Recent Post
the authors
I HEART YOU
Word world
Being deeply loved by someone gives u strength, while loving someone deeply gives u courage. yes..i mean u...
MY QUOTES
People think that the most painful thing in life is losing the one value, the truth is, the most painful thing is losing yourself in the process of valuing someone too much and forgetting that you are special too...
Amyra Top Posts
Archives
-
►
2016
(1)
- ► March 2016 (1)
-
►
2015
(5)
- ► March 2015 (1)
- ► January 2015 (1)
-
▼
2014
(67)
- ► October 2014 (11)
- ► September 2014 (2)
- ► August 2014 (5)
- ► April 2014 (7)
- ► March 2014 (2)
- ► February 2014 (6)
-
►
2013
(82)
- ► December 2013 (5)
- ► November 2013 (13)
- ► October 2013 (8)
- ► September 2013 (3)
- ► August 2013 (6)
- ► April 2013 (3)
- ► March 2013 (5)
- ► February 2013 (6)
- ► January 2013 (5)
-
►
2012
(7)
- ► December 2012 (2)
- ► November 2012 (2)
- ► October 2012 (2)
- ► September 2012 (1)
Labels
SHOUT OUT
>>Chat<<
by Amyra Javaroses
Contact Me
Cinta padaNya
Sekiranya kita cinta kepada manusia, tidak semestinya manusia akan cintakan kita. Tetapi sekiranya kita cintakan Allah nescaya cinta Allah tiada penghujungnya. Sekiranya kita cinta kepada manusia, kita akan cemburu kepada orang yang mencintai orang yang kita cintai. Tetapi sekiranya kita cinta kepada Allah, kita akan turut mencintai orang yang melabuhkan cintanya kepada Allah juga.
TENTANG BLOGGING
Aduh, ada rakan blogger tadi blogwalking kat site aku. Tanya, “mira, kenapa aku tak boleh komen post ko???”; “mira, mana ko dapat layout / template cenggini?”; “mcm mana nak buat Drop Down Menu mcm ngko ni?”; “mcm mana ko buat sidebar ni?”; “dekat Galleries picture tu mcm mana ko buat gambar tu appear mcm tu?”; “icon ko untuk social network mcm mana takde background putih belakang?”
Begitulah….
Aku di tanya macam-macam…..
Maaf laa rakan blogger. Aku ni jenis lambat nak update dengan pertanyaan korang. Kalau di Facebook pun, dah tak active pun. Sama gak social network yang lain, dah tak active sebab aku sibuk. Dan lagi satu hal, aku dah kurang sikit nak bersosial menggunakan Facebook, Twitter, Instagram, Slideshare atau Scribd.
Semak…
Berbalik kepada soalan di tanya rakan blogger,
Soalan Pertama: “Kenapa aku tak boleh komen post ko???”
Aku tak nak letak komen box sebab aku tak nak di komen. Ilmu aku bagi sekadar share pada orang lain. Nak plagiat, silakan. Nak gunakan ilmu aku bagi, silakan. Nak komen negative atau kutuk aku, tekan butang message. Aku tak layan keyboard warrior, tapi kalau nak lawan, silakan. Aku jenis suka privatekan semua komen-komen ini semua. Harap maklum.
Soalan Kedua: “Mana ko dapat layout / template cenggini?”
Aku dah lama menceburi bidang website development ni nak dekat 7 tahun. Dapat upah buat sites user lain secara kecil-kecilan pun ada. Dari header, poster dan art digital semua aku belajar. Software untuk website development ni banyak kat pasaran. Antaranya, Adobe Dreamweaver, CoffeeCup, Artisteer, Microsoft Web Matrix, Joomla, Sothink DHTML Menu dan Corel Paint Shop Pro. Aku develop semuanya blog aku dalam software ini, then aku import ke site aku. Tutorial banyak. Sila google.. =)
Soalan Ketiga: “Mcm mana nak buat Drop Down Menu mcm ngko ni?”
Aku ada buat tutorial tempoh hari. Siap ada picture lagi. Sila view disini.
Soalan Keempat: “Mcm mana ko buat sidebar ni?”
Pegi ke Dashboard > Layout > Add a Gadget > HTML / Java Script. Di sini, rakan blogger boleh modify coding yang korang nak. Terpulang, samada nak guna coding direct dari sites yang sediakan pimp coding, tapi perlu diingat.. Selalunya..Laman web yang menyediakan perkhidmatan pimp coding ni meletakkan embedded coding untuk akses ke laman web korang. Sedar-sedar, site dah kene hacked. So, hati-hatilah.
