Recent Post

the authors


Name : Amirah binti Abdul Rashid


Origin Hometown : Ipoh

Field: Computer Engineering


Full-time : IT Assistant


Part-time : Tutor, Web Designer & Writer


Expertise : Web Development, Graphic and Multimedia Designer

Went through

Daisypath Anniversary tickers

I HEART YOU

Word world

Being deeply loved by someone gives u strength, while loving someone deeply gives u courage. yes..i mean u...

Galleries

MY QUOTES

People think that the most painful thing in life is losing the one value, the truth is, the most painful thing is losing yourself in the process of valuing someone too much and forgetting that you are special too...

SHOUT OUT

>>Chat<<


by Amyra Javaroses

Contact Me

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.

Cinta padaNya

Sekiranya kita cinta kepada manusia, tidak semestinya manusia akan cintakan kita. Tetapi sekiranya kita cintakan Allah nescaya cinta Allah tiada penghujungnya. Sekiranya kita cinta kepada manusia, kita akan cemburu kepada orang yang mencintai orang yang kita cintai. Tetapi sekiranya kita cinta kepada Allah, kita akan turut mencintai orang yang melabuhkan cintanya kepada Allah juga.

Find Me

Compatible with


Contact me at

    amyramia87@gmail.com


  +6019XXXXXX

Follow me at



23 June 2015

PENANTIAN SUATU PENYEKSAAN


Tengok entri aku tuh.. Rasa macam tension je kan... Hahaha.. Hari ni dah 36 minggu aku mengandung, tinggal lagi 4 minggu aku nak bersalin. Penat tak terkata usung mok-mok sana sini.
Dah laa sado, kuat menendang plak. Nasib baik laa ibu dan abi sayang mok-mok sangat-sangat.

Suami aku la orang yang paling tak sabar nak tunggu mok-mok kuar. Nama sudahku cari tapi apa pun keputusan bergantung pada Encik Suami. -__- Sabar je laaa, nasib baik laa dah jadi suami.. ekekeke..

Alhamdulillah, segala kelengkapan mok-mok sudah kami persiapkan. Murah rezeki anak aku ini, adik-beradik serta kakak saudara aku ada bagi hadiah baby. Gila geram tengok baju baby kat kedai especially baby girl tapi Encik Suami jadi tukang pantau. -__- Sabar je laaa, nasib baik laaa Encik Suami tegur elok-elok. hahahaa..

Ni tinggal nak beli set berpantang je. Pastu breast pump tak beli lagik... Adoi, pening kepala nak fikir.

Lagi satu benda nak fikirkan adalah pasal proses pertukaran aku. Gila aku tak fikir siang dan malam proses pertukaran aku. Suami dan mak aku selalu berpesan, hidup ni jangan meminta-minta pada manusia kelak kita jadi hamba manusia. Yang sepatutnya kita minta adalah pada Allah. Biarlah tamak kita minta pada Allah. Maksud aku tamak dari segi sudut ibadah sebab kita ni sememangnya hamba Allah.

Tapi entahlaa.. Sesetengah manusia ni bila aku lihat bercakap dengan orang lain takda satu kasih sayang dalam hati tu. Bercakap seolah-olah merendahkan diri tapi tutur kata tu sungguh angkuh dan riak. Minta dijauhkan laa dari berperangai macam ni. Aku doakan semoga manusia tu berubah.

Hurm, tak tau nak tulis ape.. Sebab baru lepas review pampers ni. Next topik nanti aku tulis pasal pampers ok. Bye!

by Amyra javaroses





18 June 2015

RAMADHAN DATANG LAGIK


Masih tidak terlambat lagi untuk post-kan poster untuk bulan Ramadhan ni. Poster ini serba ringkas dan dinamakan poster ekspress..

Apapun, aku tidak tahu motif poster ini. Design pun main buat je.


 Aku tidak include watermark kat tengah. Sapa nak share silakan. Enjoy...

