Recent Post
the authors
I HEART YOU
Word world
Being deeply loved by someone gives u strength, while loving someone deeply gives u courage. yes..i mean u...
MY QUOTES
People think that the most painful thing in life is losing the one value, the truth is, the most painful thing is losing yourself in the process of valuing someone too much and forgetting that you are special too...
Amyra Top Posts
Archives
-
▼
2016
(1)
- ▼ March 2016 (1)
-
►
2015
(5)
- ► March 2015 (1)
- ► January 2015 (1)
-
►
2014
(67)
- ► October 2014 (11)
- ► September 2014 (2)
- ► August 2014 (5)
- ► April 2014 (7)
- ► March 2014 (2)
- ► February 2014 (6)
- ► January 2014 (7)
-
►
2013
(82)
- ► December 2013 (5)
- ► November 2013 (13)
- ► October 2013 (8)
- ► September 2013 (3)
- ► August 2013 (6)
- ► April 2013 (3)
- ► March 2013 (5)
- ► February 2013 (6)
- ► January 2013 (5)
-
►
2012
(7)
- ► December 2012 (2)
- ► November 2012 (2)
- ► October 2012 (2)
- ► September 2012 (1)
Labels
SHOUT OUT
>>Chat<<
by Amyra Javaroses
Contact Me
Cinta padaNya
Sekiranya kita cinta kepada manusia, tidak semestinya manusia akan cintakan kita. Tetapi sekiranya kita cintakan Allah nescaya cinta Allah tiada penghujungnya. Sekiranya kita cinta kepada manusia, kita akan cemburu kepada orang yang mencintai orang yang kita cintai. Tetapi sekiranya kita cinta kepada Allah, kita akan turut mencintai orang yang melabuhkan cintanya kepada Allah juga.
TENTANG BLOGGING
Aduh, ada rakan blogger tadi blogwalking kat site aku. Tanya, “mira, kenapa aku tak boleh komen post ko???”; “mira, mana ko dapat layout / template cenggini?”; “mcm mana nak buat Drop Down Menu mcm ngko ni?”; “mcm mana ko buat sidebar ni?”; “dekat Galleries picture tu mcm mana ko buat gambar tu appear mcm tu?”; “icon ko untuk social network mcm mana takde background putih belakang?”
Begitulah….
Aku di tanya macam-macam…..
Maaf laa rakan blogger. Aku ni jenis lambat nak update dengan pertanyaan korang. Kalau di Facebook pun, dah tak active pun. Sama gak social network yang lain, dah tak active sebab aku sibuk. Dan lagi satu hal, aku dah kurang sikit nak bersosial menggunakan Facebook, Twitter, Instagram, Slideshare atau Scribd.
Semak…
Berbalik kepada soalan di tanya rakan blogger,
Soalan Pertama: “Kenapa aku tak boleh komen post ko???”
Aku tak nak letak komen box sebab aku tak nak di komen. Ilmu aku bagi sekadar share pada orang lain. Nak plagiat, silakan. Nak gunakan ilmu aku bagi, silakan. Nak komen negative atau kutuk aku, tekan butang message. Aku tak layan keyboard warrior, tapi kalau nak lawan, silakan. Aku jenis suka privatekan semua komen-komen ini semua. Harap maklum.
Soalan Kedua: “Mana ko dapat layout / template cenggini?”
Aku dah lama menceburi bidang website development ni nak dekat 7 tahun. Dapat upah buat sites user lain secara kecil-kecilan pun ada. Dari header, poster dan art digital semua aku belajar. Software untuk website development ni banyak kat pasaran. Antaranya, Adobe Dreamweaver, CoffeeCup, Artisteer, Microsoft Web Matrix, Joomla, Sothink DHTML Menu dan Corel Paint Shop Pro. Aku develop semuanya blog aku dalam software ini, then aku import ke site aku. Tutorial banyak. Sila google.. =)
Soalan Ketiga: “Mcm mana nak buat Drop Down Menu mcm ngko ni?”
Aku ada buat tutorial tempoh hari. Siap ada picture lagi. Sila view disini.
Soalan Keempat: “Mcm mana ko buat sidebar ni?”
Pegi ke Dashboard > Layout > Add a Gadget > HTML / Java Script. Di sini, rakan blogger boleh modify coding yang korang nak. Terpulang, samada nak guna coding direct dari sites yang sediakan pimp coding, tapi perlu diingat.. Selalunya..Laman web yang menyediakan perkhidmatan pimp coding ni meletakkan embedded coding untuk akses ke laman web korang. Sedar-sedar, site dah kene hacked. So, hati-hatilah.