Soalan Kelima: “dekat Galleries picture tu mcm mana ko buat gambar tu appear mcm tu?”
Aku guna coding HTML. Google > Coding for animated picture.
Soalan Keenam: “Icon ko untuk social network mcm mana takde background putih belakang?”
Kalau korang lihat kat “Find Me” tu, ada macam-macam shortcut tuk social network aku kan. Jadi, untuk tidak meng”copy” icon yang ada background putih tu, korang kene import icon tu DULU ke dalam Graphic Manipulation Software. Contohnya, Adobe Photoshop, GIMP atau PhotoFiltre. Korang setkan size yang korang nak, tukar background putih kepada transparent dan save dalam format .GIF.
Nota kaki: Aku frust Ariana Rose bukan dengan Harith. Harith tu handsome, kenapa laaa Ariana pilih Adam. Kahkahkah…
by Amyra javaroses
SISTEM KOMPUTER
PERKEMBANGAN KOMPUTER
CPU (Central Processing Unit)
CPU merupakan perkakasan yang berfungsi untuk menterjemah dan melaksanakan arahan aturcara dan berkomunikasi dengan input,output dan pranti storan kawalan. Komputer boleh menghantar pada kelajuan 654,000 kaki sesaat. Kelajuan pemprosesan komputer adalah penting dalam melancarkan perjalanan urusan seharian seperti pengeluaran wang, penempahan tiket kapall terbang, penempahan bilik hotel dan sebagainya.CPU MENGANDUNGI TIGA KOMPENAN UTAMA:-
- Unit Kawalan
Unit kawalan mengandungi litar yang akan mengarahkan keseluruhan sistem untuk melaksanakan arahan aturcara yang mengkoordinasikan bahagian-bahagian lain. Ia juga memberitahu peranti input apabila input tambahan diperlukan dan memberi arahan kepada peranti output di mana maklumat disediakan untuk output.
Unit kawalan tidak menyimpan data atau aturcara. Ia dilakukan oleh unit storan utama di mana data dan aturcara disimpan setiap kenyataan dalam aturcara. Komputer merupakan input, unit kawalan akan menterjemahkan setiap pernyataan dan mengarahkannya kepada kompenan CPU.
- Unit Arithmatik dan Logik (ALU)
Unit arithmatik dan logik merupakan bahagian CPU yang membuat pengiraan dan perbandingan data berdasarkan arahan yang di terima dari unit kawalan. Unit arithmatik dan logik mengawal kelajuan pengiraan. Operasi arithmatik adalah operasi matematik + , - , * dan / . Operasi logikal mengandungi operasi perbandingan seperti = , < , > , <>, <= dan >= .
- Storan Utama
Storan Utama dipanggil sebagai ingatan utama. Ingatan utama adalah sebahagian daripada komputer yang menyimpan:-
i. Data yang di proses; ii. Arahan untuk pemprosesan aturcara; iii. Memproses data yang sedang menunggu untuk dijadikan output.
- Storan Sekunder
Storan Sekunder di panggil storan auxiliary dan secara fizikal terletak di luar pemprosesan. Storan Sekunder boleh didapati dalam pelbagai bentuk seperti pita bermagnet, cekera keras dan disket.
Kelebihan Storan Sekunder adalah seperti berikut:-
i. Ekonomi ; Lebih jimat untuk menyimpan data pada media bermagnet daripada kabinet atau di dalam storan utama.
ii. Muatan ;Terdapat lebih muatan dalam storan sekunder berbanding dengan storan utama.
iii. Keselamatan; Data selalunya disimpan dalam storan sekunder supaya ia lebih selamat daripada gangguan pengguna yang tidak sah atau daripada pencerobohan data maklumat.
KURSUS ke KURUS??
Alhamdulillah, semuanya setel.
Kebiasaannya, kursus induksi ni seminggu tapi aku kene attend kursus Pengenalan Asas.. jadi 2 minggu laa.. Jangan dikata, baju kurung hari-hari. Lenguh tangan iron baju. Siap state dalam surat nak baju batik hari Khamis. OK, bereh.. Nak baju batik, aku ade.. Set! Nak tracksuit, baju sukan laa bla..bla..bla.. Suma dah ada, pakai je laaa apa yang ada.. Jimat.
