Recent Post

the authors


Name : Amirah binti Abdul Rashid


Origin Hometown : Ipoh

Field: Computer Engineering


Full-time : IT Assistant


Part-time : Tutor, Web Designer & Writer


Expertise : Web Development, Graphic and Multimedia Designer

Went through

Daisypath Anniversary tickers

I HEART YOU

Word world

Being deeply loved by someone gives u strength, while loving someone deeply gives u courage. yes..i mean u...

Galleries

MY QUOTES

People think that the most painful thing in life is losing the one value, the truth is, the most painful thing is losing yourself in the process of valuing someone too much and forgetting that you are special too...

SHOUT OUT

>>Chat<<


by Amyra Javaroses

Contact Me

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.

Cinta padaNya

Sekiranya kita cinta kepada manusia, tidak semestinya manusia akan cintakan kita. Tetapi sekiranya kita cintakan Allah nescaya cinta Allah tiada penghujungnya. Sekiranya kita cinta kepada manusia, kita akan cemburu kepada orang yang mencintai orang yang kita cintai. Tetapi sekiranya kita cinta kepada Allah, kita akan turut mencintai orang yang melabuhkan cintanya kepada Allah juga.

Find Me

Compatible with


Contact me at

    amyramia87@gmail.com


  +6019XXXXXX

Follow me at



30 July 2013

DARI KAKAK UNTUK ADIKNYA


Sebelum terlambat, kanda memohon ampun kepada dinda jikalau warkah ini mengguris perasaan dinda serta menyebabkan dinda tersinggung akan kata-kata kanda.

Kanda ini hanya manusia biasa, bukannya terpelihara dari dosa dan noda malahan kanda memiliki kekurangan hatta kekhilafan diri sendiri pun telah banyak kanda lakukan. Duhai dinda, ketahuilah... Pabila hati tidak keruan serta ruang ingatan terganggu oleh masa silam, kuat kanlah hati dinda. Tegarlah hati dinda untuk berpaksi pada prinsip yang SATU.

Abaikan mengenai manusia yang lain. Tidak usahlah dinda menjadi seperti mereka. Anggaplah ini ujian dari Allah sebagai satu wasilah pada dinda untuk berubah. Pabila kita menegur seseorang hamba Allah, pertama sekali dinda perlulah tahu niat dinda... Niat tersebut perlu disertai ikhlas serta ketulusan dari hati yang paling dalam.

Ketahuilah dinda, jika dinda menegur, menegurlah secara berhikmah. Pabila dinda menegur, tulislah sesuatu yang berhikmah. Ingat, dosa dengan Allah kita boleh bertaubat tetapi dengan manusia dinda mestilah memohon ampun. Selagi kita tidak berbuat demikian, Allah tidak akan mengizinkan kita masuk ke jannahNya hatta untuk mencium bau syura tersebut usah sama sekali.

Kita sebagai hamba Allah perlulah berjalan di atas bumi Allah dengan penuh dengan kerendahan diri. Dindaku, wanita itu bukan sahaja indah pada rupanya bahkan pada akhlak dan tutur katanya jua. Jadilah sepohon pokok yang lebat... Dibaling dengan batu, dibalas dengan buah.

by Amyra javaroses
28 July 2013

MOODLE WEB SITE MANAGEMENT



Sudah siap website... Ada bran??? hahaha...

by Amyra javaroses

27 July 2013

AKULAH GADISMU


Aku gadis biasa, yang tidak punya apa....


Masih bertatih mencari redha, masih mentafsir erti bahagia....


Tidak bergaya, tidak mesra dan kadangkala tidak peduli apa kata orang padanya....


Hidup bukan untuk membuat orang suka kerana bukan pada redhanya manusia tetapi keredhaan Allah yang aku perlukan....


Jika aku leka, tegurlah....


Jika aku lupa, ingatkanlah kerana aku hanyalah gadis biasa yang TIDAK MUNGKIN SEMPURNA.


by Amyra javaroses
25 July 2013

LIVE YOUR LIFE


Still cannot understand why those ppl do not think wisely. When you join-in organizations, you need to think out of box. You should build your network by making relationship with your colleagues, staff and top management. Besides that, you cannot treat ppl like "sampah". Owh.. What the fish.. Nak mati ke kalau bagi satu senyuman???? I still feel like an idiot. Meet with this "kekwat" person and think i’m good and you are so dumb. Hello, are you jelly enough? 

