Recent Post

the authors


Name : Amirah binti Abdul Rashid


Origin Hometown : Ipoh

Field: Computer Engineering


Full-time : IT Assistant


Part-time : Tutor, Web Designer & Writer


Expertise : Web Development, Graphic and Multimedia Designer

Went through

Daisypath Anniversary tickers

I HEART YOU

Word world

Being deeply loved by someone gives u strength, while loving someone deeply gives u courage. yes..i mean u...

Galleries

MY QUOTES

People think that the most painful thing in life is losing the one value, the truth is, the most painful thing is losing yourself in the process of valuing someone too much and forgetting that you are special too...

SHOUT OUT

>>Chat<<


by Amyra Javaroses

Contact Me

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.

Cinta padaNya

Sekiranya kita cinta kepada manusia, tidak semestinya manusia akan cintakan kita. Tetapi sekiranya kita cintakan Allah nescaya cinta Allah tiada penghujungnya. Sekiranya kita cinta kepada manusia, kita akan cemburu kepada orang yang mencintai orang yang kita cintai. Tetapi sekiranya kita cinta kepada Allah, kita akan turut mencintai orang yang melabuhkan cintanya kepada Allah juga.

Find Me

Compatible with


Contact me at

    amyramia87@gmail.com


  +6019XXXXXX

Follow me at



02 August 2013

AKU ADALAH AKU


Aku adalah aku, kamu adalah kamu, dan sama sekali aku tidak akan pernah menjadi kamu.. Untuk apa aku di sini, hanya SATU, untuk pulang kembali ke JannahMu...

Bukanlah pada redha manusia yang kupinta, tetapi keredhaanMu yang kudambakan...

Duduk di sini tiada siapa yang ketahui sakitnya hati terseksa tapi aku bisa bedakan antara kasih sayang Allah dan kasih sayang yang aku rasai terhadap insan yang lain...

Tiada siapa yang peduli apabila sakit menanggung kesan hati yang terguris walhal hidup mesti akan diteruskan...

Bangkitlah duhai hati, tiupkan semangat di dalam qalbumu walaupun kasih tidak kesampaian hilang ditelan waktu...

Aku berfikir rasional, aku berfikir international...

Jatuh bangunnya aku, hanya Engkau disisi bersamaku.
Bijaknya aku, comelnya aku, hodohnya aku, gemuknya aku hanya untuk ditonton serta diuji dan dipuji oleh insan yang lain tetapi bukan itulah yang Engkau mahukan kerna aku tahu hanya SATU yang Engkau mahukan iaitu menjadi hambaMu yang taat pada perintahMu...

Kisah semalam usah aku ragui malahan usah aku curigai hatta usah menujah lagi di dalam benakku ini... Peritnya sembilu menusuk sanubariku, mencengkam cakra mematikan roh dan raga...

Jangan dikau berasa sepi, usah dikau menyisih pergi, kerna aku akan sentiasa mengingatimu...

Bahkan aku, dan hanyalah aku yang akan keseorangan terkurung dalam ilusi tiada siapa endah peduli...

Tetapi duhai hati, silapnya aku tidak ketahui, huluran kasih ABADI tidak akan pernah menyepi...

Aku malu, alangkah ruginya aku di sini. Terkadang sendiri yang rugi tidak menyedari akan janjiNya yang pasti. Persoalan dalam benakku ini, tergadah baru mengingati ke mana iman yang dijunjung atas jemala sakti...

Duhai hati, bangkitlah… Usah kecewa dengan apa yang terjadi...

TERSURAT SELALUNYA DILIHAT WALHAL TERSIRATLAH YANG MEREKA TIDAK AKAN KETAHUI... 
Di mana silapnya, aku sendiri tidak ketahuinya…

Duhai hati, aku berperang dengan perasaan hatiku sendiri...

Di mana aku perlu ubati hati yg lara ini...

Di mana entahnya, tidak ku tak pasti...

Sekian lama dia menunggu dan terus menungguku... Aku masih enggan pulang ke sana kerna aku selalu merindui kamu di sini...

Ya Allah, apa yang aku harus lakukan???

Tidakku ketahui apa rancanganMu tetapi kutahu, jodoh itu adalah rahsiaMu…

Dan aku serahkan segalanya terhadapMu…

by Amyra javaroses
30 July 2013

DARI KAKAK UNTUK ADIKNYA


Sebelum terlambat, kanda memohon ampun kepada dinda jikalau warkah ini mengguris perasaan dinda serta menyebabkan dinda tersinggung akan kata-kata kanda.

Kanda ini hanya manusia biasa, bukannya terpelihara dari dosa dan noda malahan kanda memiliki kekurangan hatta kekhilafan diri sendiri pun telah banyak kanda lakukan. Duhai dinda, ketahuilah... Pabila hati tidak keruan serta ruang ingatan terganggu oleh masa silam, kuat kanlah hati dinda. Tegarlah hati dinda untuk berpaksi pada prinsip yang SATU.

Abaikan mengenai manusia yang lain. Tidak usahlah dinda menjadi seperti mereka. Anggaplah ini ujian dari Allah sebagai satu wasilah pada dinda untuk berubah. Pabila kita menegur seseorang hamba Allah, pertama sekali dinda perlulah tahu niat dinda... Niat tersebut perlu disertai ikhlas serta ketulusan dari hati yang paling dalam.

Ketahuilah dinda, jika dinda menegur, menegurlah secara berhikmah. Pabila dinda menegur, tulislah sesuatu yang berhikmah. Ingat, dosa dengan Allah kita boleh bertaubat tetapi dengan manusia dinda mestilah memohon ampun. Selagi kita tidak berbuat demikian, Allah tidak akan mengizinkan kita masuk ke jannahNya hatta untuk mencium bau syura tersebut usah sama sekali.

Kita sebagai hamba Allah perlulah berjalan di atas bumi Allah dengan penuh dengan kerendahan diri. Dindaku, wanita itu bukan sahaja indah pada rupanya bahkan pada akhlak dan tutur katanya jua. Jadilah sepohon pokok yang lebat... Dibaling dengan batu, dibalas dengan buah.

by Amyra javaroses

Sabda

Rasulullah S.A.W juga pernah bersabda maksudnya “Didiklah anak-anakmu dengan 3 perkara iaitu mencintai nabinya, mencintai ahli bait (keluarga)nya dan bacaan al-Quran, kerana ahli al-Quran itu mendapat naungan Allah pada hari yang tiada naungan melainkan naunganNya bersama-sama para Nabi”.

Berperang untuk melawan sikap malas, bersemangat untuk belajar, pasti akan dialami. Ini bukan saat untuk terlelap, terbuai dalam mimpi tak berujung. Tiada istilah lelah dan penat, untuk menjadi sang pejuang.

MORE ABOUT AUTHORS


Hi! This is Amyra, admin of concretejavaroses.blogspot.com and many more. A small blogger and started blogging as a hobby. Previously, I worked as a tutor and teacher, and of course currently, I worked as Kuli at Government Sector. I am running a number of Blog/Sites from my living room. Do contact me if u olls have any problems with ur sites. gtg. Catch ya later. =)