Yang lain, barang stationary, kertas, buku, torch light, toiletries, softlan, sabun buku, berus, baldi, ubat nyamuk, hanger, klip baju, pad, pantiliners, innerware, stoking, sarung tangan, pakaian solat, yassin, ubat-ubatan, kasut sukan, selipar, kasut hitam, sapu tangan, tisu… Ntah pe lagi laaa aku tak senarai. Tapi yang pasti, itu je laaa…
Masa yang ada, aku habiskan siap barang kawen. Baru dalam 30%. Banyak lagi ni. Baju nikah nak dekat siap. Baju kenduri belah perempuan pun sama, Cuma baju potong kek dan buka hadiah je dah setel. Tinggal doorgift, bunga pahar dan pelamin je laa.. Dewan dah tempah. Wedding planner dah amik. Caterer serta menu pun dah pilih. Owh, makeup dan photographer. Aduh… Tu yang pening tu. Ape lagi, photo booth dengan wedding props tak siap. Mak ai.. Banyak ni.
Macam mana, aku nak g kursus ni. Dah laa tak tahu posting kat mana. Jangan laa campak jauh-jauh tapi dah kene tepon dengan SPA, katenya memang nak campak kat Putrajaya pun. Tapi kan, penempatan ni suma di atas JPA.. Wuhaaaaa…. Tolong laaaa, letak je laa kat dalam Perak.. Takmau g jejauh….
Yang hanya boleh bantu, yang di ATAS yang paling berkuasa.
by Amyra javaroses
DOMAIN VS HOSTING?
APA ITU HOSTING?
Hosting adalah tempat untuk menyimpan segala data-data yang terkandung di dalam web seperti, gambar, content, themes, plugin dan sebagainya yang akan disimpan dalam hosting untuk dipaparkan pada web. Konsep seperti peti sejuk. Dalam peti sejuk ada makanan. Hahaha.. Melalut pulak… =p. Blogger perlu memilih syarikat yang menguruskan hosting ini dengan teliti bagi memastikan data yang terkandung di dalam web adalah selamat.MANA NAK BELI DOMAIN DAN HOSTING???
Google di Search Engine. Banyak senarai syarikat yang menguruskan domain dan hosting. Cari yang betul-betul bertepatan dengan kriteria yang anda mahukan.Kesimpulannya, aku mempunyai rumah yang dikenali LAMAN WEB ataupun BLOG. LAMAN WEB atau BLOG aku ada alamat iaitu http://concretejavaroses.blogspot.com dan ia juga dipanggil DOMAIN. Untuk menyimpan barang-barang di dalam rumah, aku perlu mempunyai tapak rumah yang kukuh. Jadi, aku perlukan tapak yang kuat, terjamin dan kukuh. Tapak ini dikenali HOSTING yang menyimpan semua data-data yang terkandung di dalam LAMAN WEB ataupun BLOG.Sekian, terima kasih.
by Amyra javaroses
KENALI TEKNOLOGI WI-FI
APA ITU WI-FI?
Nama pendek bagi Wi-Fi adalah Wireless Fidelity. Istilah ini telah diisyhtiharkan secara rasmi oleh WECA ( Wireless Ethernet Compatibility Alliance ). Pada penghujung tahun 1998, Wi-Fi mula diperkenalkan menerusi produk tanpa wayar.Penggunaan Wi-Fi adalah merujuk kepada SISTEM RANGKAIAN PAUTAN TANPA WAYAR yang menggunakan HUBUNGAN JALURLEBAR (broadband), titik capaian ( access point ) dan KAD WI-FI yang diinstal di dalam komputer bagi membolehkan pengguna berkongsi fail dan pencetak serta melayari Internet sama seperti rangkaian LAN (local area network) biasa.
APAKAH YANG DI MAKSUDKAN DENGAN TITIK CAPAIAN
( ACCESS POINT ) ?
Titik capaian merujuk kepada suatu peranti elektronik kecil yang bertindak sebagai penghubung dengan kad Wi-Fi yang diinstal di dalam komputer pengguna bagi membolehkan perpindahan data berlaku menerusi spesifikasi 802.11 di antara sumber jalurlebar seperti DSL atau kabel dengan komputer tersebut.APAKAH YANG DI MAKSUDKAN DENGAN SPESIFIKASI 802.11 ?