Still…
Deep inside my heart, I'm wanna approach them. But in the end, those ppl treat me like dumb ass. Instead of tiz probs, someone that really understands me helps me and treats me very well. Very ironic rite?? Thanks for being nicely to me. Why... Why... Did you jealous when I talk to him? Did you jealous when he talks to me back? Did you jealous the way he treat me or the way i treat him?

Hello again....
He has special girlfriend, why you are so jealous? 

Still... 
I kept thinking about your attitude. I'm trying to win your heart. You are like my sister. To me, you are same like others. Don't judge me because I'm a person with degree holder. Don't judge me the way i dress myself. Dress to make other ppl impress, not to show off.. I'm not type of that person that proud to show off my outfit, car, computer gadget and sort of that..

I'm proud to be myself.. 

Still...I cannot understand. You treat me like this is my fault.

Hello, we do not talk each other the day  i came to that place.
and... until now, you refuse to talk to me... even to say hi... only me... just me..and me... 

Why....and why...owh pelisss laaa.. I'm not type of that girl keyh..

by Amyra javaroses
24 July 2013

KERJAYA CIKGU




#Al-kisahnya aku teringat kata-kata seorang sahabat apabila niat beliau untuk menyambungkan pelajaran beliau ke tahap yg ketiga tertinggi iaitu MASTER. Penjelasan beliau untuk menyambung pelajaran adalah disebabkan kata-kata insan sekeliling, "Cikgu je???” “Cikgu sekolah rendah ke???” Begitu cetek pemikiran manusia zaman sekarang ni... Mereka tidak ketahui bahawasanya cikgu adalah jambatan mereka ke universiti. 

Bagi aku, kenapa aku ingin menjadi cikgu? Dalam diri ini membuak-buak sukakan mengajar... Dalam diri ini terzahir perasaan kasih sayang aku sebagai seorang ibu terhadap kanak-kanak.. Selain dari sebab sedemikian, aku ingin mengumpul pahala di dunia ini kerna dahuluya aku mempunyai kisah silam serta kisah hitam yang amat dahsyat. Pendek kata jahat laknatullah laa… Jadi, dengan menjadi cikgu, sedikit sebanyak aku boleh tebuskan dosa dan noda aku serta aku ingin mendidik anak muridku supaya tidak menjadi seperti aku. Ok, abaikan kisah tu.. 

Dengan menjadi seorang cikgu, pendidik, pengajar, pensyarah hatta nama yang seangkatan dengan mana-mana istilah ini sekalipun, kita akan memperoleh pahala yang banyak.. Dengan cikgu laaa terlahirlah satu pemimpin cemerlang  serta terbentuknya masyarakat rabbani yang mementingkan agama, adab dan adat..

Kita cuba bayangkan... Bayangkan apabila kita diberi tanggungjawab untuk mengajar satu kelas sebanyak 30 orang murid.. Contohnya, kelas Satu Anggun, kita diberi tugas untuk mengajar seperti memotong kertas.
“Ok..murid2..hari ni cigu nak ajar mcm mana potong kertas” atau “Ok..murid2..cigu nak ajar awak mcm mana nak kawad” ~~Baris..baris sedia… (^__^)Y..hahaha.. 

Setiap kata-kata kita, keringat, tenaga semuanya diambil kira.. Betapa mulianya tugas seorang cikgu.. Ingat senang ke? Setiap anak murid akan mengikuti arahan cikgunya, seterusnya mereka akan guna sehingga tahun 2, 3, 4 dan tahun-tahun berikutnya.. Itu yang mereka gunakan pada diri sendiri. Bagaimana jikalau mereka amalkan ilmu itu dengan mengajar ibu, ayah, adik, abang, kakak serta kawan??? Secara tidak langsung, kita akan peroleh pahala yang berlipat kali ganda… Mulut orang kita tidak mampu nak tutup… Itulah hakikatnya… 

Hati siapa yang perlu kita jaga selain ibu bapa kita? Hati siapa nak dijaga? Kita lebih risaukan kata-kata manusia sekeliling, mulut manusia yang mengomen hal hidup kita hatta mak cik juai nasik lemak pun kita nak dok pikiaq apa die ckp… Dgn Allah ada kita fikir tak????

