Recent Post

the authors


Name : Amirah binti Abdul Rashid


Origin Hometown : Ipoh

Field: Computer Engineering


Full-time : IT Assistant


Part-time : Tutor, Web Designer & Writer


Expertise : Web Development, Graphic and Multimedia Designer

Went through

Daisypath Anniversary tickers

I HEART YOU

Word world

Being deeply loved by someone gives u strength, while loving someone deeply gives u courage. yes..i mean u...

Galleries

MY QUOTES

People think that the most painful thing in life is losing the one value, the truth is, the most painful thing is losing yourself in the process of valuing someone too much and forgetting that you are special too...

SHOUT OUT

>>Chat<<


by Amyra Javaroses

Contact Me

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.

Cinta padaNya

Sekiranya kita cinta kepada manusia, tidak semestinya manusia akan cintakan kita. Tetapi sekiranya kita cintakan Allah nescaya cinta Allah tiada penghujungnya. Sekiranya kita cinta kepada manusia, kita akan cemburu kepada orang yang mencintai orang yang kita cintai. Tetapi sekiranya kita cinta kepada Allah, kita akan turut mencintai orang yang melabuhkan cintanya kepada Allah juga.

Find Me

Compatible with


Contact me at

    amyramia87@gmail.com


  +6019XXXXXX

Follow me at



19 December 2012

KATA HATI


Kalau ikutkan kata hati, memang sakit laaa badan.. Tapi kalau fikirkan, memang tak berakal. Entah laaa... Masuk tahun 2013 ni, kiranya aku "berjaya" membawa azam tahun lepas yang kecundang lagi..

Lalu aku bermonolog sendirian sebentar tadi: "Yes........tahniah Cik Mira. Tidak bersungguh-sungguh memperbaiki kehidupan anda untuk terus maju ke hadapan." Kenapa aku berkata sebegini???? Kerana menjadi seorang wanita muslimah banyak cabaran dan dugaan pada masa kini.

Faktor menjadi "jobseekers" ni menjadi cabaran utama laa sekarang. Banyak aku bertanya pendapat mengenai permohonan bekerja di sektor swasta. Bila aku pergi menghadiri temuduga, isu jantina dan status adalah menjadi satu bahan debat ketika sesi temuduga. Aku pula seperti macam tak puas hati je laaa... Mulalah hujah bela diri aku dikeluarkan satu persatu... Bak kate slang orang Peghak la: "Apekeheinye yob oi.... idak laaa teman tau kaum pompuan ni tak bole buat koje cenggini. Sebab setahu teman, koje teman mintak ni sume jantina dan status bole mohon yob oiiiiiiiiiiiiiii....." Tapi, itu hanya mimpi... Tidak mampu aku untuk mengeluarkan kenyataan tersebut. Silap ari bulan, aku tersondol kat dinding...

Nak jadi cerita laaa, aku macam rasa diri ni dah hopeless... Kenapa aku diperlakukan macam ni? Aku tak perform bagus ke??? Pointer aku rendah ke? Ujian aku masa saringan temuduga gagal ke? Aku tak aktif kokurikulum kat universiti ke? Aku tak cukup kemahiran teknikal ke???? Bla..bla..bla...

Akhirnya, aku pun tanye laaa..

Aku: Mr. S, what is the requirements for us (fresh graduates) to join this organizations??? Isn't about the pointer or background working experience?

Mr. S: Since you are fresh graduates, we will consider u based on your pointer and grades.

Aku: Owh...ok..Then, how about our extracurricular activites?

Mr. S: We don't even look at this criteria. We only want an engineer with an excellent pointers. Plus, we want a dynamic and multitasking person to join in our company.

Aku: (Muka udah pasrah....Siap aku rase macam nak penampo muka sendiri je). Erm...Regarding on working experience, did you consider the working experience during Diploma internship??? or... working experience after Diploma graduation????

Mr. S: Nope...Actually, we will evaluate after u grad. Meaning to say, after degree not diploma. So, if u fresh.. Then, we will evaluate u based on your pointer and grades.

Aku: (Malang sungguh)... Memang jahanam laaaa aku...