802.11 adalah merujuk kepda spesifikasi teknikal keluarga pautan tanpa wayar LAN yang diberikan oleh IEEE ( Institute of Electrical and Electronic Engineers ). Teknologi Wi-Fi dikatakan tergolong dalam spesifikasi 802.11b yang membolehkan perpindahan data berlaku dalam kelajuan sehingga 11 Mbps di dalam , jalur 2.4 GHz. Sementara itu, teknologi 802.11a pula adalah lanjutan kepada teknologi 802.11b dimana kelajuannya lebih pantas.Teknologi 802.11a membenarkan perpidahan data berlaku dalam kelajuan sehingga 54 Mbps di dalam jalur 5 GHz. Teknologi ini juga di kenali sebagai Wi-Fi5 oleh WECA.
APAKAH PERBEZAAN DIANTARA WI-FI DENGAN ETHERNET ?
Ethernet merupakan senibina LAN yang telah dibangunkan oleh Xerox Corp clan ianya merupakan kad antaramuka rangkaian yang digunakan dalam rangkaian LAN biasa. Sedangkan Wi-Fi pula adalah merupakan senibina LAN yang digunakan dalam persekitaran tanpa wayar. Ringkasnya, Ethernet digunakan dalam rangkaian LAN yang berwayar ( menggunakan kabel sepeti CAT5 untuk dihubungkan kejalurlebar ) manakala Wi¬Fi pula digunakan dalam rangkaian LAN tanpa wayar ( menggunakan kad Wi-Fi dan dihubungkan ke titik capaian yang seterusnya akan menghubungkan ke jalur lebar ).APAKAH PERBEZAAN LAN DENGAN WLAN ?
LAN adalah merujuk kepada rangkaian komputer bagi kawasan setempat di mana setiap komputer dihubungkan antara satu sama lain dengan menggunakan wayar. MAN pula adalah merujuk kepada rangkaian komputer bagi kawasan setempat di mana setiap komputer dihubungkan antara satu sama lain tanpa menggunakan wayar. Konsep MAN adalah sama dengan LAN, misalnya dari segi penggunaan pelayan dan sistem pentadbiran. Bezanya, cuma dari segi medium iaitu MAN menggunakan gelombang radio manakala LAN menggunakan kabel untuk mentransmisikan data.APAKAH YANG DIMAKSUDKAN DENGAN WI-FI HOTSPOT ?
Wi-Fi Hotspot adalah merujuk kepada satu kawasan khas dimana titik capaian di sediakan bagi membolehkan pengguna dihubungkan ke Internet menerusi isyarat gelombang Wi-Fi. Biasanya, pengguna-pengguna ini menggunakan komputer jenis mudah alih seperti notebook. Pada masa ini, Wi-Fi Hotspot boleh di dapati di lapangan terbang, hotel, kafe-kafe utama seperti StarBucks Coffee dan tempat-¬tempat tumpuan umum seperti kompleks membeli-belah dan pusat rekreasi. Hubungan Wi-Fi ini boleh dilakukan dalam jarak sehingga 300 kaki dari lokasi Hotspot tersebut.ADAKAH BLUETOOTH PESAING WI¬Fl ?
Tidak sama sekali. Sebenarnya kedua¬duanya adalah saling melengkapi antara satu sama lain dan mempunyai sasarannya tersendiri. Teknologi Wi-Fi digunakan untuk menggantikan sistem rangkaian wayar iaitu LAN yang sedia ada, biasanya pada komputer desktop clan notebook manakala Bluetooth pula digunakan dalam lingkungan PAN iaitu Personal Area Network di mana peranti-peranti khusus digunakan misalnya telefon mudah alih, pengimbas barkod dan PDA bagi menggantikan peranti yang menggunakan wayar. Walaupun secara logiknya kedua-dua teknologiini mungkin akan terganggu antara satu sama lain disebabkan jalur frekuensinya sama iaitu 2.4 GHz tetapi pada hakikatnya tidak.Ini berdasarkan penyelidikan yang telah dilakukan oleh Bluetooth SIG dan IEEE menerusi teknik AFH (Adaptive Frequency Hopping) yang mendapati bahawa kedua¬duanya adalah bebas dari gangguan. Selain daripada itu, terdapat pembuat cip iaitu Cambridge Silicon Radio yang telah membangunkan satu cip yang menggabungkan kedua-dua teknologi ini.