Nota: Ni post entri tahun lepas. Aku kehabisan idea nak tulis.. Hahaha..

by Amyra javaroses
12 June 2015

REZEKI ANAK IBU


Kiranya lama gak aku tak update blog ni. Tu laa, dengan bizi keje memanjang, sibuk buat persiapan untuk si kecil mok-mok ni. Tak sabar ibu dan abi nak tunggu mok-mok kuar. Nama pun ibu dah cari tapi tunggu abi yang approve -___-. Dah menjangkau 34 minggu dah. Lagi berapa minggu mok-mok nak kuar kan.

Tapi...

Berat lagi mata memandang, berat lagi bahu memikul. Bila aku rasa aku keseorangan kat sini, aku sentiasa motivate diri aku mengatakan anak aku sentiasa ada disisi aku. Hikmah ibu hamil tu banyak. Setiap yang sakit tu Allah kurniakan pahala. Yeee laaa, encik husband dan family jauh. Hati kene mahu kuat wei.. Tambah lagi ibu hamil ni emosi sensitif sikit.

Berbalik kepada tajuk entri ni, entahlah. Aku, suami dan yang lain dah berusaha mengenai pertukaran aku ke Ipoh. Hiba rasanya terima berita macam tu. Tak terkata aku. Hanya mampu berdoa supaya Allah mempermudahkan segalanya.

Serius... Aku boleh menangis depan pc ni sambil anak aku menendang-nendang. Ye, ibu tao... Mok-mok tak suka ibu sedih-sedih kan.. Tapi ibu sedih sangat... Adakah permohonan pertukaran aku diterima ke tak ni??? Menjadi tanda tanya untuk diri aku.

Mengadu pada encik suami, jawapan beliau amat senang... BERDOA dan RELAKS. Aku tao die pun turut risau tapi die sembunyikan perasaan die tuh takot aku nanti tak kuat.

Anak ibu, jom sama-sama doa minta pada Allah ye. Ibu tak boleh tinggal sorang-sorang kt Putrajaya ni.. T_T

by Amyra javaroses





03 March 2015

PERTEMUAN IBLIS DENGAN RASULULLAH


Part 1 - Iblis kunjungi Rasulullah

DARIPADA Muadz bin Jabal dari Ibn Abbas r.a.
“Ketika kami bersama Rasulullah SAW di kediaman seorang sahabat Ansar, tiba-tiba terdengar panggilan seseorang dari luar rumah,

Wahai penghuni rumah, bolehkah aku masuk? Sebab kalian akan memerlukanku’ .”

Rasulullah SAW bersabda, “Tahukah kalian siapa yang memanggil?”

Kami menjawab: “Allah SWT dan Rasul-Nya yang lebih tahu.”

Baginda melanjutkan, “Itu Iblis, laknat Allah SWT bersamanya.”

Umar bin Khattab berkata, “Izinkan aku membunuhnya, wahai Rasulullah.”

Nabi menahannya,
“Sabar wahai Umar, bukankah kamu tahu bahawa Allah SWT memberinya kesempatan sehingga hari kiamat? Lebih baik bukakan pintu untuknya sebab dia sudah diperintahkan untuk ini. Fahamilah apa yang hendak ia katakan dan dengarkan dengan baik.”

Ibnu Abbas r.a. kemudian memaklumkan: “Pintu lalu dibuka, ternyata dia seperti seorang orang tua yang cacat satu matanya. Di janggutnya ada tujuh helai rambut seperti rambut kuda, taringnya kelihatan seperti taring babi, bibirnya seperti bibir sapi.”

Iblis berkata, “Salam untukmu Muhammad. Salam untukmu hadirin.”

Nabi menjawab, “Salam hanya milik Allah SWT. Sebagai mahluk terlaknat, apa keperluanmu?”


Iblis menjawab, “Wahai Muhammad, aku datang ke sini bukan atas kemahuanku, namun kerana terpaksa.”

