Recent Post
the authors
I HEART YOU
Word world
Being deeply loved by someone gives u strength, while loving someone deeply gives u courage. yes..i mean u...
MY QUOTES
People think that the most painful thing in life is losing the one value, the truth is, the most painful thing is losing yourself in the process of valuing someone too much and forgetting that you are special too...
Amyra Top Posts
Archives
-
►
2016
(1)
- ► March 2016 (1)
-
►
2015
(5)
- ► March 2015 (1)
- ► January 2015 (1)
-
▼
2014
(67)
- ► October 2014 (11)
- ► September 2014 (2)
- ► August 2014 (5)
- ► April 2014 (7)
- ► March 2014 (2)
- ► February 2014 (6)
- ► January 2014 (7)
-
►
2013
(82)
- ► December 2013 (5)
- ► November 2013 (13)
- ► October 2013 (8)
- ► September 2013 (3)
- ► August 2013 (6)
- ► April 2013 (3)
- ► March 2013 (5)
- ► February 2013 (6)
- ► January 2013 (5)
-
►
2012
(7)
- ► December 2012 (2)
- ► November 2012 (2)
- ► October 2012 (2)
- ► September 2012 (1)
Labels
SHOUT OUT
>>Chat<<
by Amyra Javaroses
Contact Me
Cinta padaNya
Sekiranya kita cinta kepada manusia, tidak semestinya manusia akan cintakan kita. Tetapi sekiranya kita cintakan Allah nescaya cinta Allah tiada penghujungnya. Sekiranya kita cinta kepada manusia, kita akan cemburu kepada orang yang mencintai orang yang kita cintai. Tetapi sekiranya kita cinta kepada Allah, kita akan turut mencintai orang yang melabuhkan cintanya kepada Allah juga.
KESILAPAN KERAP DALAM BULAN RAMADHAN
Sepanjang bulan puasa ini, alhamdulillah, banyak aktiviti keagamaan di tempat kerja aku. Sangat tenang dan syahdu.. =)
Namun, aku ada terbaca artikel di blog Zaharuddin.net mengenai puasa.
Jom kita baca bersama.
Pada hemat saya, kita bolehlah mengatakan bahawa objektif atau sasaran yang perlu dicapai oleh Muslim di bulan Ramadhan ini kepada dua yang terutama. Iaitu taqwa dan keampunan. Perihal objektif taqwa telah disebut dengan jelas di dalam ayat 183 dari surah al-Baqarah. Manakala objektif ‘mendapatkan keampunan' ternyata dari hadith sohih tentang Sayyidatina Aisyah r.a yang bertanya kepada nabi doa yang perlu dibaca tatkala sedar sedang mendapat lailatul qadar. Maka doa ringkas yang diajar oleh Nabi SAW adalah doa meminta keampunan Allah SWT.
Bagaimanapun, kemampuan untuk mendapatkan kesempurnaan pahala ramadhan kerap kali tergugat akibat kekurangan ilmu dan kekurang perihatinan umat Islam kini. Antara yang saya maksudkan adalah :-
RAMADHAN DATANG LAGI
“Mira, bangun..Sahur ni.”
Aku berjalan menuju ke dapur untuk bersahur…
Waaahhh.. Aku dah besar rupanya. Tak lama lagi aku mendirikan rumah tangga. Alhamdulillah, semuanya berjalan lancar.
Tatkala aku mengimbau masa lampau serta merancang masa hadapan, aku terdengar sebuah lagu yang menyentuh kalbuku… Cheeewaaahh…
^^Ku mengharapkan Ramadhan kali ini penuh makna | Agar dapat kulalui dengan sempurna
^^Selangkah demi selangkah | Setahun sudah pun berlalu Masa yang pantas berlalu
^^Hingga tak terasa ku berada di bulan Ramadhan semula
^^Ku memohon pada Tuhan diberikan kekuatan |Ku merayu pada Tuhan diterima amalan
^^Selangkah demi selangkah dengan rahmatMu oh Tuhanku |Ku tempuh jua
Bila tiba Ramadhan, ramai sudah fikir esok juadah berbuka apa. Hehehehe… Sama laaa kita semua. Tapi, adakah kita berfikir, sempena Ramadhan ini kita nak kurangkan kontroversi dan nak tambahkan pahala ibadah kita.
