Recent Post
the authors
I HEART YOU
Word world
Being deeply loved by someone gives u strength, while loving someone deeply gives u courage. yes..i mean u...
MY QUOTES
People think that the most painful thing in life is losing the one value, the truth is, the most painful thing is losing yourself in the process of valuing someone too much and forgetting that you are special too...
Amyra Top Posts
Archives
-
▼
2016
(1)
- ▼ March 2016 (1)
-
►
2015
(5)
- ► March 2015 (1)
- ► January 2015 (1)
-
►
2014
(67)
- ► October 2014 (11)
- ► September 2014 (2)
- ► August 2014 (5)
- ► April 2014 (7)
- ► March 2014 (2)
- ► February 2014 (6)
- ► January 2014 (7)
-
►
2013
(82)
- ► December 2013 (5)
- ► November 2013 (13)
- ► October 2013 (8)
- ► September 2013 (3)
- ► August 2013 (6)
- ► April 2013 (3)
- ► March 2013 (5)
- ► February 2013 (6)
- ► January 2013 (5)
-
►
2012
(7)
- ► December 2012 (2)
- ► November 2012 (2)
- ► October 2012 (2)
- ► September 2012 (1)
Labels
SHOUT OUT
>>Chat<<
by Amyra Javaroses
Contact Me
Cinta padaNya
Sekiranya kita cinta kepada manusia, tidak semestinya manusia akan cintakan kita. Tetapi sekiranya kita cintakan Allah nescaya cinta Allah tiada penghujungnya. Sekiranya kita cinta kepada manusia, kita akan cemburu kepada orang yang mencintai orang yang kita cintai. Tetapi sekiranya kita cinta kepada Allah, kita akan turut mencintai orang yang melabuhkan cintanya kepada Allah juga.
DARI BUKAN ISLAM UNTUK ORANG ISLAM, TENTANG AGAMA ISLAM
Pertanyaan mereka, jawapan kita.
Sebenarnya Allah tidak bezakan tentang kehebatan Nabi dan RasulNya. Walaubagaimanapun, Allah Maha Mengetahui.
“Siapa yang taat pada Allah akan masuk Syurga, siapa yang menganggap Jesus sebagai Tuhan akan masuk neraka."
Jawapan lengkap ada dalam Surah Imran, ayat 59.
Al-Quran diturunkan dalam bahasa Arab, ‘Aku’ kata jamaknya ‘Kami’ yang menggambarkan tentang ‘Allah dan keagunganNya’.
“ Habis tu, awak makan lah ekor cicak kerana ekor cicak akan tumbuh semula selepas putus”
Sebab bukan semua ciptaan Allah adalah untuk dimakan.
Islam bukan sembah Kaabah, tapi Kaabah itu adalah Kiblat untuk satukan umat.
Nabi sebelum Nabi Muhammad S.A.W diutus untuk kaum dan zaman tertentu sahaja. Sedangkan Nabi Muhammad saw diutus untuk semua kaum dan sepanjang zaman.
Mereka bertanya bukan kerana hendak tahu, tapi kerana hendak membuatkan orang Islam yangg ilmu hanya ala kadar berasa was-was dengan Islam dan akhirnya orang Islam akan berasa was-was dengan agama yang dianutinya.
TEMUDUGA PPTM PART 2
Amacam??? Nak giii temuduga ke nak jawab exam ni?
Sambung dengan temuduga....
Tunggu punya tunggu… Nombor giliran aku dipanggil… Apa lagi, melompat laaaa aku… Hahaha
Dup...dap..dup..dap...
Ikut prosedur… Ketuk pintu, bagi salam dan langkah kanan…
Ok, ada dua orang penemuduga..
Yang aku menyengih tadi dan ada satu awek ni… Elok laaa tu, sepasang…
Yang aku dok menyengih tu dari Kementerian Pertahanan dan yang lagi satu ni Jabatan Perkhidmatan Awam…
Penemuduga 1: Encik Z.Ok..time tu grill….
Penemuduga 2: Puan A. (Tak tahu nama sebab beliau tak pakai tag)
Belum lagi dijemput duduk, Puan A tanya….
“Ada Sarjana Muda?”
Aku pun merenung muka die… Terus menjawab tanpa ragu….......
“Ya…ada…” (T____T)
Puan A menyuruh aku duduk dan Encik Z tersenyum tengok gelagat aku…
Hanya Allah je tahu dalam hatiku ni…
Abis laaaa…Takda peluang laaaa… Kenapa aku ngaku tadi… Ish… Bodo…Bodo…
Lamunan aku tersentak oleh pertanyaan Puan A,
“Ok Amirah… Sila perkenalkan diri awak…”
Aku pun dok gebang bagai laaa…
Pong pang, Pong ping…
Dua-dua tak tengok muka aku…Tapi aku tahu, mereka tengah menilai communication skills aku..
Perggghhh… Penat mengayat…
Lalu Encik Z tanya…
“Ni nak panggil Cik ke Puan?”
“Errr…. Cik… Cik Amirah..”
Jawab beliau,
"Takpe, saya panggil Puan.."
Kah....kah....kah....kan dah kene....
Ok.. sesi temuduga pun bermula…
Soalan Umum & Pengetahuan Am… Ditanya oleh Puan A..
(a) Kenapa anda ingin berkhidmat di sektor awam?
(b) Nyatakan kelebihan anda?
(c) Sumbangan anda di dalam sesuatu organisasi?
(d) Apa itu KPI?
(e) Apa itu NKRA?
(f) Menteri manakah yang terlibat untuk NKRA?
(g) Apakah kekurangan diri awak?
Soalan Khusus & Teknikal… Ditanya oleh Encik Z…
(a) Apa itu pangkalan data?
(b) Sila senaraikan pangkalan data yang awak tahu?
(c) Apa itu SQL? Bahasa perintah untuk SQL?
(d) Contoh arahan untuk display data?
(e) Apa itu OSI?
(f) Senaraikan OSI layer mengikut turutan?
(g) Apa yang anda faham dengan UPS?
(h) Nyatakan voltan input dan voltan output untuk komputer?
Berpeluh juga nak jawab ye... Penat... Ok...
Nanti sambung ye lagi....
Sabda
Rasulullah S.A.W juga pernah bersabda maksudnya “Didiklah anak-anakmu dengan 3 perkara iaitu mencintai nabinya, mencintai ahli bait (keluarga)nya dan bacaan al-Quran, kerana ahli al-Quran itu mendapat naungan Allah pada hari yang tiada naungan melainkan naunganNya bersama-sama para Nabi”.
Berperang untuk melawan sikap malas, bersemangat untuk belajar, pasti akan dialami. Ini bukan saat untuk terlelap, terbuai dalam mimpi tak berujung. Tiada istilah lelah dan penat, untuk menjadi sang pejuang.
MORE ABOUT AUTHORS
Hi! This is Amyra, admin of concretejavaroses.blogspot.com and many more. A small blogger and started blogging as a hobby. Previously, I worked as a tutor and teacher, and of course currently, I worked as Kuli at Government Sector. I am running a number of Blog/Sites from my living room. Do contact me if u olls have any problems with ur sites. gtg. Catch ya later. =)