Lepas beberapa minggu, dieorang call.. Suh datang interview saringan ke-3... nak buat macam mana... Aku dah jadi pendidik.. Harung je laa... Ingat nak koje jadik engineer je.. Dok letup gadget iphone tu tapi dah nasib badan, tak de rezeki.

Moral: Janji Allah itu benar. Dia tahu apa yang terbaik untuk diriku kerana sesungguhnya profesion pendidik ni sangat sesuai dan sebati dalam sanubariku.. Chewaaaah....

by Amyra javaroses

Created with Artisteer

HIMPUNAN SOALAN PPTM


Jikalau kita kaji tugas PPTM F29 ni, tugas utama penjawat F29 ialah sebagai pengaturcara.... Oleh itu, kenungkinan besar soalan akan ditanya mengenai pangkalan data dan programming. Mungkin juga akan ditanya mengenai network security... Contohnya firewall...

Contoh Soalan Umum:
1. Keterangan mengenai pekerjaan anda sekarang (jika bekerja), tentang majikan dan tugas-tugas yang perlu anda lakukan. Anda juga perlu nyatakan sebab-sebab anda memohon jawatan sebagai PPTM.
2. Anda perlu berikan pendapat anda mengenai masalah gejala sosial di Malaysia.
3. Isu semasa lain seperti kejayaan Nur Amalina mendapat keputusan SPM 17A dan calon SPM lain yang mendapat 19A yang menjadi kontroversi.
4. Anda juga perlu ceritakan mengenai sejarah kemerdekaan, tarikh, kronologi-kronologi sebelum merdeka dan pejuang-pejuang kemerdekaan yang terlibat.
5. Anda perlu nyatakan maksud kemerdekaan, tema merdeka tahun ini, dan siapa wakil 3 kaum semasa perjanjian Suruhanjaya Reid di London.
6. Peranan komunis di Tanah Melayu dan siapakah nama ketua komunis pada ketika itu.
7. Nyatakan mengenai institusi Yang Dipertuan Agong, tarikh lantikan, pertabalan, sistem giliran dan tarikh kelahiran Agong.
8. Mengenai Parlimen, Dewan Rakyat, dan Pilihanraya.
9. Isu Parlimen & Institusi Yang Dipertuan Agong


Contoh Soalan Khusus:

1. Kaitan antara jawatan anda sekarang (jika bekerja) dengan teknologi maklumat, anda perlu nyatakan pengalaman-pengalaman anda ada.
2. Jelaskan mengenai rangkaian seperti jenis-jenis topologi dan perbezaannya.
3. Jelaskan mengenai firewall, daripada segi kegunaan, jenis dan jenama yang digunakan.
4. Jelaskan mengenai open-source seperti linux.
5. Jelaskan mengenai web browser, jenis-jenis dan perbezaan antaranya.
6. Jelaskan juga mengenai search engine, jenis dan kegunaannya.
7. Nyatakan pengalaman anda membangunkan sistem, kegunaannya dan pengguna sistem tersebut.
8. Jenis Rangkaian seperti LAN dan WAN.

by Amyra javaroses
20 November 2012

NIAT


Setiap perkara yang kita akan / telah lakukan perlulah disertai dengan niat. Niat itu tertakluk kepada tuan empunya badan yakni samada kita boleh tentukan baik atau sebaliknya. Namun, kadang kala….. Niat teramatlah sukar dikawal.

Bila sahabat memerlukan pertolongan, kita pun menyambut dengan hati yang terbuka… 

Menolong sahabat tersebut, tapi…. 
Jauh di sudut hati, kita sebagai manusia mengharapkan balasan.. Samada tenaga atau duit…
Yaaa… Memang betul… Dunia yang serba moden kini, bukannya percuma. Nak masuk tandas awam pun kene bayar 30 sen.. 

Kalau kita sudah memikirkan cara sebegitu., bermaksud kita secara terus menerus mengharapkan balasan seseorang atas pertolongan kita terhadap sahabat tersebut.

Jadi, mana pahalanya?????

