni cikgu ko... Hormat laaa sikit... Tak suka pun tido laaa...

Tapi, itu hanya aku ucapkan dalam hati....

Lalu...Aku pun mempersilakan dia bangun dan menyuruh dia baca artikel tersebut...

Dan lagaknya seperti nak cari pasal...

Aku... Terkedu dijerkah sebegitu... Namun, aku gagahkan diri untuk bercakap.

"Yang awak HOI-KAN ni sapa? Kawan awak ke? Saya minta cara elok, kenapa nak biadap dengan saya??"

Apa lagi, mula laaa die meroyan macam GAJAH NAIK MINYAK!!!!

Aku pulak, buat hati kering... Jangan kau sentuh aku sudah....

Dan, itulah....

Pertama kali, air mata aku menitis.. bukan sebab kene tengking atau sebab dikata kesat oleh pelajar aku, tapi..... apa yang aku kesalkan.. sebab aku gagal dalam mendidik anak murid aku..

by Amyra javaroses

13 February 2013

DOMAIN DAN HOSTING


Ok… Selalu dengar atau lihat perkataan domain dan hosting kan? Kadang-kadang kita jadi pelik, apa itu domain ye, apa itu hosting ye… Nak tanya malu lak…. Jadi, pada sapa-sapa yang baru mengenal dunia web dan blogging, di sini ada penerangan mengenai istilah domain dan hosting.

Domain – Istilah ini merujuk kepada alamat untuk laman web korang. Contohnya, domain bagi blog aku adalah http://concretejavaroses.blogspot.com. Tips untuk menamakan domain korang ni mestilah kesesuaian korang semua. Kalau ada short-term memory lost, letaklah nama domain yang pendek dan senang diingati. Sebab nama domain ni laa yang akan di taip di pelayar (browser) URL ke web korang.

Hosting – Istilah ini merujuk kepada tempat simpanan segala data laman web korang. Contohnya, tempat simpanan tu macam peti kebal di bank. Dalam peti kebal tu ada barang kemas, surat nikah ke, geran kete kea tau wang tunai satu juta. Jadi, yang dalam peti kebal tu dipanggil data laman web korang seperti template, content, tema, gambar atau dokumen. Kita mestilah memilih hosting dan yakin dengan syarikat yang akan hosting data korang supaya sata korang selamat dan tidak diceroboh oleh hackers dan crackers.. ekekekee… lawak laa pulak ni…

Camne nak dapat domain dan hosting ni? Kat kedai Mak Limah atau kedai handphone ke? Owh… Semestinya tidak… Banyak syarikat yang memberikan perkhidmatan pembelian domain dan hosting ni, Carilah… Tapi yang penting, korang perlu yakin bahawa data korang selamat…  Selain itu, korang kene buat kajian samada syarikat hosting ni mempunyai banyak pelanggan ke tidak, kene tahu performance syarikat hosting ni. Dan yang paling penting….. Budget!!!!

Korang ada barang kemas dan duit yang banyak. Jadi, korang perlukan peti kebal (hosting) yang selamat, besh dan besar di dalam sebuah Harimau Sdn. Bhd. (nama bank iaitu domain) bagi sebuah bank (blog atau website)… =)

Ok.. Kesimpulannya… Blog atau website korang tu macam bank… Domain tu pulak nama bank… Manakala hosting tu pulak peti kebal.

by Amyra javaroses
10 February 2013

TUTORIAL BUAT SCROLLBOX


<----BUAT SCROLLBOX---->
<!----center scrollbox anda, nilai boleh dipilih samada center, left, right atau justify----!>
<center>  
<!----border di sekeliling box. Tunggu tutorial selanjutnya----!>
<div style="border-radius: 10px 0px 20px;   
<!----ketebalan border (1px, 2px atau 3px), style border (solid, line dan warna border (boleh lihat color code HTML) ----!>          
border: 1px solid #000000;         
<!----tinggi box anda----!>                          
height: 450px;  
line-height: 3em; 
<!----behaviour bagi scrollbox (scroll, fixed, absolute)----!>
overflow: scroll;  
<!----jarak dari border ke tulisan ----!>
padding: 5px;  
!----align tulisan anda (justify, center, left atau right) ----!>
text-align: justify;  <
 <!----lebar scrollbox----!>
width: 480px;"> 
<!----tutup tag untuk div----!>
</div> 
<!----tutup tag untuk center----!>
</center> 
<----BUAT SCROLLBOX---->

 SEMUDAH ABC KAN?

by Amyra javaroses
07 February 2013

ADAB SEORANG PELAJAR



Tak tergambar rasa seronoknya dapat menjadi cikgu ni… Siap kene interview dengan pengetua dulu…

Pengetua: “Macam mana perasaan awak nak mengajar mereka semua nanti?”


Aku: “Saya tak sabar-sabar ni madam…Rasa excited sangat…”

(Lalu menyegih laaa barisan para top management ni)

Monolog aku: Haih….Apekehei deme menyengih ni… Salah ke aku kata?????

