Recent Post
the authors
I HEART YOU
Word world
Being deeply loved by someone gives u strength, while loving someone deeply gives u courage. yes..i mean u...
MY QUOTES
People think that the most painful thing in life is losing the one value, the truth is, the most painful thing is losing yourself in the process of valuing someone too much and forgetting that you are special too...
Amyra Top Posts
Archives
-
►
2016
(1)
- ► March 2016 (1)
-
►
2015
(5)
- ► March 2015 (1)
- ► January 2015 (1)
-
►
2014
(67)
- ► October 2014 (11)
- ► September 2014 (2)
- ► August 2014 (5)
- ► April 2014 (7)
- ► March 2014 (2)
- ► February 2014 (6)
- ► January 2014 (7)
-
▼
2013
(82)
- ► December 2013 (5)
- ► November 2013 (13)
- ► October 2013 (8)
- ► September 2013 (3)
- ► August 2013 (6)
- ► April 2013 (3)
- ► March 2013 (5)
- ► February 2013 (6)
- ► January 2013 (5)
-
►
2012
(7)
- ► December 2012 (2)
- ► November 2012 (2)
- ► October 2012 (2)
- ► September 2012 (1)
Labels
SHOUT OUT
>>Chat<<
by Amyra Javaroses
Contact Me
Cinta padaNya
Sekiranya kita cinta kepada manusia, tidak semestinya manusia akan cintakan kita. Tetapi sekiranya kita cintakan Allah nescaya cinta Allah tiada penghujungnya. Sekiranya kita cinta kepada manusia, kita akan cemburu kepada orang yang mencintai orang yang kita cintai. Tetapi sekiranya kita cinta kepada Allah, kita akan turut mencintai orang yang melabuhkan cintanya kepada Allah juga.
KEMENTERIAN PENDIDIKAN MANSUH JAMINAN JAWATAN GURU
Menteri Pendidikan II, Datuk Seri Idris Jusoh berkata, langkah itu bertujuan bagi memastikan hanya yang terbaik ditawarkan ke jawatan berkenaan.
"Amalan pada masa ini membolehkan guru pelatih IPG dan IPTA dijamin pelantikan sebagai guru tanpa mengambil kira prestasi mereka.
"Jaminan pelantikan ini akan digantikan secara berperingkat dan hanya guru pelatih yang memperolehi pencapaian terbaik dan berkelayakan akan ditawarkan jawatan sebagai guru," katanya ketika berucap dalam Konvokesyen Ijazah Sarjana Muda Perguruan IPG di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) di sini hari ini.
Yang turut hadir, Timbalan Rektor IPG, Dr. Lee Boon Hua.
Dalam sidang akhbar selepas majlis itu, Idris berkata, langkah pengambilan guru itu perlu dijalankan untuk memastikan hanya mereka yang lulus dengan baik ditawarkan kerja sekali gus meningkatkan martabat guru.
"Kita mahu pilih yang terbaik selain menjadikan jawatan guru sebagai kerjaya pilihan, bukan kerana ikut suami atau sebagai pilihan terakhir.
"Pelajar-pelajar terbaik di Finland umpamanya bercita-cita mahu menjadi guru, keadaan ini menjadikan taraf pendidikan negara itu tinggi," katanya.
Beliau bagaimanapun berkata, pihaknya masih perlu meneliti banyak perkara termasuk cara pelaksanaan sistem itu selain soal masa depan guru pelatih yang tidak ditawarkan jawatan.
Dalam pada itu, Idris berkata, Kementerian Pendidikan telah memulakan langkah untuk memastikan calon yang cemerlang memilih profesion perguruan sebagai kerjaya mereka.
"Dalam Gelombang Pertama Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia, kerajaan akan melancarkan kempen profil tinggi untuk meningkatkan kesedaran tentang perguruan sebagai kerjaya yang berprestij.
"Kerajaan akan melancar tawaran baharu yang menyeluruh kepada semua guru bagi menjadikan profesion perguruan lebih menarik dan meningkatkan profil dan profesionalisme kerjaya ini," katanya.
Sumber: UTUSAN (28/05/2013)
WALIMATULURUS EMY & MIA
Rasa sayu dan terharu sangat apabila menyaksikan sahabat-sahabat berakad nikah di masjid. Tambahan lagi, rasa macam dah sampai seru je menjadi sang isteri. InsyaAllah... Nanti aku pula menyusul.
by Amyra javaroses
PEGAWAI TADBIR DIPLOMATIK GRED M41
Yang manakah antara huraian kenyataan berikut adalah betul?Kenyataan : "Kuda unta bukan kuda." Kerana ____________I "kuda" ialah sebutan umumII "kuda unta" ialah sebutan spesifikIV saiz "kuda" beza dengan "kuda unta"A I, III sahaja B II. IV sahajaC I, II, III sahaja D Semua
HADIAH HARI GURU
Ok...So, dah empat hari dah dari tempoh Sambutan Hari Guru. Ini laaa first time aku ajar sekolah rendah... Jadi, pendekatan yang aku gunakan di sekolah menengah terdahulu tak boleh laaa guna pakai kat sekolah rendah. Ye laa, aku ngajor pelajar sekolah menengah ni kene laaa garang sket walaupun hakikatnya aku ni jenis sporting. Namun, integriti dan profesion sebagai seorang pendidik harusku pegang..Pasainye, BUDAK-BUDAK ZAMAN SKANG NI TAK BLE BAGI MUKA... hahahaaa...