Oppss.. Ibadah tu tidak semestinya solat sahaja. Ibadah tu menyeluruh. Sebagai contohnya, kesederhanaan dalam kehidupan seharian adalah suatu ibadah. Malu pun suatu ibadah.
Huhuhu… Aku pun tidak berapa pandai bab agama. Belajar pun tak habis lagi..
Point sekarang ni, apa significant-nya bila tiba bulan Ramadhan ni nak minta maaf??? Kenapa mesti bulan Ramadhan baru nak minta maaf sedangkan banyak bulan yang lain. Aku pun tak faham dengan reality masyarakat sekarang.
Tahukah anda, kita digalakkan sebelum tidur untuk memaafkan kesalahan orang sekeliling. Baru hidup rasa tenang dan aman.
Tak nak memaafkan orang? Pergh… Besarnya kita tak nak maafkan orang lain. Takut aku kalau ada yang ego tak nak maafkan orang. Tapi, sapalah aku untuk bersangkal kerna Allah Maha Mengetahui apa yang terpendam di dalam lubuk hati hambaNya.
Kepada blogger yang singgah di blog aku, andainya jika kalian baca mana-mana artikel aku, kalian ada terasa hati, aku memohon ampun dan maaf.
Selamat berpuasa. Dah terawih? Kalau belum moh kita terawih… =)
by Amyra javaroses
ADA APA DENGAN BLOG
Kadang-kadang, ada kawan tanya pada aku.
"Eh mira, apesal ko suka update blog? Ada orang nak baca ke?"
atau
"Aku tak faham laa blogger. Dieorang update blog tulis sana sini takde life ke?"
Haaa... Meh cini aku sekolahkan ko dik... Ko tak faham feel menulis ni. Ko nak share pengalaman hidup ko, ko nak tunjuk outcome dari kerja ko atau memang habit ko macam tu.
Blog aku ni dikategorikan blog rojak. Aku menulis ikut mood. Kadang-kadang aku nak luahkan apa yang terpendam ni melalui penulisan. Of course, yang hakikinya kita patut luahkan pada Ilahi, tapi tujuan utama aku menulis adalah untuk berkongsi kesilapan yang telah aku lakukan serta memberi pengajaran pada orang sekeliling.
Aku tak harap orang baca atau orang komen. Malahan aku tak kisah sesiapa di luar sana nak jadi follower aku ke tak. Kalau nak cakap statistik berapa orang view tu beratus ribu kot.. (hahaha... blagak siot)
Aku tutup komen bukan tak nak berkomen balik, aku takda masa nak respon komen orang. Nanti tak komen ada yang pedih hati. Semua social network aku berhabuk. Contohnya FB.. Aku tak update pape dah. Dah takde spesel pun FB untuk aku. Even Twitter, Instag or sort of that. Aku nak settle down, so bila dah jadi isteri kene stop everything mengenai social networking. Maybe after married pun aku akan stop berblogging kalau keadaan menuntut supaya aku berhenti.
Ada setengah mengatakan penulisan yang menarik tu bergantung dengan cara kita tulis. Untuk mendapat penulisan yang menarik, kene dapat idea / ilham dari situasi yang pelik. Yup, itu betoi. Tengah berak pun aku bole dapat ilham nak tulis ape. Yang penting jangan cilok idea orang.
Kadang-kadang entry-nya...perrrghhhh power dengan gambar yang hot. Haaa, itu bukan aku nak adakan entry power. Aku takda masa nak bubuh gambar macam ala-ala hot gitu. Kihkihkih...
Mengenai stetement takde life kan, aku ada life sebenarnya. Hangout dengan kawan kerja, kawan rumah serta BFF kat hometown. Aku bukan macam segelintir masyarakat yang dah g lepak, sikit-sikit nak update kat FB. Tunjuk lepak kat mana dan buat muka duck face.
Haaaa, lantak korang laaa... Aku takda masa nak kutuk duck face korang dan lifestyle korang hangout sana sini cuma aku nak tanya, apa motifnya ko update sana sini??? Ko nak tunjuk ko kaya ke so ko bole lepak situ? Ko buat muka duck face apedehal? Sebab ko boleh buat muke duck face orang lain tak bole itu pasal ko tunjuk tu? Kang ak tunjuk muke orang utan aku ko pengsan pulak. Bajet hot mintak berapa ratus like kan... Haaa, ape pun tak boleh.
