Recent Post
the authors
I HEART YOU
Word world
Being deeply loved by someone gives u strength, while loving someone deeply gives u courage. yes..i mean u...
MY QUOTES
People think that the most painful thing in life is losing the one value, the truth is, the most painful thing is losing yourself in the process of valuing someone too much and forgetting that you are special too...
Amyra Top Posts
Archives
-
▼
2016
(1)
- ▼ March 2016 (1)
-
►
2015
(5)
- ► March 2015 (1)
- ► January 2015 (1)
-
►
2014
(67)
- ► October 2014 (11)
- ► September 2014 (2)
- ► August 2014 (5)
- ► April 2014 (7)
- ► March 2014 (2)
- ► February 2014 (6)
- ► January 2014 (7)
-
►
2013
(82)
- ► December 2013 (5)
- ► November 2013 (13)
- ► October 2013 (8)
- ► September 2013 (3)
- ► August 2013 (6)
- ► April 2013 (3)
- ► March 2013 (5)
- ► February 2013 (6)
- ► January 2013 (5)
-
►
2012
(7)
- ► December 2012 (2)
- ► November 2012 (2)
- ► October 2012 (2)
- ► September 2012 (1)
Labels
SHOUT OUT
>>Chat<<
by Amyra Javaroses
Contact Me
Cinta padaNya
Sekiranya kita cinta kepada manusia, tidak semestinya manusia akan cintakan kita. Tetapi sekiranya kita cintakan Allah nescaya cinta Allah tiada penghujungnya. Sekiranya kita cinta kepada manusia, kita akan cemburu kepada orang yang mencintai orang yang kita cintai. Tetapi sekiranya kita cinta kepada Allah, kita akan turut mencintai orang yang melabuhkan cintanya kepada Allah juga.
POLIGAMI
Kebenaran lelaki berpoligami terkandung dalam ayat 3 surah an-Nisa bermaksud: “Dan jika kamu takut tidak dapat berlaku adil terhadap perempuan yatim apabila kamu mengahwininya, maka kahwin perempuan lain yang kamu senangi, dua, tiga atau empat.”
Kenapa perlu berpoligami? Pemahaman aku megenai bab poligami ini, sebab apa diharuskan berkahwin lebih dari SATU? Yang pertama, MANDUL-Isteri tidak dapat melahirkan zuriat. Si suami ingin mendapatkan zuriat melalui pernikahan yang sah.
“Dan janganlah kamu menghampiri zina, sesungguhnya zina itu adalah satu perbuatan yang keji dan satu jalan yang jahat ( yang membawa kerosakan ).” (Surah al-Isra’ : 32)
Yang kedua, ISTERI MENDERITA SAKIT YANG BERPANJANGAN yakni isteri tidak boleh melayan kehendak ehem..ehem.. si suami.. Yang ketiga, ISTERI SUKAR DIDIDIK yakni si isteri sering menimbulkan kemarahan dan tidak patuh kepada si suami. Yang keempat, SUAMI SENTIASA BERMUSAFIR menyebabkan si suami sentiasa keseorangan dan tuntutan nafsu sebagai seorang lelaki. Yang kelima, TABIAT BIOLOGI LELAKI BERBEZA DENGAN WANITA iaitu lelaki mempunyai SATU NAFSU DAN SEMBILAN AKAL. Yang kelima, JUMLAH WANITA LEBIH RAMAI DARI LELAKI.
Ok… Syarat berpoligami pula adalah (1) Seorang yang mampu berbuat adil; (2) Aman dari lalai beribadah kepada Allah; (3) Mampu menjaga isterinya; (4) Mampu memberikan nafkah.
Tetapi… Peliknya… Wahai kaum Adam, macam mana hati anda yang sayangnya pada seorang isteri boleh dibahagikan kepada dua, tiga dan empat??? Jawapnnya mudah: “Dah kami jatuh cinta, nak buat macam mana kan?” “Lagi pun kami ikut sunnah Rasulullah, si isteri dapat payung emas kan?”
Wahai kaum Adam, kaji balik sirah Rasulullah.. Baginda berkahwin atas dasar apa? Kesemua yang Baginda kahwini itu berstatus apa? Aku bertanya balik sebab ada yang pandai memutar belitkan sirah Rasulullah… Fakta atau Auta? Cakap jangan macam TIN KOSONG BOLEH TAK??? Lelaki zaman sekarang nak kahwin janda ke? For sure sume nak anak dara kan? Kalau janda pun mesti yang hot stuff kan?
Tetapi tak boleh disangkal, itulah fitrah lelaki. Kami ni kaum Hawa, wanita yang penuh dengan kelemahan.. Kami ni bengkok.. Mesti laaa sensitif dgn isu poligami. Bila wanita sudah bengkok, mereka memerlukan seorang lelaki yakni BAKAL IMAM DAN BAKAL WALID pada zuriat akan datang yang boleh memimpin kami sebagai si isteri hingga ke jannah.. Tetapi yang peliknya, lelaki itu sendiri yang bengkok, nak betulkan diri sendiri pun tak habis lagi… Inikan nak luruskan wanita? Tepuk dada, tanya selera…
Sesungguhnya, sukar untuk aku melihat Siti Khadijah pada zaman sekarang begitu juga dengan Muhammad. Yang ada hanya pada nama. Wahai kaum Hawa, jikalau kamu membantah bab poligami ini, ibarat kamu tidak boleh menerima firman Allah.. Fikir-fikirkanlah...
by Amyra javaroses
LELAKI...
Andai lelaki tahu..Apabila seorang perempuan itu mengalirkan air mata kerananya, itu bukan bermakna dia lemah tetapi dia sedang mencari kekuatan untuk terus tabah menyintai lelaki itu.