Siapa yang memaksamu?” tanya Nabi.

Iblis menjawab, “Seorang malaikat utusan Allah SWT mendatangiku dan berkata, “Allah SWT memerintahmu mendatangi Muhammad sambil menundukkan diri. Beritahu Muhammad mengenai caramu dalam menggoda manusia. Jawablah dengan jujur semua pertanyaannya. Demi kebesaran Allah SWT, andai kau berdusta satu kali saja, Allah SWT akan jadikan dirimu debu yang ditiup angin.”

Part 2 Iblis gentar

IBLIS gentar dengan soalan Nabi Muhammad ketika diarah bertemu baginda oleh Allah dan di bawah ini adalah sebahagian lagi daripada keseluruhan soalan perlu dijawab makhluk dilaknat itu:

Nabi Muhammad menyoal iblis berkaitan amalan yang dapat menyakiti makhluk dilaknat Allah itu.
“Apa yang kau rasakan jika melihat seseorang daripada umatku yang hendak solat?” Iblis menjawab panas dan gementar lantas baginda bertanyakan mengapa.

Iblis menjawab, “Sebab setiap seorang hamba bersujud sekali kepada Allah dan Tuhan mengangkatnya satu darjat.”

Baginda bertanya lagi, “Jika seorang umatku berpuasa, jika ia berhaji dan jika iamembaca al-Quran.”
Iblis menjawab, “Tubuhku terasa terikat hingga ia berbuka, aku seperti orang gila dan aku berasa meleleh laksana timah di atas api.”

Apabila ditanya jika seseorang umat Muhammad bersedekah, iblis menjawab ia sama seperti individu berkenaan membelah tubuhnya dengan gergaji.

Baginda kemudian bertanya mengapa iblis terasa seperti itu, lantas makhluk dilaknat Allah itu menjawab, “Sebab dalam sedekah ada empat keuntungan baginya iaitu keberkatan dalam hartanya, hidupnya disukai, sedekah itu kelak akan menjadi hijab antara dirinya dengan api neraka dan segala macam musibah akan terhalau dari dirinya.”

Baginda meneruskan soalan: “Apa yang dapat mematahkan pinggangmu?”

Iblis menjawab, “Suara kuda perang di jalan Allah.”

Soal baginda seterusnya, “Apa yang dapat melelehkan tubuhmu?”

Iblis menjawab, “Taubat orang yang bertaubat.”

Nabi Muhammad meneruskan soalan: “Di manakah kau menaungi anak-anakmu di musim panas?”

Dan dijawab iblis, “Di bawah kuku manusia.”

Part 3 - 70,000 anak bantu iblis

IBLIS yang dilaknat Allah SWT akan melakukan pelbagai cara untuk menggoda umat Nabi Muhammad SAW ke arah kelalaian dan pelbagai perkara maksiat lain.

Makhluk laknat terbabit pernah bertamu kepada Rasulullah SAW selepas diarah berbuat demikian oleh Allah SWT bagi menjawab setiap persoalan ditanyakan baginda.

Berikut adalah sambungan pertanyaan dan jawapan diberikan Iblis:

Rasulullah SAW lalu bersabda, “Segala puji bagi Allah SWT yang membahagiakan umatku dan menyengsarakanmu.”

Iblis segera menyampuk: “Tidak, tidak. Tidak akan ada kebahagiaan selama aku hidup sehingga hari akhir. Bagaimana kau boleh berbahagia dengan umatmu sementara aku boleh masuk ke dalam aliran darah mereka dan mereka tidak boleh melihatku. Demi yang menciptakan diriku dan memberiku kesempatan sehingga hari akhir, aku akan menyesatkan mereka semua. Baik yang bodoh atau yang pintar, yang boleh membaca dan tidak boleh membaca, yang durjana dan yang soleh kecuali hamba Allah SWT yang ikhlas.”

