Recent Post

the authors


Name : Amirah binti Abdul Rashid


Origin Hometown : Ipoh

Field: Computer Engineering


Full-time : IT Assistant


Part-time : Tutor, Web Designer & Writer


Expertise : Web Development, Graphic and Multimedia Designer

Went through

Daisypath Anniversary tickers

I HEART YOU

Word world

Being deeply loved by someone gives u strength, while loving someone deeply gives u courage. yes..i mean u...

Galleries

MY QUOTES

People think that the most painful thing in life is losing the one value, the truth is, the most painful thing is losing yourself in the process of valuing someone too much and forgetting that you are special too...

SHOUT OUT

>>Chat<<


by Amyra Javaroses

Contact Me

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.

Cinta padaNya

Sekiranya kita cinta kepada manusia, tidak semestinya manusia akan cintakan kita. Tetapi sekiranya kita cintakan Allah nescaya cinta Allah tiada penghujungnya. Sekiranya kita cinta kepada manusia, kita akan cemburu kepada orang yang mencintai orang yang kita cintai. Tetapi sekiranya kita cinta kepada Allah, kita akan turut mencintai orang yang melabuhkan cintanya kepada Allah juga.

Find Me

Compatible with


Contact me at

    amyramia87@gmail.com


  +6019XXXXXX

Follow me at



01 February 2013

KENAPA KITA PERLU BELAJAR?


Istilah belajar itu merujuk kepada menuntut ilmu dan keperluan untuk belajar seringkali dikaitkan dengan kehidupan masa hadapan dengan penganugerahan skrol ijazah, diploma atau sijil. Namun, apa yang perlu kita ketahui adalah bukanlah kepentingan untuk memiliki ijazah atau diploma tetapi ilmu yang kita perolehi.

Berdasarkan ayat pertama yang diturunkan oleh Allah SWT kepada Rasulullah SAW iaitu:

Firman Allah SWT: Bacalah (wahai Muhammad) dengan nama Tuhanmu yang menciptakan (sekelian makhluk).
Lalu, datang perintah menyuruh Rasulullah SAW agar dapat membaca, walaupun tidak dapat menulis. Justeru, baginda segera diberi sebuah kitab yang akan dibacanya sekalipun baginda pada asalnya tidak tahu menulis.

Jadi di sini, kita dapat melihat perkataan yang pertama iaitu BACALAH. Perkataan BACALAH terlalu subjektif bagi mana-mana perspektif setiap insan di muka bumi ini. Namun apa yang kita perlu ketahui adalah tanggunjawab kita sebagai hamba Allah untuk menuntut ilmu.

Dengan apa cara kita perlu menuntut ilmu? Semestinya dengan belajar dan belajar itu tidak semestinya perlu berada di sekolah setiap masa. Setiap hari kita sebagai hamba Allah di muka bumi ini mempelajari benda yang baharu yakni pembelajaran berterusan yang tidak ada perbezaan umur dalam menimba ilmu pengetahuan.

Menuntut ilmu yang sebenarnya hendaklah ikhlas kerana Allah dan ia adalah wajib bagi setiap muslim. Bukan untuk ditunjuk mahupun angkuh. Tanamkan niat dan azam di dalam sanubari supaya kita ikhlas menuntut ilmu serta kemahuan untuk maju ke hadapan dengan tuntutan tersebut berdasarkan Al-Quran, sunnah dan hadis. Ibarat melihat dunia dari pandangan akhirat.

Dengan memiliki ilmu, in-sya-Allah hidup kita akan beroleh kesenangan di dunia mahupun di akhirat. Sekiranya tidak mempunyai ilmu, kehidupan akan teruambing-ambing dan seringkali menghadapi masalah untuk meneruskan kehidupan.

Kesimpulannya, tidak bermakna mempunyai ijazah kita akan memperolehi rezeki yang banyak. Apa yang perlu ada dalam setiap muslim adalah ilmu. Tidak kisahlah akademik ataupun kemahiran.

by Amyra javaroses
25 January 2013

TEMUDUGA PPTM PART 3


Bila aku teringat balik pasal hal temuduga, begitu terkesan dalam hati aku... Hurm, rasa terharu pun ada... Allah Maha Mendengar. Dia tunaikan apa yang aku hajatkan... Alhamdulillah...

Berbalik kepada temuduga tu, banyak kekurangan yang telah aku lakukan.. Biasa laaa... Reaksi spontan yakni responsi tanpa sedar yang dilakukan oleh kita sendiri... Bila aku ditanya soalan bertubi-tubi, hujah bela diri akanku ucapkan...

Masih teringat lagi....