Teringat laaa bila kene masuk sekolah rendah, hati berbunga riang... Dalam hati, "wow...sonoknye, tak de laaa aku nak hadap PBS tu... Lagipun, budak-budak sekolah rendah ni senang je nak kontrol..."
Ye laaa Cikgu Mira oiii... Senang laaa sangat.. Hakikatnya, ngajar sekolah rendah laaa susah... Sebab bagi aku, menjadi cikgu sekolah rendah ni lagi susah dari sekolah menengah... Kenapa???? Why????
Sebab........
Di sekolah menengah, pelajar lebih banyak berdikari dalam P&P di kelas (Tapi idak laa berdikari sangat, cikgu gak yang tolong gak bila last sekali).. Pendek kate, cikgu ni hanyalah fasilitator untuk membimbing pelajar supaya lebih memahami apa yang dipelajari dan senang menerima sesuatu input. Itu di sekolah menengah...
Bagi sekolah rendah, murid-murid menjadikan cikgu ni sebagai mentor, ibu dan kakak (Itu kalau cikgu pompuan laaa). Nak jadi citer, cikgu sekolah rendah ni lebih banyak mendidik yakni pendekatan serta kesabaran teramatlah berlainan dari pengajaran di sekolah menengah...
Hahahaha...Kadang-kadang bila fikir balik, sakit jiwa laaaa bila ajar budak-budak ni.. Aku dah laaa jenis cakap "sebatu jauh boleh dengar"... Bak kata kawan aku laaa, mak aku udah tanam speaker dalam mulut aku ni sejak dari lahir... Bila ngajar je budak-budak ni, sekali aku jerkah je, memang dieorang kecut perut jeee dengan aku... Timbul laaa rasa kesian lak kat anak murid aku ni.. Terasa berdosa pulak laaa kan...
Itu laaa...Kalau bab tak bawak buku, tak siap keje sekolah, bising, merayau-rayau dan bersilat kat belakang kelas tu aku dah lali dah. Budak-budak ni takde laaa aku denda... Tapi, yang mana ada kes dengan aku ni, aku akan bagi laaa denda... Ibarat, setiap slot aku ada persembahan wajib sapa yang tak bawak buku dan tak siap keje sekolah.. Lepas tu, dieorang taubat tak nak buat dah laaa...
Terkenangkan si budak-budak nakal ni... Sekolah rendah tapi teramatlah nakal bagiku.. Alhamdulillah, anak murid kesayangaku ni belom lagi di kategorikan ganas dan buas.... Banyak mana aku bagi denda kat dieorang satu geng sebab tak bawak buku dan tak siap keje sekolah, dieorang pasrah... Bila bising, aku panggil ke depan suruh amik kerusi dan meja jadi tetamu kehormat setiap slot aku. Kalau main utus-utus surat atau bawak benda terlarang, surat aku koyak, benda yang terlarang aku rampas... Memang tak bagi muka laaa.. Hati kering laaa katakan...
Tapi..... Aku ingat budak-budak ni anti aku... Tak sangka, bila Hari Guru... Dieorang ni berkejaran berlari dapatkan aku... Bagi hadiah, bagi bunga dan bagi kad ucapan.... Dan yang paling tersentuh hati aku, bila budak-budak ni salam dan cium tangan... Waaa... Rasa nak nangis laaakkkk...
Hai...Cuti sekolah ni, rindu rasanya kat budak-budak ni... Tak sabar tunggu nak bukak sekolah...=)
Ini laaa hadiah yang anak-anak murid aku bagi...
by Amyra javaroses
PUISI UNTUK ANAK MURIDKU
by Amyra javaroses
PHOTOSHOOT HARI GURU
So, beratur punye beratur laaa... Dok ukur sapa tinggi, sapa rendah... Haiyoooo... Cikgu pun kene buat gak sama macam murid.. Aku main redah je.. Yang penting, tinggi dok tengah... Huhu... Ni gambor amik ramai-ramai dengan cikgu yang lain ni rasanya nak buat kenangan laaa untuk masa hadapan. Mana laaa tahu dok teringat nanti pulak... =)
Inilah hasil picnye...
by Amyra javaroses
Sabda
Rasulullah S.A.W juga pernah bersabda maksudnya “Didiklah anak-anakmu dengan 3 perkara iaitu mencintai nabinya, mencintai ahli bait (keluarga)nya dan bacaan al-Quran, kerana ahli al-Quran itu mendapat naungan Allah pada hari yang tiada naungan melainkan naunganNya bersama-sama para Nabi”.
Berperang untuk melawan sikap malas, bersemangat untuk belajar, pasti akan dialami. Ini bukan saat untuk terlelap, terbuai dalam mimpi tak berujung. Tiada istilah lelah dan penat, untuk menjadi sang pejuang.
MORE ABOUT AUTHORS
Hi! This is Amyra, admin of concretejavaroses.blogspot.com and many more. A small blogger and started blogging as a hobby. Previously, I worked as a tutor and teacher, and of course currently, I worked as Kuli at Government Sector. I am running a number of Blog/Sites from my living room. Do contact me if u olls have any problems with ur sites. gtg. Catch ya later. =)