Rasulullah terus bertanya Iblis siapa yang ikhlas menurut makhluk laknat terbabit dan dijawab: “Tidakkah kau tahu, wahai Muhammad, bahawa barang siapa yang menyukai emas dan perak, ia bukan orang yang ikhlas.”

“Jika kau lihat seseorang yang tidak menyukai dinar dan dirham, tidak suka pujian dan sanjungan, aku boleh pastikan bahawa ia orang yang ikhlas, maka aku meninggalkannya.”

“Selama seorang hamba masih menyukai harta dan sanjungan dan hatinya selalu terikat dengan kesenangan dunia, ia sangat patuh padaku.”

“Tahukah kamu Muhammad, aku mempunyai 70,000 anak dan setiap anak memiliki 70,000 syaitan?”

“Sebahagian ada yang aku tugaskan untuk mengganggu ulama. Sebahagian untuk mengganggu anak muda, sebahagian untuk mengganggu orang tua, sebahagian untuk mengganggu wanita tua, sebahagian anakku juga aku tugaskan kepada para Zahid.”

“Aku punya anak yang suka kencing di telinga manusia sehingga ia tidur pada solat berjemaah. Tanpanya, manusia tidak akan mengantuk pada waktu solat berjemaah.”

“Aku punya anak yang suka menaburkan sesuatu di mata orang yang mendengarkan ceramah ulama hingga mereka tertidur dan pahalanya terhapus.”

“Aku punya anak yang senang ada di lidah manusia. Jika seseorang melakukan kebajikan lalu ia hebohkan kepada manusia, maka 99% pahalanya akan terhapus.”

“Pada setiap seorang wanita yang berjalan, anakku dan syaitan duduk di pinggul dan pahanya lalu menghiasinya supaya setiap orang memandangnya. Syaitan juga berkata, ‘Keluarkan tanganmu’, lalu ia mengeluarkan tangannya lalu syaitan menghiasi kukunya.”

“Mereka (anak-anakku) selalu menyusuri dan berubah dari satu keadaan ke keadaan lain serta daripada satu pintu ke pintu lain untuk menggoda manusia hingga mereka terhempas daripada keikhlasan mereka.

“Akhirnya mereka menyembah Allah tanpa ikhlas, namun mereka tidak merasa.”

“Tahukah kamu Muhammad bahawa ada rahib yang beribadat kepada Allah selama 70 tahun. Setiap orang sakit yang didoakan olehnya, sembuh seketika. Aku terus menggodanya hingga dia berzina, membunuh dan kufur,” terang Iblis kepada Rasulullah SAW.

Part 4 - Pendusta sahabat iblis

IBLIS laknat menganggap dirinya lebih mulia daripada manusia dan enggan tunduk kepada Nabi Adam tetapi akhirnya terpaksa bertamu kepada Nabi Muhammad SAW atas perintah Allah SWT untuk memberikan jawapan setiap persoalan dilontarkan junjungan mulia.

Berikut adalah sambungan jawapan diberikan Iblis dengan pengakuan bagaimana dia menggoda manusia.

“Tahukah kau Muhammad, dusta berasal dari diriku? Akulah makhluk pertama yang berdusta. Pendusta adalah sahabatku. Barang siapa bersumpah dengan berdusta, ia kekasihku.”

“Tahukah kau Muhammad, aku bersumpah kepada Adam dan Hawa dengan nama Allah bahawa aku benar-benar menasihatiNya. Sumpah dusta adalah kegemaranku. Ghibah (gosip) dan Namimah (adu domba) kesenanganku. Kesaksian palsu kegembiraanku.”

“Orang yang bersumpah untuk menceraikan isterinya maka ia berada di pinggir dosa walau hanya sekali dan walaupun ia benar.”

“Sebab, barang siapa membiasakan dengan kata-kata cerai, isterinya menjadi haram baginya. Kemudian ia akan beranak cucu sehingga hari kiamat. Jadi semua anak-anak zina dan ia masuk neraka hanya kerana satu kalimat, cerai.”