Aku dulu macam tu. Tapi, aku nak bagi tahu korang satu benda. Kalau aku dapat patah balik masa, aku takkan update pape pun. Kalau boleh aku rasa tak perlu bukak akaun FB, twitter atau Instag. Rasa macam budak-budak update macam tu. Style aku, life aku adalah privacy aku.
Blog ini diwujudkan pun atas dasar aku nak kongsi ilmu. Kalau aku kongsi life aku berkemungkinan tak sampai 1%. Itupun aku kongsikan melalui penulisan secara berhikmah. Maksudnya, cerita dalam cerita laa... Huhuhu..
Ape pun, sesiapa yang baca entry ni takde heart feeling ok.. Kalau terguris atau terasa atau sakit hati, aku minta maaf. Aku tegur ni pun bukan sebut nama sapa pun. Kalau baca, terasa pun maksudnya ko memang buat keje macam ni laa kan. So, sekali lagi... Aku minta maaf di atas apa yang aku tulis artikel ni.
Selamat berpuasa yok.. x)
by Amyra javaroses
SIMPATI VS PENTINGKAN DIRI. MANA SATU PILIHAN KITA???
Aku mengelamun... Terfikirkan kejadian petang tadi. Apakah petanda itu??? Kenapa manusia bertindak sebegini??? Kenapa perlu mementingkan diri sendiri???
Kadang-kadang aku terfikir, kenapa manusia mementingkan diri sendiri? Tahukah mereka hidup ini umpama roda; kadang-kadang kita di atas dan kadang-kadang hidup kita di bawah.
Ya... Persepsi pandangan insan sekeliling aku mengatakan bahawa kita perlu mementingkan diri sendiri untuk meneruskan kehidupan seharian.
Dan yaaa... Memang tersangatlah kejam untuk kita berdiam diri sambil melihat kawan-kawan menagih simpati meminta pertolongan.
Bukannya luak pun. Tidak keluar tenaga pun malahan bukan wang ringgit ataupun harta. Namun, aku tahu kerna setiap tindakan manusia ada justikasi mereka tersendiri.
Aku melihat pelbagai situasi. Setiap situasi aku kaji secara terperinci dan menilai dari pelbagai sudut yang berbeza. Pokok pangkalnya hati seseorang. Kalau menolong seseorang tanpa mengharap balasan yang sama pada si peminta tolong tersebut, maka insyaAllah pahala akan dikurniakan oleh Allah dengan syarat si penolong itu mestilah ikhlas dalam setiap perbuatannya.
Namun, sudah menjadi adat bagi sesetengah individu yang mengharapkan pertolongan yang sama apabila individu tersebut telah menolong manusia terbabit. Ibarat meminta-minta pula. Letih aku melihat perangai manusia.
Aku pula jadi mangsanya. Bukan aku tidak mahu menurut, takut hati tidak ikhlas dalam menunaikan tugas tersebut.
Tapi.....
Apakan daya, rungutan itu tersimpan kemas di dalam lubuk hati ini."Janganlah kita menjadi seorang yang meminta-minta. InsyaAllah rezeki kita ada di mana sahaja." - Itu adalah pesanan dari seorang hamba Allah kepadaku.
Yang paling penting, tidak kisah apa tugasan yang akan dilakukan. Laluilah situasi tersebut dengan tenang, sabar dan IKHLAS. Jika merasakan diri dianiya, berterus-terang dalam menegakkan kebenaran. Jika pihak ketiga besar kepala, berdiam lagi baik.
Tapi... Sampai bila????????????????
Aku tidak tahu dan tidak mahu ambil tahu.
Yang aku tahu hanyalah berdoa supaya Allah tunjukkan kebenaran kepadaku dan jauhilah aku dari manusia penindas.
Pesanan dari Encik Tunang - "Hadapi dengan senyuman ;)."
Renung-renungkan dan selamat beramal.
by Amyra javaroses
POSTER MAJLIS BACAAN YASIN & TAHLIL BULANAN BPM
Satu lagi poster dihasilkan.. Ini namanya kerja last minit jadi poster pun last minit yang tak seberapa..
Huhuhu...
Elemen yang digunakan berdasarkan ciri-ciri Islamik. Aku amik warna biru, biar nampak tenang sikit. Kalau amik hijau, kontroversi pulak... Ekekeke...