Istilah belajar itu merujuk kepada menuntut ilmu dan keperluan untuk belajar seringkali dikaitkan dengan kehidupan masa hadapan dengan penganugerahan skrol ijazah, diploma atau sijil. Namun, apa yang perlu kita ketahui adalah bukanlah kepentingan untuk memiliki ijazah atau diploma mahupun sijil tetapi ilmu yang kita akan perolehi.

Berdasarkan ayat pertama yang diturunkan oleh Allah SWT kepada Rasulullah SAW iaitu: 
Firman Allah SWT: Bacalah (wahai Muhammad) dengan nama Tuhanmu yang menciptakan (sekalian makhluk). Lalu, datang perintah menyuruh Rasulullah SAW agar dapat membaca, walaupun tidak dapat menulis. Justeru, baginda segera diberi sebuah kitab yang akan dibacanya sekalipun baginda pada asalnya tidak tahu menulis.

Jadi di sini, kita perlu lihat perkataan yang pertama iaitu BACALAH. Perkataan BACALAH terlalu subjektif bagi mana-mana perspektif untuk setiap insan di muka bumi ini.. Namun apa yang kita perlu ketahui adalah tuntutan untuk memperolehi ilmu pengetahuan. Dengan apa cara kita perlu menuntut ilmu? Semestinya dengan belajar dan belajar itu tidak semestinya perlu berada di sekolah pada setiap masa. Setiap hari kita sebagai hamba Allah di muka bumi ini mempelajari sesuatu yang baharu yakni pembelajaran berterusan yang tidak ada perbezaan umur dalam menuntut ilmu.

Menuntut ilmu yang sebenarnya hendaklah ikhlas kerana Allah dan ia adalah wajib bagi setiap muslimin dan muslimat. Bukan untuk ditunjuk mahupun angkuh. Tanamkan niat dan azam di dalam sanubari supaya kita sentiasa ikhlas menuntut ilmu serta kemahuan untuk maju ke hadapan dengan tuntutan tersebut berdasarkan Al-Quran, Al-Sunnah dan Al-Hadis. Ibarat melihat dunia dari pandangan akhirat.

Dengan memiliki ilmu, in-sya-Allah hidup kita akan beroleh kesenangan hidup di dunia mahupun di akhirat. Sekiranya tidak mempunyai ilmu, kehidupan akan terumbang-ambing dan seringkali menghadapi masalah untuk meneruskan kehidupan.

Kesimpulannya,

Tidak bermakna mempunyai SIJIL, DIPLOMA, IJAZAH atau MASTER kita akan memperolehi rezeki yang banyak.
Tidak bermakna mempunyai SIJIL, DIPLOMA, IJAZAH atau MASTER kita akan memperolehi pahala yg banyak.
Tidak bermakna mempunyai SIJIL, DIPLOMA, IJAZAH atau MASTER kita akan memperolehi keberkatan di dunia.
Tidak bermakna mempunyai SIJIL, DIPLOMA, IJAZAH atau MASTER kita akan dapat menutup mulut orang yg bercakap tidak meyambungkan LIDAH ke OTAK.


Apa yang perlu ada dalam setiap muslimin dam muslimat adalah ilmu. Tidak kisahlah akademik ataupun kemahiran. Jadi, kita perlu kuat apabila dikritik.. Ingat, kita tidak mampu untuk menutup mulut orang ramai mahupun puaskan hati orang..

Dan mereka yg berkata kerjaya cikgu senang, kerjaya cikgu itu dan ini hakikatnya mereka tidak tahu apa itu istilah dan pengorbanan CIKGU sebenarnya...

Semoga sahabatku itu tenang menghadapi delima niat beliau...Dan aku doakan semoga di berjaya di dunia mahupun di akhirat.. Amin..


by Amyra javaroses
20 July 2013

KELAS MICROSOFT PAINT


Aku nak muntah bila dapat kelas Microsoft Paint.... Gila susah kot nak lukis gambar-gambar kartun menggunakan Paint.. Dah ler skill ak zero untuk lukisan... Kalau bagi Hands-Art punya sukaa leeer aku...