Jangan laaaa kita mengharapkan pahala di akhirat sedangkan kita menuntut duit dari sahabat tersebut.

Rasulullah S.A.W bersabda:
Bahawasanya, segala amalan itu adalah dengan niat dan setiap orang mendapat pahala berdasarkan kepada apa yang dia niatkan.

Rasulullah S.A.W bersabda :
Sesiapa yang berhijrah kerana Allah dan Rasul, maka hijrahnya itu adalah bagi Allah dan Rasul. Sesiapa yang berhijrah kerana dunia yang diperolehinya atau kerana perempuan yang ingin dikahwininya, maka hijrahnya adalah kepada apa yang dia niatkan nya.

“Berapa banyak amal besar menjadi kecil nilainya kerana niat. Dan berapa banyak amal kecil yang menjadi besar nilainya kerana niat.”

Daripada Amirul Mukminin Abu Hafsin 'Umar ibn al-Katthab r.a.

Beliau berkata: 

Aku mendengar Rasulullah SAW bersabda:
Bahawa sesungguhnya setiap amalan itu bergantung kepada niat, dan bahawa sesungguhnya bagi setiap orang apa yang dia niatkan. Barangsiapa yang hijrahnya menuju kepada Allah dan RasulNya, maka hijrahnya kepada Allah dan RasulNya. Barangsiapa yang hijrahnya kerana dunia yang dia mahu mencari habuannya, atau kerana seorang perempuan yang dia mahu kahwininya, maka hijrahnya ke arah perkara yang ditujuinya itu.

by Amyra javaroses
05 November 2012

ALHAMDULILLAH....


Tak tido malam, study soalan matematik sampai pecah otak... Bace pulak pasal sistem pemerintahan Malaysia laaaa...






Suma laaa dok study.. Tak tahu boleh jadi tahu... dan inilah hasilnya....

Berkat doa bonda.... dan itu adalah rezeki aku... Terima kasih Ya Allah....



by Amyra javarose

26 October 2012

GOODBYE TEMPLATE LAMA........


Aku sendiri pun bosan bila lihat template lama ni. Godek punya godek, aku tak nak laaa pakai template dari laman web... Ingat nak buat sendiri je pakai Dreamweaver atau Artisteer..

Minat aku terhadap Web development ni sangat bernafsu... Tambah lagi CMS joomla... Belom masuk lagi bab database dan interface... Itu kalau tak tido satu hari aku sanggup...

So, ni laaahhhh template yang lama... Bosan kan...


Bila abis je blaja, mulalah join freelance buat laman web... Sesungguhnya, kerja ni memang besh... 

At last, nilah hasilnya...


Yang hasilnya tulah laman web aku skang... So, bila tukar template baru... Secara tak sengaja semua komen aku terdelete... Abis laaa... =(

by Amyra javaroses
16 October 2012

DOA BUAT SANG KEKASIH


Sekiranya kita cinta kepada manusia, tidak semestinya manusia akan cintakan kita. Tetapi sekiranya kita cintakan Allah nescaya cinta Allah tiada penghujungnya. Sekiranya kita cinta kepada manusia, kita akan cemburu kepada orang yang mencintai orang yang kita cintai. Tetapi sekiranya kita cinta kepada Allah, kita akan turut mencintai orang yang melabuhkan cintanya kepada Allah juga.

Ya Allah,
Seandainya dia adalah jodoh yang ditetapkan oleh-mu kepadaku, maka Engkau campakkanlah dalam hatiku cinta kepadanya adalah kerana-Mu dan campakkanlah dalam hatinya cinta kepadaku adalah kerana-Mu.

Namun…..
Seandainya dia bukanlah jodoh yang ditetapkan oleh-Mu kepadaku, maka Engkau berikanlah aku kekuatan agar pasrah dalam mengharungi ujian-Mu, ujian yang Engkau berikan kepadaku.

Ya Allah,
Jika aku jatuh cinta,
Cintakanlah aku pada seseorang yang melabuhkan cintanya pada-Mu, agar bertambah kekuatanku untuk mencintai-Mu.

Ya Muhaimin,
Jika aku jatuh cinta,
Jagalah cintaku padanya agar tidak melebihi cintaku pada-Mu.