Encik Z: "Puan Amirah, awak sedar tak yang kelayakan awak tidak relevan? Maksudnya, awak terlebih layak..."

Puan A memerhatikan reaksi aku..

Kedua-dua penemuduga sedang merenung aku...

Ni mulalah nak physco aku ni... Ish...malas laaa nak debat... Kang cakap aku ni over react laak... Macam mana ni... 

Ade laaaa dalam 15 saat aku mendiamkan diri... Lalu, aku pun mula membuka mulut...

"Wahai Encik Z, berkaitan dengan soalan encik sebentar tadi... Saya rasa saya memang layak dengan jawatan ini. Walaupun saya memiliki Sarjana Muda, tapi saya juga mempunyai Diploma.. Tambahan lagi, saya mempunyai Diploma yang pada  tanggapan saya amatlah layak dan sejajar dengan pihak SPA mahukan.. Kalau tidak, tiadalah saya menduduki peperiksaan tempoh hari."

"Walaupun saya mempunyai Sarjana Muda, saya rasa tidak salah untuk memohon jawatan ini. Ini kerana, apa yang saya fahami, calon hanya boleh memohon dengan tidak melebihi satu perbezaan tangga dari akademik tertinggi calon tersebut. Misalnya, saya tidak boleh memohon jawatan yang menggunakan SPM"

(Ini kes dulu...Kini, tak kisah kelayakan tertinggi mana pun boleh memohon jawatan yang menggunakan SPM)

"Mengikut kajian saya, statistik menunjukkan 18ribu orang calon memohon jawatan PPTM dan menduduki peperiksaan... Yang lulus peperiksaan adalah seramai seribu orang calon. Tak sampai 10% yang lulus. Calon yang berjaya untuk ditempatkan di Jabatan Kerajaan adalah sangat sedikit. Ternyatalah, persaingan amat sengit.. Dan.... Masalah untuk mendapatkan pekerjaan adalah satu isu PANAS bagi fresh graduates seperti saya."

"Saya rasa saya tak salah.... Dan saya sememangnya sangat layak dengan jawatan ini. Bukan terlebih layak. Namun, saya redha sekiranya saya tidak dipilih. Sebab, mungkin ada calon yang lebih memerlukan."

"Apa yang penting, sewaktu saya melangkah keluar dari bilik temuduga ini... Saya tak nak timbul di hati suatu perasaan bersalah sebab tidak memberikan 200% untuk temuduga ini."

Mereka berdua senyum... =)

Dan... off record... Perbualan tidak rasmi...

Puan A: "Awak cikgu ke?"

Aku: "Kenapa puan?"

Encik Z: "Awak banyak bercakap. Profesion PPTM tak sesuai untuk awak.. Mungkin awak ni cikgu ataupun sesuai dengan PTD.."

Aku pun menyegih jeee laaa... Yang selebihnya perbualan biasa sahaja.. Gelak ketawa seperti majikan dan pekerja..

Aku amat menyenangi mereka berdua.. Sangat cool dan baik hati...

Terima kasih Encik Z dan Puan A..
Namun.....Aku sedih dan menangis ketika memandu kenderaan pulang ke rumah.. Sesungguhnya, janji Allah itu benar.. Tidak putus-putus aku berdoa supaya Allah permudahkan segalanya.. Apa yang aku hajatkan, Dia tunaikan... Walaupun aku banyak buat dosa, Dia tetap makbulkan apa yang aku nak... Ya Allah, sesungguhnya, aku hambamu yang lemah... Aku yang berdosa, hina dan lemah tanpa petunjukmu...

by Amyra javarose

Sabda

Rasulullah S.A.W juga pernah bersabda maksudnya “Didiklah anak-anakmu dengan 3 perkara iaitu mencintai nabinya, mencintai ahli bait (keluarga)nya dan bacaan al-Quran, kerana ahli al-Quran itu mendapat naungan Allah pada hari yang tiada naungan melainkan naunganNya bersama-sama para Nabi”.

Berperang untuk melawan sikap malas, bersemangat untuk belajar, pasti akan dialami. Ini bukan saat untuk terlelap, terbuai dalam mimpi tak berujung. Tiada istilah lelah dan penat, untuk menjadi sang pejuang.

MORE ABOUT AUTHORS


Hi! This is Amyra, admin of concretejavaroses.blogspot.com and many more. A small blogger and started blogging as a hobby. Previously, I worked as a tutor and teacher, and of course currently, I worked as Kuli at Government Sector. I am running a number of Blog/Sites from my living room. Do contact me if u olls have any problems with ur sites. gtg. Catch ya later. =)