Ok students.. Please pay attention. Today, we are going to learn about Microsoft Paint. Look at teacher's outcome, is it nice? This handsome boy known as "Christmas Boy".  So, teacher expect that you all will give me a good outcome. So, i'm pretty sure that you should give me a good result that is better than my drawing. OK meyh?

Firstly, you need to open Paint Program. You may go to Start Button - Accessories - and you will find this Paint Program. Click it.

In order to create the Christmas Tree, what shape that you should use? Is it Oval or rectangular? None of these answer were true rite???... So, what is your answer? Triangle... Ok, good. The answer is triangle...

And so on... Begitulah rutin aku... Ni baru kelas Paint.. Belom lagi kelas Windows Management dan Internet.. Hahaha... Boleh tahan mengajar di International School ni.. Syukran..

by Amyra javaroses
19 July 2013

POLIGAMI


Al-kisah hari ini apabila artis AM berkahwin dua… Ada yang mengeji dan mencaci… Ingat, ini bulan puasa.. Huhuhu.. Penuh news feed masuk dari pagi ni sampai malam.. Naik biol aku bace.. Apabila kaum Adam menyuarakan poligami, semuanya SUKA… Tetapi bagi kaum Hawa emo tak tentu pasal…

Kebenaran lelaki berpoligami terkandung dalam ayat 3 surah an-Nisa bermaksud: “Dan jika kamu takut tidak dapat berlaku adil terhadap perempuan yatim apabila kamu mengahwininya, maka kahwin perempuan lain yang kamu senangi, dua, tiga atau empat.”

Kenapa perlu berpoligami? Pemahaman aku megenai bab poligami ini, sebab apa diharuskan berkahwin lebih dari SATU? Yang pertama, MANDUL-Isteri tidak dapat melahirkan zuriat. Si suami ingin mendapatkan zuriat melalui pernikahan yang sah.

“Dan janganlah kamu menghampiri zina, sesungguhnya zina itu adalah satu perbuatan yang keji dan satu jalan yang jahat ( yang membawa kerosakan ).” (Surah al-Isra’ : 32)

Yang kedua, ISTERI MENDERITA SAKIT YANG BERPANJANGAN yakni isteri tidak boleh melayan kehendak ehem..ehem.. si suami.. Yang ketiga, ISTERI SUKAR DIDIDIK yakni si isteri sering menimbulkan kemarahan dan tidak patuh kepada si suami. Yang keempat, SUAMI SENTIASA BERMUSAFIR menyebabkan si suami sentiasa keseorangan dan tuntutan nafsu sebagai seorang lelaki. Yang kelima, TABIAT BIOLOGI LELAKI BERBEZA DENGAN WANITA iaitu lelaki mempunyai SATU NAFSU DAN SEMBILAN AKAL. Yang kelima, JUMLAH WANITA LEBIH RAMAI DARI LELAKI.

Ok… Syarat berpoligami pula adalah (1) Seorang yang mampu berbuat adil; (2) Aman dari lalai beribadah kepada Allah; (3) Mampu menjaga isterinya; (4) Mampu memberikan nafkah.

Tetapi… Peliknya… Wahai kaum Adam, macam mana hati anda yang sayangnya pada seorang isteri boleh dibahagikan kepada dua, tiga dan empat??? Jawapnnya mudah: “Dah kami jatuh cinta, nak buat macam mana kan?” “Lagi pun kami ikut sunnah Rasulullah, si isteri dapat payung emas kan?”

Wahai kaum Adam, kaji balik sirah Rasulullah.. Baginda berkahwin atas dasar apa? Kesemua yang Baginda kahwini itu berstatus apa? Aku bertanya balik sebab ada yang pandai memutar belitkan sirah Rasulullah… Fakta atau Auta? Cakap jangan macam TIN KOSONG BOLEH TAK??? Lelaki zaman sekarang nak kahwin janda ke? For sure sume nak anak dara kan? Kalau janda pun mesti yang hot stuff kan?

