Recent Post

the authors


Name : Amirah binti Abdul Rashid


Origin Hometown : Ipoh

Field: Computer Engineering


Full-time : IT Assistant


Part-time : Tutor, Web Designer & Writer


Expertise : Web Development, Graphic and Multimedia Designer

Went through

Daisypath Anniversary tickers

I HEART YOU

Word world

Being deeply loved by someone gives u strength, while loving someone deeply gives u courage. yes..i mean u...

Galleries

MY QUOTES

People think that the most painful thing in life is losing the one value, the truth is, the most painful thing is losing yourself in the process of valuing someone too much and forgetting that you are special too...

SHOUT OUT

>>Chat<<


by Amyra Javaroses

Contact Me

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.

Cinta padaNya

Sekiranya kita cinta kepada manusia, tidak semestinya manusia akan cintakan kita. Tetapi sekiranya kita cintakan Allah nescaya cinta Allah tiada penghujungnya. Sekiranya kita cinta kepada manusia, kita akan cemburu kepada orang yang mencintai orang yang kita cintai. Tetapi sekiranya kita cinta kepada Allah, kita akan turut mencintai orang yang melabuhkan cintanya kepada Allah juga.

Find Me

Compatible with


Contact me at

    amyramia87@gmail.com


  +6019XXXXXX

Follow me at



26 January 2014

SISTEM KOMPUTER


PERKEMBANGAN KOMPUTER

Komputer berasal daripada perkataan lain ‘Computare’ bermaksud mengira seperti mesin kira, slide rule dan lain-lain.  Komputer adalah media elektronik yang berupaya menterjemahkan dan melaksanakan arahan-arahan input, output dan operasi logik.

Komputer membaca daripada media input atau media storan dan menulis pada media output atau media storan. Biasanya data input dimasukkan oleh operator data ke dalam media storan melalui papan kunci dan dapat dilihat pada monitor. Apabila  data dan maklumat  telah diproses maka outputnya boleh ditulis pada media output seperti alat cetak atau cakera.

CPU  (Central Processing Unit)

CPU merupakan perkakasan yang berfungsi untuk menterjemah dan melaksanakan arahan aturcara dan berkomunikasi dengan input,output dan pranti storan kawalan. Komputer boleh menghantar pada kelajuan 654,000 kaki sesaat.  Kelajuan pemprosesan komputer adalah penting dalam melancarkan perjalanan urusan seharian seperti pengeluaran wang, penempahan tiket kapall terbang, penempahan bilik hotel dan sebagainya.

CPU MENGANDUNGI TIGA KOMPENAN UTAMA:-


  • Unit Kawalan 

Unit kawalan mengandungi litar yang akan mengarahkan keseluruhan sistem untuk melaksanakan arahan aturcara yang mengkoordinasikan bahagian-bahagian lain.  Ia juga memberitahu peranti input apabila input tambahan diperlukan dan memberi arahan kepada peranti output di mana maklumat disediakan untuk output.
Unit kawalan tidak menyimpan data atau aturcara.  Ia dilakukan oleh unit storan utama di mana data dan aturcara disimpan setiap kenyataan dalam aturcara.  Komputer merupakan input, unit kawalan akan menterjemahkan setiap pernyataan dan mengarahkannya kepada kompenan CPU.

  • Unit Arithmatik dan Logik (ALU)

Unit arithmatik dan logik merupakan bahagian CPU yang membuat pengiraan dan perbandingan data berdasarkan arahan yang di terima dari unit kawalan.  Unit arithmatik dan logik mengawal kelajuan pengiraan.  Operasi arithmatik adalah operasi matematik  + , - , * dan / .  Operasi logikal mengandungi operasi perbandingan seperti = , < , > , <>, <= dan >= .

  • Storan Utama

Storan Utama dipanggil sebagai ingatan utama.  Ingatan utama adalah sebahagian daripada komputer yang menyimpan:-

i.  Data yang di proses; ii.  Arahan untuk pemprosesan aturcara; iii. Memproses data yang sedang menunggu untuk dijadikan output.  

  • Storan Sekunder

Storan Sekunder di panggil storan auxiliary dan secara fizikal terletak di luar pemprosesan. Storan Sekunder boleh didapati dalam pelbagai bentuk seperti pita bermagnet, cekera keras dan disket.