Selain daripada itu, keupayaan audio juga berbeza di antara kedua-dua teknologi ini. Sebagai contoh, Ericsson telah membangunkan telefon mudah alih yang boleh memindahkan audio menerusi teknologi Bluetooth dari telefon ke headset tanpa menggunakan wayar. Sebaliknya dalam teknologi Wi-Fi, keupayaan audio adalah menerusi VOIP ( Voice Over IP ) di mana spesifikasi dan keperluannya adalah sama.seklai berbeza. Ini jelas menunjukkan kedua-dua teknologi ini mempunyai kelebihan masing-masing, mempunyai sasaran tersendiri dan yang lebih penting ialah bukannya bersaing antara satu sama lain. Penggunaan kedua-dua teknologi ini menunjukkan akan kepentingan sistem pautan tanpa wayar dalam dunia digital pada masa kini.
Penggunaan kedua-dua teknologi ini juga boleh dilihat dalam syarikat UPS (United Parcel Service) di mana pengimbas barkod mengimbas kod dengan menggunakan teknologi Bluetooth lalu data-data tersebut dihantar ke titik capaian MAN yang menggunakan teknologi W-Fl untuk dihubungkan ke cawangan-cawangan lain di seluruh dunia.
Kesimpulannya, teknologi pautan tanpa wayar ini (merujuk kepada Bluetooth dan Wi-Fi) memberikan banyak kelebihan atau kebaikan dalam aktiviti seharian. Antaranya:
• Kita sebagai pengguna boleh membuat kerja dengan melayari Internet di mana¬mana sahaja seperti di kafe-kafe atau tempat-tempat umum yang digelar sebagai hotspot. Ini adalah kerana adanya titik capaian untuk teknologi Wi-Fi disediakan. Teknologi Bluetooth pula memudahkan kita memindahkan atau berkongsi data antara notebook dan PDA. Ini sangat berguna ketika melakukan persembahan sesuatu projek atau laporan perancangan ketika mesyuarat di mana data-data perlu di kongsi dengan staf-staf yang lain.
• Dengan adanya kedua-dua teknologi ini, ia telah memudahkan mereka yang bekerja secara outstation dan di luar kawasan pejabat misalnya, di hospital dan di gudang.
• Penggunaan teknologi ini secara tidak langsung dapat mengurangkan tekanan kerja. Ini adalah kerana sesuatu perbincangan atau mesyuarat boleh dilakukan di tempat-tempat santai yang menyediakan sambungan tanpa wayar ini seperti Starbucks Coffee dan Schlotszky Deli.
• Teknologi Wi-Fi misalnya, menyediakan lebar jalur yang besar, oleh itu perpindahan data dapat di lakukan dengan pantas.
• Penyelenggaraan perkakasan juga mudah kerana tiada wayar atau kabel yang digunakan.
• Selain daripada itu, ia juga boleh mengurangkan TCO ( Total Cost of Ownership ) bagi syarikat-syarikat yang kecil yang tidak dapat menyediakan sistem rangkaian LAN di pejabatnya di mana mereka boleh menggunakan kemudahan sedia ada di kawasan hotspot.
• Dengan adanya teknologi ini, ia telah men masyarakat menggunakan peranti tanpa wayar misalnya, PDA dan telefon mudah alih.
Note: Nota inilah yang telah aku gunakan semasa aku menjalani temuduga tahun lepas. Credit kepada web tersebut.
by Amyra javaroses
SURAT SPA & JPA
So, ni surat dari SPA...
by Amyra javaroses
TAHUN BARU
Haaa... Banyak pulak aku kene prepare.. Barang kawin lagi.. Kursus lagi.. Aduh...
Takpe, aku akan buat satu persatu dahulu... Semoga Allah permudahkan segalanya.. Amin..
by Amyra javaroses
Sabda
Rasulullah S.A.W juga pernah bersabda maksudnya “Didiklah anak-anakmu dengan 3 perkara iaitu mencintai nabinya, mencintai ahli bait (keluarga)nya dan bacaan al-Quran, kerana ahli al-Quran itu mendapat naungan Allah pada hari yang tiada naungan melainkan naunganNya bersama-sama para Nabi”.
Berperang untuk melawan sikap malas, bersemangat untuk belajar, pasti akan dialami. Ini bukan saat untuk terlelap, terbuai dalam mimpi tak berujung. Tiada istilah lelah dan penat, untuk menjadi sang pejuang.
MORE ABOUT AUTHORS
Hi! This is Amyra, admin of concretejavaroses.blogspot.com and many more. A small blogger and started blogging as a hobby. Previously, I worked as a tutor and teacher, and of course currently, I worked as Kuli at Government Sector. I am running a number of Blog/Sites from my living room. Do contact me if u olls have any problems with ur sites. gtg. Catch ya later. =)