Tetapi tak boleh disangkal, itulah fitrah lelaki. Kami ni kaum Hawa, wanita yang penuh dengan kelemahan.. Kami ni bengkok.. Mesti laaa sensitif dgn isu poligami. Bila wanita sudah bengkok, mereka memerlukan seorang lelaki yakni BAKAL IMAM DAN BAKAL WALID pada zuriat akan datang yang boleh memimpin kami sebagai si isteri hingga ke jannah.. Tetapi yang peliknya, lelaki itu sendiri yang bengkok, nak betulkan diri sendiri pun tak habis lagi… Inikan nak luruskan wanita? Tepuk dada, tanya selera…

Sesungguhnya, sukar untuk aku melihat Siti Khadijah pada zaman sekarang begitu juga dengan Muhammad. Yang ada hanya pada nama. Wahai kaum Hawa, jikalau kamu membantah bab poligami ini, ibarat kamu tidak boleh menerima firman Allah.. Fikir-fikirkanlah...

by Amyra javaroses
18 July 2013

LELAKI...


Andai lelaki tahu..Apabila seorang perempuan jatuh cinta terhadapnya, lelaki itu tidak semestinya punya segalanya... Tetapi lelaki itu adalah segalanya di hatinya.

Andai lelaki tahu..Apabila seorang perempuan itu mengalirkan air mata kerananya, itu bukan bermakna dia lemah tetapi dia sedang mencari kekuatan untuk terus tabah menyintai lelaki itu.

Andai lelaki tahu..Apabila seorang perempuan marah, memang dia tidak mampu mengawal perasaannya tapi percayalah, itulah maknanya dia sangat mengambil berat dan menyayangi lelaki itu. Lihat saja pasangan yang baru bercinta, mereka jarang bergaduh. Tetapi percayalah semakin bertambah sayang mereka pada seseorang, semakin pula banyak pertelingkahan yang berlaku.

Andai lelaki tahu..Apabila perempuan bercakap banyak, dia tidak pernah bermaksud untuk membuat anda rimas, tapi dia mahu lelaki mengenalinya dengan lebih dekat.

Andai lelaki tahu..Apabila perempuan berkata dia mahu anda berubah, itu bukan bermakna dia tidak mahu menerima anda seadanya, tetapi dia mahu menjadikan anda lebih baik, bukan untuk dirinya, tetapi untuk masa depan anda.

Andai lelaki tahu..Apabila perempuan cemburu dan tidak percayakan anda, bukan bermakna dia tidak sayang..tetapi dia terlalu sayangkan anda dan masih mengangap anda anak kecil yang masih memerlukan sepenuh perhatian. Kadang2 dia terlalu risau sekiranya terlalu percaya, anda akan mengkhianati kepercayaan yang diberi. Naluri keibuannya sangat kuat. Dia hanya mahukan yang terbaik untuk anda.

Andai lelaki tahu..Apabila perempuan merajuk, jangan kata dia mengada-ngada. Dia bukannya mahu dipujuk dengan wang ringgit atau hadiah sedozen, tetapi cukup dengan perhatian yang boleh buat perempuan rasa dihargai.

Andai lelaki tahu..Apabila perempuan jarang mengatakan ‘i love u’, itu tidak bermaksud dia tidak menyintai tetapi dia mahu lelaki itu merasai sendiri cintanya, bukan hanya hadir dari kata-kata tetapi juga melalui bahasa tubuhnya.

Andai lelaki tahu..Apabila perempuan kata dia rindu sama kamu, dia benar-benar maksudkannya. Apabila berjauhan, bayanganmu akan sentiasa bermain di mata.

Andai lelaki tahu..Apabila perempuan kata lelaki lain itu lebih baik dari kamu, jangan percaya kata-katanya kerana dia hanya mahu menguji kamu. Dia mahu melihat sejauh mana kamu sanggup menjadi yang terbaik di matanya. Walaupun sebenarnya memang kamulah yang terbaik di hatinya. Selagi dia dengan kamu, percayalah, walaupun perempuan menganggap masih ramai lagi yang lebih baik di matanya tetapi di hatinya, kamu tetap yang terbaik.

Andai lelaki tahu..Apabila perempuan menjadi degil, dia bukan bermaksud untuk menjadi degil tapi dia mahu melihat sejauh mana lelaki itu mampu bersabar dengan kerenahnya. Percayalah, hati perempuan itu sangat lembut. Andai kena caranya, jangan terkejut kalau akhirnya dia menukar fikirannya dalam masa sesaat.