Ya Rabbana,
Jika aku jatuh hati,
Jagalah hatiku padanya agar tidak berpaling pada-Mu.

Ya Rabbul Izzati,
Jika aku rindu,
Rindukanlah aku pada seseorang yang merindui syahid di jalan-Mu.

Ya Allah,
Jika aku rindu,
Jagalah rinduku padanya agar tidak lalai aku merindui syurga-Mu.

Ya Allah,
Jika aku menikmati cinta hamba-Mu,
Janganlah kenikmatan itu melebihi kenikmatan indahnya bermunajat di sepertiga malam terakhir-Mu.

Ya Allah,
Jika aku jatuh hati pada kekasih-Mu,
Janganlah Engkau biarkan aku tertatih dan terjatuh dalam perjalanan panjang menyeru manusia kepada-Mu.

Ya Allah,
Jika kau halalkan aku merindui hamba-Mu,
Jangan Engkau biarkan aku melampaui batas sehingga melupakan aku pada cinta hakiki dan rindu abadi hanya kepada-Mu.

Kerana sesungguhnya...................
Aku sangat lemah lagi hina tanpa-Mu Ya Allah.

Engkau berilah aku kekuatan agar aku dapat mencintai hamba-Mu yang mencintai-Mu lebih dari dia mencintai diriku.

Engkau kurniakanlah kepada aku seorang bakal suami kepadaku, bakal imam kepadaku, bakal walid yang dapat mendidik serta memberikan kasih sayang kepada bakal zuriat kami.

Engkau kurniakanlah aku kesabaran dalam melayani karenah bakal suamiku, keikhlasan dalam menjalankan tanggungjawabku sebagai suri terhadap bakal suamiku serta ketaatan dalam mengharungi bahtera kehidupan bersama kepada bakal suamiku agar aku dapat menjadi seorang suri di dalam hatinya dan seorang suri yang akan menjadi pelengkap kepadanya.

dan sesungguhnya Ya Allah...........

Engkau kurniakanlah seorang bakal suami kepada aku yang dapat mengharungi dunia ini berlandaskan agama-Mu seterusnya ke jannah-Mu untuk berada di sisi-Mu selamanya... Amin....

by Amyra javaroses
Created with Artisteer
04 September 2012

ADOBE PHOTOSHOP VS GIMP



Sudah lama aku menggunakan Adobe Photoshop ni, nak dekat 4 tahun dah. Tapi sekarang, baruku tahu. Walaupun aku guna Gimp, PhotoFiltre, Picasa dan macam-macam grafik editing software lagi, tapi tak sehebat Photoshop.. 

Ada yang light and effects. Ada yang 3D dimesions. Ada yang energy beams. Memang rambang mata laaaa nengok tutorial kat Adobe Forum ni. Btw, thanks to my MASTER sbb beliau banyak ajar aku pasal grafik editing dan web design development.

Berbalik kepada Photoshop ni, mari kita lihat grafik-grafik yang menarik ni.

by Amyra javaroses

Created with Artisteer

Sabda

Rasulullah S.A.W juga pernah bersabda maksudnya “Didiklah anak-anakmu dengan 3 perkara iaitu mencintai nabinya, mencintai ahli bait (keluarga)nya dan bacaan al-Quran, kerana ahli al-Quran itu mendapat naungan Allah pada hari yang tiada naungan melainkan naunganNya bersama-sama para Nabi”.

Berperang untuk melawan sikap malas, bersemangat untuk belajar, pasti akan dialami. Ini bukan saat untuk terlelap, terbuai dalam mimpi tak berujung. Tiada istilah lelah dan penat, untuk menjadi sang pejuang.

MORE ABOUT AUTHORS


Hi! This is Amyra, admin of concretejavaroses.blogspot.com and many more. A small blogger and started blogging as a hobby. Previously, I worked as a tutor and teacher, and of course currently, I worked as Kuli at Government Sector. I am running a number of Blog/Sites from my living room. Do contact me if u olls have any problems with ur sites. gtg. Catch ya later. =)