Soalan Kelima: “dekat Galleries picture tu mcm mana ko buat gambar tu appear mcm tu?”
Aku guna coding HTML. Google > Coding for animated picture.
Soalan Keenam: “Icon ko untuk social network mcm mana takde background putih belakang?”
Kalau korang lihat kat “Find Me” tu, ada macam-macam shortcut tuk social network aku kan. Jadi, untuk tidak meng”copy” icon yang ada background putih tu, korang kene import icon tu DULU ke dalam Graphic Manipulation Software. Contohnya, Adobe Photoshop, GIMP atau PhotoFiltre. Korang setkan size yang korang nak, tukar background putih kepada transparent dan save dalam format .GIF.
Nota kaki: Aku frust Ariana Rose bukan dengan Harith. Harith tu handsome, kenapa laaa Ariana pilih Adam. Kahkahkah…
by Amyra javaroses
SISTEM KOMPUTER
PERKEMBANGAN KOMPUTER
CPU (Central Processing Unit)
CPU merupakan perkakasan yang berfungsi untuk menterjemah dan melaksanakan arahan aturcara dan berkomunikasi dengan input,output dan pranti storan kawalan. Komputer boleh menghantar pada kelajuan 654,000 kaki sesaat. Kelajuan pemprosesan komputer adalah penting dalam melancarkan perjalanan urusan seharian seperti pengeluaran wang, penempahan tiket kapall terbang, penempahan bilik hotel dan sebagainya.CPU MENGANDUNGI TIGA KOMPENAN UTAMA:-
- Unit Kawalan
Unit kawalan mengandungi litar yang akan mengarahkan keseluruhan sistem untuk melaksanakan arahan aturcara yang mengkoordinasikan bahagian-bahagian lain. Ia juga memberitahu peranti input apabila input tambahan diperlukan dan memberi arahan kepada peranti output di mana maklumat disediakan untuk output.
Unit kawalan tidak menyimpan data atau aturcara. Ia dilakukan oleh unit storan utama di mana data dan aturcara disimpan setiap kenyataan dalam aturcara. Komputer merupakan input, unit kawalan akan menterjemahkan setiap pernyataan dan mengarahkannya kepada kompenan CPU.
- Unit Arithmatik dan Logik (ALU)
Unit arithmatik dan logik merupakan bahagian CPU yang membuat pengiraan dan perbandingan data berdasarkan arahan yang di terima dari unit kawalan. Unit arithmatik dan logik mengawal kelajuan pengiraan. Operasi arithmatik adalah operasi matematik + , - , * dan / . Operasi logikal mengandungi operasi perbandingan seperti = , < , > , <>, <= dan >= .
- Storan Utama
Storan Utama dipanggil sebagai ingatan utama. Ingatan utama adalah sebahagian daripada komputer yang menyimpan:-
i. Data yang di proses; ii. Arahan untuk pemprosesan aturcara; iii. Memproses data yang sedang menunggu untuk dijadikan output.
- Storan Sekunder
Storan Sekunder di panggil storan auxiliary dan secara fizikal terletak di luar pemprosesan. Storan Sekunder boleh didapati dalam pelbagai bentuk seperti pita bermagnet, cekera keras dan disket.
Kelebihan Storan Sekunder adalah seperti berikut:-
i. Ekonomi ; Lebih jimat untuk menyimpan data pada media bermagnet daripada kabinet atau di dalam storan utama.
ii. Muatan ;Terdapat lebih muatan dalam storan sekunder berbanding dengan storan utama.
iii. Keselamatan; Data selalunya disimpan dalam storan sekunder supaya ia lebih selamat daripada gangguan pengguna yang tidak sah atau daripada pencerobohan data maklumat.
Sabda
Rasulullah S.A.W juga pernah bersabda maksudnya “Didiklah anak-anakmu dengan 3 perkara iaitu mencintai nabinya, mencintai ahli bait (keluarga)nya dan bacaan al-Quran, kerana ahli al-Quran itu mendapat naungan Allah pada hari yang tiada naungan melainkan naunganNya bersama-sama para Nabi”.
Berperang untuk melawan sikap malas, bersemangat untuk belajar, pasti akan dialami. Ini bukan saat untuk terlelap, terbuai dalam mimpi tak berujung. Tiada istilah lelah dan penat, untuk menjadi sang pejuang.
MORE ABOUT AUTHORS
Hi! This is Amyra, admin of concretejavaroses.blogspot.com and many more. A small blogger and started blogging as a hobby. Previously, I worked as a tutor and teacher, and of course currently, I worked as Kuli at Government Sector. I am running a number of Blog/Sites from my living room. Do contact me if u olls have any problems with ur sites. gtg. Catch ya later. =)