Andai lelaki tahu..Apabila perempuan berkata, “tolong tinggalkan saya!”, dia tidak bermaksud menyuruh anda pergi selamanya. Dia hanya mahu menenangkan fikirannya sebentar saja. Apabila dia kembali tenang, percayalah dia akan mencari anda semula. Itu tandanya dia benar-benar menyintai anda. Perempuan sukar untuk mengawal perasaan. Dia terlalu emosional. Tapi dialah yang paling menyayangi anda dan sangat sensitif dengan perubahan pada diri anda.

Andai lelaki tahu..Sememangnya Allah menciptakan lelaki dan perempuan itu dengan perbezaan yang tersendiri. Tetapi sekiranya mereka saling memahami, mereka akan saling melengkapi dan menyempurnakan . Perempuan itu diciptakan oleh Allah indah sekali. Di sebalik air matanya, tersimpan seribu satu kekuatan yang bakal menjadikan seorang lelaki itu merasa selamat bersamanya. Biarpun zahirnya perempuan itu tampak lemah tapi dia punya kekuatan tersendiri yang bisa menggoncang dunia dan mungkin bisa pula membuat lelaki menjadi lemah kerananya. Jadi hargailah kehadiran seorang perempuan dalam hidup anda kerana dia didatangkan bukan dengan kelemahan sahaja tetapi dia juga ada kekuatan untuk menyongkong anda dan membuatkan hidup anda lebih sempurna. Dialah yang bakal menjadi perempuan bekerjaya, isteri juga ibu yang terbaik untuk anak2 anda.

#Credit to blog Cahaya Cinta

by Amyra javaroses
17 July 2013

BERHABUK BLOG AKU


Masih tidak terlambat lagi untuk aku mengucapkan selamat berpuasa..Selamat Berpuasa, Semoga ibadah berpuasa anda semua diterima olehNya...
Ok..berbalik kepada entry di atas, "Berhabuk blog aku ni" kan? Aku ni ade habit suka tulis citer atas kertas pastu edit dan post.. Citer tu ade tapi malas nak post kt blog... Akibatnye, berlambak-lambak ler keje pending... Itu laaa... Dah tukaq sekolah piii mengajar kt sekolah International, aku menjadi sedikit lembap dek kerana melayan budak-budak yg hyper ni... Ish, rindu pulak kat anak-anak murid aku...

Lepas tu pulak, ade sorang hamba Allah ni dok tanya kat aku...Cenggini ayatnya...

Abg dot. : Kenapa ang punya blog tak bole send komen? Ang piii disable pasai pa?

Aku : Ade sebab tertentu...

Abg dot. : Sebab tertentu ape? Baru je nak nganjing page ang...

Aku : Jangankan nganjing, segala tok nenek nganjing aku xbagi ko ngajing di sini... Hahaha...

Abg dot. : Hampeh... *&*^&%^#$#@*&*

Aku ada sebab kenapa aku disable kan.. Pertama dulu blog aku ni under wordpress.. Dah berterabur jawabnye... Lagi satu, aku nak tukar domain dan hosting... So, by the end of this year aku nak convert blogspot aku ni masuk domain aku sendiri... Jadi, harap maklum...

Pe lagi aku nak merapu kat sini ye... Entah ler... Bubye...

by Amyra javaroses
09 July 2013

INTERNATIONAL ICT SCHOOL


Aku mengeluh… Kontrak dah pun abis.. Macam bese ibarat pepatah “Bagaikan pungguk rindukan bulan”… Memang jahanam laaa kalau tunggu PPD panggil ni… Dok fikir, perlu ke aku pergi PJ nak keje kat Western Digital atau perlu ke aku pergi Kedah untuk First Solar??? Hakikatnya, aku sudah tolak offer tu… Rugi, memang rugi.. Semua orang kata aku bodoh… Tapi, bagi aku… Berada bersama bondaku, itu sudah cukup buatku rasa tenang di samping beliau... Walaupun hari-hari kene berleter, kene marah, ade je tak kene..Tapi, aku merindui leteran beliau..