Pengetua: “Apa yang saya boleh cakap, jangan bagi muka pada mereka semua… Mereka ni suka teeeeeettttttt dengan cikgu baru…”

Aku: “Tak pa madam… Saya boleh handle…”

Nak jadi cerita, waktu pertama aku kene bakar hidup-hidup.. Siap kene carut depan-depan… Hahahaaaaa… Wokeeeyyyy… Bebudak ni memang tak boleh bagi muka… Siap laaaa korang esok… Aku bagi syarahan sampai bernanah telinga…

Hakikatnya, rambut sama hitam, hati je lain-lain… Dulu, sekolah yang aku ngajar punya laaaa baiknye semua… Memang  tak berani nak biadap dengan cikgu…

Bila masuk kelas lain, memang  terkejut beruk laaaa katakan… Pelajar-pelajar zaman sekarang, punya laaaaaa tiada hormat dengan cikgu zaman sekarang…  Dimana silapnya ni semua? Sapa yang patut ajar kesopanan ni? Adakah ibu bapa? Cikgu? Haaaa… Jawab laaaa sendiri…
.
Keesokan harinya, satu slot aku ambil untuk bagi tazkirah kat bebudak ni sume… Ada yang dengar, ada yang tak… Bagi aku, aku dah jalankan tanggungjawab untuk menegur dieorang sume…

Rileks… Ini bukan laaa pengakhiran… Ini baru permulaan…

by Amyra javaroses
01 February 2013

KENAPA KITA PERLU BELAJAR?


Istilah belajar itu merujuk kepada menuntut ilmu dan keperluan untuk belajar seringkali dikaitkan dengan kehidupan masa hadapan dengan penganugerahan skrol ijazah, diploma atau sijil. Namun, apa yang perlu kita ketahui adalah bukanlah kepentingan untuk memiliki ijazah atau diploma tetapi ilmu yang kita perolehi.

Berdasarkan ayat pertama yang diturunkan oleh Allah SWT kepada Rasulullah SAW iaitu:

Firman Allah SWT: Bacalah (wahai Muhammad) dengan nama Tuhanmu yang menciptakan (sekelian makhluk).
Lalu, datang perintah menyuruh Rasulullah SAW agar dapat membaca, walaupun tidak dapat menulis. Justeru, baginda segera diberi sebuah kitab yang akan dibacanya sekalipun baginda pada asalnya tidak tahu menulis.

Jadi di sini, kita dapat melihat perkataan yang pertama iaitu BACALAH. Perkataan BACALAH terlalu subjektif bagi mana-mana perspektif setiap insan di muka bumi ini. Namun apa yang kita perlu ketahui adalah tanggunjawab kita sebagai hamba Allah untuk menuntut ilmu.

Dengan apa cara kita perlu menuntut ilmu? Semestinya dengan belajar dan belajar itu tidak semestinya perlu berada di sekolah setiap masa. Setiap hari kita sebagai hamba Allah di muka bumi ini mempelajari benda yang baharu yakni pembelajaran berterusan yang tidak ada perbezaan umur dalam menimba ilmu pengetahuan.

Menuntut ilmu yang sebenarnya hendaklah ikhlas kerana Allah dan ia adalah wajib bagi setiap muslim. Bukan untuk ditunjuk mahupun angkuh. Tanamkan niat dan azam di dalam sanubari supaya kita ikhlas menuntut ilmu serta kemahuan untuk maju ke hadapan dengan tuntutan tersebut berdasarkan Al-Quran, sunnah dan hadis. Ibarat melihat dunia dari pandangan akhirat.

Dengan memiliki ilmu, in-sya-Allah hidup kita akan beroleh kesenangan di dunia mahupun di akhirat. Sekiranya tidak mempunyai ilmu, kehidupan akan teruambing-ambing dan seringkali menghadapi masalah untuk meneruskan kehidupan.

Kesimpulannya, tidak bermakna mempunyai ijazah kita akan memperolehi rezeki yang banyak. Apa yang perlu ada dalam setiap muslim adalah ilmu. Tidak kisahlah akademik ataupun kemahiran.

by Amyra javaroses

Sabda

Rasulullah S.A.W juga pernah bersabda maksudnya “Didiklah anak-anakmu dengan 3 perkara iaitu mencintai nabinya, mencintai ahli bait (keluarga)nya dan bacaan al-Quran, kerana ahli al-Quran itu mendapat naungan Allah pada hari yang tiada naungan melainkan naunganNya bersama-sama para Nabi”.

Berperang untuk melawan sikap malas, bersemangat untuk belajar, pasti akan dialami. Ini bukan saat untuk terlelap, terbuai dalam mimpi tak berujung. Tiada istilah lelah dan penat, untuk menjadi sang pejuang.

MORE ABOUT AUTHORS


Hi! This is Amyra, admin of concretejavaroses.blogspot.com and many more. A small blogger and started blogging as a hobby. Previously, I worked as a tutor and teacher, and of course currently, I worked as Kuli at Government Sector. I am running a number of Blog/Sites from my living room. Do contact me if u olls have any problems with ur sites. gtg. Catch ya later. =)