Kelebihan Storan Sekunder adalah seperti berikut:-

i.  Ekonomi ; Lebih jimat untuk menyimpan data pada media bermagnet daripada kabinet atau di dalam storan utama.

ii.   Muatan ;Terdapat lebih muatan dalam storan sekunder berbanding dengan storan utama.

iii.  Keselamatan; Data selalunya disimpan dalam storan sekunder supaya ia lebih selamat daripada gangguan pengguna yang tidak sah atau daripada pencerobohan data maklumat.

by Amyra javaroses

25 January 2014

KURSUS ke KURUS??


Entry kali ni.. Nak pegi kursus.. Haaaaa, tadi dah tempah hotel. Lega sket sebab dapat setel satu hal. Semua dokumen pun dah lengkap. Masih aku ingat lagi, nak piii buat medical checkup, test urine lagik. Tup-tup-tup, kat surat tu nak cop lab yang jalankan ujian urine tu. Pening dibuatnya… Banyak hal.. Dah tu pulak, nak pii buat Surat Sumpah laa, nak cop dari Pegawai Divisyen A laaa… Belum lagi benda yang kecik-kecik ni.

Alhamdulillah, semuanya setel.


Dah tu pulak, shopping beli barang nak g kursus. Dalam surat tulis benda yang asas je. Itu memang ler ada, tapi benda yang tidak tercatat tu bermain di minda. Perlu ke aku bawa??? Nak jadi citer, internet di hujung jari. Cari hot spot menarik, ape lagi, google laa.. Dapat laaa macam-macam...

Kebiasaannya, kursus induksi ni seminggu tapi aku kene attend kursus Pengenalan Asas.. jadi 2 minggu laa.. Jangan dikata, baju kurung hari-hari. Lenguh tangan iron baju. Siap state dalam surat nak baju batik hari Khamis. OK, bereh.. Nak baju batik, aku ade.. Set! Nak tracksuit, baju sukan laa bla..bla..bla.. Suma dah ada, pakai je laaa apa yang ada.. Jimat.

Yang lain, barang stationary, kertas, buku, torch light, toiletries, softlan, sabun buku, berus, baldi, ubat nyamuk, hanger, klip baju, pad, pantiliners, innerware, stoking, sarung tangan, pakaian solat, yassin, ubat-ubatan, kasut sukan, selipar, kasut hitam, sapu tangan, tisu… Ntah pe lagi laaa aku tak senarai. Tapi yang pasti, itu je laaa…

Masa yang ada, aku habiskan siap barang kawen. Baru dalam 30%. Banyak lagi ni. Baju nikah nak dekat siap. Baju kenduri belah perempuan pun sama, Cuma baju potong kek dan buka hadiah je dah setel. Tinggal doorgift, bunga pahar dan pelamin je laa.. Dewan dah tempah. Wedding planner dah amik. Caterer serta menu pun dah pilih. Owh, makeup dan photographer. Aduh… Tu yang pening tu. Ape lagi, photo booth dengan wedding props tak siap. Mak ai.. Banyak ni.

Macam mana, aku nak g kursus ni. Dah laa tak tahu posting kat mana. Jangan laa campak jauh-jauh tapi dah kene tepon dengan SPA, katenya memang nak campak kat Putrajaya pun. Tapi kan, penempatan ni suma di atas JPA.. Wuhaaaaa…. Tolong laaaa, letak je laa kat dalam Perak.. Takmau g jejauh….

Yang hanya boleh bantu, yang di ATAS yang paling berkuasa.

by Amyra javaroses

Sabda

Rasulullah S.A.W juga pernah bersabda maksudnya “Didiklah anak-anakmu dengan 3 perkara iaitu mencintai nabinya, mencintai ahli bait (keluarga)nya dan bacaan al-Quran, kerana ahli al-Quran itu mendapat naungan Allah pada hari yang tiada naungan melainkan naunganNya bersama-sama para Nabi”.

Berperang untuk melawan sikap malas, bersemangat untuk belajar, pasti akan dialami. Ini bukan saat untuk terlelap, terbuai dalam mimpi tak berujung. Tiada istilah lelah dan penat, untuk menjadi sang pejuang.

MORE ABOUT AUTHORS


Hi! This is Amyra, admin of concretejavaroses.blogspot.com and many more. A small blogger and started blogging as a hobby. Previously, I worked as a tutor and teacher, and of course currently, I worked as Kuli at Government Sector. I am running a number of Blog/Sites from my living room. Do contact me if u olls have any problems with ur sites. gtg. Catch ya later. =)