Berbalik kepada keluhan aku ni… Sebenarnya aku menghadapi masalah jobless.. Again and again… Tak boleh jadik ni.. Sekolah international tu dah panggil aku interview dua kali, tapi saje je buat bodo pasainya aku still kerja di sekolah.. Then, bila dah abis kontrak, baru ler terkinja-kinja datang buat muke tak tau malu minta kerja… Hahaaaa~~~ Peduli ape aku…

So, dah set interview ari Selase petang.. Pagi tu boleh laaa kak long ni melawat kawasan.. Pergi ziarah geng-geng di sekolah.. Hoi~~Hoi.. Rindu giler kat anak murid aku.. Jumpe ler jap.. Then, pekene mee kari kat kantin sambil bergossip hal aku… Pergh, tak boleh blah… Tak abis-abis tanya aku bila nak kawin.. Sakit otak aku nak jawab.. “Ye, saya nak kawin.. Tunggu Adi Putra pinang saya..” 

~~~Mak, kalau Adi Putra pinang Mira..Sumpah tak cari lain…Hahahaaaa~~~


Dok meronda masuk bilik guru, jumpe kengkawan maka terubatlah rindu ni sket… Iyolah, kat situ paling besh kot.. Tapi, kalau nak kate pengalaman paling besh di SMK Menglembu laaa… Even kat sana totally aku yang gangster n ganazz dengan budak-budak, hakikatnya mereka itulah dalam hati aku sepenuhnya. Tidak pilih jantina dan bangsa.. Aku masih ingat geng kantoi merokok, geng kantoi buat keje tak senonoh, geng kutip duit perlindungan, itu sume dalam ingatan. Yang aku dok paling ingat, kete kene calar dan baju aku kene cekak… Pergh, nasib baik diselamatkan oleh abang guru disiplin tersayang.. Thanks Cikgu Mail… Akanku kenang jasamu melindungi aku setiap masa… Memerhatikan tingkah laku budak-budak tu melayan aku.. Thanks bro…

Ok, stop laaa citer pasai sekolah tu.. Bikin gue sedih aje… Ok, so kuar dari sekolah tu kul 1.30 pm.. Eh, interview kul 2.00 pm.. Camne ni??? So, bawak ler kete cam orang gilak nak pergi Ipoh Garden South.. Sekali tepon berbunyi…

Re2 admin : Hello, may I speak to Miss Amira please?

Aku : Yup, speaking..

Re2 admin : Regarding for your interview session, we need to delay at 5 pm because our CEO and Executive are attending meeting..

Aku : (#^%&^*U)(IJKLNKJNJGHFG), Owh… Okay.. I will see you at 5 pm. But before that, which building of  re2 Human Resource Department?

Re2 admin : Nearby Pizza Hut.

Aku : Ok..Tqvm.

Letak je tepon, kete pun pusing menuju ke Taman Meru.. Riang tak terkata hati ini.. Ingat, balik umah nak prepare interview, tido jawabnya… Arghhhh, lantak laaa… Maleh aku nak fikir.. Bedal aje laaa.. Aku bukannya nak keje kat situ pun.. Tapi itu laaahhhh… Hurm… Tido, mimpi, bangun, mandi, solat, makan dan piii interview.. Sesampainya disitu, sume nengok aku. Pasai paaa deme ni nengok aku.. Tak pernah tengok ke orang pakai baju kurung??? Isi form dan ada test.. Huuu.. Layan..

Tunggu punya tunggu.. Boss masuk… Pehtu panggil interview..


Boss : Ok, btw what is your name?

Aku : Mira, erm… My full name is Amirah binti Abdul Rashid.

Boss : So, what should I call you? Mira, Amira or Mia?

Aku : I prefer Amirah… #smile

Boss : So, please introduce about yourself…

^Mata-mata berkedip nengok aku… Adoyai… Hahahaa~~~

Aku : #smile.. As I mentioned before, my name is Amirah binti Abdul Rashid. My origin hometown is in Ipoh. Now, I live nearby Taman Meru.

Boss : Owh.. Which part Taman Meru? Is it Meru Valley or Meru Height?

Aku :
(Hokaloh… Abah engkau laaa aku nak dok Meru Valley or Meru Height). Nope, none of these were true bcus I live at Taman Meru 2B; nearby SK Jelapang. (gua orang bese-bese jew..)

Boss : Ok.. So continue..