“Wahai Muhammad, umatmu ada yang suka melewatkan solat. Setiap kali ia hendak berdiri untuk solat, aku bisikkan padanya waktu masih lama, kamu masih sibuk lalu ia menundanya hingga ia melaksanakan solat di luar waktu. Maka solat itu dipukulkan ke mukanya.”

“Jika ia berhasil mengalahkanku, aku biarkan ia solat. Namun aku bisikkan ke telinganya ‘Lihat kiri dan kananmu,’ ia pun menoleh. Pada saat itu aku usapnya dengan tanganku dan ku cium keningnya serta aku katakan ‘solatmu tidak sah.’ Bukankah kamu tahu Muhammad, orang yang banyak menoleh dalam solatnya akan dipukul.”

“Jika ia solat sendirian, aku suruh dia untuk bergegas. Ia pun solat seperti ayam yang mematuk beras. Jika ia berhasil mengalahkanku dan ia solat berjemaah, aku ikat lehernya dengan tali sehingga ia mengangkat kepalanya sebelum imam atau meletakkannya sebelum imam.”

“Kamu tahu bahawa melakukan itu membatalkan solatnya dan wajahnya akan diubah menjadi wajah keldai. Jika ia berhasil mengalahkanku, aku tiup hidungnya sehingga ia menguap dalam solat.”

“Jika ia tidak menutup mulutnya ketika menguap, syaitan akan masuk ke dalam dirinya dan membuatnya menjadi bertambah serakah dan gila dunia. Dan ia pun semakin taat padaku.”

“Kebahagiaan apa untukmu sedang aku memerintahkan orang miskin supaya meninggalkan solat. Aku katakan padanya, ‘Kamu tidak wajib solat, solat hanya wajib untuk orang yang berkemampuan dan sihat.’ ‘Orang sakit dan miskin tidak wajib dan jika kehidupanmu telah berubah baru kau solat.’ Ia pun mati dalam kekafiran. Jika ia mati sambil meninggalkan solat maka Allah akan menemuinya dalam kemurkaan.”

“Wahai Muhammad, jika aku berdusta Allah akan menjadikanku debu. Wahai Muhammad, apakah kau akan bergembira dengan umatmu padahal aku mengeluarkan seperenam mereka daripada Islam?” kata iblis.

Itu semua cara digunakan iblis untuk menggoda manusia menjadi kuda tunggangannya di akhirat kelak. Umat Islam digalakkan bermuhasabah diri dan memikirkan kembali apa yang perlu dilakukan supaya setiap ibadat dapat dijalankan dengan khusyuk, tawaduk dan hanya mengharapkan ganjaran daripada Allah SWT bukannya sesama manusia. 

by Amyra javaroses

12 January 2015

ALHAMDULILLAH


Alhamdulillah.. Nilah first entry aku untuk tahun 2015..Takda apa yang menarik untuk dikongsikan bersama. Pejam celik, pejam celik dah 5 bulan aku bernikah.. Dan alhamdulillah, baby bump makin nampak besarnya.. Wheeeyy...

Mana mungkin tak happy bila aku dengan encik suami g scan perut. Saje je nak tengok mok mok ni buat ape dalam perut kan..

Aku : "Doktor, apa yang berkelip-kelip tu??"

Doktor: "Tu jantung die.."

Gila rasa nak meleleh air mata aku ni, namun aku gagahkan jugak sebab malu kat encik suami.. Mana tao kene troll sampai balik umah nanti. Tak ke haru kan.. Dah laa sepanjang preggy ni, semua benda aku nak sentap. Haaaa, tapi sentap dengan encik suami sendiri.. Dengan orang lain aku rileks je..