Haaaa... Siap dah... Senang hati den...
by Amyra javaroses
PRE WEDDING PHOTOSHOOT
Adoyai.. Letih gilaa laa dok ulang alik ni.... Dah laa dua minggu lepas tertinggal bus kat Putrajaya Sentral. Rasa nak meraung je.. So, nak keje pun tak boleh sebab dah merayu-rayu kat pihak Plusliner suh driver bus patah balik tapi dieorang cakap tak boleh.. Huuu.. Tiket burn macam tu jee...
Nak jadi citer...
Aku g amik kete kat basement pas patah hati ditinggalkan bus. Elok drive keluar dengan bersemangat balik ipoh bawak kete, tengok2 driver bus patah balik sambil hon kuat-kuat. Haaa... Biaqqq betoooiiii noohh...
Malangnya, hati kering laaa jawabnye. Aku terus je drive balik ipoh.
Ok.. Stop citer pasal tu..
Ak nk citer pasal Pre-Wedding photoshoot ak.. Heee... Beshnye.. Ni ade gambarnye...
by Amyra javaroses
MONTAJ PART 2
Ni pulak siap dalam masa dua hari.. Macam biasa gunakan software After Effect. Cari template yang sesuai dan editkan. Sapa nak template ni, inbox aku okay.
By the way, gambar tu untuk Innovation Building around the World. So, kene cari gambar bangunan yang unik di serata dunia.
OK...
by Amyra javaroses
MONTAJ PART 1
Try and error... Buat benda ni... Jadi laa pulak pakai After Effect..
Part paling mencabar nak edit gambar satu persatu ni... Nak nangis rasanya...
By the way, edit gambar dengan menggunakan software Photoshop. Masukkan setiap gambar tersebut dalam setiap frame dengan menggunakan software After Effect. Mesti menggunakan tempate yang sesuai. Last sekali, perincian menggunakan software Edius..
by Amyra javaroses
BETRAYED FRIEND
We said it was forever - said we'd never be a part. I knew it was a line, but i still gave both of you my heart.
Said you would stay, promised you could. You choose to walk away and I knew you would.
You're not there anymore, my dearest friends. I hate to say this but it is our end. By day you're one person, by night another. Neither of you have anything to do with each other.
I sit here and cry for both of you - not for me. What you've become, I wish you could see. In your life you make friends that you're sure are true. Nothing else matters, except what's between them and you.
You don't know if anyone has ever before felt this way. For them you took breaths, you wanted to be alive everyday.
It hurts to loose a friend, it gives you the saddest frown.... and when a second one bails, it's like getting kicked while you're down.
And it hurts to be accused of something you didn't do. You guys should known better than anyone that I would never ever think to.
You planted a knife in my back. You were my friend, but now my memories of you are COMPLETELY BLACK.
I am afraid to have friend another, but I know I shouldn't be, because the people in my life are perfect for me.
There is this game I play where I CLOSE MY EYES and FADE AWAY.
MONTAJ HARI TERBUKA PSIKOLOGI 2014
Tersebutlah kisah, aku diberikan tugas untuk siapkan montaj Hari Terbuka Psikologi 2014... Mak aiiihhh, temph dalam seminggu kene siap. Draf pertama kene siap dua hari dari hari yang pertama.
Ingat melawak, rupenye betul.. Sengih laa jawabnye. Aku meroyan pulak nak buat.
Alhamdulillah, berkat sabar dan bantuan dari rakan-rakan maka aku dapat siapkan montaj ini dengan jayanya.. Ada dua versi skali.. Huhuhu...
Versi 1:
Sabda
Rasulullah S.A.W juga pernah bersabda maksudnya “Didiklah anak-anakmu dengan 3 perkara iaitu mencintai nabinya, mencintai ahli bait (keluarga)nya dan bacaan al-Quran, kerana ahli al-Quran itu mendapat naungan Allah pada hari yang tiada naungan melainkan naunganNya bersama-sama para Nabi”.
Berperang untuk melawan sikap malas, bersemangat untuk belajar, pasti akan dialami. Ini bukan saat untuk terlelap, terbuai dalam mimpi tak berujung. Tiada istilah lelah dan penat, untuk menjadi sang pejuang.
MORE ABOUT AUTHORS
Hi! This is Amyra, admin of concretejavaroses.blogspot.com and many more. A small blogger and started blogging as a hobby. Previously, I worked as a tutor and teacher, and of course currently, I worked as Kuli at Government Sector. I am running a number of Blog/Sites from my living room. Do contact me if u olls have any problems with ur sites. gtg. Catch ya later. =)