Aku : As noted from my enclosed resume, I have an experience with a wide range of technical through internship, full / part-time employment and technical projects. I am fresh graduate from Technical University of Malaysia Melaka (UTeM), Bachelor in Electronics Engineering with a major in Computer Engineering at Faculty of Electronic and Computer Engineering with overall cumulative grade point average (CGPA) is 3.20. I have been studying at Ungku Omar Polytechnic, Diploma in Electronic Engineering with a major in Computer with overall CGPA is 3.56. Previously, I worked as a teacher at SK Dato’ Ahmad Said Tambahan, SMK Anderson and SMK Menglembu… Bla..bla..Bla..

Boss : State your strength and what can you contribute if you join this organization?

Aku :
(Haaaaaaaaaa…..Sudah… Jahanam…. Jawab je laaaa….)

Boss : Our working hours is bla..bla..bla… Then, bla..bla..bla…

#Terkebil-kebil aku dengar…

Boss : Ok, you may start on 15h July… From next Monday onwards, you will be our new staff; Junior ICT Teacher…

Aku : Waaaaaa…. I didn’t expect to get this news. I’m so terharu maaa…. Tenkiu.. Tenkiu…

#Menyengih boss aku…

Haaaahaaa… begitulah cerita aku.. Start hari Isnin, aku kene training session.. Dapat pulak Manager yang kacak, Korean style dan meteroseksual.. Sume lengkap, tapi sayang bukan taste aku… Takdak feel laaa… Huahuahua…

by Amyra javarose
08 July 2013

'SIGNS HE LIKES YOU, SIGNS HE DOESN'T'


'If a guy likes you, then he is going to be around you. It doesn't matter if he is not talking directly to you or even blatantly ignoring you.

Even if he is making fun on you... Picking fights or punching you in the arm and then running away.

If he is interested in you, he will find reasons to be close to u.'


'If he is not around you more times than not, he is probably doesn't have any feelings  for you. Just as we have trouble telling someone we do like ‘em, we have the same trouble telling someone we don't.

So, instead of tat, we avoid you.

I think tat we just have trouble saying wut we truly feel, or that we are hoping tat if we are around you long enough you will start to understand our language, tell us you like us, and then invite us out to dinner '

'Wuteva the case maybe, the best sign to look for  to see is….

If he is interested in u, is if, no matter wut foolishness he is doing, he is doing it around u.'

by Amyra javaroses
04 July 2013

SURUHANJAYA PERKHIDMATAN AWAM


Ya Allah, sekiranya ada rezekiku di langit... Engkau turunkanlah... Ya Allah, sekiranya ada rezekiku di dalam Bumi, Engkau keluarkanlah... Ya Allah, sekiranya ada rezekiku jauh, Engkau dekatkanlah... Ya Allah, sekiranya aada rezekiku berdekatan, Engkau permudahkanlah dengan kekuasaanMu... Aku adalah hambaMu yang tidak berdaya... Bantulah hambaMu ini dalam mengharungi kehidupanku kelak...


F29... Menjadi calon simpanan... Haiiiihhhh...

Study laaaasssttt minute... Macam gini laaa jadinye....

Kan besh kalau dapat yang ini...

Alhamdulillah... Akan ku kejar kamu...

Ini lagi laaaa.... Berapa kali kene reject...

by Amyra javaroses

Sabda

Rasulullah S.A.W juga pernah bersabda maksudnya “Didiklah anak-anakmu dengan 3 perkara iaitu mencintai nabinya, mencintai ahli bait (keluarga)nya dan bacaan al-Quran, kerana ahli al-Quran itu mendapat naungan Allah pada hari yang tiada naungan melainkan naunganNya bersama-sama para Nabi”.

Berperang untuk melawan sikap malas, bersemangat untuk belajar, pasti akan dialami. Ini bukan saat untuk terlelap, terbuai dalam mimpi tak berujung. Tiada istilah lelah dan penat, untuk menjadi sang pejuang.

MORE ABOUT AUTHORS


Hi! This is Amyra, admin of concretejavaroses.blogspot.com and many more. A small blogger and started blogging as a hobby. Previously, I worked as a tutor and teacher, and of course currently, I worked as Kuli at Government Sector. I am running a number of Blog/Sites from my living room. Do contact me if u olls have any problems with ur sites. gtg. Catch ya later. =)