Recent Post
the authors
I HEART YOU
Word world
Being deeply loved by someone gives u strength, while loving someone deeply gives u courage. yes..i mean u...
MY QUOTES
People think that the most painful thing in life is losing the one value, the truth is, the most painful thing is losing yourself in the process of valuing someone too much and forgetting that you are special too...
Amyra Top Posts
Archives
-
▼
2016
(1)
- ▼ March 2016 (1)
-
►
2015
(5)
- ► March 2015 (1)
- ► January 2015 (1)
-
►
2014
(67)
- ► October 2014 (11)
- ► September 2014 (2)
- ► August 2014 (5)
- ► April 2014 (7)
- ► March 2014 (2)
- ► February 2014 (6)
- ► January 2014 (7)
-
►
2013
(82)
- ► December 2013 (5)
- ► November 2013 (13)
- ► October 2013 (8)
- ► September 2013 (3)
- ► August 2013 (6)
- ► April 2013 (3)
- ► March 2013 (5)
- ► February 2013 (6)
- ► January 2013 (5)
-
►
2012
(7)
- ► December 2012 (2)
- ► November 2012 (2)
- ► October 2012 (2)
- ► September 2012 (1)
Labels
SHOUT OUT
>>Chat<<
by Amyra Javaroses
Contact Me
Cinta padaNya
Sekiranya kita cinta kepada manusia, tidak semestinya manusia akan cintakan kita. Tetapi sekiranya kita cintakan Allah nescaya cinta Allah tiada penghujungnya. Sekiranya kita cinta kepada manusia, kita akan cemburu kepada orang yang mencintai orang yang kita cintai. Tetapi sekiranya kita cinta kepada Allah, kita akan turut mencintai orang yang melabuhkan cintanya kepada Allah juga.
ALHAMDULILLAH
Alhamdulillah.. Nilah first entry aku untuk tahun 2015..Takda apa yang menarik untuk dikongsikan bersama. Pejam celik, pejam celik dah 5 bulan aku bernikah.. Dan alhamdulillah, baby bump makin nampak besarnya.. Wheeeyy...
Mana mungkin tak happy bila aku dengan encik suami g scan perut. Saje je nak tengok mok mok ni buat ape dalam perut kan..
Aku : "Doktor, apa yang berkelip-kelip tu??"
Doktor: "Tu jantung die.."
Gila rasa nak meleleh air mata aku ni, namun aku gagahkan jugak sebab malu kat encik suami.. Mana tao kene troll sampai balik umah nanti. Tak ke haru kan.. Dah laa sepanjang preggy ni, semua benda aku nak sentap. Haaaa, tapi sentap dengan encik suami sendiri.. Dengan orang lain aku rileks je..
Alahan pulak, aiseh man.. makin mengganas.. Bau nasi muntah, bau orang tumis makanan muntah, bau rokok @ asap muntah, bau deodorant muntah, bau minyak rambut muntah, bau perfume muntah, tengok makanan berlauk muntah, tengok ayam muntah, semua laa muntah..
At last, pegi cafe, makan bihun sup laa, mee kari laa, mee rebus laa.. Sebab mok mok punya pasal, ibu gagahkan diri tutup idong telan makanan tu, kalau tak makan, mok mok berguling dalam perut ibu kan.. =)
Ramai tanya, laki ke perempuan. Ade yang buat ramalan tengok perut ni laa.. Tengok pe benda aku makan.. Entah laa, semenjak mengandung ni, aku suka makan buah.. Buah anggur, jambu air dan apple.. Deme kata anak lelaki..Ade yang cakap sebab perut aku nampak melebar, tu yang cakap anak perempuan.. Tapi aku tengok perut aku meruncing je.. Nampak macam anak lelaki je kan??
Dah laa makin galak, budak laki yang kecik dan comei-comei aku jumpa, semua takot ngan aku.. Waaa, aku dah laa suka budak laki kan tapi sume lintang pukang xmo main ngan aku.. Yang datangnya budak perempuan.. Bak kate kakak aku, "nampak sangat kamu ngandung anak lelaki ni mira".
Aku tak kisah lelaki ke perempuan asalkan cukup rupa dan sifatnya serta sempurna akal dan akhlaknya. Pernah encik suami bertanya, "Sayang, kalau ALlah kurniakan anak pada kita, apa niat sayang??" Aku terkedu.. Diam seribu bahasa.. Jawab encik suami, "Dengan kurniaan anak yang Allah bagi, niatkan yang anak ini adalah pembela ibubapanya, pembela saudara-maranya, pembela guru-gurunya, pembela umat Islam dan yang penting pembela agama Islam".
So kawan-kawan, kalau dah kahwin, bila nak anak, niatkan benda ni.. Mak aku pun cakap benda yang sama.
Tak lupa juga, dengan rezeki mok mok ni, pengarah ibu dah approve surat tukar ibu dari Putrajaya ke Perak. Alhamdulillah, rezeki anak ibu kan.. Ibu tau mok mok ni anak abah. Dapat makan kambing, dari petang sampai malam dok diam dalam perut takda buat ibu muntah. Anak bapok betoi. Sama ngan abahnya, suka makan daging kambing..
Ok, nak g lunch dengan BFF.. Hopefully, aku tak muntah lagi kat cafe tu.
#Asalnya nak update pasal KPOP cium budak Melayu tu, tapi aku simpan entry tu dulu.. Just nak cakap, "Alhamdulillah, saya tak minat KPOP, begitu juga suami, tak minat KPOP. Hopefully, mok mok ibu tak minat KPOP tao sebab ibu nak mok mok jadi macam Ustaz Don." ^__^
SALAM MAAL HIJRAH 1436H
"Kesusahan bagiku dan sia-sialah pekerjaanku menggoda anak Adam pada setahun ini dan Allah binasakan aku satu saat jua. Dengan sebab membaca doa ini, Allah ampunkan dosanya setahun."
"Telah amanlah anak adam ini daripada godaan pada tahun ini kerana Allah telah mewakilkan dua Malaikat memeliharanya daripada fitnah Syaitan."
Sabda
Rasulullah S.A.W juga pernah bersabda maksudnya “Didiklah anak-anakmu dengan 3 perkara iaitu mencintai nabinya, mencintai ahli bait (keluarga)nya dan bacaan al-Quran, kerana ahli al-Quran itu mendapat naungan Allah pada hari yang tiada naungan melainkan naunganNya bersama-sama para Nabi”.
Berperang untuk melawan sikap malas, bersemangat untuk belajar, pasti akan dialami. Ini bukan saat untuk terlelap, terbuai dalam mimpi tak berujung. Tiada istilah lelah dan penat, untuk menjadi sang pejuang.
MORE ABOUT AUTHORS
Hi! This is Amyra, admin of concretejavaroses.blogspot.com and many more. A small blogger and started blogging as a hobby. Previously, I worked as a tutor and teacher, and of course currently, I worked as Kuli at Government Sector. I am running a number of Blog/Sites from my living room. Do contact me if u olls have any problems with ur sites. gtg. Catch ya later. =)