Alahan pulak, aiseh man.. makin mengganas.. Bau nasi muntah, bau orang tumis makanan muntah, bau rokok @ asap muntah, bau deodorant muntah, bau minyak rambut muntah, bau perfume muntah, tengok makanan berlauk muntah, tengok ayam muntah, semua laa muntah..

At last, pegi cafe, makan bihun sup laa, mee kari laa, mee rebus laa.. Sebab mok mok punya pasal, ibu gagahkan diri tutup idong telan makanan tu, kalau tak makan, mok mok berguling dalam perut ibu kan.. =)

Ramai tanya, laki ke perempuan. Ade yang buat ramalan tengok perut ni laa.. Tengok pe benda aku makan.. Entah laa, semenjak mengandung ni, aku suka makan buah.. Buah anggur, jambu air dan apple.. Deme kata anak lelaki..Ade yang cakap sebab perut aku nampak melebar, tu yang cakap anak perempuan.. Tapi aku tengok perut aku meruncing je.. Nampak macam anak lelaki je kan??

Dah laa makin galak, budak laki yang kecik dan comei-comei aku jumpa, semua takot ngan aku.. Waaa, aku dah laa suka budak laki kan tapi sume lintang pukang xmo main ngan aku.. Yang datangnya budak perempuan.. Bak kate kakak aku, "nampak sangat kamu ngandung anak lelaki ni mira".

Aku tak kisah lelaki ke perempuan asalkan cukup rupa dan sifatnya serta sempurna akal dan akhlaknya. Pernah encik suami bertanya, "Sayang, kalau ALlah kurniakan anak pada kita, apa niat sayang??" Aku terkedu.. Diam seribu bahasa.. Jawab encik suami, "Dengan kurniaan anak yang Allah bagi, niatkan yang anak ini adalah pembela ibubapanya, pembela saudara-maranya, pembela guru-gurunya, pembela umat Islam dan yang penting pembela agama Islam".

So kawan-kawan, kalau dah kahwin, bila nak anak, niatkan benda ni.. Mak aku pun cakap benda yang sama.

Tak lupa juga, dengan rezeki mok mok ni, pengarah ibu dah approve surat tukar ibu dari Putrajaya ke Perak. Alhamdulillah, rezeki anak ibu kan.. Ibu tau mok mok ni anak abah. Dapat makan kambing, dari petang sampai malam dok diam dalam perut takda buat ibu muntah. Anak bapok betoi. Sama ngan abahnya, suka makan daging kambing..

Ok, nak g lunch dengan BFF.. Hopefully, aku tak muntah lagi kat cafe tu.

#Asalnya nak update pasal KPOP cium budak Melayu tu, tapi aku simpan entry tu dulu.. Just nak cakap, "Alhamdulillah, saya tak minat KPOP, begitu juga suami, tak minat KPOP. Hopefully, mok mok ibu tak minat KPOP tao sebab ibu nak mok mok jadi macam Ustaz Don." ^__^

by Amyra javaroses

Sabda

Rasulullah S.A.W juga pernah bersabda maksudnya “Didiklah anak-anakmu dengan 3 perkara iaitu mencintai nabinya, mencintai ahli bait (keluarga)nya dan bacaan al-Quran, kerana ahli al-Quran itu mendapat naungan Allah pada hari yang tiada naungan melainkan naunganNya bersama-sama para Nabi”.

Berperang untuk melawan sikap malas, bersemangat untuk belajar, pasti akan dialami. Ini bukan saat untuk terlelap, terbuai dalam mimpi tak berujung. Tiada istilah lelah dan penat, untuk menjadi sang pejuang.

MORE ABOUT AUTHORS


Hi! This is Amyra, admin of concretejavaroses.blogspot.com and many more. A small blogger and started blogging as a hobby. Previously, I worked as a tutor and teacher, and of course currently, I worked as Kuli at Government Sector. I am running a number of Blog/Sites from my living room. Do contact me if u olls have any problems with ur sites. gtg. Catch ya later. =)