Andai lelaki tahu..Apabila seorang perempuan marah, memang dia tidak mampu mengawal perasaannya tapi percayalah, itulah maknanya dia sangat mengambil berat dan menyayangi lelaki itu. Lihat saja pasangan yang baru bercinta, mereka jarang bergaduh. Tetapi percayalah semakin bertambah sayang mereka pada seseorang, semakin pula banyak pertelingkahan yang berlaku.
Andai lelaki tahu..Apabila perempuan bercakap banyak, dia tidak pernah bermaksud untuk membuat anda rimas, tapi dia mahu lelaki mengenalinya dengan lebih dekat.
Andai lelaki tahu..Apabila perempuan berkata dia mahu anda berubah, itu bukan bermakna dia tidak mahu menerima anda seadanya, tetapi dia mahu menjadikan anda lebih baik, bukan untuk dirinya, tetapi untuk masa depan anda.
Andai lelaki tahu..Apabila perempuan cemburu dan tidak percayakan anda, bukan bermakna dia tidak sayang..tetapi dia terlalu sayangkan anda dan masih mengangap anda anak kecil yang masih memerlukan sepenuh perhatian. Kadang2 dia terlalu risau sekiranya terlalu percaya, anda akan mengkhianati kepercayaan yang diberi. Naluri keibuannya sangat kuat. Dia hanya mahukan yang terbaik untuk anda.
Andai lelaki tahu..Apabila perempuan merajuk, jangan kata dia mengada-ngada. Dia bukannya mahu dipujuk dengan wang ringgit atau hadiah sedozen, tetapi cukup dengan perhatian yang boleh buat perempuan rasa dihargai.
Andai lelaki tahu..Apabila perempuan jarang mengatakan ‘i love u’, itu tidak bermaksud dia tidak menyintai tetapi dia mahu lelaki itu merasai sendiri cintanya, bukan hanya hadir dari kata-kata tetapi juga melalui bahasa tubuhnya.
Andai lelaki tahu..Apabila perempuan kata dia rindu sama kamu, dia benar-benar maksudkannya. Apabila berjauhan, bayanganmu akan sentiasa bermain di mata.
Andai lelaki tahu..Apabila perempuan kata lelaki lain itu lebih baik dari kamu, jangan percaya kata-katanya kerana dia hanya mahu menguji kamu. Dia mahu melihat sejauh mana kamu sanggup menjadi yang terbaik di matanya. Walaupun sebenarnya memang kamulah yang terbaik di hatinya. Selagi dia dengan kamu, percayalah, walaupun perempuan menganggap masih ramai lagi yang lebih baik di matanya tetapi di hatinya, kamu tetap yang terbaik.
Andai lelaki tahu..Apabila perempuan menjadi degil, dia bukan bermaksud untuk menjadi degil tapi dia mahu melihat sejauh mana lelaki itu mampu bersabar dengan kerenahnya. Percayalah, hati perempuan itu sangat lembut. Andai kena caranya, jangan terkejut kalau akhirnya dia menukar fikirannya dalam masa sesaat.
Andai lelaki tahu..Apabila perempuan berkata, “tolong tinggalkan saya!”, dia tidak bermaksud menyuruh anda pergi selamanya. Dia hanya mahu menenangkan fikirannya sebentar saja. Apabila dia kembali tenang, percayalah dia akan mencari anda semula. Itu tandanya dia benar-benar menyintai anda. Perempuan sukar untuk mengawal perasaan. Dia terlalu emosional. Tapi dialah yang paling menyayangi anda dan sangat sensitif dengan perubahan pada diri anda.
Andai lelaki tahu..Sememangnya Allah menciptakan lelaki dan perempuan itu dengan perbezaan yang tersendiri. Tetapi sekiranya mereka saling memahami, mereka akan saling melengkapi dan menyempurnakan . Perempuan itu diciptakan oleh Allah indah sekali. Di sebalik air matanya, tersimpan seribu satu kekuatan yang bakal menjadikan seorang lelaki itu merasa selamat bersamanya. Biarpun zahirnya perempuan itu tampak lemah tapi dia punya kekuatan tersendiri yang bisa menggoncang dunia dan mungkin bisa pula membuat lelaki menjadi lemah kerananya. Jadi hargailah kehadiran seorang perempuan dalam hidup anda kerana dia didatangkan bukan dengan kelemahan sahaja tetapi dia juga ada kekuatan untuk menyongkong anda dan membuatkan hidup anda lebih sempurna. Dialah yang bakal menjadi perempuan bekerjaya, isteri juga ibu yang terbaik untuk anak2 anda.
#Credit to blog Cahaya Cinta
by Amyra javaroses
Sabda
Rasulullah S.A.W juga pernah bersabda maksudnya “Didiklah anak-anakmu dengan 3 perkara iaitu mencintai nabinya, mencintai ahli bait (keluarga)nya dan bacaan al-Quran, kerana ahli al-Quran itu mendapat naungan Allah pada hari yang tiada naungan melainkan naunganNya bersama-sama para Nabi”.
Berperang untuk melawan sikap malas, bersemangat untuk belajar, pasti akan dialami. Ini bukan saat untuk terlelap, terbuai dalam mimpi tak berujung. Tiada istilah lelah dan penat, untuk menjadi sang pejuang.
MORE ABOUT AUTHORS
Hi! This is Amyra, admin of concretejavaroses.blogspot.com and many more. A small blogger and started blogging as a hobby. Previously, I worked as a tutor and teacher, and of course currently, I worked as Kuli at Government Sector. I am running a number of Blog/Sites from my living room. Do contact me if u olls have any problems with ur sites. gtg. Catch ya later. =)