Recent Post
the authors
I HEART YOU
Word world
Being deeply loved by someone gives u strength, while loving someone deeply gives u courage. yes..i mean u...
MY QUOTES
People think that the most painful thing in life is losing the one value, the truth is, the most painful thing is losing yourself in the process of valuing someone too much and forgetting that you are special too...
Amyra Top Posts
Archives
-
▼
2016
(1)
- ▼ March 2016 (1)
-
►
2015
(5)
- ► March 2015 (1)
- ► January 2015 (1)
-
►
2014
(67)
- ► October 2014 (11)
- ► September 2014 (2)
- ► August 2014 (5)
- ► April 2014 (7)
- ► March 2014 (2)
- ► February 2014 (6)
- ► January 2014 (7)
-
►
2013
(82)
- ► December 2013 (5)
- ► November 2013 (13)
- ► October 2013 (8)
- ► September 2013 (3)
- ► August 2013 (6)
- ► April 2013 (3)
- ► March 2013 (5)
- ► February 2013 (6)
- ► January 2013 (5)
-
►
2012
(7)
- ► December 2012 (2)
- ► November 2012 (2)
- ► October 2012 (2)
- ► September 2012 (1)
Labels
SHOUT OUT
>>Chat<<
by Amyra Javaroses
Contact Me
Cinta padaNya
Sekiranya kita cinta kepada manusia, tidak semestinya manusia akan cintakan kita. Tetapi sekiranya kita cintakan Allah nescaya cinta Allah tiada penghujungnya. Sekiranya kita cinta kepada manusia, kita akan cemburu kepada orang yang mencintai orang yang kita cintai. Tetapi sekiranya kita cinta kepada Allah, kita akan turut mencintai orang yang melabuhkan cintanya kepada Allah juga.
RAMADHAN DATANG LAGI
“Mira, bangun..Sahur ni.”
Aku berjalan menuju ke dapur untuk bersahur…
Waaahhh.. Aku dah besar rupanya. Tak lama lagi aku mendirikan rumah tangga. Alhamdulillah, semuanya berjalan lancar.
Tatkala aku mengimbau masa lampau serta merancang masa hadapan, aku terdengar sebuah lagu yang menyentuh kalbuku… Cheeewaaahh…
^^Ku mengharapkan Ramadhan kali ini penuh makna | Agar dapat kulalui dengan sempurna
^^Selangkah demi selangkah | Setahun sudah pun berlalu Masa yang pantas berlalu
^^Hingga tak terasa ku berada di bulan Ramadhan semula
^^Ku memohon pada Tuhan diberikan kekuatan |Ku merayu pada Tuhan diterima amalan
^^Selangkah demi selangkah dengan rahmatMu oh Tuhanku |Ku tempuh jua
Bila tiba Ramadhan, ramai sudah fikir esok juadah berbuka apa. Hehehehe… Sama laaa kita semua. Tapi, adakah kita berfikir, sempena Ramadhan ini kita nak kurangkan kontroversi dan nak tambahkan pahala ibadah kita.
Oppss.. Ibadah tu tidak semestinya solat sahaja. Ibadah tu menyeluruh. Sebagai contohnya, kesederhanaan dalam kehidupan seharian adalah suatu ibadah. Malu pun suatu ibadah.
Huhuhu… Aku pun tidak berapa pandai bab agama. Belajar pun tak habis lagi..
Point sekarang ni, apa significant-nya bila tiba bulan Ramadhan ni nak minta maaf??? Kenapa mesti bulan Ramadhan baru nak minta maaf sedangkan banyak bulan yang lain. Aku pun tak faham dengan reality masyarakat sekarang.
Tahukah anda, kita digalakkan sebelum tidur untuk memaafkan kesalahan orang sekeliling. Baru hidup rasa tenang dan aman.
Tak nak memaafkan orang? Pergh… Besarnya kita tak nak maafkan orang lain. Takut aku kalau ada yang ego tak nak maafkan orang. Tapi, sapalah aku untuk bersangkal kerna Allah Maha Mengetahui apa yang terpendam di dalam lubuk hati hambaNya.
Kepada blogger yang singgah di blog aku, andainya jika kalian baca mana-mana artikel aku, kalian ada terasa hati, aku memohon ampun dan maaf.
Selamat berpuasa. Dah terawih? Kalau belum moh kita terawih… =)
by Amyra javaroses
ADA APA DENGAN BLOG
Kadang-kadang, ada kawan tanya pada aku.
"Eh mira, apesal ko suka update blog? Ada orang nak baca ke?"
atau
"Aku tak faham laa blogger. Dieorang update blog tulis sana sini takde life ke?"
Haaa... Meh cini aku sekolahkan ko dik... Ko tak faham feel menulis ni. Ko nak share pengalaman hidup ko, ko nak tunjuk outcome dari kerja ko atau memang habit ko macam tu.
Blog aku ni dikategorikan blog rojak. Aku menulis ikut mood. Kadang-kadang aku nak luahkan apa yang terpendam ni melalui penulisan. Of course, yang hakikinya kita patut luahkan pada Ilahi, tapi tujuan utama aku menulis adalah untuk berkongsi kesilapan yang telah aku lakukan serta memberi pengajaran pada orang sekeliling.
Aku tak harap orang baca atau orang komen. Malahan aku tak kisah sesiapa di luar sana nak jadi follower aku ke tak. Kalau nak cakap statistik berapa orang view tu beratus ribu kot.. (hahaha... blagak siot)
Aku tutup komen bukan tak nak berkomen balik, aku takda masa nak respon komen orang. Nanti tak komen ada yang pedih hati. Semua social network aku berhabuk. Contohnya FB.. Aku tak update pape dah. Dah takde spesel pun FB untuk aku. Even Twitter, Instag or sort of that. Aku nak settle down, so bila dah jadi isteri kene stop everything mengenai social networking. Maybe after married pun aku akan stop berblogging kalau keadaan menuntut supaya aku berhenti.
Ada setengah mengatakan penulisan yang menarik tu bergantung dengan cara kita tulis. Untuk mendapat penulisan yang menarik, kene dapat idea / ilham dari situasi yang pelik. Yup, itu betoi. Tengah berak pun aku bole dapat ilham nak tulis ape. Yang penting jangan cilok idea orang.
Kadang-kadang entry-nya...perrrghhhh power dengan gambar yang hot. Haaa, itu bukan aku nak adakan entry power. Aku takda masa nak bubuh gambar macam ala-ala hot gitu. Kihkihkih...
Mengenai stetement takde life kan, aku ada life sebenarnya. Hangout dengan kawan kerja, kawan rumah serta BFF kat hometown. Aku bukan macam segelintir masyarakat yang dah g lepak, sikit-sikit nak update kat FB. Tunjuk lepak kat mana dan buat muka duck face.
Haaaa, lantak korang laaa... Aku takda masa nak kutuk duck face korang dan lifestyle korang hangout sana sini cuma aku nak tanya, apa motifnya ko update sana sini??? Ko nak tunjuk ko kaya ke so ko bole lepak situ? Ko buat muka duck face apedehal? Sebab ko boleh buat muke duck face orang lain tak bole itu pasal ko tunjuk tu? Kang ak tunjuk muke orang utan aku ko pengsan pulak. Bajet hot mintak berapa ratus like kan... Haaa, ape pun tak boleh.
Aku dulu macam tu. Tapi, aku nak bagi tahu korang satu benda. Kalau aku dapat patah balik masa, aku takkan update pape pun. Kalau boleh aku rasa tak perlu bukak akaun FB, twitter atau Instag. Rasa macam budak-budak update macam tu. Style aku, life aku adalah privacy aku.
Blog ini diwujudkan pun atas dasar aku nak kongsi ilmu. Kalau aku kongsi life aku berkemungkinan tak sampai 1%. Itupun aku kongsikan melalui penulisan secara berhikmah. Maksudnya, cerita dalam cerita laa... Huhuhu..
Ape pun, sesiapa yang baca entry ni takde heart feeling ok.. Kalau terguris atau terasa atau sakit hati, aku minta maaf. Aku tegur ni pun bukan sebut nama sapa pun. Kalau baca, terasa pun maksudnya ko memang buat keje macam ni laa kan. So, sekali lagi... Aku minta maaf di atas apa yang aku tulis artikel ni.
Selamat berpuasa yok.. x)
by Amyra javaroses
Sabda
Rasulullah S.A.W juga pernah bersabda maksudnya “Didiklah anak-anakmu dengan 3 perkara iaitu mencintai nabinya, mencintai ahli bait (keluarga)nya dan bacaan al-Quran, kerana ahli al-Quran itu mendapat naungan Allah pada hari yang tiada naungan melainkan naunganNya bersama-sama para Nabi”.
Berperang untuk melawan sikap malas, bersemangat untuk belajar, pasti akan dialami. Ini bukan saat untuk terlelap, terbuai dalam mimpi tak berujung. Tiada istilah lelah dan penat, untuk menjadi sang pejuang.
MORE ABOUT AUTHORS
Hi! This is Amyra, admin of concretejavaroses.blogspot.com and many more. A small blogger and started blogging as a hobby. Previously, I worked as a tutor and teacher, and of course currently, I worked as Kuli at Government Sector. I am running a number of Blog/Sites from my living room. Do contact me if u olls have any problems with ur sites. gtg. Catch ya later. =)